Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Sayuuuuupppp....

Assalamualaikum...

Sayuuuuupppp....

Selalunya perkataan sayup ni dikaitkan dengan keadaan atau tempat yang tinggi. Ada orang berani dengan tempat tinggi ni samada berani kerana tugas seperti menjadi juruterbang ataupun berani kerana mencari rezeki seperti pencari madu lebah atau pencari petai. Ada juga berani menyayupkan diri berada di puncak gunung kerana minat mendaki. Apapun tujuannya, masing-masing punya alasan tersendiri dan kita kenalah hormat dengan situasi ataupun kerja tersebut.

Namun, jika sayup yang seperti gambar di bawah ni, rasanya takde siapa yang sanggup untuk memanjat dan mengambil hasil yang ada. Sudahnya sampai tua la buah tu kat situ.. Tapi tua-tuapun ada gunanya. Biji dia boleh dibuat benih. Jangan ingat semua yang tua ni takde nilainya ya.. :P

Punya la sayup. Camner la nak panjat.. Teringat pulak kat buku cerita kanak-kanak kisah pokok kacang. Lupa dah nama buku cerita tu.. 

Sikit hari lagi kalau tak dicantas, habis la semua antenna tu kena lilit. Sekarang ni pun gambar tv dah tak clear sangat dah... huhu.. (Piring astro tu jiran sebelah yang punya ya..)

Rumah orkidpun dah jadi tempat dia dah. Yang ni pun tak dapat nak ambil buah dia tu. Sayupp...

Ni adalah pokok kacang botol/botor tanaman mak aku. Dah banyak kali dah cantas pokok ni tapi tak lama lepas tu dia bertunas balik sebab akarnya masih ada. Dulu, rajin jugak mak aku letak kat makcik yang menjual  sayur kat pasar tu. Dapat la jugak sikit side income untuk duit pasar. Sekarang ni dia dah malas dah sebab ada mulut-mulut orang yang bercakap belakang. Mak aku tu bukannya beria sangatpun nak menjual. Dia saja je, just nak suka-suka. Ya la, daripada membazir tak makan, baik jual aje. Nak bagi jiran, dorangpun bukan suka sangat makan kacang botol/botor ni. Aku suka makan buat ulam tapi aku tak boleh makan banyak sebab aku ada gastrik. Makan sikit-sikit tu boleh la.. 

p/s: Tak rugi tanam pokok ni sebab kalau berbuah, memang banyak dapat. So, silalah tanam dalam 4-5 pokok kat tepi pagar rumah korang tu ya.. :)

UPDATE...

Disebabkan ada yang tak kenal rupa kacang botol ni, so aku tempekkan gambar buah kacang tu kat sini.. Dan ni la rupanya kacang tu ya kawan-kawan.. hehe...

Monday, June 20, 2011

Video katak mencuci muka..

Assalamualaikum...

Video katak mencuci muka..

Mungkin dia malu agaknya, tu yang dia cuci muka dia tu... haha... Aku rakam dokumentari ni masa keluar kat TV1 hari tu. Katak ni katanya dari jenis katak monyet. Tak tau la pulak kenapa dinamakan katak monyet. Aku bukannya fokus sangat masa tengok rencana ni.. Sambil buat kerja, jeling-jeling sikit je.. 

Maaf la sebab visual kurang memuaskan.. Faham-faham aje la kalau rakam guna enpon murah ni.. huhu...

p/s; Ooo katak.. Ooo katak... Kenapa engkau panggil hujan..

Sunday, June 19, 2011

Cara buat text header untuk blog...

Assalamualaikum...

Cara buat text header untuk blog...

Ada yang nak tukar text header blog tak? Mana la tau kalau korang dah jemu dengan text header yang sedia ada tu. Kalau ada yang nak mencuba, boleh la jenguk kat sini. Macam-macam jenis tulisan dan reka bentuk yang menunggu untuk di explore. Jangan takut untuk mencuba. Kena la rajin untuk try and error. Kat sini ada beberapa contoh yang sudahpun aku buat dan download.



Ini Logo jenis Textured..

Yang ni jenis Buttons yang menggunakan text Story Book dan font jenis Kelly Anne Gothic. 

Pilih jenis Logo yang nak dicuba...


Ikut je panduan yang ada. Boleh ubah-ubah warna, jenis tulisan dan saiz mengikut kesesuaian header kat template blog korang dan pilih File Format yang sesuai. Lepas tu klik Render Logo..



Lepas tu dia akan keluar macam ni. Dan jika dah puas hati, boleh la klik Download Image tu. 

Tick Have description placed after image untuk mengelakkan tajuk blog bertindih dengan text description..

p/s: Selamat mencuba ya. Kalau tak jadi tu, cuba buat lagi. Ini untuk header yang jenis tulisan je tau. Kalau header yang ada gambar tu akupun tak tau macam mana nak buat... huhu...

