Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, June 10, 2020

Jeruk mangga #PKP.

Assalamu'alaikum.

Jeruk mangga #PKP.

Hari tu, aku ada buat jeruk mangga ni. Aku gunakan mangga telur yang sedang berbuah di pokok. Kali ini buahnya tidaklah sebanyak dahulu sebab dahannya baru dicantas tapi yang ada ni pun tak termakan jugak.


Kat bawah ni, semua gambar jeruk mangga yang dah siap. Aku takde la ambil gambar dari mula proses sebab memang takde niatpun nak masukkan dalam blog. Tapi entah macam mana, termasuk jugak cerita jeruk mangga ni kat sini. Hahaha.




Cara aku buat jeruk mangga ni mudah je. Mula-mula sekali, potong bahagian kat tangkai tu. Lepas tu, belah dua dan belah lagi dua. Kalau ada empulur, buanglah empulur tu. Seeloknya gunakan buah mangga yang masih muda yang empulurnya masih lembut. Dah selesai semua tu, basuh bersih-bersih dan masukkan dalam bekas besar atau botol. Masukkan sekali garam kasar dan dua sudu makan air kapur. Kacau-kacau rata dan tutup bekas tu. Sukatan garam tu kenalah pandai adjust. Kalau banyak sangat garam dia, jangan rendam terlalu lama sebab nanti takut jeruk tu terlalu masin.


Sesekali, kacaulah buah mangga tu untuk bagi garam dia sekata. Biarkan dalam tiga hingga empat hari atau sehingga warna hijau kulit buah mangga tu bertukar menjadi kekuningan seperti dalam gambar.


Apabila warna kulit mangga tu dah bertukar, keluarkan dan basuh dengan air paip. Basuh bersih-bersih. Lepas tu, masukkan sekali lagi dalam bekas atau botol tadi dan isikan dengan air masak dan masukkan sekali gula pasir. Gula tu biar banyak sikit. Kacau-kacau dan tutup bekas tu balik semula. Sesekali, kena buka bekas tu dan kacau untuk larutkan gula dia. Dalam masa dua tiga hari, dah okay dan boleh la dimakan. 



Bagi jiran seorang sikit.


Ada orang, dia masak dulu air garam dan air gula tu. Aku malas nak masak sebab malas nak tunggu air tu sejuk. Lambat. Cuma masa rendam dengan air gula tu, aku gunakan air masak. Masa rendam dengan garam, aku gunakan air paip je.


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Cik Azz dan juga rezeki kita semua. Aamiin.
.

Friday, May 29, 2020

Video: Cara jahit alas kaki dari kain atau kain perca.

Assalamu'alaikum.


Video: Cara jahit alas kaki dari kain atau kain perca.


Alhamdulillah. Akhirnya, siap jugak alas kaki sempoi aku ni. Dah lama sebenarnya nak cuba buat alas kaki sendiri tapi asyiklah tertangguh je.


Sebenarnya, dari semalam lagi aku mula jahit alas kaki ni. Gigih aku selongkar storage box dan almari untuk cari kain lapik bawah tu. Maklum la, semangat nak mencuba tu tengah mencanak naik. 😁😁😁


Aku tak gunakan kain perca sebab malas nak potong kecil-kecil. Nak kena gosok lagi kain tu. Tak kuasa aku aihh..! Baiklah aku gunakan terus kain cotton yang dah lama aku beli ni. Murah je kain cotton ni. Satu meter dalam 3-4 ringgit je. Beli la empat meter dan potonglah sepanjang kain tu. Lebar dia aku buat empat inci.


 Kain lapik (putih) tu mak aku beli. Bertahun dah kain tu. Tebal kainnya.


 Mulakan jahit dari tepi. Lupa pulak aku nak ambil gambar mula-mula tu sebab asalnya takde niatpun nak masukkan dalam blog. 😉😉😉 Kain yang lebar empat inci tu aku lipat dua.








 ^
Lintang pukang jahitan bahagian bawah ni. Haha.
v



^
Dah siap dah..! Alhamdulillah. Tak sia-sia duduk lama-lama menjahit guna mesin jahit kayuh tu.
v



Kain ni bakal jadi alas kaki jugak ni. Tunggu aje la masa aku kerjakan dia. Haha.






p/s: Aku buat cincai je alas kaki ni sebab tak sabar nak tengok hasilnya. 😂😂😂 Lagipun, nak letak kat kaki je kott.. 😏😏😏
.

Sunday, May 24, 2020

Resepi kuah kacang sedap baq ang..!

Assalamu'alaikum.


Resepi kuah kacang sedap baq ang..!


