Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 13, 2015

Resepi dan cara buat solok lada...

Assalamu'alaikum...

Resepi dan cara buat solok lada...


Cerita pasal solok lada ni dah agak lama tertunggak.. Boleh pulak aku terlupa nak masukkan dalam blog.. Mujurlah aku tak ter-delete semua gambar yang aku edit.. Dah masuk tong sampah dah gambar ni tapi aku sempat restore balik.. ahaha...


Sebenarnya, aku memang dah lamaaaaaaaa sangat teringin nak buat sendiri solok lada ni tapi disebabkan semangat tak berapa nak kuat, maka keinginan tersebut berlalu sepi di bawa badai... Gitulah lebih kurangnya.. hehh...


Tak tau la kenapa hari tu aku rajin sangat buat solok lada ni.. Mungkin sebab masa pergi pekan sehari hari tu, aku terpandangkan cili hijau yang besar ni.. Tu yang aku terus je beli dan esoknya, terus je aku buat solok lada ni.. Nak tunggu cili yang sebenarnya memang payah la nak dapat..


Dah, jangan nak banyak sangat potpetpotpet.. Moh tengok gambar.. :)



^
Ada orang rebus ikan kembung ni tapi aku kukus je sebab tak nak manis ikan tu hilang..
v


Ambil isi ikan sahaja..



^
Lada hijau dibelah dan buang biji..
v



^
Bahan tumbuk.. Halia, bawang merah dan lada hitam..
v



^
Bahan tumbuk untuk isi solok.. Ikan, kelapa muda dan bawang serta halia dan lada hitam tadi.. 
v


Letakkan sedikit garam dan satu sudu makan tepung ubi untuk mengelakkan isi berderai masa kukus. Gaul sebati..


Santan pekat untuk merebus solok lada.. Masukkan sedikit garam dan kacau-kacau supaya garam sekata..



^
Solok lada yang telah disumbat.. Sumbat padat-padat dan jangan ada ruang kosong dalam cili tu.. Masukkan dalam loyang yang ada santan tadi.. Curah-curahkan santan tu atas solok lada...
v


Kukus solok lada sehingga masak.. Ada orang rebus tapi aku suka kukus.. 




^
Dan inilah hasilnya solok lada yang aku buat.. Sedap.. hehe..
v




p/s: Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan solok lada buatan sendiri ni.. Makan lauk ni je dengan nasi.. Makan macam ni pun bertambah nasi.. hehe..

Wednesday, November 11, 2015

Cara simpan sayur supaya tahan lebih lama...

Assalamu'alaikum...

Cara simpan sayur supaya tahan lebih lama...


Aku percaya ramai yang dah tau dan dah cuba kaedah menyimpan sayur supaya tahan lama yang menjadi viral di fesbuk.. Akupun terjebak sama.. Ye la, kalau benda tu betul-betul berkesan, apa salahnya kita praktikkan, tak gitu..?


Setakat ni dah dua kali aku buat kaedah tersebut.. Terima kasih pada penyumbang idea kerana dengan idea yang berkesan tu, sayur aku boleh bertahan segar dalam tempoh dua minggu..!


Ini kali kedua yang aku buat.. Aku tunjukkan gambar percubaan kali kedua dulu sebab gambar ni agak lengkap.. Masa percubaan kali pertama dulu aku tak ambil gambar semua step..


Lepas je beli sayur, terus je cuci bersih.. Lepas tu, rendamkan semua sayur di dalam bekas besar yang berisi sedikit garam.. Kacau-kacau sikit air tu.. Rendam dalam masa antara 10-15 minit.. 


Kemudian, toskan sayur tersebut.. Biarkan air tu menitis habis.. Tak perlu lap sayur tu..


 Lepas tu, masukkan sayur ke dalam bekas kedap udara.. Susun elok-elok sayur tu...


Tutuplah bekas tadi dengan rapat.. Dan boleh la disimpan di dalam peti sejuk.. 


Ini pulak gambar masa percubaan kali pertama hari tu.. Gambar ni aku ambil setelah lebih seminggu sayur tu disimpan.. Masih segar lagi, kan..? Jika ada air yang bertakung dalam bekas tu, tuangkan air tu keluar.. (Pasti akan ada sedikit air yang bertakung..)





Ini pulak cara aku simpan sawi.. Aku masukkan dalam plastik yang agak besar sikit dan aku lipat kemas-kemas..





Masa simpan sawi ni dalam peti sejuk, aku letakkan bahagian yang berlipat tadi ke bawah..




Dan inilah hasilnya sawi yang disimpan setelah hampir dua minggu.. Masih lagi segar bugar..




Dan yang ini pulak sawi yang disimpan hampir tiga minggu.. Masih lagi elok seperti baru beli..




