Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 14, 2014

Yang ditunggu dah tiba.. Tak sabar nak 'explore'.. :D

Assalamu'alaikum...

Yang ditunggu dah tiba.. Tak sabar nak 'explore'.. :D


Yess..!!! Barang yang aku tunggu sudahpun tiba.. Pagi tadi novel dan petangnya pulak benda alah ni.. Nama benda ni adalah rotary cutter.. Yang ni dari jenama Olfa.. Kegunaannya adalah untuk memotong kain.. Aku beli Olfa rotary cutter ni melalui fb page Kraf Ezee ni.. Harga boleh tengok kat gambar.. Siap ada tulis harga pos lagi.. 






Mata atau blade rotary cutter Olfa ni sangat tajam.. Aku dah test dah.. Jadinya, untuk langkah keselamatan, pastikan blade rotary cutter ni disimpan ke dalam jika tidak digunakan.. Perhatikan perbezaan pada kedua-dua gambar... Gambar atas, blade rotary cutter yang disimpan dan yang bawah pula blade rotary cutter ketika digunakan.. Main tolak je benda hitam yang kat ibu jari tu..




Oh ya, sebelum terlupa, aku nak bagitau bahawa mata atau blade rotary cutter Olfa ni sangat tajam.. Jadinya, jauhkan dari anak-anak atau simpan di tempat yang dorang tak boleh cari atau jumpa.. Kang dibuatnya dorang main toreh-toreh kat lengan, niaya je...




Sebelum Olfa ni, aku pernah beli rotary cutter dari jenama lain.. Taiwan punya.. Tapi bila aku cuba gunakan dan gelek atas kain, kain tu langsung takde kesan apa-apa.. Harga lebih kurang je.. Olfa ni lebih tiga ringgit je dari jenama dari Taiwan tu.. Aku tak boleh la nak bagitau apa nama jenama tu.. Kang tak pasal-pasal kena saman pulak.. kan... hehh...




Diingatkan ya, bahawa rotary cutter ni jika nak guna, perlu ada cutting mat iaitu yang kaler hijau tu.. Jangan sebarang gelek je.. Aku punya cutting mat ni aku beli kat kedai kat sini.. Tapi kat fb page Kraf Ezee tu ada je jual cutting mat ni.. 




Cara nak guna Olfa rotary cutter...


Sekali lagi, untuk siapa yang berminat nak beli, boleh la beli dari page fb ni. Benda yang aku rasa baik dan berbaloi dengan pembelian, memang aku akan tolong promot.. Takde niatpun nak bodek atau sebagainya.. 


p/s: Lepas ni nak beli meja jepun pulak.. Senang nak buat kerja kat bawah.. Duduk atas lantai.. 

Monday, October 13, 2014

Koleksi VCD...

Assalamu'alaikum...

Koleksi VCD...


Sebenarnya aku bukanlah seorang yang suka menonton video.. Aku lagi suka tengok tv.. Sebab tu la koleksi vcd aku tak banyak.. Lagipun kat rumah ni memang dah sedia banyak vcd yang adik-beradik beli tapi vcd dorang banyak cerita inggeris la.. VCD aku pula banyak cerita hindi.. Boleh dikatakan semua cerita yang ada Shah Rukh Khan dan Kajol.. 




Semua vcd ni aku beli masa aku kerja kat Pertama Kompleks dulu.. Lama dah ni.. Sejak tahun 2001 lagi aku beli.. Kalau dah tempat kerja tu bersebelahan dengan kedai jual vcd hindi, dah tentulah terikut-ikut membeli.. Tambahan pulak ada sorang pekerja kat situ yang rajin promot.. hehe.. 




VCD cerita inggeris aku cuma beli dua buah sahaja.. haha.. Yang lagu pulak cuma tiga buah tu je la tapi yang pasti, ketiga-tiganya original... Sampai kini semua vcd ni masih dalam keadaan baik sebab aku simpan elok-elok.. Takdenya aku nak main tinggal je vcd tu bersepah merata-rata dalam rumah..




Aku layan vcd ni bila mood merempit aku ke laut.. Sambil layan lagu, sambil merempit laju-laju.. Nak kata tengok beria tu tak la.. Lagipun dah banyak kali dah menengoknya..


p/s: Lepas tahun 2001 tu dah tak beli vcd dah.. Lagipun cerita hindi sekarang entah apa-apa je.. hehh..

