Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 18, 2012

Ada lagi..?? Aduuhaaii...!!! Sonyum yoo laa...

Assalamualaikum...

Ada lagi..?? Aduuhaaii...!!! Sonyum yoo laa...

Ingat lagi tak dengan entry aku yang dulu tu..? Alaaa, entry pasal kain kastemer aku yang tersalah potong tu laa.. Bukan aku yang tersalah potong okay.. ehehh.. Kalau tak ingat, boleh rujuk kat sini ya.. Kain dulu tu dah selamat dah aku jahit.. Dah bagi dah pun kat tuannya.. Dah dapat dahpun upah menjahit tu.. Amin.. hehe... 




Kali ni aku dapat pulak kain yang tak cukup inci.. Adoyaii.. Dugaan betul la.. Boleh pulak dorang (kedai) tu pergi sambung kain tu. Cuba perhatikan betul-betul gambar kat bawah ni haa... Mustahil la kastemer tu yang sambung sendiri kain tu, ya tak..? Aku dah siap ukur dah berapa inci yang kurang tu.. Tiga inci tuuuuu...!!! Ni sah-sah kecil la nanti ukuran untuk kain baju kurung kakak aku tu.. Errr..., sebenarnya ni kain kakak aku... huhuhu... Sian akak den kono tipu dek kodai tu.. 


Ko ada..??


Tak berkat la oiii jual kain macam ni.. Kembung la perut ko tu nanti... Pastu bila doktor belah perut ko, tup-tup ada kain bergumpal kat dalam tu.. muahahahahaa...

p/s: Geram betul la dengan orang yang tak jujur ni.. Betul-betul menyusahkan kerja aku... Cisss...

Rajin-rajin la mengemas... ehehh...

Assalamualaikum...

Rajin-rajin la mengemas... ehehh...

***
a- Anata wa doko ni imasu ka?
b- Ima ni imasu.
c- Nani ga mie-masu ka?
d- Ima no naka ni iro-iro na mono ga mie-masu.

Haha.. 
Faham tak..?
Ni la untungnya bila berkemas..
Kita akan jumpa apa yang tak pernah kita tengok sebelum ini selain dari jumpa duit syiling dua posen...

Dua posen...?
Tak berbaloi je rasa mengemas.. 
Lain la kalau jumpa duit kertas seratus hinggit terselit celah buku, kannn...
Ehehh...


Ni buku abang sulung aku kot.. Sebab dia sorang je yang dah pernah sampai Jepun sana...


Itu untuk orang yang mata duitan la..
Kalau aku, dapat belajar sesuatu yang baru itu dah rasa seronok sangat dah..
Kalau boleh aku nak kongsi dengan semua orang..
Tapi apakan daya, aku tak mampu nak buat macam tu..
Setakat kongsi sikit-sikit apa yang ada dalam buku ni dah memadai kottt...

***
a- Where are you?
b- I am in the sitting-room.
c- What can you see?
d- I can see many things in the sitting-room.

a- Anata wa tabako o sui-masu ka?
b- Iie, suri-masen.
a- Do you smoke?
b- No, I don't smoke.


p/s: haha = mother?? Lepas ni tak boleh la nak gelak guna haha... Kena tukar jadi hihi lak.. :D

Tuesday, July 17, 2012

Apa lagi, jual je laaa.. :)

Assalamualaikum...

Apa lagi, jual je laaa.. :)

Minggu lepas abang aku pergi rumah kakak kat Nilai tu... Lepas tu bila dia nak balik sini, kakak aku kirim kat dia satu beg plastik penuh dengan limau kasturi.. Limau kasturi yang kitorang bawak balik dulupun masih ada sikit lagi.. Kebetulan adik aku ada balik sini jugak.. Esoknya bila dia nak balik semula kat rumah dia, aku bagi limau kasturi tadi kat  isteri dia.. Aku suruh dia jual je limau tu.. Lagipun dia memang dah biasa jual hasil kampung ni kat lori ikan yang lalu pagi-pagi kat rumah dia tu..




Semalam, anak buah aku pulak balik sini.. Kakak aku sekali lagi kirim satu tong penuh limau kasturi tu kat dia.. Aku cakap kat mak aku, kita jual je la limau ni kat pasar.. Lagipun kawan mak aku ada berniaga hasil kampung kat pasar tu.. Dulu kitorang pernah jugak letakkan kacang botol(r) kat makcik tu.. Jadi takde masalah kalau nak letak limau kasturi ni kat dia.. Nanti bila dah habis, dia bagi la berapa ringgit yang dapat.. Tak kisah la berapapun, janji limau ni tak membusuk macam tu aje..




