Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 18, 2012

Jodoh kita tak panjang... sobbsss....

Assalamualaikum...

Jodoh kita tak panjang... sobbsss....

Nasi lemak buah bidara..
Sayang selasih hamba lurutkan..
Tinggal emak tinggal saudara..
Kerana kasih hamba turutkan...

Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak ingin berpisah.. Kita dah lama menjadi teman rapat.. Kau setia dengan aku dan aku juga setia dengan kau.. Walaupun kadang-kadang kau meragam dan buat hal, namun aku masih tetap melayan kau kerana kau begitu berharga buat diriku ini... Dan bilamana aku pula yang meragam, membebel-bebel di depan kau, tapi kau tetap begitu, memandang aku tanpa kata.. Begitu sabarnya kau melayan karenah aku yang entah apa-apa ni... huhuhu...

Tapi kini, segala-galanya telah berakhir.. Berat hati aku untuk melepaskan kau pergi.. Namun apakan daya, aku tidak punya kuasa untuk terus-menerus membela dirimu.. Kau tidak lagi boleh melayan kehendak aku.. Kau sudah sakit.. Sakit yang tidak boleh diubati lagi.. Kalau nak ubatpun, macam tak berbaloi je.. Lebih mudah untuk aku mencari pengganti... *pitam sat naaa.... 

Bukan aku yang membuang kau... Bukan...!! Percayalah bahawa aku memang tidak sanggup untuk membuang kau begitu sahaja setelah bertahun-tahun kau menjadi teman paling akrab dalam hidupku ini. Aku letakkan kau disudut pintu tapi tiba-tiba bonda dan kekandaku meletakkan kau di luar pagar.. *ehhh, apa lak ni... 

Sebelum itu, izinkan aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala budi baikmu selama ini.. Terima kasih kerana kaulah satu-satunya yang memahami hati aku yang kadang-kadang keras macam batu dan kadang-kadang lembik macam obor-obor ni... *obor-obor lembik ke ehh...

Dan pagi tadi, kau di bawa pergi.. Aku tak sedarpun masa bila mereka membawa kau pergi.. Tup-tup tengok dah takde je.. Tak sempat untuk aku melambai-lambaikan tangan tanda perpisahan.. Apa lagi nak say babaiii... Sedihnya la haiiihhh... *sreeetttttttt.......

Selamat jalan sayang... Moga kau bahagia berada di tempat baru... *loya lak haiihhh... hihihi...


Ada sebab kenapa letak gambar katun tu.. Sebenarnya nak cover tukang amek gambar.. Tak perasan la pulak termasuk dalam tv tu sekali.. wakakakakka...


p/s: Sayang tu memang la sayang.. Tapi nak buat macam mana, dah tak boleh nak repair dah.. Benda dah lama, repair macam manapun akan rosak jugak nanti, kan... Kalau ada muzium khas, boleh jugak pos kat sana.. :D

Tuesday, April 17, 2012

Just let it go...

Assalamualaikum...

Just let it go...

Entry ini hanya sekadar entry kosong.. Kalau ada yang terasa tu, minta maaf la ya.. Jangan sentap okay... :D

Awak dah kawen dengan orang lain..
Diapun dah kawen dengan orang lain..
Masing-masing sudah ada keluarga sendiri..
Jaga dan sayangilah keluarga tersebut...
Itu yang sepatutnya yang awak perlu lakukan...

Tak perlu la nak main tuju-tuju lagu lagi..
Siap tulis lagi tu, lagu khas untuk dia yang tersayang..
Disertakan sekali dengan dua tiga ketul simbol love camni ♥♥♥... 
Kalau masa zaman berkasih dulu takpe la..
Sebab masing-masing masih lagi solo..
Tengah masyuk bercinta la pulak, kan...

Tapi sekarang ni masing-masing dah ada haluan masing-masing...
Dah ada isteri..
Dah ada suami...
Dah ada anak-anak...
Tak lama lagi nak ada cucu pulak...
Tak rasa  malu ke..
Tak rasa bersalah ke..
Tak rasa berdosa ke..

