Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, May 20, 2011

Mana yang bengkok tu, kita luruskan... :-)

Assalamualaikum...

Mana yang bengkok tu, kita luruskan....:-)

Macam jalan kat Bukit Putus tu. Dulu punya la bengkang-bengkok jalan dia. Tapi sekarang ni dah lurus sikit dah. Kalau dulu, asal lalu je jalan tu, mula la rasa nak muntah. Kalau tak makan pil penahan mabuk, memang konpem melambak muntah yang keluar...

Tapi aku bukan nak cerita pasal jalan tu. Aku sebenarnya nak bagitau pasal benda alah yang telah berjaya aku luruskan siang tadi. Berdentam-dentum bunyi dia...

Siang tadi aku mengemas dapur yang dah macam tongkang pecah. Susun atur balik semula. Ubah sana, ubah sini kedudukan barang. Naik lenguh kaki aku sebab banyak berjalan dan memanjat kabinet. Sambil mengemas tu, ternampak la kat tutup periuk yang dah kelepet ni. Sayang pulak nak biarkan camtu je. Apa lagi, terus capai tukul besi dan mulakan proses mengetuk. Klentang klentung klentang klentung bunyi dia...

Ketuk tutup periuk tu dengan tukul. Ketuk kat atas papan, jangan terus ketuk kat atas lantai. Kang tak pasal-pasal berlubang pulak lantai tu. Satu kerja pulak nak menampal lantai tu balik semula...

Kan dah lurus dah.. Ni baru separuh tutup periuk yang berjaya diluruskan..

Boleh buat proses yang sama untuk meluruskan tepi periuk...

Siapa yang takde kerja nak buat tu, boleh la pergi geledah dapur. Cari mana-mana tutup periuk yang bengkok dan luruskan la dia. Kalau tutup periuk tu dah rata, selamat la sikit lauk yang ada kat dalam periuk tu dari dimasuki lalat, sebab lalat ni pantang jumpa lubang, mesti dia nak menyelinap masuk. Jangan harapkan sangat tudung saji sebab tudung saji sekarang ni lubang dia besar dan dengan mudah lalat dapat masuk... =)

p/s: Ada jugak orang yang jadikan tutup periuk sebagai peluru berpandu. Asal gaduh je, mula la melayang tutup periuk tu. Pastu bila nak buat biskut raya, mula la tercari-cari balik tutup periuk tu... kihkihkih...

Wednesday, May 18, 2011

Kotak misteri ke ni..??

Assalamualaikum...

Dari semalam lagi aku terperasan kat satu kotak berbentuk empatsegi ni. Mula-mula tu aku ingatkan kat blog aku je yang ada kotak misteri ni. Rupa-rupanya bila aku masuk kat blog beberapa bloggers yang lain, pun ada jugak kotak misteri tersebut..

Yang peliknya (aku je yang pelik kot...), kotak misteri tu terletak betul-betul kat bawah iklan nuffnang. Kenapa kat situ pulak dia duduk ehh..? Nak jaga kotak 'duit' tu ke.. kehkehkeh... Kalau jaga kotak misteri kat blog aku memang tak berbaloi la.. Aku bukannya dapat banyak income macam blogger femes tu...

Cuba tengok kat gambar beberapa blog yang telah aku printscreen dan tandakan kotak misteri tersebut dengan bulatan. Ada apa-apa ke di sebalik kehadiran kotak misteri ni ehh..? Siapa tau, sila habaq mai sat kat ceq naaa... Tenkiu...







Aku cuba la edit apa yang ada kat widget kat situ, tapi takde apa-apapun.. Tak rajin pulak aku nak godek lebih-lebih. Biar aje la kotak misteri tu kat situ.. Jangan sampai dia meletop dah la... huhuhu..

p/s: Blogspot demam lagi agaknya.. :D

Tuesday, May 17, 2011

Makan angin memang best.. Buang angin lagi best.. hahaha....

Assalamualaikum...

Makan angin memang best...
Buang angin lagi best... hahaha...

Selamat hari wesak kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Korang pergi mana cuti sehari ni? Pergi kedai kat depan rumah je ke..? Kehkehkeh...

