Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 25, 2012

Bukan itu maksudnya...

Assalamualaikum...

Bukan itu maksudnya...

Berdiam diri bukan bermaksud memencilkan diri atau menyembunyikan diri.. Namun ianya lebih kepada mencari sesuatu yang hilang dalam diri sendiri.. Apa yang hilang? Itu yang perlu dicari.. Kalau jumpa, alhamdulillah.. Kalau tak jumpa, pasrah...



p/s: Sekadar memerhati dari kejauhan sudah memadai.. ;)

Tuesday, April 24, 2012

Isikan tempat kosong...

Assalamualaikum...

Isikan tempat kosong...

Siakap, sinohong, gelama, ikan duri...
Bercakap bohong, lama-lama ______....

p/s: Isikan tempat kosong ikut kreativiti masing-masing.. Sekian, terima kasih... :D

Monday, April 23, 2012

Pes.. Pes.. Pes... Ampesss....

Assalamualaikum...

Pes.. Pes.. Pes... Ampesss....

Masa mula-mula layan tu okay je..
Punya la seronok sebab berturut-turut bola masuk gol..
Tapi sekejap je..

Tak lama lepas tu pihak lawan lak membalas...
Daripada satu sama, mengejar menjadi dua empat..
Lepas tu terus jadi empat sama..
Seri la pulak...

Cisssss....
Ingatkan nak sengih sampai ke telinga...
Rupanya sengih macam kerang busuk...
Huhuhu...


p/s: Harap-harap team Tevez tak menang... Fuuhh....!!! Fuuuhhhhh....!!! Fuuuhhhh....!!! 
:D

Sunday, April 22, 2012

Kalau nak bertanya, kena la maniskan muka.. :D

Assalamualaikum...

Kalau nak bertanya, kena la maniskan muka.. :D

Petang semalam aku pergi bandar atas urusan mak aku..
Mak aku nak beli freezer..
So, aku ni jadi tukang pilih freezer mana yang sesuai..
Kiranya aku ni macam jurucakap mak aku la..
Tukang bayar tetap mak aku..
Aku mana ada duit nak beli semua tu...

Lepas tu, aku dengan sorang kawan yang menumpang ke bandar pergi ke kedai jual barangan buat kek.. Kawan aku tu nak beli balang untuk isi maruku. Aku pulak nak beli coklat.. Sampai tiga bar coklat aku beli.. Hambikk kauu... haha.. Pastu beli lagi mould dari jenis peten yang lain pulak.. Adoyaii, semua jenis mould nak beli.. Buat coklatnya tak seberapa sangat.. ehehh...

Masa kat kedai barangan kek tu, aku terjumpa la seorang perempuan ni.. Aku tengok dia beli coklat bar ni punya la banyak.. Ada la dalam lapan bar kott.. Akupun dengan ramahnya tanya la kat dia.. "Beli banyak coklat ni, nak buat jual ke..?"

Dia senyum dulu.. Lepas tu diapun menjawab.. "Ha'ah... Jual kat sekolah.. Dengan buat jual kat adik-beradik je.."

"Akak beli untuk jual gak ke..?" Dia tanya aku balik... Akupun jawab... "Tak la.. Saje je untuk makan sendiri... Anak-anak buah suka coklat ni.."

Wahhh... Ini sudah bagus. Boleh la korek rahsia sikit, bisik aku dalam hati.. Kemudian tanya lagi... *Hamboiih3... haha...

"Ni kalau guna acuan macam ni, nak jual macam mana..?" *Merujuk kepada mould yang aku beli tu...

"Kalau macam ni, harga dia bla bla bla..." *Mana boleh bagitau. RAHSIA... kehkehkeh...

"Kalau yang ni pulak...?" *Merujuk kepada mould peten lolipop yang aku pegang..

"Yang tu satu batang kira bla bla bla..." *RAHSIA lagi.. Ehehhh...

Selesai sessi soal-jawab, akupun mula la nak keluar.. Sebelum tu, aku ucap dulu terima kasih kat dia.. Dia dah bagi sedikit clue/info yang aku perlukan.. :D

"Terima kasih ya.." *Sambil senyum puas hati dan berlalu pergi.. hehehe...

Kadang-kadang bila kita google, susah sangat nak dapatkan jawapan yang betul-betul sesuai.. Sebab itu jika jumpa dengan orang-orang yang mahir dan biasa buat sesuatu benda yang menarik minat kita tu, terus la maniskan muka.. 