Bab simpan sawi ni, aku belum lagi cuba simpan dalam bekas bertutup kedap udara tu.. Ada kawan bagitau, sawi dia cuma bertahan tiga hari je sebab sawi tu dah mula lecur.. Aku simpan sawi ni dalam plastik macam ni, alhamdulillah, elok pulak lama dia bertahan..


p/s: Sekarang ni aku memang gunakan kaedah ni untuk sayur yang aku beli supaya terus segar apabila hendak digunakan.. Siapa yang nak cuba buat, dipersilakan buat.. Tak cuba, tak tau, kan..?

Monday, November 9, 2015

Berubahlah ke arah yang lebih positif...

Assalamu'alaikum...

Berubahlah ke arah yang lebih positif...


Apabila masuk kat mana-mana grup masakan yang ada kat fb, perkara macam ni la yang selalunya kita dapat samada pada post ataupun pada komen.. Macam-macam luahan hati yang ada.. Macam-macam rasa tidak puas hati yang timbul.. Komen negatif lagi banyak dari komen positif.. Komen mengutuk jangan cakap la.. Berlumba-lumba nak mengutuk sama.. huhu..




Aku nak buat satu pengakuan.. Dulu, masa mula-mula ada fesbuk dan masa mula-mula join grup masakan, akupun ada jugak sikap macam ni.. Sikap yang sangat tidak elok.. Ikut sangat hati yang tidak sabar.. Terjebak la sekejap apabila ikut sama-sama mengomen post yang negatif.. Mungkin sebab didorong oleh perasaan kecewa apabila kita mintak pandangan ataupun resepi, orang buat tak tau je.. Atas sebab tu, aku sama-sama menyokong ataupun ikut Like post tersebut.. Tapi aku tidaklah sampai buat post luahan rasa tidak puas hati pada sesama ahli kat grup-grup masakan yang aku join tu.. Aku sekadar komen dan Like sahaja..


Tapi sekarang ni, aku dah lebih bersikap terbuka.. Apabila ada yang komen atau buat post negatif, aku cuba elakkan untuk memberi sebarang komen.. Jika nak komenpun, aku komen yang positif macam bagi nasihat ataupun pujuk-pujuk rasa macam nak lepuk.. Sebab apa rasa nak lepuk..? Sebab kadang-kadang aku rasa benda tu tak perlu kot nak diluahkan kat grup.. Luahkan aje la la wall sendiri macam yang selalu aku buat.. ahahaha.. Lepas tu, set wall yang ada post luahan hati tu kepada Public.. Itupun kalau kau rasa post tu nak kena print screen la, kan.. hehe.. Sebab tu aku lebih suka set wall aku kepada Custom.. Apabila rasa post atau status tu nak di-public-kan, barulah aku tukar setting.. kehkehkeh..


Kita belajar dari pengalaman lalu.. Dan jika benda itu betul, tak salah untuk kita berubah.. Sampai bila kita nak saling menuding jari sesama sendiri..? Too much EGO will KILL your TALENT..


p/s: Sikit-sikit nak mengadu.. Sikit-sikit nak sentap.. Mudah sangat naik angin.. Tak nak sentap, jangan buat akaun untuk laman sosial.. Duduk je diam-diam kat rumah main tepuk-tepuk bantal busuk.. hehh.. hehh.. hehh...

Saturday, November 7, 2015

Mee goreng sempoi...

Assalamu'alaikum...

Mee goreng sempoi...


Sebenarnya, aku memang tak berapa pandai nak goreng mee yang sedap.. Mungkin sebab tu aku jarang sangat goreng mee ni.. Sejak dulu lagi aku memang jarang goreng mee tak kira la samada mee kuning atau mee bihun.. Seingat aku la, ada sekali je aku goreng mee kuning masa zaman aku kerja dulu.. Dan aku berkerja lebih kurang 13 tahun..! Bayangkan selama 13 tahun tu, cuma sekali je aku goreng mee kuning..! Aduhaii... ahaha..


Tapi sekarang ni rajin jugak la aku goreng mee walaupun mee aku kurang mantap.. Untuk tekak aku dan tekak abang aku kat rumah ni, lepas la tapi jika untuk orang luar, memang aku akan elakkan untuk goreng mee.. Biarlah aku buat laksa utara walaupun kerja tu agak renyah.. hehh..


Mee goreng aku kali ni sempoi sangat.. Rencahnya cuma ayam dan sayur sawi + kobis sahaja.. Nak beli sotong atau udang, harga dua benda alah ni alahaiii.... huhu...


Jom tengok gambar.. Kali ni gambar mee yang dah siap je.. Tak sempat nak ambil gambar semua bahan.. ahaha..