Aku pergi Cameron Highlands dengan mak, abang dan dua orang anak sedara aku. Ni kali kedua aku ke sana. Anak sedara aku yang beria-ia sangat ajak mak aku. Mula-mula aku malas jugak nak pergi. Tapi bila mak aku kata dia nak pergi, maka terpaksalah aku ikut serta. Maklum la, aku kan PA mak aku... ahakk.. 

Kalau dulu kitorang pergi kebun strawberri, kali ni ke kebun teh pulak. Ingat nak pergi kebun bunga ros tapi badan dah penat, terus je balik. Lain kali la ke sana pulak jika panjang umur..

Layan gambar aje la ya. Tak tau nak bebel apa dah.. Lotih laa... haha...

Ni kalau tenyeh kat mulut wartawan bebas tak bergaji best gak ni. Ya tak? Haha...

Sweet....

Tengok je.. Tak mampu nak beli.. huhuhu... 


Lebah mencari madu... :P

Cantiknya ciptaan Allah ini...

Nenek dan cucu....


Mem besar... =)

Aku beli ni je.. Inipun sampai 20 hengget... huhuhu...

Saujana mata memandang...

Geram je tengok bunga ni.. Kenapa la ko ni cantik sangat... :-)

p/s: Makan angin ni memang best. Buang angin lagi best, lega je rasa.. hehe.. Buang karan je yang tak best... hahaha....

Monday, May 16, 2011

Kurang ajar punya komen..!!

Assalamualaikum...

Kurang ajar punya komen..!!

Kalau tak ikhlas nak komen, tak payah la komen...

Kadang-kadang memang seronok berbalas-balas komen kat fesbuk ni. Namun ada ketikanya menimbulkan kejelekan bila tengok komen yang berbau sumpah seranah ataupun menjatuhkan maruah sesama insan. 

Ada orang yang memang ikhlas datang mengomen untuk bertegur-sapa. Ada juga yang mengomen dengan niat-niat tertentu yang hanya dia sahaja yang tahu kenapa komen sebegitu yang ditinggalkan. Terpulanglah pada nawaitu masing-masing..

Baru-baru ni aku ternampak komen seorang mamat (mungkin dia kawan anak sedara aku), yang aku rasakan sangat kurang ajar serta biadap..! Kalau nak diikutkan rasa hati aku yang tiba-tiba je panas, mahu aje aku balas balik komen mamat tu. Namun bila memikirkan bahawa banyak mata yang akan memandang, aku diamkan sahaja. Namun dalam hati aku menyumpah-nyumpah mamat tu. Tak pasal-pasal je aku dapat saham.. 

Anak sedara aku cuma letakkan status yang berbunyi begini:

Esok nak gerak dah. Kalau ada salah silap, aku minta maaf banyak-banyak. Jika panjang umur, kita jumpa lagi.

Entah kenapa, mamat tu tinggalkan komen macam ni kat status tu:

Ko nak pergi mati ke..?

Berderau darah aku..! Tambahan keesokannya anak sedara aku tu nak balik ke sini. Lagilah dupdapdupdap jantung aku takut jadi apa-apa kat dia. Selagi dia tak sampai ke rumah, selagi itulah jantung aku berdebar-debar. Aku bayangkan perjalanan jauh antara BP ke sini yang terpaksa dia lalui. Macam-macam boleh terjadi. Hanya kerana komen sebegitu menyebabkan aku tak tentu arah. Namun, bila terdengar je suara dia dah sampai kat depan pintu, terus aku lega dan meraup wajah tanda kesyukuran.

Persoalan aku, perlukah kita tinggalkan komen berbentuk biadap sebegitu? Andaikata berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidakkah timbul rasa menyesal kerana memberikan komen buruk tu? Itu bukan bergurau. Itu kurang ajar..! Bapak segala kurang ajar...! Fikirlah sikit perasaan ibu bapa serta keluarga yang melihat komen negatif sebegitu. Nak kata budak kecik, dah boleh jadi bapak ayam dah. Nak kata tak sekolah, dah graduate dah. 