Nak tanya orang kena la pastikan muka tu senyum sampai ke telinga.. Senyum tu biarlah ikhlas.. Baru nampak sinar kat muka tu... ecehhh... Dan orang yang nak menjawab tu pun dengan senang hati memberi jawapan tanpa sedar.. kehkehkeh... Kalau bertanya dengan muka masam mencuka, agak-agaknya ada tak orang nak melayan... Tak pasal-pasal kena herdik lak, niaya je... haha...

p/s: Nak bertanya tu biarlah kena pada tempatnya.. Jangan pulak pergi kaunter bank lepas tu tanya kat mana stesen bas.... >..<

Friday, April 20, 2012

Indah khabar dari rupa..

Assalamualaikum...

Indah khabar dari rupa..

Beria-ia dia berkata, seronoknya jumpa kawan-kawan lama dalam fesbuk ni..
Tak sangka dapat jumpa korang balik..
Betul-betul tak sangka...

Dan dia berkata lagi, kalau terserempak dengan aku tu, tegur-tegur la ya..
Aku ni kadang-kadang tak  perasan..
Bukannya aku sombong..
Nak sombong apanya, kita ni semuanya sama je..

Itu semua di alam siber..
Ramai kawan yang boleh baca dan nampak situasi sebegitu...
Namun hakikatnya amat berbeza sekali..

Di alam realiti, bila terserempak, dia buat-buat tak nampak..
Dari jauh dia dah palingkan muka..
Yang kita ni percaya la akan kata-katanya di fesbuk tu..
Niat hati ingin menegur..
Setidak-tidaknya bertanya khabar secara berdepan..
Bukan sekadar di muka buku..

Namun, apa yang kita dapat..?
Takde apa-apa..
Kita dari jauh sudah melemparkan senyuman..
Mata seakan tidak mahu berkelip kerana bimbang dia hilang dari pandangan..
Tapi dia seakan tak kenal kita...
Kalau sekali dua, mungkin itu dikira sebagai 'tak perasan'..
Namun jika sudah lebih dari sekali dua itu, apa maksudnya ya..

Faham-faham sendiri aje dah la..
Kita ni tak punya pangkat. Tak punya apa-apa...
Bukan siapa-siapa berbanding dia..
Mungkin dia malu jika kita mendekati dirinya...

Tak mengapalah...
Terimalah hakikat bahawa segalanya hanyalah indah khabar dari rupa..

Pernah alami situasi sebegini...? Jika tak pernah, alhamdulillah kerana hati anda tidak terluka.. Jika pernah, alhamdulillah juga kerana sesungguhnya kita sedar siapa sebenarnya kawan kita itu walaupun hati kita sedikit kecewa..




p/s: Tak perlulah nak bermuka-muka.. Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di sebalik fikiran anda itu.. *Ingatan untuk aku...

Thursday, April 19, 2012

Sessi memunggah yang tak pernah habis..

Assalamualaikum...

Sessi memunggah yang tak pernah habis..

Dulu letak kat sini almari tu..
Lepas tu pindah lak kat sana...
Kemudian ubah lagi, alih pulak kat situ...
Tu la kerja aku.. ehehh...

Penat buat kerja sorang-sorang ni..
Tapi seronok sebab takde yang mengacau..
Kalau bab memunggah barang-barang atau mengubah suai perabot dalam rumah, aku suka buat sorang-sorang.. Aman, takde yang nak mengarah buat itu, buat ini... Cuma kalau nak angkat perabot yang berat-berat tu, kena la mintak tolong kat siapa yang ada kat rumah masa tu.. Pengsan la aku kalau itupun aku nak buat.. 




Tapi kali ni semuanya aku yang buat sorang-sorang.. Daripada mengeluarkan segala isi perut dalam almari tu, kemudian menolak almari tu sampai tercungap-cungap aku dibuatnya, hinggalah kepada menyusun semula barang tu ke dalam almari.. Nasib baik lantai ber-marmar.. Senang sikit kerja menolak almari tu.. Satu malam memunggah tapi tak siap jugak mengemas dan terpaksa sambung keesokan hari...

Inipun tak habis lagi memunggah.. Yang pinggan mangkuk tu dah siap susun dah.. Tinggal beberapa lagi barang yang hendak dibuang terasa sayang.. hahaha.. Ni tengah dok pikiaq kat mana la nak sumbatkan barang-barang tu... Stor kat belakang rumahpun dah penuh dah.. Entah apa je yang ada kat dalam tu, akupun tak tau laa...

Ada lagi yang nak kena ubah ni.. Jemu la asyik tengok kedudukan yang sama je.. Tak dapat ubah banyak, ubah sikit-sikitpun jadi la.. Janji kedudukannya berubah..

p/s: Memunggah dan mengemas ni kira bersenam jugak.. Monci'eh-ci'eh poluh koluar.. :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)