Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, February 11, 2012

Yang mana satu idaman kalbu...

Assalamualaikum...

Yang mana satu idaman kalbu...

Yang berkokok atau yang berdiri macam model...? Yang sedang mengipas kepak sambil mendada dengan lagaknya atau yang sedang memegang pencakar tiga mata...? Pilih la yang mana berkenan... Tak berkenan, sudah... kihkihkih...


Liverpool FC..



ATAU...



Manchester United FC..
(pssstt... nanti jangan lupa cakar kaki ayam tu tau...)


Undi adalah rahsia... Ehhh...!!! Kehkehkeh....

p/s: Entry suka-suka je.. Kalau ada yang over fanatik, sila blah dari sini... Tak suka nak gaduh-gaduh pasal bola... :-)
---------------

HAPDET...

Yeaaaaa.... MU menang 2-1... Dua-dua gol dijaringkan oleh Rooney.. Gol Liverpool entah siapa entah yang gol kan.. Lupa lak.. :p

Wednesday, February 8, 2012

Apa macam..? Sudah dapat ke..??

Assalamualaikum...

Apa macam..? Sudah dapat ke..??

Bulan disember tahun lepas, sewaktu timbulnya isu pemberian bagi BR1M ini, ramai jugak la yang kecoh. Macam-macam cerita yang aku dengar. Macam-macam kisah yang aku baca. Tapi aku setakat dengar dan baca je la. Tak berminat nak menokok-tambah cerita tu..

 Bila tiba masanya, jiran aku beria-ia mengajak aku untuk mengambil dan mengisi borang. Dia dah pergi dulu dah. Lepas dia balik baru dia call aku suruh aku pulak yang pergi. Dia kata ramai lagi orang kat tampat tu. Macam-macam la yang dia bagitau. Aku kata kat dia, biar je la dulu. Lagipun dari apa yang aku tau, borang BR1M tu boleh guna yang fotostat.. Aku cakap kat dia yang aku akan pergi keesokannya dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau. Tapi sebenarnya aku tak pergipun...

Beberapa hari lepas, dia singgah ke rumah setelah mengambil baucer BR1M tu. Dia kata ramai sangat orang dan dia malas nak menunggu untuk ambil cash. Tu yang dia ambil baucer je dan baucer tu boleh tukar kat bank untuk tempoh yang dinyatakan. Dia suruh aku pergi isi borang memandangkan tempoh untuk BR1M tu telahpun dilanjutkan. Dan aku kata aku malas nak isi borang tu. Atau dalam ertikata lain, aku memang tak nak ambil BR1M tu.

Dia tanya aku kenapa aku tak nak ambil sedangkan ramai je orang lain yang berpusu-pusu pergi ambil BR1M tu.. Aku cakap kat dia, aku nak ambil untuk apa..? Aku bukannya ada tanggungan.. Aku bukannya ada anak.. Aku cuma ada anak tekak je.. Aku bukannya ibu tunggal.. Aku cuma ibu angkat kucing je. Aku bagitau dia yang aku tak layak untuk ambil semua tu. Biarlah orang lain yang lebih memerlukan yang ambil. 

Lepas tu dia kata, orang yang ambil tu pun ramai je yang berkemampuan tapi masih ambil jugak.. Dan aku kata lagi, biarlah dorang tapi aku tak nak ambil.. Dia kata lagi, ambil je la dulu. Kalau tak nak guna duit tu, bagi je la kat orang susah.. Aku tingkah lagi kata-katanya. Aku cakap, kalau duit dah ada dalam tangan, agak-agaknya sayang ke tidak nak bagi kat orang...? Nanti tak pasal-pasal nawaitu tu terpesong... Lebih baik tak payah ambil.. Kalau betul ada hak aku ke atas BR1M tu, biarlah orang lain yang ambil.. Biarlah orang nak kata kufur nikmat ke, apa ke.. Lantak la orang nak kata apa.  Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah aku tak layak untuk ambil BR1M tu.. 

