Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 1, 2018

Kenangan.

Assalamu'alaikum.

Kenangan.


Ni kenangan masa aku kerja kat Johor dulu. Dah jadi barang rare dah ni. Haha. 


Ni adalah chairback. Ada satu set chairback ni iaitu ada tujuh helai. Semuanya masih lagi aku simpan dengan elok. 





Ini pula adalah alas meja makan untuk enam kerusi. Ini jenis sambung-sambung. Kait sekeping kecil dulu, lepas tu sambung. Buatlah proses yang sama sampai dapat saiz yang kita nak. Dah tak ingat dah berapa buku benang ni habis. 





Ini pula merupakan alas untuk meja bulat. Kalau letakkan atas meja buat tu, cantik je dia jatuh ke bawah. Dia macam berombak sikit. Jenuh ni nak habiskan. Setiap masa kena pandang pada pola. Banyak kali jugak kena bukak balik semula sebab silap kira. Sabar je la. Haha.






Aku memang sayang sangat dengan semua harta benda yang aku ada. Walau sekecil dan semurah mana sekalipun benda tu, aku tetap sayang. Sebab tu la aku akan cuba jaga dengan sebaik-baiknya.





Dulu, aku selalu berlumba-lumba mengait dengan dua orang lagi rakan sebilik. Dua orang kawan aku tu memang laju je mengait. Aku je yang agak terkial-kial sikit. Takpe la. Yang penting, siap jugak apa yang aku kait tu. Malahan, dapat jugak aku bagi kat dua orang kakak aku satu set chairback tiap seorang. Dua-dua pattern tak sama dan dua-dua berwarna putih. Tak tau la sama ada chairback tu masih ada lagi kat dorang ataupun sudah dimakan dek tikus. Hahaha.


p/s: Rindunya zaman kerja dulu.
.

Wednesday, February 28, 2018

Adenium: Percubaan untuk bonsaikan dia.

Assalamu'alaikum.

Adenium : Percubaan untuk bonsaikan dia.


Hari tu, aku ada ternampak beberapa posting berkaitan dengan pokok adenium yang dibonsaikan di dalam grup kebun bandar. Maka, akupun rajin la baca komen-komen yang ada sebab dalam komen tu, banyak tips yang ahli grup kongsikan. 




Dan pagi ini, akupun bongkar la pasu pokok adenium aku tu. Nak jugak tu cuba. Ehh, mesti la. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh buat pulak, kan? Haha.


Baru keluar dari pasu. Serabut lagi.


Selepas dibersihkan dan dipotong akar-akar halus yang tidak dikehendaki.


Jemur sampai kering sebab pokok dah luka kesan dari kena potong. Pokok yang dah luka, kena elakkan dari kena air. Sebab tu kena jemur dulu. Ini info yang aku dapat dari komen yang ada.


Mula-mula, ingatkan nak bonsaikan sepokok je. Tapi lepas tu, melarat pulak ke pokok yang lain. Haha. Pokok yang ini seksi gila! Jangan ada yang naik stim dah la. Kahkahkah!




Ooppss...!!


Dan akhirnya, punggah pulak pasu adenium yang ketiga. Cukuplah dulu punggah tiga pasu adenium ni. Tengok dulu perkembangannya macam mana. Jangan kojol terus pokok adenium aku ni dah la. Mau meraung aku nanti. Haha.


^
Hepi betul dia ni. Depan belakang hepi. Siap depangkan tangan lagi tu. Haha.
v



Aku biarkan dulu ketiga-tiga pokok adenium ni kat tempat redup untuk sehari dua supaya getah pada bahagian yang dipotong tu kering dengan baik. Dah kering getah tu, barulah boleh tanam balik semula.



p/s: Nak cari ilmu, kenalah rajin membaca, bukannya rajin meminta semata-mata. Ehh..!
.

Monday, February 26, 2018

Terapi jiwa, minda dan mata.

Assalamu'alaikum.

Terapi jiwa, minda dan mata.


Alhamdulillah. Pagi ini, dapat menghadirkan diri untuk ke kelas mengaji. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak yang kita tak tahu. Makanya, jangan berhenti dari terus mencari ilmu. #Notetomyself.




Balik dari kelas mengaji, terpandang pulak pokok anggerik desa ni sedang berkembang. Alhamdulillah, harum mewangi bau dia.





p/s: Seronok berganda.
.

Saturday, February 24, 2018

Cerita fasal masak lagi. 😊

Assalamu'alaikum.

Cerita fasal masak lagi. 😊

Entri hari ini berkaitan dengan masak dan makan lagi. Dan juga ada kaitan dengan kebun mini aku. 




