Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, June 7, 2012

BIARKAN HIDUP MEREKA TIDAK KARUAN.. (Republish..)

Assalamualaikum....

Biarkan hidup mereka tidak karuan.. (Republish..)


Bila melihat orang yang suka bersendirian, tak ambil tahu hal orang, kalau kita tak berasa kasihan kononnya dia tidak ada kawan, kita akan membuat tanggapan dia kera sumbang. Ke mana-mana seorang, makan seorang, minum sendirian, dia punya dunia tersendiri.


Pernahkah kita terfikir mungkin itu memang yang diingini, memang perkara itu yang membahagiakannya, tak perlu pening-pening kepala nak melayan kerenah manusia di sekeliling, jauh sekali berada dalam lingkungan manusia yang suka mengkhianati.


Memang hidup memerlukan keluarga juga teman, tapi adakah hidup akan menjadi lebih sempurna jika mereka yang di sekeliling ini tidak berfungsi seperti yang sewajarnya? Tegur menegur, menasihati memang perlu apatah lagi mendorong dan menyokong. Tapi berapa ramai yang sanggup berbuat demikian untuk kita? Kalau kita fikir anggota keluarga tidak akan mengkhianati, kita salah. Kalau kita ingat rakan , teman, sahabat baik tidak akan mengkhianati, kita silap, silap besar!!! Sesiapa saja, tidak kira siapa mampu mengkhianati dan melukakan hati kita. Khianat mengkhianati bukan perkara luar biasa. Ia menu lazim, resepi utama sebuah kehidupan...


Sakit bila dikhianati, tidak kira bagaimana juga caranya. Ada cara kasar, terang-terangan, tetapi lebih sakit lagi bila dilakukan secara halus, penuh berkias. 'Membunuh' dengan senyuman, 'meracun' dalam terang. Lebih perit jika yang membuat onar itu orang yang paling rapat dengan kita. Mungkin benar kata-kata.., rakan paling baik adalah musuh paling ketat. Dia yang tahu segala kelemahan kita, satu hari akan menjadi 'pembunuh' paling kejam. Setuju??


Teringat dialog dalam sebuah drama penyiasatan bersiri CSI., .'saya memilih untuk hidup bersendirian, tidak mahu bercampur dengan orang kerana tidak mahu dilukai.'


Bila difikir-fikir ada benarnya kata-kata itu. Penat sebenarnya melayan kerenah manusia yang sering tak tentu hala. Tak faham kenapa ada dengki mendengki, cemburu tak tentu pasal dan tak habis-habis hendak menyakitkan hati. Macam seronok sangatlah buat perangai macam tu, entah apa faedahnya pun tak pasti.


Bagi saya, apabila kita berkelakuan begini, sentiasa fikir untuk menyusahkan orang lain, hidup kita yang akan sentiasa tidak karuan. Tak percaya?? Cuba lihat siapa saja di sekeliling kita, terutama mereka yang terkenal sebagai si hati busuk, bagaimana kehidupan mereka?? Kelam kabut hinggakan wajahpun tampak 'busuk dan hitam', sehitam dan sebusuk hatinya!!


Biarkanlah mereka dengan hidup yang tidak keruan. Kalau sudah ditegur, 'diajar'.., begitu juga hasilnya, biarlah, jangan buang masa, jangan membazirkan tenaga. Hendak menutup mulut mereka dan mengubah sikap buruk yang sudah menjadi darah daging, mungkin sukar. Jalan paling mudah, jauhkan diri daripada mereka. Itu penyelesaian terbaik. Tidak rugipun jika tidak berkawan dengan orang begini.


Hendak kata terkilan, memanglah terkilan. Kita sayangkan persaudaraan, kita hargai persahabatan dan keakraban yang terjalin tapi apa gunanya kalau kita saja yang beranggapan begitu. Ibarat cinta bertepuk sebelah tangan, lebih baik kita angkat kaki, jalan, undur diri.