Mak aku dah lain macam je bila dengar jiran tu cakap. Aku risau jugak kalau mak aku paksa suruh isi borang BR1M tu. Memang aku malas nak pergi. Lepas tu mak cik tu kata aku ni kaya, sebab tu tak nak ambil duit tu. Aku gelak je la, tau yang dia bergurau... Lagipun aku dah biasa kena 'bahan'.. Lepas tu aku cakap, kalau aku kaya, takde la aku duduk menumpang kat rumah mak aku ni.., kan... Mudah-mudahan masin mulut mak cik tu... ekekeke... 

Akhirnya mak cik tu diam je. Tak cakap dah pasal BR1M tu. Tukar topik lain pulak.. Leganya aku... :-)

~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah saw bersabda:

"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam..." - (At-Tabrani)

p/s: Syukur dengan apa yang ada sekarang... Walau tak punya harta melimpah ruah.. Walau tak punya rumah atau kereta mewah, namun aku tetap bersyukur.. Sekurang-kurangnya aku masih diberi kesihatan yang baik untuk aku terus mencari rezeki.. Alhamdulillah...

Tuesday, February 7, 2012

Fesbuk ni dah sewel agaknya... hohoho...

Assalamualaikum...

Fesbuk ni dah sewel agaknya... hohoho...

Baru sekejap tadi masa aku nak hapdet status, keluar benda alah macam kat dalam gambar kat bawah ni. Ingatkan jadi kat profile aku je, then cuba la pergi kat page aku pulak, sama je.. Rasanya dah dua tiga kali benda macam ni berlaku kat aku. Tak tau la kalau benda ni pernah jadi kat korang ataupun tak...

Dulu, dah lama dah, pernah jugak fesbuk ni demam sekejap sebab masa tu boleh buat tulisan berwarna. Masalahnya, masa tu cuma wall aku je yang ada tulisan warna macam tu. Bila tanya kawan-kawan yang lain, dorang kata takde pun dan ada yang tak percaya bila aku bagitau yang aku boleh hapdet status dengan tulisan berwarna... Dah siap print screen bukti pun masih tak percaya lagi tu.. kehkehkeh..


Page aku...



Profile aku...



Page fesbuk tu sendiri... Nasib baik dia tak tulis welcome to ngox... wahahaha..


p/s: Fesbuk sewel takpe.. Jangan kita yang sewel.. kehkehkeh..

Daging masak lada hitam bersama kentang...

Assalamualaikum....

Daging masak lada hitam bersama kentang...




p/s: Penat asyik ngadap kain je.. Tu yang masak tu... Nak resepi tak..? Kalau nak, boleh la jenguk kat blog dapur aku tu ya.. Jangan tengok je.. Cuba la buat... Kalau tak menjadi, salahkan diri sendiri tau... ehehh...

Monday, February 6, 2012

Laju masa membeli, maka laju jugak la masa membayar...

Assalamualaikum....

Laju masa membeli, maka laju jugak la masa membayar...

Kalau siapa yang ikuti blog aku ni, tentu dia dah tahu betapa aku tersangatlah jarang keluar berbelanja kecuali membeli barangan dapur untuk mak aku. Itupun sebulan sekali je, dan kadang-kadang dua bulan sekali baru keluar. Malas la nak keluar selalu kalau setakat nak window shopping. Buat buang masa, buang tenaga dan buang duit je. Sebab tu, kumpulkan semua benda dan setelkan masa keluar nanti... 



Kat tempat aku ni takde giant atau tesco dan seumpamanya. Yang ada cuma TF dan Tunas Manja je. Tapi disebabkan dah biasa dengan TF, maka kami memang akan tuju kat situ je la.. Lagipun tempat parking dia agak luas sikit. Cuma bila jalan sesak tu, agak susah jugak nak keluar ke jalanraya masa nak balik tu sebab kena melintas dan kereta yang lalu-lalang bukannya nak bagi kerjasama. Masing-masing menonong je memandu laju, tambahan pulak jalan agak lurus di situ. 

