Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 9, 2012

Untuk dia...

Assalamualaikum...

Untuk dia...

Petang semalam aku dok kait buah mangga telur yang dah masak ni..
Buah mangga ni dari hari tu lagi berbuah secara berperingkat..
Tak putus-putus buah dia..
Mungkin sebab selalu bagi kat orang kot...
Tu yang rajin berbuah tu...
Kata orang, murah rezeki...
Alhamdulillah...
Amin....

Buah mangga ni aku nak bagi kat adik ipar yang tengah pregnant tu..
Tapi dia tak balik..
So, aku kirim je buah ni kat adik ipar yang sorang lagi..
Kebetulan adik aku ada balik sini...


Guna sauk ikan je.. Kalau buah betul-betul masak, nanti cepat je dia gugur ke bawah.. Pastu nanti buah tu lebam sebab jatuh atas simen.. Tu yang guna sauk tu...


Hasil saukan... hehehe...


Tengah-tengah menyauk, tiba-tiba tangan kena gigit dengan kerengga... hahaha...


Lepas tu petik pulak buah betik ni...
Anak-anak buah aku suka makan buah-buahan tempatan ni..
Bagus la macam tu, kan..
Boleh cuci perut....
Hehe...


Liat jugak rupanya dia ni... Jenuh jugak aku memulas... ;)


Ko ader...??
Konpem takde, kan...
Muahahahaha.....
Larikkkssss.....!!!


p/s: Moga semua buah ni elok bila sampai kat dia.. 

Monday, October 8, 2012

Ini betul-betul kerja GILER....!!!

Assalamualaikum...

Ini betul-betul kerja GILER....!!!

Huwaaaa....!!!
Kalau selalu macam ni, akupun boleh jadi giler macam dia...
Nehi.. Nehi... Kabi nehi...

Das mu krewak betul la aliens aka anonymous ni...
Mentang-mentang la format komen kat bloglist aku tu allow komen dari semua...
Ikut suka dia je nak menembak...
Adeh...
Nasib baik semua komen tu masuk dalam spam...
Padan muka hang...
Hahahaha... 
Padan muka aku jugak...
Kehkehkeh...

Lagi satu, dah la aku ni jarang masuk jenguk emel...
Bila masuk pulak, tetiba dapat surat cinta yang berjela-jela panjangnya...
Sampai lima mukasurat setengah...
Kalau surat cinta suci takpe la jugak...
Ni surat cinta pelesu semata-mata...
Caiitt....

Page 1

Page 2

Page 3

Page 4

Page 5


Proses men-dilit spam...
Gggrrr....!!!



Okay, line clean and clear...
Pheww....!!!
=..="


Terus tukar format komen...
No more allowed anonymous...
Syuhh...!!!
Pergi main jauh-jauh...


p/s: Semaklau sungguh... adehh....

Sunday, October 7, 2012

Terima kasih...

Assalamualaikum....

Terima kasih...

Terima kasih kerana memberikan semangat...
Terima kasih kerana sudi mendoakan...
Terima kasih atas perhatian...

Terima kasih semua yang sudi meninggalkan komen di sini...
(Kuantiti tidak penting.. Kualiti diutamakan..)













All the best untuk anda juga.. Semoga anda semua diberkati Allah selalu... Amin...


--------------- Sekadar satu perkongsian untuk renungan kita bersama ---------------


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya - Al-Imran: Ayat 8


وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۖ بَلۡ هُوَ شَرٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٲثُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan - Al-Imran: Ayat 180


p/s: Lebih ramai manusia yang suka memusnahkan impian orang lain daripada memberi semangat untuk segera bangkit...

Saturday, October 6, 2012

Projek...

Assalamualaikum....

Projek...

Aku baru je mulakan projek kecil ini..
Projek buat popia frozen je..
Sekadar mencuba nasib dalam bidang makanan pulak..

Aku percaya pada qada' dan qadar Allah...
Jika ada rezeki, ianya pasti datang...
Tapi kenalah usaha dulu...
Bukan sekadar menanti borang sampai ke tangan...
Isi dan tunggu pemerosesan dijalankan...
Itu bukan cara aku... 


Inti...


Gambar kitar semula... Maaf..


Sos cili...


Sekali lagi gambar kitar semula.. Maaf sekali lagi...


Semoga Allah permudahkan segala urusan... Semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki.. Semoga aku segera mendapat kastemer dan mereka tidak lari... Amin...

p/s: Aku juga punya misi.. Aku juga punya impian.. Bezanya misi dan impian aku sekadar ikut kemampuan diri.. Kecil sahaja walaupun punya badan yang besar... ehehh...

Friday, October 5, 2012

Witches Tongue....

Assalamualaikum...

Witches Tongue....

Lidah ahli sihir mana la pulak ni....
Adehhh....

Ni bukan cerita pasal ahli sihir, dukun ataupun lidah mereka... Ni adalah nama sejenis pokok bunga yang ada kat laman rumah aku... *Cepat aje nak menembak ya.. cehhh...

Pokok ni mak aku yang tanam.. Mulanya pokok ni duduk dalam pasu, macam tak berjaga je. Terbiar, dengan tanah yang cuma setengah pasu dan selalunya tanah tu kering tanda tidak disiram.. Cuma, baru-baru ni je aku ubah pokok ni ke atas tanah sepenuhnya...




Tak berapa lama lepas diubah tu, aku tengok perubahan mendadak kat pokok ni.. Pokok dah mulai subur.. Daun dan tunas baru dah mula keluar bercambah.. Dan baru-baru ni, terkejut aku bila tengok bunganya yang memutih.. Banyak pulak bunga tu.. Tetiba rasa macam berada kat Swiss la pulak.. muahahaha.... *Berangan de amor je laa... ehehh...




Pokok Witches Tongue ini juga dikenali dengan nama Clerodendrum Incisum Macrosiphon, Rotheca Incisa, Rotheca Incisafolia, Musical Note Clerodendron, Morning Kiss Clerodendron... Banyak sungguh nama dia.. Unik pulak tu nama-nama dia...





Dari pemerhatian aku la kan, pokok ni jenis yang tak tahan lama.. Lebih-lebih lagi jika terkena hujan, lagi la cepat dia lunyai.. Macam taugeh, yang mudah lembik jika terlalu lama direndam dalam air.. Ajaibnya pokok ni ialah bila dia nak gugur tu, bunga yang panjang tu akan terjuntai kat jejarum (belasah je bagi nama..) kat tengah tu...

Setakat ni je cerita pasal lidah ahli sihir ni.. Pokok lidah mertua korang kenal tak..? Takpun pokok lidah jin... Kenal...?? 

p/s: Buruk pada nama... Namun cantik pada pandangan mata... Jangan nama je cantik tapi ______... :-)

Thursday, October 4, 2012

Sedap dan sentap...


Assalamualaikum...

Sedap dan sentap...

Mengata orang, sedap...
Dikata orang, sentap...

Meminjam hak orang, sedap...
Diminta pulangkan, sentap...


p/s: Saiko...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)