Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 25, 2016

Masak lemak cili padi batang keladi.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi batang keladi.



Ini kisah dua hari lepas, kot. Rasanya la. Akupun mamai dah ni sampai tak ingat bila aku masak batang keladi ni ha. Sabar je la. Heh.


Oh ya, mak aku kata dia nak makan gulai keladi. Sebelum ni, dia ada minta aku cakapkan kat jiran depan rumah, mintak makcik tu tolong masakkan. Dah aku minta tolong dahpun. Masa tu aku kata aku boleh masakkan tapi mak nak jugak jiran yang masakkan. So, tunaikan aje la.


Selang dua hari lepas tu, mak kata dia nak makan gulai keladi lagi. Kali ni aku kata biarlah aku yang masak. Tak elok pulak asyik nak minta tolong dengan jiran. Jiranpun ada hal dia. Maka, akupun mintalah batang keladi ni kat jiran tu. Dapatlah empat pokok keladi tapi pokoknya takde la besar manapun. Sedang-sedang je. Lagipun musim panas ni, keladi tu pun terbantut nak membiak. Haha.





Maka, akupun sianglah batang keladi tu. Siatkan kulit luar dia macam kita siang pucuk labu atau siang kulit pisang muda. Orang noghoghi kata; 'kelenset an kulit eh'.






Keladi ni ada ubi tapi ubi dia kecik je. Jadinya, lepas siang semua keladi ni, aku rebuskan dulu ubi dia untuk bagi empuk. Letak la sikit garam dan sekeping dua asam keping.






Apabila ubi keladi tu dah agak empuk, masukkan pula batang keladi dan rebus/celur la sampai batang keladi tu lembut.





Apabila batang keladi dah lembut, terus je curahkan ke dalam tapis dan toskan. Lalukan sekejap bawah air paip supaya segala getah keladi tu hilang.





Lepas tu, boleh la mulakan proses menggulai. Tumbuk kunyit hidup bersama dengan segenggam ikan bilis dan beberapa biji cili padi. Mak aku dah tak boleh makan pedas, makanya cili padi tu aku cuma letak sebagai buat syarat je. Ikan bilis tu kalau tak nak tumbukpun takpe. Masuk je macam tu. Terpulang pada selera dan citarasa masing-masing la ya.




Masukkan sekeping asam keping dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk. 




Masukkan santan.




Masakkan kuahnya dulu hingga mendidih. Kena kacau selalu kuah tu.





Akhir sekali, masukkan ubi dan batang keladi yang telah direbus/celur tadi. Masaklah seperti biasa. Apabila sudah mendidih lagi sekali, masukkan garam. Kacau seketika dan tutupkan api dapur. 





Dah siap! Dan boleh la makan. 





p/s: Alhamdulillah. Mak aku makan gulai batang keladi ni tapi ubi keladi tu mak tak nak walaupun ubi tu lembut. Aku la yang tukang makan ubi keladi tu. 

Wednesday, February 24, 2016

10 benda yang perlu ada di dapur kita.

Assalamu'alaikum.

10 benda yang perlu ada di dapur kita.


Rasanya kita perlu menambah bahan ini di dalam senarai bahan masakan di dapur kita ataupun mungkin kita perlu tanam sebagai edible garden. Macam pokok mint dan pokok kari tu boleh la kita tanam tapi pokok kayu manis, cengkih dan pelaga tu, tak payah la tanam. Beli aje la yang kering tu. Daun rosemary pun ada yang kering. Aku selalu gunakan daun rosmary kering ni apabila nak bakar ayam.













Sumber gambar adalah dari sini. Nak tau lebih lanjut lagi, bolehlah beli majalah Laman edisi terkini Mac/April 2016 yang sudah berada di pasaran.


p/s: Jom kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat. 

Monday, February 22, 2016

Pancake pisang kampung style.

Assalamuaaikum.

Pancake pisang kampung style.


Ini pancake pisang yang aku buat petang semalam. Ngada-ngada haih. Lempeng pisang tapi kata pancake. Haha. Sebab tak gunakan daun pisang, maka tukarlah nama lempeng tu kepada pancake. Barulah stylo sikit. Ingat orang kampung tak reti ke nak ber-stylo semua ni. Kami reti la beb. Heh.




 Bancuhan pancake pisang kampung style ni agak likat sedikit. Lepas je tuang dalam kuali, kena cepat-cepat ratakan.



