Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 23, 2013

Survey...

Assalamualaikum...

Survey...


Berapa upah potong kaki seluar jeans. slack atau seluar baju melayu untuk saiz dewasa dan kanak-kanak kat tempat korang ehh..? Potong kaki seluar tau, bukannya potong kaki orang... hehh..


Aku nak buat survey.. Mana tau kot-kot lepas ni aku nak ambil pulak upah potong kaki seluar ni..


Kalau potong kaki seluar adik-beradik memang takde upah la gamaknya.. Nak kena sembur kalau mintak upah... sobsobsob... Kalau ada yang rela hati nak bagi tu, dapat la.. Kalau masing-masing buat derk je, apo nak dikato.. Dapek sakit pinggang yooo laaa.... Huhuhu...




Yang pasti, seluar siapa yang patahkan jarum mesin, akan dikenakan caj tambahan mengikut harga sebatang jarum. Ingat harga jarum mesin industri ni murah ke.. huhuhu... Kalau dua-dua jarum patah, iaitu jarum jahit tepi dan jarum mesin jahit biasa, akan dikenakan double caj tambahan. Aku guna jarum Singer.. Original punya.. 


p/s: Kalau semua benda nak free, nak murah, sampai bila-bilapun aku dok macam ni jugak.. Dah la ini je sumber pendapatan yang aku ada.. Kesian la sikit kat aku ni... huuuuu....

Wednesday, May 22, 2013

Penambahbaikan...

Assalamualaikum...

Penambahbaikan...


Setiap syarikat yang mengeluarkan produk, pasti akan berusaha untuk memajukan produk masing-masing.. Pelbagai penambahbaikan yang dilakukan demi menarik pelanggan untuk melabur dan membeli produk yang mereka keluarkan.. 


Contohnya ialah pek febreze ni.. Dulu kalau nak tuang pek isian semula ni, kita cuma perlu potong kat sudut atas pek tu dan terus je tuang... Kalau kita ni jenis yang tangan menggigil atau jenis yang tak berapa pandai nak buat kerja sebegitu, pasti akan tersasar dan mungkin  banyak isian yang tumpah daripada yang masuk ke dalam bekas atau botol tu...


Siap letakkan warna kuning untuk bagitau kat situ ada straw pendek..


Kini, segalanya jadi lebih mudah kerana kat sudut atas tu sudah disertakan sekali dengan straw pendek sebagai alat supaya isian itu tidak tertumpah lagi... Aku jarang beli febreze ni.. Mungkin dua bulan sekali baru aku beli bergantung kepada tahap penggunaannya.. Nak beli selalu tak mampu.. Bagi aku febreze ni agak mahal jugak la.. Sebab tu guna jika perlu je.. Takde nya nak main sembur-sembur angin macam tu je..




Jika dah ada penambahbaikan sebegini, rasanya harga diapun ikut naik jugak la.. Aku tak perasan pulak harga pek lama dengan harga pek baru ni.. Tapi aku yakin harganya akan ada perbezaan dan kenaikan.. Mungkin berbaloi sebab dengan pek baru ni, kita tak perlu risau isian itu tertumpah sebab dah ada corong yang disediakan.. Kalau tertumpah jugak, mungkin anda ada penyakit parkinson.. huhuhu...


Sama jugak dengan lebuhraya yang kita gunakan.. Nak guna hari-hari kena la bayar tol.. Malahan disediakan tempat rehat yang lengkap dengan tempat makan, tandas, tempat solat dan sebagainya.. Selesa ke kalau nak menggunakan jalanraya yang berlubang sana-sini..? Mesti la tak selesa, kan.. 


Macam susu pekat manis jugak.. Ada tin yang siap dengan penarik tu harga dia memang la mahal sikit daripada tin yang kita sendiri kena tebuk.. 


Aku rasa pengeluar minyak masak yang dalam peket plastik tu patut buat penambahbaikan macam febreze ni jugak.. Rugi jika banyak minyak yang tumpah walaupun minyak tu bukan dari jenis yang baik.. Lagipun bukan semua orang mampu nak beli minyak yang dalam botol tu.. Setitik minyak yang tumpah besar nilainya bagi golongan kurang berkemampuan... huhuhu...


p/s:  Ini bermaksud, setiap penambahbaikan pasti akan berlaku kenaikan kos.. Takkan itupun tak boleh nak fikir kot... huhuhu...

