Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 12, 2017

Pindah rumah baru. :D

Assalamu'alaikum.

Pindah rumah baru. :D


Iya. Dua daripadanya sudah aku pindahkan ke dalam rumah baru yang lebih selesa. Harap dorang sihat, gemuk dan memberi pulangan kepada tuannya yang telah bersusah-payah menyediakan bajet untuk rumah baru tersebut. Heh.


Ehh! Aku bercerita fasal rumah baru untuk anak pokok lemon aku ni. Aku bukannya bercerita perihal rumah baru aku. Mana la aku mampu nak beli rumah baru. Nak sediakan bajet untuk kebun mini aku ni pun jenuh aku sekat bajet. 




 ^
v


Dan aku masih kekal menggunakan tanah 6 in 1 ni. Ceritanya ada di sini. Nak baca, kena la klik ya. Heh. Tanah ni pun dah susut dah. Dah tinggal enam kampit je. Aku kena simpan tanah ni untuk sediakan rumah baru untuk asparagus pulak. Benih asparagus tu aku dah semai hampir seminggu dah. 




p/s: Mudah-mudahan anak pokok lemon aku ni hidup subur dengan jayanya. Aamiin.

Saturday, November 11, 2017

Cara mudah tanam keledek putih.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah tanam keledek putih.


Ubi keledek ni aku beli di pekan sehari. Sekilo RM2.80. Keledek putih ni sedap makan rebus macam tu je. Rebus tu letak la garam sikit. Baru ada rasa manis-manis masin sikit. 




Sebelum rebus, aku potong la bahagian hujung kiri dan kanan ubi keledek tu. Buruk nau rupanya nak rebus sekali dengan ekor keledek tu. Haha.





Dan aku campakkan bahagian yang aku potong tu ke dalam beberapa buah pasu. Campak gitu je. Kononnya nak jadikan baja kompos la. Aku campak sekali dengan kulit dia. Tak berapa lama lepas tu, aku tengok tumbuh pulak dia! Wah, memang tak sangka sungguh. Haha. 





Aku biarkan je dia besar sikit lagi kat dalam pasu tumpangan tu, baru aku alihkan ke tanah. Masa alih tu, aku korek sikit je tanah untuk tanam pokok pangkal keledek tu. 


Gambar pada 9/11/2017.


Sekarang ni pokok keledek aku dah mula merimbun dah. Aku ni sebenarnya cuak sikit nak tanam pokok keledek ni sebab dia jenis merimbun. Bukan apa, takut ada 'si panjang' yang menyorok kat bawah rumpun tu je. Setakat ni alhamdulillah, belum ada nampak lagi 'si panjang' tu. Yang selalu lepak atas rumpun keledek tu adalah si Kudut, kucing aku kat rumah ni. Apa lagi, terus la aku sergah. Tak memasal habis kemek daun keledek tu dia hempap. Haha.


Aku tak tau la berapa lama pokok keledek ni nak ada ubi. Ada yang kata 3 bulan dan ada yang kata 6 bulan baru keledek nak ada isi. Entah la mana satu yang betul. Tunggu dan lihat je la.


Sebenarnya, cara paling mudah tanam pokok keledek ni adalah melalui batang dia tu. Ambil je batang yang ada akar tu dan tanam je la. Bukannya susahpun. Cuma cara aku tanam keledek ni berlaku secara kebetulan je. Heh.


p/s: Tak sabar jugak ni nak merasa hasilnya walaupun ada perasaan cuak. Haha.

Thursday, November 9, 2017

Mestilah aku geram!

Assalamu'alaikum.

Mestilah aku geram!


Sakit hati betul kena macam ni. Dah la tengah ralit membaca. Dah la mood membaca baru nak naik. Tiba-tiba jumpa masalah printing macam ni. Apa kau rasa?


Muka surat 248 turun kembali pada muka surat 217.

Sampai pada muka surat 248, lepas tu balik ke muka surat 217. Cari lagi sekali muka surat 248, jumpa tapi lepas tu terus pergi kepada muka surat 281. Muka surat 249 hingga muka surat 280 tak ada. GILA BETUL!


Muka surat 248 terus melompat kepada muka surat 281.


Lepas je jumpa muka surat jumping yang kedua tu, terus aku letak novel tu. Dah takde hati dah nak sambung baca. Nak baca apanya kalau muka surat seterusnya tak ada? Serius, aku rasa macam nak baling je novel tu tapi tak tau nak baling kat muka siapa. Sakit hati sangat! Tengah sedap membaca tapi terpaksa berhenti kerana muka surat hilang!