Bukan memutuskan silaturrahim, jauh sekali bermusuh tetapi berwaspada. Kalau bertembung, terjumpa, dia tegur, kita tegur. Kalau dia tidak tegurpun, kita tetap menyapa dan doakanlah supaya dia menemui 'cahaya'. Tetapi, setakat itu sajalah sebab apa yang paling penting, kita harus menghormati, menyayangi dan menghargai diri kita sendiri terlebih dulu.


Copy and paste ~ 12 January 2009 ~


Hidup hanyalah satu persinggahan. Usahlah kita menjadi seperti api di dalam sekam ataupun umpama gunting di dalam lipatan. Tidakkah kita wajar mengikut contoh aur dan tebing yang saling memerlukan?


p/s: Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness - Steve Maraboli

Wednesday, June 6, 2012

Just grab it.. ehehh...

Assalamualaikum..

Just grab it.. ehehh...

Hari tu aku ada tanya pasal tempat nak beli barangan kawen kat Nilai 3 tu. Alhamdulillah, ada yang sudi membantu dengan memberikan nama kedai dan lokasi kedai tu.. Terima kasih banyak-banyak kat Kak Erna, Lynda dan Cik CT atas info tu ya.. :-)


Tak beli jugak... ehehh...


Aku pergi dengan kakak dan ipar aku dan dua orang anak dia. Pergi lepas asar. Dekat je pun Nilai 3 tu dengan rumah kakak aku yang kat Nilai tu.. Ada la dalam lebih kurang 10-15 minit perjalanan.. Kitorang pergi kat deretan kedai yang mula-mula tu.. Tak masuk langsung kat area yang belakang tu..


Masuk je tapi tak beli.. Tak mampu... huhuhu....


 Tujuan pergi tu bukannya nak beli apapun. Cuma nak cari bekas telur je.. Sambil-sambil tu, ambil jugak la beberapa keping gambar.. Mana la tau kalau-kalau ada yang berkenan pulak nak jenguk.. ehehh...


Tak beli pun... Tak tau apa kegunaannya... :P


Kakak ipar aku beli bekas telur kat gerai depan kedai kat gambar kat atas tu.. Kat gerai tu dia tulis kedai terbakar.. Jadi harga barang dia adalah beli satu, percuma satu.. Wahh... Ini sudah bagus... kan... haha... Memang nak cari harga yang serendah mungkin.. Apa guna beli mahal-mahal kat kedai besar tapi kualiti barang adalah sama sahaja.. Tak gitu..?



Kedua-duanya tak beli... Ambil gambar je... ehehh...



Kitorang tak lama kat sini.. Maklum la, kalau nak meronda semua, memang sampai esokpun tak habis. Jadi, bila je nampak ada promosi beli satu percuma satu untuk bekas telur ni, terus je pilih mana yang berkenan.. Anak buah tu kata dia punya tema kaler pink (euuwwwwwww...!!!) dan nak semua bunga telur tu kaler pink.. Pastu aku dengan kakak aku cakap la, eeeiiii..., campur la dengan kaler lain.. Geli la kaler pink ni... Bangla je yang suka kaler pink ni tau tak.. hahaha...




Pastu, diapun cakap yang dia sebenarnya tak kisah kalau nak campur-campur kaler ni... Kaler pink tu dia nak sesuaikan dengan baju dia dengan awek dia je nanti.. Cehhh... Akupun cakap la, spenda ko nak sama kaler pink jugak ke.. Hambekk kooo... kehkehkeh... Pastu apa lagi, terus la kitorang pilih-pilih kaler yang kitorang suka macam kaler oren, peach, kuning dan merah. Tapi takde la sampai pilih kaler hitam ataupun silver macam kebanyakan orang buat sekarang ni.. Macam kaler orang mati je.. ehehh..


Muka tokey yang ramah melayan... Baik budak ni... Bagi promot sikit.. hikk...
(Ehh, itu bukan jari aku ya... ehehh...)