Bahan-bahan untuk masak mee goreng aku ialah:

2 bungkus mee kuning 
5 ulas bawang merah - tumbuk kasar
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 mangkuk isi ayam - potong kecil-kecil
2 senduk cili kering kisar
2 sudu makan kicap manis cap kipas udang
2 sudu makan kicap masin cap kipas udang
2 sudu makan sos tiram maggi
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam - jika perlu
Kobis - racik halus
1 ikat sawi 





Cara nak masak mee goreng..

1- Masukkan mee dalam tapis.. Lalukan bawah air paip dan toskan.. Ketepikan seketika..

2- Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau..

3- Lepas tu, masukkan cili kering kisar.. Tumis dan kacau hingga pecah minyak..

4- Masukkan pula isi ayam.. Kacau-kacau sebati..

5- Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis.. Kacau lagi biar sekata..

6- Lepas tu, masukkan pula mee kuning tadi.. Kacau lagi agar sebati dengan bahan tumis tadi.. Jika terlalu kering, boleh la tambah sedikit air..

7- Masukkan pula sayur kobis dan sawi.. Kacau-kacau rata.. 

8- Perisakan.. Jika kurang masin, boleh la tambah kicap masin sedikit ataupun taburkan sedikit garam halus.. Biarkan mee betul-betul masak..

9- Siap..!




p/s: Mudah je, kan..? Nak dengan tak nak je membuatnya.. hehh..

Friday, November 6, 2015

Masak kari ikan tongkol bersama terung dan tomato...

Assalamu'alaikum...

Masak kari ikan tongkol bersama terung dan tomato...


Okay, balik semula ke alam realiti setelah dua entri berada di alam fantasi.. ahahh.. Alam realitinya adalah main masak-masak la.. Apa ke lagi yang menarik selain daripada menghilangkan stress dengan memasak.. hehh..


Semalam aku masak kari ikan tongkol ni.. Aku rencahkan dengan sebiji terung dan sebiji tomato.. Aku je yang makan terung dengan tomato ni.. Abang aku kat rumah ni dia makan ikan tu je.. 


Seperti selalu, moh la tengok gambar yang ada ni ya.. hehe... Ni kari versi aku la ya.. Aku bukan orang utara, makanya kari aku ni tidaklah semantap kari orang utara tu.. 


 Seekor ikan tongkol yang besar..


Air asam jawa dan bahan tumbuk - 5 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari..




Rempah ratus, serbuk kari, terung dan tomato..




Santan...


Okay, bahan-bahan dah sedia dah.. Sekarang masa untuk pegang senduk.. ahaha...


 Panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus hingga naik bau.. Apabila rempah ratus tu dah tak meletup-letup, tu kiranya dah okay la tu..


 Lepas tu, masukkan bahan tumbuk dan kacau-kacau.. Tumis hingga naik bau jugak..


 Lepas tu, masukkan pulak serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.. Tumis dan kacau hingga naik bau dan pecah minyak..


 Lepas tu, masukkan pulak air asam jawa.. Kacau dan biarkan mendidih sekejap..


Kemudian, masukkan pulak ikan tongkol.. Kacau supaya sebati dan biarkan mendidih lagi sekali..


 Lepas tu, masukkan pulak santan.. Kena kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.. Biarkan mendidih lagi dalam masa tiga empat minit..


 Kemudian, masukkan terung... Kacau sebati..


 Apabila terung nampak macam dah layu sedikit, barulah masukkan tomato dan garam.. Kacau sebati dan biarkan mendidih lagi sekali..


 Rasa dulu asam garamnya dan lepas tu terus je tutup api...


Dan inilah hasilnya kari ikan tongkol berencahkan terung dan tomato dari airtangan aku.. hehh


p/s: Hari ni lauk kari ni ada lagi.. Makanya, hari ni tak payah masak.. Makan je apa yang ada.. Jangan membazir.. Berbelanja ikut isi yang ada dalam dompet.. hehh..

Thursday, November 5, 2015

Corat-coret jari jemari/2...

Assalamu'alaikum...

Corat-coret jari jemari/2...


"Kau ni tak habis-habis dok bercerita fasal dia tu.. Kalau dia tau apa yang kau buat kat belakang dia, mesti dia kecik hati dengan kau.."


"Alah, dia takkan tau punya la... Diakan katak bawah tempurung.. Kampung..!"


"Kau ingat apabila kau mengumpat dia kat secret grup kat fesbuk, kat wasap tu, dia tak boleh rasa? Dia mungkin tak nampak apa yang kau buat tapi kau jangan lupa, Allah nampak segala-galanya dan Allah jugak boleh berikan 'rasa' tu kat dia.."


"Kecoh la kau ni..! Tak habis-habis nak membebel.. Kau dengan dia tu sama je dua kali lima.. Kolot..!"




p/s:  Normal la kan.. Apabila diberi nasihat, cepat aje nak melenting... hehh.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)