Aku sabarkan hati aku sekejap. Lepas tu, baru aku hantar mesej kat inbox pihak penerbitan yang berkaitan. Dan ini dia 'perbualan' antara aku dan pihak penerbitan tersebut.







Sikitpun takde permohonan MAAF dari wakil pihak penerbitan tu. Lagi la buat aku geram. Staff dorang memang tidak diajar untuk berbudi bahasa ke apa?


Dalam masa yang sama, aku jugak hantar mesej kepada pihak MPH Online. Dan aku jugak ada hantar email kat dorang. Alhamdulillah, dorang bagi feedback yang sangat baik. Walaupun aku jawab mesej dan email dorang tu dalam Bahasa Malaysia dan ada part yang aku tak faham dan aku tanya lagi, tapi dorang tetap jawab email tu. Terima kasih banyak-banyak. Sebab tu aku suka beli kat MPH Online. 


Ni antara 'perbualan' aku dengan wakil MPH Online di fb.









Tengok la berapa kali pihak MPH Online minta MAAF. Walaupun masalah printing itu bukan salah mereka, tapi mereka tetap MINTA MAAF. Kat emailpun dorang minta maaf jugak. Pihak Karya Seni patut ajar staff dia supaya lebih berhemah dan merendah diri. 


Pemusnah Hati. 
Memang punah terus hati aku dapat novel bermasalah ni. Tapi aku tak sabar nak sambung baca sebab cerita ni agak menarik minat aku. Kalau bukan kerana masalah printing, rasanya aku dah habis baca dah. 


Itu dia novel yang ada masalah printing tu. Rentetan daripada email antara aku dan pihak MPH Online, maka, petang tadi wakil pos laju Bentong dah datang dah untuk ambil novel rosak tu. Datang dari jauh semata-mata nak ambil novel. Kesian pulak aku menengoknya walaupun aku tau itu dah memang tugas dorang. 


Sebelum tu, pihak pos laju Bentong dah call aku dan bagitau aku cara nak 'pulangkan' balik novel yang rosak tu. Just masukkan je dalam plastik dan tak perlu tulis apa-apa. Tapi disebabkan aku ni prihatin, maka aku double-kan plastik tu dan tulis la sedikit apa yang patut. Nampak tak betapa sayangnya aku kat novel tu walaupun novel tu dah 'rosak'? 





Kalaulah novel tu takde masalah printing, takde la dorang kena buat kerja tambahan macam ni. Dorang dah boleh gunakan masa tu untuk buat kerja lain.



Aku bukan nak 'jatuhkan' pihak penerbitan berkenaan tapi tolonglah jaga sama kualiti novel mereka. Dah selalu sangat dah dengar masalah printing ni. Sedangkan masalah typo pun aku dah membebel, apatah lagi jika masalah muka surat hilang ni. Memang 'mendapat' la jawabnya. 


p/s: Jangan asyik nak kejar drama adaptasi je sampaikan kualiti novel diketepikan. Harap kesalahan yang sama tidak berulang.

Wednesday, November 8, 2017

Kacang panjang renek.

Assalamu'alaikum.

Kacang panjang renek.


Aku tau fasal keujudan kacang panjang renek ni melalui grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di facebook. Masa tu, ada orang share apa yang dia tanam. Masa tu aku sekadar tengok je la.




Tak lama lepas tu, akupun cerita la pada jiran aku fasal pokok kacang ni. Jiran aku kata, dia pernah nampak kacang ni ada kat rumah kawan dia. Then, akupun cakap la kat jiran aku tu; cuba la mintak sikit benih dia. Dapat empat lima bijipun jadi la. Nanti kita semai la sendiri.




Alhamdulillah. Jiran tadipun buka la mulut dia dan bagitau kat kawan dia tu. Tak lama kemudian, kawan dia bagi la benih kacang panjang renek ni. Tak banyakpun. Ada la dalam 13 biji. Jiran aku tu bagi kat aku enam biji. Akupun apa lagi. Terus je aku semai semua benih tu.




Sejak hari itu la aku mula semai benih kacang panjang renek ni hinggalah sekarang. Asal ada je benih, aku main sumbat je kat mana-mana pasu yang ada. Pokok kacang panjang renek ni mudah hidup tapi dia tak tahan lama. Maksud aku, hayat dia tu sekejap je. Paling lamapun dia hidup ada la dalam sebulan dua. Lepas tu dia mula meragam dan terpaksalah semai yang baru. Sebab tu benih dia tak banyak. Lagipun aku jarang letak baja. Jadinya, buah diapun takde la banyak sangat.