Kakak ipar aku beli bunga telur tu dalam 800 tangkai..? Ada la dalam enambelas kotak.. Tapi yang bestnya, cuma bayar untuk lapan kotak sahaja iaitu 560 hengget.. Bijak tak kitorang punya perancangan.. hakhakhak... Bunga yang kat dalam kedai cantik-cantik tu satu kotak 70 hengget  dan takde percuma.. Mana satu yang korang nak pilih..? 

Lepas siap beli bekas telur ni, aku beli pulak empat kilo buah dokong kat tepi jalan tu.. Dah ramai kat rumah kakak aku tu, mana cukup kalau beli sekilo je.. Rezeki kena la bagi semua merasa.. kan.. Lepas tu masuk balik kat kedai cantik tadi sebab aku dah sangkut kat bekas lilin kat situ.. Sementelah tengah ada diskaun, akupun beli la.. Itupun setakat beli tiga bijik je bekas lilin tu.. Jadi la, janji dah ada bekas lilin.. Takde la nanti letak lilin atas tin susu.. hikhikhik... Elehh..., macam la  korang tak pernah buat... ahakkk....




Bekas lilin ni sepatutnya untuk lilin yang besar dan pendek tu.. Lilin camtu mana nak ada kat rumah aku.. Jadi, belasah je la letak lilin yang panjang ni. Dah la bergoyang-goyang dangdut lilin tu.. hahaha... Nampak gayanya, aku kena ikat tapak  untuk lilin tu biar spring dia tak goyang dah... Kalau tak ikat, bahaya jugak.. Takut lilin tu jatuh je...


Sebijik harga asal dia sebelas hengget lebih kot.. Lupa dah... Lepas diskaun, dapat la dalam tujuh hengget lebih untuk sebijik tu...


Lepas tu singgah pulak kedai kapet... Aku nak cari alas kaki je.. Alaaa.., alas kaki yang nak letak kat depan sinki dapur tu.. Tawar punya tawar, mamat Pakistan tu tak bagi kurang.. Tup-tup masa nak bayar, dia bagi kurang la pulak.. Siap suruh kakak ipar aku ambil lagi satu alas kaki untuk cukupkan korum.. Kena la 50 hengget untuk enam keping alas kaki.. Kalau tak, dah kena 60 hengget sebab sekeping dorang letak harga 10 hengget.. Kiranya dapat la jimat 10 hengget.. Weiii..., 10 hengget tu duit jugak maaa.. Boleh beli sekilo ikan kembung apa..  Kalau dorang tak bagi tawar harga alas kaki tu, mereput la benda tu semua kat kedai tu... ehehh...

p/s: Okay, ini saja untuk kali ini.. Harap ianya dapat membantu untuk siapa-siapa yang gatal nak kawen.. muahahaha... Kalau korang banyak duit, tak payah la ikut cara kitorang ni.. Cara ni untuk orang yang bajet dia terhad dan tersekat je... Sebab tu just grab je mana-mana yang murah dan berpatutan.. huhuhu...

Tuesday, June 5, 2012

Pantun cari gaduh.... :D

Assalamualaikum...

Pantun cari gaduh.... :D

Den tak suko buah nangko...
Buah nangko bodoghak-doghak...
Den tak suko oghang _______...
Oghang _______ bosa bughak...


Pantun ni dari zaman aku kecik dah ada dah.. Kat kampung dulu selalu sangat aku dengar orang melagukan pantun ni.. Sampai sekarang ni, aku masih tak faham kenapa nama negeri _____ itu yang dikenenkan. Mungkin ada sebab tertentu yang mereka (pencipta pantun tu) sahaja yang tau.. Ataupun mungkin ianya dicipta hanya sekadar untuk bergurau-senda melalui pantun... Kita generasi yang moden ni (ecehhh....) kenalah berfikiran positif.. Bukan apa, kalau kita fikir negatif, itu namanya memang nak cari gaduh la tu, kan...  ehehh..