Kakak aku ada kebun kat Nilai tu.. Kat kebun tu ada durian, kelapa dan manggis.. Pastu selang-seli dengan limau kasturi ni.. Cuma kebun tu agak semak la sebab tak berjaga sangat.. Abang ipar aku tu memang jenis rajin menanam dan berkebun ni.. Tapi tu la, dia tak berapa sihat namun semangat dia tu masih lagi kuat untuk berkebun.. Dia boleh ngam dengan mak aku kalau bab berkebun ni.. hehe..

Orang yang sihat wal'afiat pulak lebih senang mengadap skrin komputer dari menolong membersihkan kebun tu.. Ehh.. Ehh.. Ehhh... Apa...? Apa..? Apa...? Hahaha....

p/s: Berbudi pada tanah, dapat la hasilnya.. kan... 

Sunday, July 15, 2012

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Assalamualaikum...

Kipas untuk sejukkan kipas.. :D

Hamboiihhh....
Betul-betul tala (hala) kat dia je...
Mentang-mentang la jadi kesayangan, kannnn... ehehh...


Betul-betul tuju kat lubang kipas laptop tu.. haha...
(Abaikan nota tu.. Tu nak mengingatkan jangan asyik ngadap laptop je sebab jahitan banyak lagi.. ihikkk...)

Buat masa ni, memang kena hadapkan kipas meja ni khusus untuk sejukkan kipas laptop aku.. Takut aku kalau bunyi macam hari tu keluar lagi.. Kalau dengar radio online tu, kena gunakan kelajuan nombor dua.. Bukan apa, takut kipas laptop tu cepat panas je.. Tapi kalau setakat bukak fesbuk je, guna kelajuan nombor satupun tak apa... Dah tak berapa berani nak bukak banyak tab.. Serik den... ehehh...

Ni je la nak cerita.. Tak berani nak cerita lebih-lebih pasal laptop ni.. Kang dia merajuk lagi, jenuh aku nak pujuk.. Meroyan aku sorang-sorang kat sini minta bantuan.. Tapi bantuannya nan hadoo... Kena la cari jalan penyelesaian sendiri... Nasib badan, apo nak dikato... ;p

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil Dell yang sudi melayan pertanyaan aku.. Kitorang main balas-balas mesej kat fesbuk.. hahaha... Aku tanya dalam Bahasa Malaysia, dia jawab dalam Bahasa Inggeris.. Tak kisah la nok, janji dua-dua faham.. kehkehkeh... Sedikit sebanyak perbualan itu dapat membantu aku yang dalam kekusutan.. Korang yang nak beli laptop baru tu, silalah beli Dell.. Layanan online dorang memang tip top.. Patut la anak-anak kakak aku semuanya pakai Dell ni.. Tapi kan, sampai sudah aku tak tau wakil Dell tu lelaki ke perempuan.. hihihi... 

Sebahagian daripada perbincangan... ecehhh.... haha...


p/s: Bil letrik dah mula mencanak naik dah ni.. Turunnya tak pernah.. Naik semedang.. aalaaahaiii...

Saturday, July 14, 2012

Kalau dah namanya mengidam...

Assalamualaikum....

Kalau dah namanya mengidam...

Ada budak tomboy datang rumah nak beli buah mangga.. Dia kata kakak dia mengidam.. Pastu akupun cakap la kat dia, tak payah beli la dik.. Ambil la setangkai tu... Akak bagi je.. Orang mengidam bukannya makan banyak manapun, kann...

Dia kata jiran dia ada buah mangga ni, tapi jiran tu tak nak bagi.. Mungkin jiran dia tu takut buah mangga tu busuk kalau dibuat cicah agaknya.. Alaaahaaaiii..., itupun nak berkira..


Gambar lama.. Malas nak cari gambar lain.. :)


p/s: Dengan jiranpun nak kedekut.. Esok lusa kalau sakit, jiran tu jugak la yang membantu.. Entah-entah anak yang mengidam, yang kat dalam perut tu yang datang dulu menghulurkan bantuan (bila dia dah besar laa..)..


Tepuk tangan... :D

Assalamualaikum...

Tepuk tangan... :D

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...

Kalau kita gembira, begitulah caranya...

Kalau kita gembira, tepuk tangan... 
Klepp... klepp...


Large Clapping Hands


Yang pergi tepuk tangan tu buat apa.. Patutnya tadah la tangan tu.. Berdoa dan bersyukur atas kegembiraan yang ada.. :)

p/s: Ada jugak orang yang tepuk tangan atas kesedihan, kesengsaraan dan kejatuhan orang lain.. Na'uzubillah... Janganlah sampai keras hati macam tu sekali...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)