Dan disebabkan itu juga, segala urusan kat dalam bandar, kena selesaikan dahulu sebelum pergi ke TF ni. Kiranya lepas je beli barang kat sini, terus je balik dengan ikut jalan dalam. Maknanya, tak perlu dah nak melintas jalan untuk ke bandar. Just menyusur ke kiri je, ikut arah nak ke Kuala Lipis tu, then lepas tu masuk la kat jalan sebelah kubur cina tu.. Masalah kat jalan dalam ni cuma satu je iaitu terlalu banyak bumper sebab dah masuk kawasan perumahan.. Kadang-kadang tersagat jugak la lantai kereta tu... huhuhu... Kadang-kadang buat-buat angkat ponggong, konon-kononnya nak kurangkan bebanan tak nak bagi kena sagat.. hahaha...




Selalunya bila sampai je kat sini, masing-masing dah tau mana nak tuju. Kalau aku, walaupun dah biasa, kena buat senarai barang jugak. Kalau tak buat, nanti terbeli benda yang dah ada kat dalam kabinet. Manakala mak aku pulak tempat yang dia akan tuju sudah semestinya tempat sayur. Kadang-kadang pelik jugak aku dengan mak aku ni. Bukan apa, dia dah beli sayur kat pekan sari dah, tapi bila sampai je sini, dia cari sayur lagi. Selalunya dia beli kobis la sebab kobis tu kan tahan lama. Dan kitorangpun memang suka makan sayur-sayur ni terutama sekali kangkung, kobis dan kacang panjang.. ehehh..


Aku selalu beli jagung tu je.. Yang lain-lain tu beli yang dah siap pack.. Itupun cuma beli nugget je.. Mak aku marah kalau beli makanan segera ni banyak-banyak... huhuhu..


Barang-barang kering ni kadang-kadang bukannya nak guna terus. Saja je buat stok sebab adik-adik aku selalu balik. Macam biskut-biskut tu, aku bukannya makan sangat tapi aku masukkan jugak dalam senarai sebab ingat kat anak-anak buah. Kesian kalau dorang balik sini takde apa nak dikudap..

Lagipun kat sekitar rumah aku ni harga barang agak mahal. Nampak la perbezaan dia dalam beberapa sen. Kalau beli banyak, dah jadi berapa dah, kan.. Macam butter, kalau kat sini perbezaan harga seketul butter tu hampir seringgit. Mana larat nak beli kecuali terdesak. Tu yang kumpulkan sikit-sikit beli kat TF tu. Kena tengok jugak la tarikh luput dia.. Itu yang penting selain dari tanda Halal tu..


Ini barangan untuk sebulan lepas. Belum masuk bakul sayur mak aku lagi tu..  Kalau pergi dengan anak-anak buah, lagi la meningkat kos... Dorang main ambil je, lepas tu buat tak tau je.. huhuhu...


Bila kita dah biasa membeli ni, kita dah boleh agak berapa yang perlu kita bayar. Jadi, memang dah sediakan jumlah yang secukupnya. Nanti takde la terkial-kial nak cari duit dalam beg dan melambatkan pergerakan. Orang kat belakang dah ramai menunggu giliran.. Larat ke ko nak tengok orang dok jeling-jeling pandang ko yang dok kais-kais cari duit celah dompet..? Ada jugak spesis macam tu.. Dah la terhegeh-hegeh, lagi mau tarik muka menyombong.. Ko ingat cantik sangat la muka ko buat macam tu.. Piiraaahhh...!!!

Aku tak suka nak terhegeh-hegeh samada semasa membeli, membayar dan memunggah barang. Aku dah biasa kerja kilang, jadi semua kerja kena cepat dan pantas.. Aku tak suka biarkan orang menunggu akibat daripada 'kelembapan' kita.. Bagaimana kita rasa nak marah kalau orang depan kita buat kerja terhegeh-hegeh, begitulah jugak halnya jika kita sendiri buat begitu. Mesti orang belakang kita akan bersungut jugak..

p/s: Masa nak bayar kat kaunter tu, tak payah la nak bajet cun dok betulkan rambut yang jatuh kat jendol tu ke, ataupun dok belek-belek tudung yang melilit satu badan tu.. Fokus je kat mesin duit tu.. Takut nanti cashier tu kira dua kali pulak... :-)

Thursday, February 2, 2012

Masuk dapur lagi... Yiihaaaa....!!!