Agak-agaknya apakah yang sesuai untuk mengisi tempat kosong tu ya.. Aku tau, tapi malas nak tulis.. Takut ada pulak yang sentap nanti.. Tak pasal-pasal timbul isu kenegerian la pulak... huhuhu..

p/s: Orang _______ memang suka cakap besar (bosa bughak) ke ehh..? Hikkk...

Monday, June 4, 2012

A trip to Port Dickson...


Assalamualaikum....

A trip to Port Dickson... 

Hari Isnin yang lalu, bersamaan dengan 28 May 2012, aku pergi Port Dickson dengan mak dan tiga orang anak buah.. Seorang anak buah tu tukang bawa kereta la, kan.. Nak harap aku bawa, haremmm... ehehh...

Aku memang dah rancang nak ke Port Dickson tu sebab anak buah aku tu bercuti seminggu.. Dah berzaman rasanya aku tak jenguk laut Port Dickson.. Bukannya aku nak mandi, cuma nak tengok laut je.. Sambil-sambil tu, main air kat gigi pantai.. 


Tapak kaki mak gajah.. :D


Disebabkan pakai tudung segera saiz L dan pakai pulak sarung tangan untuk mengelakkan sunburn, kaki seluar yang basah tu melekat je la kat situ.. Segan la pulak nak lipat kaki seluar tu.. Kang nampak pulak betis sebesar pokok kelapa ni.. Lagi segan kalau ada orang yang curi-curi ambil gambar.. Kang tak pasal-pasal keluar pulak kat fesbuk gambar pompuan separuh abad yang bertudung lengkap dengan sarung tangan, tapi betis gajah dia terdedah... kehkehkeh... Kalau pakai tudung kecik, konpem aku lipat kaki seluar tu... :D




Bertolak dari rumah kakak dalam pukul 10.30 pagi. Singgah tinted cermin kereta dulu kat Seremban. Pukul duabelas lebih baru siap dan terus la menuju Port Dickson tu. Pukul satu lebih baru sampai.. Cun-cun je azan zohor ke udara.. Aku suruh anak-anak buah makan dulu sebab paginya masing-masing tak sempat nak sarapan yang berat-berat.. Dorangpun dah bising kata laparrrr... huhuhu... Aku masakkan dorang ayam masak kicap dengan telur mata kerbau je.. Budak-budak ni tak kisah, janji ada ayam.. Kalau nak makan kat kedai kat situ, tak tau la berapa ringgit kena caj.. Lepas makan, aku suruh dorang solat zohor dulu sebab lepas tu boleh la main air puas-puas..




Hajat hati nak tunggu sampai matahari terbenam.. Teringin sangat nak tengok matahari tu jatuh di gigi laut.. Tapi mak aku dah ajak balik dah.. huhuhu.. Lagipun, masa nak balik tu dah pukul lima lebih dah.. Berat je kaki nak melangkah pulang.. Nampak gayanya, hajat untuk mengambil gambar matahari terbenam di pantai tidak kesampaian.. Takpe la.. Sekurang-kurangnya hajat nak tengok laut tu dah tercapai... Alhamdulillah..


Kat hujung tu rumah api.. Mula-mula  aku ingatkan masjid... adehh...


Aku tanya anak buah aku, nak naik jet ski tak? Yang kecik dua orang tu kata tak nak sebab takut.. Yang besar tu pulak kata daripada naik jet ski, baik naik bot pergi snorkeling. Naik jet ski kena caj RM70 seorang untuk jangkamasa selama 15 minit (kalau tak silap aku la...). Akhirnya, dorang bertiga naik bot untuk pergi ke tempat snorkeling dengan bayaran RM150.. Kalau aku dengan mak aku ikut sekali, caj tu tetap sama... Ni anak buah aku yang berurusan dengan budak punya bot tu... Aku siap pesan kat budak bot tu, jaga dorang bertiga ni baik-baik sebab dorang ni tak pandai berenang.. Diapun jawab la, akak jangan risau kak... Semua lengkap.. Jaket keselamatan dengan gugel ada disediakan.. Saya akan jaga dorang... Lega aku dengar... ehehh...