Nasihat aku, kalau tak nak komen, tak payah komen. Tak perlulah terhegeh-hegeh masuk wall orang dan tinggalkan komen kurang ajar macam tu. Orang berfesbuk untuk release tension dengan gelak ketawa serta mencari info/ilmu jika ada. Awak berfesbuk untuk apa?

p/s: Kadang-kadang naik loya pulak bila tengok status berserta komen pelat-pelat ni. Rasa macam nak gunting je lidah dorang.. 
Puker 

Sunday, May 15, 2011

Tayang lagi...??

Assalamualaikum...

Tayang lagi...?? 
Ishhh... ishhh... ishhh....

Sekali lagi aku nak menayang gambar makanan. Jangan ada yang cemuih dah la ya. Sian aku, penat buat semua ni semata-mata nak menayang. Ya la kan, nak bagi korang rasa, jauh la pulak. Meh duduk kat sebelah rumah meh.. Boleh gak aku bagi sepiring sorang. Tapi sepiring tu takat tiga empat ketul je dah la. Kang jiran lain tak merasa pulak... kehkehkeh...




Apsal macam gaya orang nak uuukkkk... uuukkkk.. je... hahaha...

As usual, you can get this receipe at my blog dapo. This receipe is so simple. All you need is focus with what you're doing... ecececehhh... Perasan macam chef kat cenel AFC lak... ahakkk...


p/s: Sedih sebab si Gemuk aku mati setelah 3 hari aku tak nampak dia. Puas cari-cari tapi tak jumpa. Sebelum tu dia memang sakit tak lalu nak makan. He's gone a day before my birthday.. R-I-P for you Gemuk.. :'( .Gonna miss the moment that we're sharing together...

Saturday, May 14, 2011

Perjalanan ini...


Perjalanan hidup kita tidak sama antara satu dengan lain. Semuanya berbeza-beza. Semuanya mempunyai liku, bucu, selok dan belok. Semuanya bergantung kepada cara kita sendiri bagaimana untuk meneruskan perjalanan yang terbentang di depan mata. Mahu pilih jalan yang lurus ataupun yang bengkang-bengkok, terpulanglah..

Sedari kecil perjalanan hidup kita diatur oleh orang tua iaitu ibu bapa kita. Ada yang kurang bernasib baik, yang terpaksa meneruskan perjalanan sendiri tanpa bimbingan keluarga. Ada juga yang menumpang kasih dengan orang lain dan seterusnya akur pada perjalanan hidup yang telah dijadualkan untuk mereka. Dalam apa bentuk sekalipun perjalanan hidup kita ini, berfikirlah dengan sewaras-warasnya jika ingin membuat keputusan tanpa dibelenggu rasa terhutang budi.

Hari ini merupakan hari menyambut kelahiran seorang adik 'angkat' aku. Satu-satunya orang luar yang aku angkat sebagai adik. Sebetulnya, aku kurang menggemari perkataan 'angkat' ini. Ianya seperti menjerumuskan aku ke dalam perumpamaan 'isi bakul angkat sendiri'. Jika tidak mampu untuk mengangkat bakul berserta diri kita itu, kenapa mesti nak berangkat-angkat dengan orang lain..?

Aku menganggap dia sebagai kawan. Kawan rapat walaupun jarang ber-sms. Kawan akrab walaupun cuma dua kali atau tiga kali setahun mendengar suara melalui telefon. Aku hormati dia yang sehingga kini menganggap bahawa akulah yang menjadi punca pertemuan antara dia dan suaminya yang kini mencecah usia hampir 17 tahun perkahwinan mereka. Segala-galanya adalah ketentuan. Aku hanyalah sebagai 'orang tengah' sahaja. Itu sudah jodoh kamu dik. Tak perlulah terus-menerus melahirkan rasa terhutang budi kamu itu.


p/s: Semoga perjalanan hidupmu diberkati Allah selalu. Semoga tiada kesakitan yang mengiringi perjalananmu itu. Andaikata perjalanan kamu diuji, kuatkanlah hatimu, teguhkanlah imanmu, kerana sesungguhnya Allah sayang akan kamu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)