Assalamualaikum...

Masuk dapur lagi... Yiihaaaa....!!!

Hari ni rajin pulak aku masuk ke dapur.. ceewaahhh... hahaha... Dah lama rasanya aku tak tayang gambar makanan kat sini, kan... So, kali ni nak tayang kembali dehh... hehe..

Menu kali ni ringkas je. Just main campak-campak je dalam kuali. Tapi cara nak campak tu kena ada skill jugak maa... Silap campak, meletup la kulit lengan ko kena minyak panas tu nanti.. So, kena beware jugak la kalau sayangkan kulit tu.. Kang berparut, dah jatuh saham.. Aku lain la.. Memang merudum habis dah saham aku.. huhuhu...


Kat dalam piring bawang tu ada seurat kacang panjang yang dianaktirikan.. Daripada kena buang, baik masukkan aje kat dalam tu sekali... Tak baik membazir, ya tak..? Hehehe...

Dalam gambar kat atas ni ada bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam goreng serai ni.. Dan-dan letak nama ayam goreng serai sebab ada sebatang serai sebagai penyeri... kehkehkeh.. Yang takde kat dalam gambar ialah halia, bawang putih, cili kering, sos tiram, garam dan sedikit kicap manis..

Nak letak jugak ke resepi penuh kat sini..? Letak je la haiihh.. Malas pulak nak buat entry kat blog dapur aku tu.. Malas nak buat dua entry yang sama.. Biar je la blog dapur tu tak berasap... hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah.. (Kena la salin sebab tak boleh nak copy paste... ehehh... Kalau tak pun, buat print screen je... ngeeee....)

3 keping peha ayam ( dari peha sampai pangkal peha tu) - dipotong ikut suka
4 biji kentang - potong ikut suka jugak
3 labu bawang besar saiz sederhana - dihiris membulat
4 biji bawang putih - ditumbuk sahaja
2 ulas bawang merah - ditumbuk jugak
Seketul halia - ditumbuk 
Sebatang serai - ditumbuk/titik
6-7 tangkai cili kering - digunting (kalau tak nak bijinya, belah dulu kemudian gunting)
Sebiji limau nipis - ambil perahan dari sebelah limau sahaja sebagai menggantikan cuka makan
2 sudu makan sos tiram - ataupun main agak-agak je
2 sudu makan kicap manis - ikut selera masing-masing
Sedikit garam kasar (aku dah ikut macam mak aku masak, masak guna garam kasar..)
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara-caranya:

1- Ayam dibersihkan dan digaul rata dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga masak dan ketepikan dahulu. 

2- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan cili kering dan serai hingga naik bau.

3- Kemudian, masukkan potongan kentang. 
Memandangkan aku guna garam kasar, aku masukkan sekali garam tu supaya garam tu sempat mencair.

4- Bila kentang dah mula nak empuk, masukkan hirisan bawang besar bersama serbuk lada putih, sos tiram dan kicap manis. Perahkan hirisan limau nipis. Kacau sebati. Kalau nampak macam kering je, boleh tambahkan sedikit air. 

5- Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan rasa asam garamnya sebelum ditutup api dapur.


Aku kukus sekali bijian jagung tu untuk saja-saja makan. Lepas tu yang ikan bilis goreng dengan pucuk paku goreng tu, mak aku yang masak.. Kalau letak nenas okay gak.. Tapi nenas nan hado... 


Sekian sahaja menu untuk kali ini.. Selamat merajinkan diri untuk memasak ya kawan-kawan... hehe..

p/s: Ada yang telan air liur tak..? Takde ehh...? Alhamdulillah.. Takde la aku nak kena bagi kat korang sikit... kihkihkih...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)