Bahan-bahan untuk buat pancake pisang kampung style ni senang je. Ni resepi aku sendiri. Kalau ada yang nak buat, sukatan bahan tu ikut citarasa masing-masing la ya. 

**8 biji pisang - saiz sederhana besar
**1 senduk gula
2 senduk tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 senduk minyak masak







Cara nak buat pancake pisang kampung style ni lagi la senang.

Pisang tu diramas-ramas dahulu. Lepas tu masukkan dalam blender. Masukkan juga gula. Lepas tu, blend sampai halus. Kemudian, tuangkan dalam bekas dan masukkan bahan selebihnya termasuk minyak masak tu sekali. Kacau sebati. Akhir sekali, masukkan satu senduk dalam kuali non stick dan ratakan adunan tu macam kita buat kuih ketayap. Kuali tak payah sapu atau letak minyak dah sebab dalam bancuhan tadi dah letak minyak. Masak la macam biasa.






Pancake pisang kampung style ni lembut je dan kurang berminyak. Dah sejukpun masih lagi lembut dan gebu. 





Dah siap satu menu yang ringkas dan mudah. Tak payah susah payah pergi cari daun pisang dah. Ni menu untuk orang yang jenis sempoi macam aku. Orang yang cerewet, boleh la pergi makan kat restoran. Heh.


p/s: Kita kena kreatif dalam mencipta resepi untuk makanan sendiri. Jangan kreatif buat benda mengarut je. 

Sunday, February 21, 2016

Ikan kembung bakar sempoi.

Assalamu'alaikum.

Ikan kembung bakar sempoi.

Malam ini, inilah lauk sebagai menu untuk makan malam kat rumah ni. Sangat-sangat sempoi tapi rasanya sangatlah sedap. Terasa manis isi ikan kembung tu walaupun ikan kembung ni saiz dia kecil sahaja.  


Bahan yang aku gunakan untuk ikan kembung bakar ni pun sangatlah mudah. 

**5 ekor ikan kembung saiz kecil
**Garam halus
**Serbuk kunyit
**Sos tiram
1 sudu makan marjerin planta - ratakan di dalam kuali non stick

Gaulkan ikan dengan semua bahan ** dan susunkan di dalam kuali non stick yang sudah diratakan dengan planta. 




Kemudian, tutup kuali tadi. Tutup aje la dengan apa-apapun asalkan boleh tutup Haha. Api kena gunakan api yang paling perlahan.




Lepas tu, terbalikkan ikan tadi perlahan-lahan dan tutup balik semula. Lepas tu, terbalikkan lagi sekali sampai kesan marjerin tu bersih.




Dah siap dah ikan kembung bakar stylo aku ni. Mudah je, kan? Dah la senang nak buat, sedap pulak tu. Ni kalau nak diikutkan, mau menambah-nambah nasi ni. Haha. Aku makan nasi dengan sekor ikan kembung bakar ni. Tak payah dah letak kicap. Makan macam tu je. Sedap. Sedap. Sedap. Kalah lauk yang harga ratus-ratus yang orang makan kat restoran seafood tu. Hihi.




p/s: Betul-betul sempoiiiiiiiiiiiiii.... Hehe. Apapun, alhamdulillah. 

Thursday, February 18, 2016

Resepi: Donat ni sedap, tau!

Assalamu'alaikum.

Resepi: Donat ni sedap, tau!


Lama sungguh aku tak buat donat ni. Petang tadi, entah angin monsun apa yang melanda, tiba-tiba je aku terus keluarkan yis dari peti sejuk, dan terus je tuang air suam dan campurkan yis tu dengan sedikit gula. Kacau-kacau sikit, tutup bekas tu dan biarkan lebih kurang sepuluh minit. Masa ni tak tengok resepi lagi. Main tibai je campurkan yis tu dengan gula dan air suam. Tang sukatan air tu pun main ingat-ingat gitu je.




Lepas sepuluh minit, beginilah rupanya bancuhan yis tadi.




Disebabkan agak sibuk sikit, terlajak la perap yis tu. Maka, jadilah yis tu begini pulak. Ahahaha.


















Dah selamat aku berikan kepada jiran-jiran terdekat. Alhamdulillah.


Rupa donat aku ni tak secantik donat orang lain tapi pada aku, aku nak makan, bukan nak tengok rupa. Lagipun bukannya aku buat jual. Walaupun rupanya tak semenggah mana tapi struktur donat ni lembut tau. Hehe.


p/s: Ada apa dengan rupa, kan? Asalkan donat ni tak keras macam batu, dah la. Heh.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)