Asalnya, aku nak masak lemak cili padi ikan sardin bersama dengan bendi. Lepas tu, tengok pulak kacang panjang merah ada beberapa urat, maka akupun ambil keputusan untuk lebur je semua tu sekali harung. Haha.





Dan, siap la sudah masak lemak cili padi aku tu. Senang je aihh. Yang penting, kelapa dah ada orang yang parutkan dan cili padi dah sedia dikisar. Heh.










p/s: Asyik masak asam pedas je. Kali ni, tukar masak lemak cili padi pulak. Aku ni nama je orang noghoghi tapi jarang sangat masak lemak cili padi.
.

Friday, February 23, 2018

Masak apa hari ni..?

Assalamu'alaikum.

Masak apa hari ni..?

Masak apa? Aku masak yang ringkas je. Jadi la. Masak untuk makan dua orang je; aku dengan abang aku.


 Ini ikan tongkol goreng sambal. Sambal tu pulak adalah sambal yang aku belajar dari facebook hari tu yang aku frozen-kan. Senang betul kerja memasak apabila ada sambal yang dah siap  frozen ni.




Aku goreng sayur yang dipetik dari kebun mini aku. Aku petik sawi dan sawi kailan jepun tapi untuk hari ini, aku cuma masak sawi je dulu. Nanti masak semua takut tak habis pulak. Dah membazir je. Biarlah masak sedikit asalkan habis dimakan.





Kuah asam pedas semalam ada lagi sikit. Ikannya dah takde. Jadi, aku panaskan kuah tu. Sayang nak buang sebab kuah tu sedap! Hahaha. Isi bakul angkat sendiri namanya ni. Heh.






Dan inilah sayur-sayur yang aku petik dari kebun mini aku tu. Inilah seronoknya apabila menanam sendiri di rumah. Tak perlu terkocoh-kocoh nak ke pasar untuk membeli sayur. Buka je pintu dapur, dan terus nampak pokok sayur. 



 Esok giliran awak pulak kena goreng, tau. :D




p/s: Alhamdulillah. Berbudi pada tanah, insyaAllah, ada hasilnya. Jadinya, moh la kita sama-sama berbudi pada tanah. Takde tanah lapang, boleh aje beli tanah dalam kampit. 
.

DIY: Cara mudah nak tarik pasu.

Assalamu'alaikum.

DIY: Cara mudah nak tarik pasu.


Tak larat nak angkat pasu? Apa susah, gunakan aje tempat letak tong gas ni. Seeloknya guna yang besi la, baru kuat sikit. Lagi elok jika letak dulu minyak pelincir kat besi bahagian roda tu untuk elakkan dia berkarat. Kalau dah berkarat, memang tak bergerak la roda tu nanti. 






Sebenarnya, idea nak jadikan pelapik tong gas ni sebagai 'kereta roda' untuk tarik pasu bermula masa aku dok ukur kelebaran daun pokok bendi ni. Aku memang dah tak pakai dah pelapik ni. Ada tiga pelapik macam ni tapi dua tu rodanya dah tercabut. Mana kala satu lagi tu masih lagi elok. Cuma aku dah tak gunakan sebab kucing selalu kencing kat pelapik tu. 




Apabila idea datang, akupun apa lagi, cepat-cepat laksanakan misi DIY aku tu. Syukurlah Allah permudahkan usaha aku ni. Nak guna tali, tali dah sedia ada dan tak perlu selongkar stor untuk mencari. Nak cari tempat pemegang tu, kayu pendek tu pun dah ada jugak. Alhamdulillah, senang kerja aku. Tak perlu ambil masa yang lama.





Seronok pulak dok main tarik-tarik ni. Haha.



Lepas je siap, terus aku gunakan pelapik ni untuk tarik pasu yang aku tanam dengan anak pokok kobis bulat ni. Walaupun pasu ni takde la berat sangat sebab tanahnya sikit tapi dengan menggunakan pelapik beroda tadi, kerja aku menjadi lebih mudah dan pantas.





Dah siap dah alih kesemua pasu anak pokok kobis bulat ni ke tempat yang lapang, yang terdedah pada cahaya. Anak kobis ni dah stabil, baru boleh letak kat tempat terbuka supaya pembesarannya tidak terganggu.





Dah senang sikit kerja aku. Takde la sakit pinggang nak angkat pasu jauh-jauh. Biasa letak pasu atas kereta tolak tapi nak angkat pasu tu masuk ke dalam kereta tolak tu satu masalah jugak sebab kereta tolak tu tinggi. Dah la pasu banyak yang besar dan berat. Ni guna pelapik beroda ni, senang je sebab dia rendah.


p/s: Siapa nak cuba buat, dipersilakan. 
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)