Tuesday, May 21, 2013

Lemau..

Assalamualaikum...

Lemau..


Musim BPL sudahpun berakhir..
Pengurus MU pun dah bersara dah..
Apapun, tahniah kat MU kerana berjaya merampas takhta..
Babai Chelsea... ahahh..


Akupun lepas ni nak bersara jugak dari join fantasy football ni..
Musim ni aku memang lemau sungguh..
 Takde mood langsung nak layan BPL..
Nak update team akupun aku takde semangat..
Awal-awal musim je berkobar...
Lepas tu, hambar belaka...
Hehh...






p/s: Page bola kat fb pun dah banyak yang aku Unlike.. Malas dah nak layan bola... Sekarang ni nak layan novel lak.. ehehh...

Monday, May 20, 2013

Honesty...

Assalamualaikum..

Honesty...


If you search for tenderness...
It isn't hard to find...
You can have the love you need to live...

But if you look for truthfulness...
You might just as well be blind...
It always seems to be so hard to give...

Honesty....
Is such a lonely word...
Everyone is so untrue...

Honesty...
Is hardly ever heard...
And mostly what I need from you...

I can always find someone...
To say they sympathize...
If I wear my heart out on my sleeve...

But I don't want some pretty face...
To tell me pretty lies...
All I want is someone to believe...

Honesty....
Is such a lonely word...
Everyone is so untrue...

Honesty...
Is hardly ever heard...
And mostly what I need from you...

I can find a lover...
I can find a friend...
I can have security...
Until the bitter end...

Anyone can comfort me...
With promises again...
I know... (I know..)
I know... 
Woo.. woo...

When I'm deep inside on me...
Don't be too concerned...
I won't ask for nothin' while I'm gone...

But when I want sincerity...
Tell me where else can I turn...
Because you're the only one that I depend upon...

Honesty....
Is such a lonely word...
Everyone is so untrue...

Honesty...
Is hardly ever heard...
And mostly what I need from you...



p/s: I don't want some pretty face to tell me pretty lies... All I want is someone to believe... Muka cantik/ensem macam mana sekalipun, jika tiada kejujuran, semuanya adalah hampas belaka.. hehh...

Haaiiiipp...!!! Jangan lompat..!!!

Assalamualaikum...

Haaiiiipp...!!! Jangan lompat..!!!


Buat penat je melarang..
Buat jerih je menjerit..
Buang karan je dok tunjuk jari kat dia..


Tak lama dia duduk kat tempat tu..
Akhirnya dia lompat jugak..
Huhuhu...


Nasib baik kain tu tak bergerak..
Kalau la kain tu sangkut kat kuku dia, harus aku jentik telinga dia..
Hehh...




Baru dapat potong dua pasang dari empat pasang kain kastemer yang sama.. Itupun dah mula sakit pinggang dah... adehh.. Mudah-mudahan malam nanti dapat potong yang lagi dua pasang tu.. 


p/s: Jangan blackout dah la.. Habis rosak rancangan aku nanti...

Saturday, May 18, 2013

Rimas sungguh...!!!

Assalamualaikum...

Rimas sungguh...!!!

Youtube sekarang ni entah apa-apa je, kan..
Dah la ada iklan yang keluar..
Nak kena tunggu dulu beberapa saat baru boleh tengok video yang kita nak tengok tu..


Pastu, ada pulak keluar benda alah macam dalam gambar kat bawah ni haa...
Nak kena pilih dulu... 
Pastu klik...
I don't want to use my full name la sengalllllllll....




Lepas klik yang tadi tu, keluar pulak benda alah kat bawah ni haa..
Memang sengal betul laa...
Rimas sungguh..!!!
Rimas serimas-rimasnya..
Buang masa, okay...
Huhuhu.....




Mana-manapun ada iklan.. Kat group masakanpun ada iklan jual mekap la, jual baju la, dan bla bla bla..  Mula-mula sikit je iklan yang keluar.. Lama-lama makin banyak.. Bosan pulak jadinya.. Rimas..!!! 


p/s: Kalau iklan barangan yang berkaitan dengan masakan tu takpe la jugak.. Iklan pasal periuk belanga ke, acuan biskut ke, bahan-bahan nak buat kek/biskut dan sebagainya ke.. Boleh jugak aku menempel sekali.. kehkehkeh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)