Dah mula nak gerak pergi snorkeling...


Tapi aku tak ikut sebab mak aku tak nak naik bot.. Mak aku suruh je aku pergi sekali dengan budak-budak tu.. Dia kata takpe je dia tunggu kat bawah khemah tepi pantai tu.. Tapi aku la pulak yang cuak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat situ.. Sudahnya, akupun tinggal la.. Lagipun kalau aku pergi, nanti kena masuk dalam air jugak sebab nak snorkeling tu, kan.. Tu yang aku segan nak buat tu.. Dah la badan aku ni macam gajah bunting sepuluh bulan, pastu nak berendam dalam air la pulak.. Terasa macam badak air je nanti.. huhuhu.. Lain la kalau pergi dengan cik abang sayang.. Nanti dia boleh tolong cover badan gajah aku ni... auuuwww... hahahaha...




Anak buah yang sorang tu kata dia takut nak snorkeling lama-lama.. Dia kata dia takut sebab dia nampak ikan-ikan kat dalam air tu macam nak gigit perut dia je.. Punya la aku bantai gelak dengar cerita dia.. Pastu aku cakap la kat dia, lain kali jangan makan banyak sangat.. Kuruskan sikit badan tu... Terus dia moncong.. Alahh, sekejap je moncongnya pun... kekehkeh...



Pantai Port Dickson dah cantik dah.. Takde sampah sarap yang bersepah-sepah di persisiran pantai.. Sedap mata memandang... Keep up the good work.. :)




Okay la.. Tak larat dah nak taip panjang-panjang... Somput napeh den.. Main skip-skip je ni.. adehh...

p/s: Sewa khemah RM 20.. Ada satu meja + 3 kerusi  + 2 kerusi malas .. Okay la tu.. Tak payah susah-susah nak bentang tikar.. Gambar selebihnya di sini.. :)

Friday, May 25, 2012

Hantaran - Gubahan - Door Gift - Pelamin - Tetamu...

Assalamualaikum...

Hantaran - Gubahan - Door Gift - Pelamin - Tetamu...

Dah dekat sebulan gambar ni kat dalam folder.. Asyik tak sempat je nak masukkan kat entry.. Tak kisah la haiihh.. Bukannya basi pun, kan... ehehh...

Ini semua adalah gambar masa kenduri anak jiran aku yang berlangsung pada hari yang sama dengan hari perhimpunan yang tak berapa nak bersih hari tu... Bezanya, gambar ni sedap mata memandang jika nak dibandingkan dengan gambar yang lagi satu tuuuuu.... :D

Layan je la gambaq ni... Malaih nak cerita banyak-banyak.. Ceq letih...


The Hantaran...





The Gubahan...


Gubahan bentuk burung merak... Pandangan dari depan dan sisi...


Gubahan yang ini aku yang buat.... Wahahaha... Togel semacam je... adehh...


The Door Gift...
(Yang dalam kotak tu kek marble.. Sangat lembut, gebu dan sedaaappp...)




The Pelamin...
(Hasil rekaan Baby Elle...)



The Tetamu...
(Tak tau anak siapa... Main candid je.. )



p/s: Okay, ini saja ya.. Terima kasih pada semua kawan-kawan yang sudi tinggalkan komen kat entry yang lepas-lepas.. Maaf la tak sempat nak balas.. Takde idea... huhuhu...

Wednesday, May 23, 2012

The version of my ayam goreng kunyit.. :D

Assalamualaikum...

The version of my ayam goreng kunyit.. :D

Nak kata sedap sangat tu, takde la kotttt...
Tapi boleh laa... ehehh...
Yang penting, tekak tu jangan la cerewet sangat, ya tak..?
Kalau cerewet, mesti semua tak kena dengan selera...




p/s: Nak resepi..? Sila la jenguk sini.. Tak perlu tinggalkan komen sebagai ucapan terima kasih.. Cukup la sekadar klik mana-mana iklan yang keluar tu... kihkihkih...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)