Tak tau ke benda macam ni la yang akan menimbulkan masalah besar di kemudian hari nanti..
Memang la awak kata suka-suka je tuju lagu tu..
Tapi niat awak tu memang sengaja nak tujukan lagu tu kat dia, kan...
Dan dia sudah semestinya perasan dan merasakan yang awak masih ada hati kat dia lagi...
Daripada suka-suka, membesar dan bercambah menjadi sayang balik semula...
Kan dah tak betul dah tu..

Entah la..
Susah nak cakap sebab aku tak lalui semua itu...
Namun kita kenalah berfikir secara waras...
Gunakan akal untuk mengawal emosi...
Gunakan minda untuk mengawal diri...

Dah kawen, buat la cara dah kawen..
Jaga suami.. Jaga isteri... Jaga anak-anak..
Semua kenangan lalu tu, lepaskan aje..
Terima hakikat yang dia bukan jodoh untuk awak dan awak bukan jodoh untuk dia...
Semua tu hanya mainan perasaan je tu...
Just let it go..

Lain la kalau awak tu masih bujang atau single yang takde hubungan istimewa dengan sesiapa.. Kalau tulis tuju lagu untuk someone special pun, atau dengan penuh satu page simbol ♥♥♥ pun. orang tak ambil kisah sebab orang tau yang awak tu memang solo.. Asalkan jangan tuju lagu kat isteri/suami/gf/bf orang dah laa.. Kang tak pasal-pasal dapat simbol lain lak...  =..='

p/s: Lagu ni khas untuk dia... ♥♥♥ .. Opocotttt...... :D

Monday, April 16, 2012

Ada beza tak..? Kalau ada, apa dia.. ehehh...

Assalamualaikum...

Ada beza tak..? Kalau ada, apa dia.. ehehh...

Cuba cari perbezaan di antara gambar-gambar kat bawah ni.. 

Apa beza antara gambar A dengan gambar B..
Dan apa pula beza antara gambar B dengan gambar C..
Dan seterusnya, jika ada lagi laa..
Ehehh...

 ~ Gambar A ~


 ~ Gambar B ~


 ~ Gambar C ~


Cuba perhatikan entry ni terletak di bawah label apa.. Kalau dah tengok, mesti mudah untuk memahaminya, kan.. :D

p/s: Sebenarnya tanda Label ni penting tau.. Jadi, takde la orang nak main salah faham manjang.. Betul tak..? Ini tak, kadang-kadang tu ada jugak manusia yang jenis main terjah je.. Apa ko ingat ni rancangan Melodi ke apa nak terjah sokmo... ehehh....

Sunday, April 15, 2012

Perlu ke semua connection tu..?

Assalamualaikum...

Perlu ke semua connection tu..?

Sekarang ni dah banyak benda yang boleh kita connect antara satu sama lain.. Samada sedar atau tidak, kadang-kadang kita ada menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai contoh paling mudah, kita boleh kongsi apa yang kita tulis kat twitter kepada wall fesbuk kita. Akupun pernah buat macam tu dulu.. Tapi sekarang ni dah takde dah.. Harap-harap sampai bila-bila la tak buat sebab macam takde fungsi apa-apapun... Kalau kat twitter tu, biar je la kat situ... Tak payah la nak bawak kita punya status update tu merata-rata, lebih-lebih lagi status yang mencaci dan memaki hamun ni... :D


You can also share your Yahoo! activity to your Facebook Feed/Twitter Feed..  
Tak payah la kot nak share semua benda yang dibaca... 


Apa yang aku kurang senang ialah bilamana ada sesetengah orang yang kongsikan apa yang dia baca samada baca artikel kat Yahoo, Digg dan sebagainya, dan benda tu semua masuk kat live feed fesbuk atau twitter disebabkan connection yang digunakan. Kalau artikel tu jenis yang berilmu takpe la jugak, boleh jugak tumpang sekaki baca.. Ni rata-rata baca artikel yang tak senonoh, siap keluar gambar tak semenggah lagi tu.. Adoii, aku yang tengok ni rasa malu sendiri.... Tak dinafikan, memang ramai yang akan mencari artikel sebegini but it wasn't me... ecehhh... Kan dah berterabur spiking aku... :D

Hellooooo... Kalau nak baca cerita macam tu, baca la sorang-sorang. Tak payah la nak kongsi dengan semua orang... Takkan itupun nak kena ajar jugak kotttt......