Aku memang jarang sangat buat kuah kacang. Tersangatlah jarangnya. Setahun sekalipun susah aku nak buat. Sebab apa? Sebab kuah kacang aku kurang sedap. Haha. Tu yang aku selalu beli je kuah kacang dari tokey satay yang rumah dia selang dua buah rumah dari rumah aku. Benda sedap yang boleh dibeli, buat apa susah-susah nak buat, kan? Haha.


Disebabkan tahun ini raya versi #PKP, maka akupun gigih la buat kuah kacang tu setelah lama aku tak membuatnya. Gigih tu pergi search cara buat kuah kacang di facebook yang akhirnya menemukan aku dengan video yang dikongsikan oleh page Buat Orang Lapo. Aku ikut resepi dan cara yang dikongsikan tapi kalau dah namanya aku, memang akan ada olahan sikit untuk aku sesuaikan dengan citarasa aku. Ini bukan derhaka pada resepi tapi sekadar untuk mencuba dan mencari kelainan. 


Sebelum terlupa, aku letak kat sini resepi kuah kacang aku tu. Akupun ada kongsikan di wall facebook peribadi aku incase senang untuk aku cari balik untuk rujukan.


Bahan A:

5 cawan kacang tanah yang dah siap digoreng dengan 1 cawan minyak masak. Lepas tu kisar dengan air. Ikut la nak letak banyak mana air tu. Janji blender tu bergerak.  Dah siap, masukkan dalam bekas dan ketepikan sekejap.

500 ml air - Ini air lain ( tidak termasuk air untuk kisar tadi).


BahanB:
2 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
2 sudu makan udang kering.
Segenggam ikan bilis.
**Kisar semua bahan ni.

3 senduk cili kering kisar - tengok pada tahap kepedasan cili kering tu.
1 batang serai - dititik.
1 cawan minyak untuk menumis.


Bahan C:
2 ketul gula nesan - gula melaka yang kecil nipis tu - potong untuk cepat hancur.
1 senduk gula perang.
Garam secukup rasa.
2 sudu makan kicap manis.


Bahan D:
1 sudu makan tepung gandum - bancuh dengan sedikit air.


1- Tumiskan bahan B hingga garing/pecah minyak.
2- Lepas tu, masukkan bahan C. Masak hingga sedikit mendidih.
3- Kemudian, masukkan bahan A. Masak hingga mendidih. Kacau selalu dan api sederhana besar.
4- Agak-agak dah nak masak, masukkan bahan D. Kacau dan biarkan mendidih lagi. Rasa dulu sebelum tutup api. Jika rasa dah okay, boleh la tutup api dapur tu.
5- Siap!




Alhamdulillah, sedap kuah kacang ni. Kena dengan selera aku. Sebab tu aku kongsikan resepi tu kat sini. Kalau kuah kacang tu tak sedap, takdenya aku nak kongsikan resepi dia. Benda tak sedap, buat apa nak kongsi, kan?


p/s: Terima kasih pada page Buat Orang Lapo yang sudi berkongsi resepi kuah kacang tu.
.

Thursday, May 21, 2020

Biskut raya #PKP.

Assalamu'alaikum.

Biskut raya #PKP.


Walaupun raya tanpa tetamu di musim PKP ini, aku gigihkan jugak diri untuk buat sejenis dua biskut raya. Mulanya aku merancang nak buat tiga jenis biskut tapi disebabkan ada kain kastemer yang tak siap sebab kain dia tak cukup dan dia bagi kain tambahan dah agak lewat, maka, aku terpaksa korban sejenis kuih raya iaitu tart gulung. Jadi, takde la aku buat tart gulung tu sebab dah tak sempat. Lagipun, semangat nak berayapun tak berapa nak ada. 


Mula-mula, aku buat biskut bubble rice. Aku buat satu adunan je. Jadi la tu. Buatpun sekadar buat syarat je.




















Keesokannya pulak, aku buat biskut coklat chips. Aku buat satu adunan jugak.














Lepas je selesai buat biskut coklat chip ni, aku buat pulak tapai pulut. Ini pertama kali aku cuba buat tapai pulut ni. Buatpun sikit je. Untuk percubaan, aku cuma buat dua cawan pulut je.







Alhamdulillah, petang raya tu, dah boleh makan dah tapai pulut tu. Elok kejadiannya. Seronok tak terkata. Maklum la, pertama kali mencuba. Aku makan tiga sudu je. Selebihnya, adik dengan abang aku yang makan. Benda sikit, tak cukup la untuk dorang tu. Dah la dorang tu berhantu dengan tapai pulut ni. Haha.





p/s: Berhenti kat sini dulu yaa.. Nanti sambung lagi dengan cerita yang lain pulak. Itupun kalau rajin la nak masukkan cerita tu kat dalam blog ni. 😉😉😉
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)