Tak malu ke sebut benda tu..?

Assalamualaikum...

Tak malu ke sebut benda tu..?

Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang ni. Bila marah je, mula la nak menyebut benda tu. Malahan, dalam keadaan berguraupun nak jugak sebut benda tu. Apatah lagi kalau melatah, habis semua nak disebut. Okay, tang melatah ni boleh dimaafkan sebab dalam keadaan tanpa sedar..

Kenapa agaknya ehh...? Tak malu ke nak sebut perkataan macam tu..? Apsal tak sebut je benda sendiri. Masing-masingkan ada benda sendiri. So, sebut je la. Buat apa nak sebut benda orang. Pastu, kaum lelaki pulak yang suka sebut benda camni. Tua, muda sama je naik. Memang tabiat agaknya suka menyebut-nyebut benda tu. Ataupun mungkin desperate sangat dengan benda tu. Tu yang dok sebut selalu tu. Dah tu, 'mak' dia punya benda pulak yang disebut-sebut tu. Apa punya mentaliti tah laa..

Bukan nak kata aku tak pernah sebut. Ada masanya tersebut jugak benda tu bila setan menguasai fikiran. Akupun bukannya baik dan aku tak pernahpun kata diri aku baik. Tapi takde la aku nak sebut benda tu secara berleluasa. Aku cuma kurang selesa bila ada orang yang menjadikan benda ni sebagai satu medium untuk melepaskan geram ataupun bergurau. Aku cuma tak faham kenapa benda tu yang sering disebut-sebut. Kenapa dan kenapa. Itu sahaja. Ada yang nak bagi jawapan tak..?

Aku rasa ramai yang faham benda apa yang aku maksudkan. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham atau menjadi seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Kalau tak faham jugak, aku bagi clue sikit apakah benda tu. Benda tu adalah berupa carutan yang ada perkataan 'mak' di hujungnya. 

p/s: Susah nak bagi orang faham. Lagi susah bila ada yang salah faham. Bertambah susah bila kefahaman masing-masing bertentangan dan bercanggah serta lari dari isu / topik / perbincangan / perbahasan. Kita nak suruh orang faham akan diri kita sedangkan kita sendiri tak faham dengan diri kita tu. Dalam versi lain, asyik I je yang nak kena faham dengan sikap dan perangai U tapi U langsung tak pernah nak faham hati I.. sobbss3... Okay, itu dialog yang selalu digunakan dalam drama/filem... :-)

Saturday, June 18, 2011

Internet Speed Test...

Assalamualaikum....

(Semua boleh test kat sini.. :P)

Saja nak test kelajuan line internet aku ni sebab rasanya line streamyx kat rumah aku macam dah laju sikit dah. Takde dah putus-putus macam sebelum ni kecuali kalau hujan lebat sangat tu, ada la dia hilang sekejap. Kalau hujan tu lama dan ada pulak petir, kilat dan seangkatan dengannya, lagi lama line tu hilang sebab aku off suis.. kehkehkeh...


Hari tu masa takde line, orang TM tu bagitau yang kabel kena curi. Pastu dia kata kabel yang kena curi tu adalah kabel optik sebab pencuri tu tersalah potong.. hahaha. Setahu aku kabel optik ni untuk pengguna Unify sebab orang TM tu kata dorang terpaksa bertungkus-lumus menyambung semula kabel tu dengan segera kerana kebanyakan dari pengguna tu bil dorang riban-riban. Maksud dia, dorang kena setelkan masalah untuk peniaga yang punya bil yang banyak dulu sebelum beralih kepada orang macam aku ni. Okay la, akupun faham jugak situasi macam tu. So, tak perlulah nak bersungut... :P


Sebenarnya aku bukannya faham sangat pasal speed test ni tapi saja gatal jari nak test jugak.. huhu... Result diapun bertukar-tukar setiap kali restart. Kalau result macam ni, agak-agaknya laju ke tak line aku ni ehh sebab aku ambil pakej yang murah je. Okay la kot.. 



p/s: Selamat berhujung minggu untuk semua. Selamat bersantai dengan tenang. Jangan nakal-nakal tau. Duduk je kat rumah tu basuh kain baju yang berlonggok tu.. hehe..

Friday, June 17, 2011

Berpesan-pesanlah sesama kita...

Assalamualaikum...

Berpesan-pesanlah sesama kita...

Bukan suruh pesan pizza..
Bukan juga suruh pesan belikan tiket wayang..
Juga bukan meninggalkan pesanan ringkas berupa ugutan..
Apatah lagi berpesan kat shoutbox, I follow U, please follow me back...

Berpesan-pesanlah seperti pesanan di bawah ini..


p/s: Haiipppp....!!! Jangan nak mencebik yaa.. Tak baik tau cebik-cebik kat orang ni... ♥

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)