Akupun sebenarnya takut jugak jika benda ni terjadi kat aku dan ianya keluar tanpa disedari.. Ya la kan, kadang-kadang kita tak sedar jari kita tertekan button tertentu dan terus je benda tu masuk kat wall kita.. Ataupun mungkin kita terlupa nak sign-out dan ada pulak orang lain yang teruskan membaca artikel tu dengan menggunakan akaun kita.. Tak boleh jugak nak menuduh tak tentu pasal, kan.. 

Untuk entry aku ni, ianya bersangkutan dengan orang yang sedar apa yang dia baca dan memang sengaja berkongsi artikel tak senonoh tu dengan umum.. Itu yang aku kesalkan... Sangat-sangat...

p/s: Daripada batin tersiksa, lebih baik ku pergi saja... Sian RR... Moga dia terus tabah dan sabar...

Saturday, April 14, 2012

Tips menjaga jantung pisang.. :D

Assalamualaikum...

Tips menjaga jantung pisang.. :D

Jantung pisang memang sedap kalau dibuat gulai ataupun kerabu.. Namun, untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita perlulah mengikuti beberapa tips yang disarankan.. :D

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikut bagi membantu melindungi keluarga anda daripada penyakit jantung dan strok. Berubahlah mulai hari ini... \\(^..^)//

1- Galakkan setiap orang untuk makan hidangan yang sihat dan seimbang. Ini termasuklah daging tanpa lemak samada dikukus, rebus, panggang atau bakar, ikan, sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan dan produk rendah lemak.

2- Sediakan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk sehari.

3- Minum air putih, susu segar atau rendah lemak, jus buah-buahan tanpa pemanis berbanding minuman ringan.

4- Masukkan sayur-sayuran atau buah-buahan dalam makanan tengahari atau snek/kudapan anak-anak anda di sekolah. Pujuk dan yakinkan ibubapa kepada kawan-kawan anak anda agar melakukan perkara yang sama. Dapatkan juga sokongan daripada guru-guru mereka untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai agenda sekelas.

5- Pastikan anda tidak menggunakan garam yang berlebihan terutamanya yang didapati di dalam makanan diproses.

6- Rancang lebih banyak aktiviti bersama keluarga di luar rumah. Bersenamlah 30 minit setiap hari dan terapkan rutin kerja seharian anda sebagai aktiviti fizikal. Misalnya gunakan tangga berbanding lif.

7- Jadikan rumah anda bebas rokok dan cubalah untuk memastikan yang anak-anak anda tidak merokok atau menghisap tembakau walaupun jauh dari pandangan mata.

8- Sebagai salah seorang ahli keluarga, tunjukkan contoh yang baik dengan makan secara sihat, aktif secara fizikal dan tidak merokok.

9- Jika anda rasa sesiapa sahaja di dalam ahli keluarga anda berisiko mendapat penyakit jantung, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor. Jangan tunggu lama-lama..

10- Hadkan anak-anak anda masa melihat skrin, baik televisyen ataupun komputer. Tutup suisnya sekerap yang mungkin. Pastikan masa terluang anak anda dipenuhi aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau berbasikal di sekeliling kawasan perumahan..

Okay, itu je tips penjagaan jantung yang ada kat ruangan Kesihatan suratkhabar Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 30 September 2007... 



Aku kalau yang makan sayur + buah dan minum air kosong tu boleh la aku buat.. Yang lain-lain tu payah la sikit.. Tapi takde la macam sesetengah orang tu yang kerja dia 24 jam mengadap skrin komputer.. Kalau mengadap skrin yang berkaitan dengan kerja atau assignment tu takpe la jugak.. Ni nan hadoooo....  :)

p/s: Ada ke orang yang beria-ia menjaga jantung pisang... kehkehkeh...

Wednesday, April 11, 2012

Memandai-mandai je, kan dah tak jadi... :D

Assalamualaikum...

Memandai-mandai je, kan dah tak jadi... :D


Beberapa hari lepas, aku ada mencuba buat coklat.. Konon-kononnya nak buat homemade coklat la.. Memandangkan coklat masakan masih ada stok dalam peti sejuk, maka akupun dengan terujanya cuba la mencairkan coklat tadi.. Bukan main lagi gunakan teknik boiling.. hahaha... 