 ^
Dua pasu besar ni yang aku baru semai lebih kurang sebulan. Satu pasu tu aku letak dalam 8-10 biji benih.
v



Gambar kat bawah ni pulak adalah sebelum dan selepas. Aku tambah tanah baru dalam pasu, gunting mana-mana daun yang buruk dan ranting yang dah mati serta cabut rumput liar yang gemuk merimbun kat batu-bata alas pasu tu. Jenuh weii aku mencangkung dok cabut rumput tu. Bukan pasu ni je ada alas bata tu. Semua pasu ada alas. Hongeh dibuek ehh.. Bopoluh-poluh tapi lopeh tu rasa segar sikit badan. Haha.




p/s: Sedap kacang panjang renek yang ditanam sendiri ni. Rasa dia lebih manis dan rangup. Takde la rasa maung macam kacang yang dibeli di pasar tu.

Tuesday, November 7, 2017

Kacang botak?

Assalamu'alaikum.

Kacang botak?


Masa zaman aku kecil dulu, mak aku selalu buat kacang botak ni terutama sekali apabila tiba musim raya. Memang sedap makan kacang ni. Makan punya makan, tak sedar dah habis sebalang. Haha.


Sekarang ni, senang je nak buat kacang botak ni. Gunakan aje tepung segera yang ada di pasaran. Ala, tepung ayam goreng ala-ala KFC tu la. 


Cara nak buat kacang botak ni mudah je. Macam dalam gambar kat bawah ni, ada dua bungkus kacang tanah. Setiap bungkus kacang tanah tu perlukan dua biji telur. Maknanya, dua bungkus kacang tanah tu perlukan empat biji telur. Sebungkus tu rasanya mungkin setengah kilo. 




Tepung ayam goreng KFC tu pulak pandai-pandai la kita adjust banyak mana nak digunakan. Kacang tanah tu kenalah basuh sekejap. Masukkan dalam tapisan dan lalukan sekejap je bawah air paip. Jangan rendam tau! Lepas tu, terus je gaulkan semua sekali. Seeloknya, buat la sebungkus kacang tanah tu dulu. Dah dekat nak habis goreng, barulah sambung gaul yang sebungkus lagi. Tak payah letak garam semua dah sebab tepung tu dah complete dah.




Jangan kurangkan telur tu sebab nanti kacang botak kita tu keras kedengkung. Jangan pulak kerana nak berjimat punya fasal, nanti takde siapa yang makan kacang botak tu. Membazir je nanti.


Oh ya, minyak menggoreng kacang botak ni cepat hitam. Jadinya, pandai-pandai la kawal api dapur tu. Tak nak la nanti kacang tu dah la tak masak, lepas tu rasa pahit pulak. 


Selamat mencuba! Jika rajin, boleh jual kat kawan-kawan. Apa salahnya, kan?


p/s: Sampai sudah, aku tak tau kenapa dia dinamakan kacang botak. Haha.

Monday, November 6, 2017

Topap lagi.

Assalamu'alaikum.

Topap lagi.

Hari ini, aku topap lagi tanah dan baja untuk kebun mini aku tu. Macam biasa, aku beli kat kedai Peladang di Kuala Lipis. Kali ini, aku 'paksa' abang aku untuk tolong belikan. Haha.




Aku tak tau kenapa aku suka dengan jenis tanah yang ini. Sebelum guna tanah jenis ni, aku dah pernah guna beberapa tanah sebegini dari jenis yang berlainan. Mungkin sebab tanah ni lembut kot. Lagipun yang jualnya adalah kedai Peladang. Mesti dorang dah sorting tanah yang terbaik punya, kan?




 Baja buah dan baja gemuk (NPK 15 15 15).


Pertama kali beli baja AB ni dari kedai Peladang. Sebelum ni aku beli dari nurseri kat sini yang dalam botol air mineral 1.5L tu. Baja organik tu sebenarnya aku nak yang jenis bulat kecil-kecil yang ada bau macam kopi tu tapi abang aku kata baja tu dah habis. So, dorang kat kedai Peladang tu bagi baja organik taik kambing dan taik ayam. Takpe la. Nanti aku cuba letak kat pasu sayur aku. Sebelum ni cuma letak kat pasu pokok orkid je.





Semua barang ni kena caj RM168.80. Rabak weii.. Haha. Tapi takpe la. Demi untuk kebun mini aku tu, aku sanggup cut bajet untuk beli novel baru. Heh. Lepas ni rasanya tak beli dah kot tanah tu. Mungkin lama lagi baru beli lain pulak. Terlupa pulak nak suruh abang aku beli sekali kapur pertanian padahal sebelum tu, benda ni la yang aku dok teringat-ingat. 


p/s: Beli apa yang kita perlukan. :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)