Apabila musibah dijadikan bahan lawak. Ianya sangatlah...

Assalamu'alaikum...

Apabila musibah dijadikan bahan lawak. Ianya sangatlah...


Sangatlah menjengkelkan..
Sangatlah memalukan..
Sangatlah memualkan..
Sangatlah membuat hati tersiat..
Sangatlah kurang ajar..


Ya, aku memang benci bila ada orang menjadikan musibah sebagai bahan lawak.. Walaupun musibah itu bukan terjadi pada diri kita, sekurang-kurangnya janganlah dijadikan bahan jenaka.. Dah la kau jadikan musibah tu bahan lawak bodoh, lepas tu kau tuding pulak jari salahkan pihak tertentu.. 


Rumah pangsa Loke Yew tercabut dinding bilik akibat ditiup angin ribut petang tadi.




Ada yang komen sampai akupun tak tau nak masukkan komen tu dalam kategori apa.. Antara komen tersebut adalah:

- tgh2 duk beromen dgn bini..tetiba dinding tercabut...matila titew maluuu

- room to let.. with city view & fresh air..

- serious ke ni...?macam mana boleh tercabut...bahaya tau...tapi view mmg cantik...dah mcm view apartment kat new york dlm citer2 dongeng omputeh dah...

-  sambil lipat kain tgk view..haha

- Macam tak logik jer, tak ada kesan macam dinding tercabut pun.... Tah2 rumah tuh pakai cermin kaca ke... Atau tengah renovate dinding baru ke... Kalau dinding hilang takkan tak ada wayer terjuntai macam tercabut... Hurmmmm 

- nasib baik siang. cuba berlaku masa malam jumaat. hahaha

- Apsl rumah dia je yg tcbut.?

- Nampak sgt menipunya.. Ceh

- Mesti sejuk tdow mlm ni..indah pmndgn


Bila musibah melanda, ramai yang akan terbabit.. Bukan setakat mereka yang menjadi mangsa itu sahaja.. Sekurang-kurangnya bagilah komen yang positif yang sedikit sebanyak meringankan keresahan mereka.. Jika dapat bagi bantuan, itu lagi baik dan sangatlah digalakkan.. 


Rata-rata yang bagi komen 'cerdik' tu adalah dari orang Melayu.. So, what to do..? Salah kerajaan jugak ke..? Atau salah asuhan..? Atau salah pemikiran..? Atau salah makan..? 


p/s: Tak kena kat diri sendiri, boleh la sembang kencang.. 

Sunday, October 12, 2014

Sometimes...

Assalamu'alaikum...

Sometimes...


We try to be real nice and friendly to people, but sometimes they take advantage of that - Layne Staley




p/s: Pejam mata + fokus.. Tarik nafas perlahan-lahan.. Tahan 5 saat + istighfar dalam hati.. Lepaskan perlahan-lahan.. Ulang berulang kali.. 

Saturday, October 11, 2014

Sorry..! I'm Closed...

Assalamu'alaikum...

Sorry..! I'm Closed...


Nak berehat sekejap.. 
Letih dok hadap karenah orang kat alam maya ni.. 




p/s: Sementara tu, boleh la godek-godek entry yang terdahulu.. Jika nak baca, silakan.. Jika malas nak godek, abaikan.. Apa yang penting, jika 'terjumpa' entry yang 'berbau busuk', janganlah disebarkan.. Simpan sahaja cerita itu di sini.. Terima kasih..

Anda bukanlah seorang yang boleh dijadikan KAWAN jika....

Assalamu'alaikum...

Anda bukanlah seorang yang boleh dijadikan KAWAN jika....


Pandai macam mana sekalipun...
Cantik atau kacak macam mana sekalipun...
Kaya macam mana sekalipun...
Hebat macam mana sekalipun...
Terkenal macam mana sekalipun...
Sopan macam mana sekalipun...
Lemah lembut macam macam mana sekalipun...
Baik macam mana sekalipun...


Jika anda tidak pandai menyimpan rahsia...
Jika anda tidak jujur dalam membuat urusan...
Jika anda suka menipu tanpa alasan...


Anda bukanlah seorang yang boleh dijadikan KAWAN..!





p/s: Anda itu boleh merangkumi engkau, aku, dia, mereka dan siapa sahaja.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)