Lepas tu, terus je tuang kat dalam acuan/mould yang baru dibeli masa ke bandar buat treatment gigi hari tu.. Masa tu, semua benda aku beli, baik coklat sebenar, pelbagai jenis mould, buku masakan, bahan untuk buat kek/biskut dan sebagainya.. Ranap dalam dua ratus lebih.. huhuhu... Kalau tak buat praktikal dari sekarang, memang sia-sia je la pelaburan tu nanti.. :D




Aku cuba la ikut cara yang aku jumpa kat satu blog ni.. Tapi... Tapi... Tapi.., orang tu gunakan coklat yang sebenar untuk buat homemade coklat ni sedangkan aku pulak memandai gunakan coklat masakan.. Pertama kali buat, cair je coklat aku tu, so, macam mana nak keluarkan dari acuan dia, ya tak..? 




Lepas tu, dengan bersungguhnya, aku kaut/cungkil balik semua coklat yang ada dalam setiap biji mould tu dan tambah lagi sedikit coklat bar dengan tujuan untuk memekatkannya.. Boiling lagi sekali.. Gigihnya aku, kan.. hahaha... Okay la, lepas tu keras la sikit... Masalah yang sama timbul bila coklat tu tetap susah dan tak mahu keluar.. Ketegaq betoiii...



Akupun apa lagi, mula la cungkil coklat yang keras macam batu tu.. Dapat la beberapa ketul tapi bila digigit, makaiiihhhh..., punya la liat... wakakakakaka... Padan muko den... Siapa suruh memandai-mandai tukar resepi, kannn... Lepas tu, habis semua coklat tu aku cungkil dan masukkan dalam satu bekas dan simpan balik dalam peti sejuk.. Nanti bila nak buat kek coklat yang memerlukan topping, aku keluarkan la balik.. kehkehkeh...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari Sabtu yang lepas, akupun mulakan membuat homemade coklat ni dengan menggunakan coklat bar yang sebenar.. Masa ni anak-anak buah ramai kat rumah, so, ada la tukang makan coklat tu nanti.. Aku buat coklat biasa je dulu, takde dah nak letak badam bakar.. Takut jugak kalau tak menjadi lagi... hehehe...




Aku ikut langkah yang sama, macam kat blog yang aku tengok tu.. Masukkan mould yang dah siap diisi coklat tu ke dalam peti sejuk selama lebih kurang tiga minit atau sampai keras.. Memang betul la, sekejap je dah keras.. Takde la macam coklat yang mula-mula aku buat tu.. Sampai dua haripun masih lembik dan cair.. hahaha...


Masih ada tanda harga lagi tu... RM2.90 untuk satu keping acuan...


Dan, proses untuk mengeluarkan coklat dari mould juga amat la mudah.. Tak payah dah nak main cungkil-cungkil dengan garfu... kehkehkeh... Ingat senang ke nak mencungkil coklat tak jadi tu.. Lenguh dan sakit jari aku, tauuuu... ehehh...


Dan, inilah hasilnya... Amat berpuas hati.. :D


Coklat ni aku bahagi dua.. Satu bahagian aku bagi kat abang aku... Anak-anak dia yang duduk U tu ada balik, so, dapat la dorang merasa.. Abang akupun suka gak coklat tu. Siap tanya wife dia, beli kat mana coklat tu.. Kombang-kompih sokojap idong den... hehehe... 

Sebahagian lagi aku tinggalkan kat rumah ni untuk anak-anak adik yang ada kat sini waktu tu.. Dorang kata sedap.. Mak akupun suka gak rupanya.. Tapi aku cuma makan seketul je.. Tak boleh nak makan banyak-banyak sebab rasa mual.. Lain kali nak letak hazelnut kat dalam coklat tu.. So, takde la banyak sangat coklat yang digunakan..


Berlakon je ni.. Konon-kononnya berebut la.. hahaha...


Budak-budah ni pandai demand jugak.. Dorang kata nanti buat la coklat kaler pink yang rasa stoberi tu.. Aku cakap, nanti buat la.. Coklat putih dengan coklat perisa stoberi memang aku dah beli dah.. Tapi tak boleh la buat sekaligus.. Tunggu lain kali dorang balik, baru aku buat.. ;)

p/s: Semalam aku cuba buat bahulu gulung, tapi tak menjadi.. Melepettttt je... Takpe, lain kali cuba lagi... :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)