Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 22, 2012

Pengorek telinga berlampu... :D

Assalamualaikum...

Pengorek telinga berlampu... :D

Pernah korek telinga mak korang tak...??
Hah...! tak pernah...??

Apsal tak pernah lak..??
Hah...! Geli...??

Hamboihh...
Kalau tang korek telinga mak sendiri, geli...
Tapi tang korek duit mak kat dalam bank tu, tak geli pulak, kan...

Tang korek telinga mak, takde masa...
Tapi boleh pulak main korek-korek telinga dengan pakwe/makwe kat tepi tasik...
Caiittt....!!

Okay, itu sekadar mukaddimah sahaja...
Pokok dek ekau la kalau nak sentap ke tidak...
Muahahahaha...

Dulu, aku selalu gunakan putik kapas dengan tweezer je untuk melakukan operasi pengorekan telinga mak aku.. Tapi baru-baru ni masa aku nak korek untuk keluarkan bijih timah dari dalam telinga mak aku tu, abang aku tunjukkan satu alat pengorek yang baru pertama kali aku tengok.. ehehh... 




Apa yang best-nya ialah alat pengorek baru tu ada lampu kat hujung dia.. Kiranya takde la terkial-kial nak cari mana bijih timah tu menyorok.. hehehe... Dengan menggunakan alat ni, kerja nak mengorek jadi mudah.. Sebelum ni aku suluh guna lampu yang ada kat enpon abang aku.. Kadang-kadang guna lampu suluh yang besar gedabak tu.. Memang agak susah la sikit.. Tapi dengan menggunakan pengorek telinga berlampu ni, mudah sikit kerja aku.. 




Aku tengok ada extra mata pengorek yang dibekalkan sekali.. Masa nak korek tu, janganlah korek kuat sangat. Kang patah pulak mata pengorek tu... Lagi haru kalau pengorek tu terkena gegendang telinga. Kang elok boleh dengar, terus jadi pekak. So, kena korek dengan lemah lembut... ehehh.. Lepas korek, jangan lupa bersihkan mata pengorek tu ya.. Off-kan dulu lampu tu baru cuci mata pengorek tu.. Tak kan la nak simpan pengorek yang dah kotor tu macam tu je, kan.. eeeiiiii....


p/s: Jangan buat-buat pekak dah la.. Tapi ramai je yang pekak badak ni, ya tak.. hikkk....

Wednesday, November 21, 2012

Cinta yang terlewat...

Assalamualaikum....

Cinta yang terlewat...

"Aku rasa, ada kemungkinan kau hamil. Lagipun, kau cakap kau sakit gigi, kan? Aku tengok gigi kau, okey aje. Tak ada masalah. Mungkin kau kurang kalsium. Untuk pengetahuan kau, sakit gigipun boleh menjadi antara tanda awal kehamilan.."

Hah....!!! 
Aku baru tau pasal ni...
Maklum la kan, tak pernah pregnant...
Mana la nak tau... ehehh...

Sekarang dah tau gara-gara membaca novel cinta yang terlewat karya Zuriani Mustaffa ni.. Novel ni bagus sangat. Banyak pengajaran dan ilmu yang aku dapat hanya dari membaca novel ini.. Ianya banyak berkisar tentang betapa perlunya kita bersyukur dengan segala yang ALLAH berikan..




"Kalau awak jadi isteri saya, awak tak akan membebankan saya. Seorang isteri adalah amanah kepada seorang suami, bukan suatu beban, dan seorang anak adalah tanggungjawab seorang ayah, bukannya budi baik.." - Muhammad Fahim


"Sebab aku tengah sakitlah dia nak kahwin dengan aku. Lagipun kenapa dia nak kahwin dengan aku kalau setakat mahu menganiaya hidup aku? Apa untungnya dia buat begitu pada aku...?" - Nisaa


Kepada peminat novel, aku sarankan, belilah dan bacalah novel ni.. Kisah kehidupan seorang doktor muda yang menjadi duda sebanyak dua kali.. Ada sebabnya kenapa semua itu berlaku.. Banyak liku yang perlu doktor itu hadapi.. Terlalu banyak konflik.. 

Novel ini juga bersih daripada dialog 18SX seperti lambakan novel yang ada di pasaran sekarang ini... Aku tak rasa menyesal membelinya dan harap-harap kesemua sebelas buah novel yang aku baru beli semalam menepati kehendak dan selera aku... 

Hari tu, ternampak novel ni kat rumah kakak.. Masa tu aku buat tak tau je sebab nampak cover dia macam tak menarik.. Lepas tu, semalam masa ke kedai buku, ternampak lagi novel yang sama. Terus je ambil dan beli tanpa membaca sinopsis.. Hasilnya, novel ni betul-betul menepati citarasa aku, banyak pengajaran yang aku dapat, banyak info yang ada kat dalamnya.. 

Betul la kata pujangga, don't judge a book by it's cover.. :)

______________________


Penulis novel sekarang ni tak boleh komen karya dorang sesuka hati sedangkan ada kalanya sebahagian daripada komen tersebut merupakan satu pendapat atau pandangan yang secara tidak langsung boleh dijadikan rujukan atau penambah-baikan untuk novel seterusnya. 

Kalau komen lebih-lebih, nanti ada satu dua pihak lain yang jadi nasi tambah. Katanya, yang komen tu cuma pandai komen je... hmmm... So, jangan komen lebih-lebih karya mereka.. Baca je dan nilai sendiri secara senyap.. :)

p/s: Kalau novel tu bagus, aku akan tolong promot. Tak perlu nak bodek-bodek segala. Tapi kalau sebaliknya..?? Pandai-pandai sendirilah nak jual karya masing-masing... 

VIDEO anak kucing tak larat nak bangun..

Assalamualaikum...

VIDEO anak kucing tak larat nak bangun..

Kesian tengok dia...
Terkial-kial nak bangun...
Dok pusing kiri kanan tapi tak lepas nak mengiring...

Kelakarpun ada jugak tengok dia dok terpusing-pusing macam tu..
Siap ada adegan bertepuk tangan lagi tu...
Ehh, kucing mana ada tangan laaa...
Tak kira, aku selalu cakap kaki depan kucing tu macam tangan dia...
Hahahaha...

Katil aku jadi tempat dorang bergolek-golek...
Memang selalu macam ni la...
Asal ada je new born baby, situlah tempat yang mak dorang tuju...
Takpe la, lagipun aku bukannya suka sangat tidur atas katil tu...
Panas sebab jauh dari kipas...
Baik aku bentang tilam lembik atas lantai betul-betul bawah kipas...



Pastikan volume perlahan.. Takut ada yang pengsan dengar suara nenek kebayan mengekek... :D

p/s: Seminggu kat Nilai, risau jugak aku dengan budak dua ekor ni.. Risaukan kakak dorang jugak, si Utih tu.. Hampir-hampir nak bawa si Utih balik ke Nilai sekali hari tu.. Utih..??? Kakak...??? Muahahahahaha....

Tuesday, November 20, 2012

Quartet..

Assalamualaikum...

Quartet..

Jangan lakukan sesuatu itu sebab 'ingin', sebab 'ingin' itu sampai bila-bilapun tak pernah habis. Dan jangan lakukan sesuatu itu sebab 'suka', sebab 'suka' itu mudah berubah. Tapi lakukan sebab 'perlu', sebab 'perlu' itu mengundang banyak manafaat...




Selesai sudah membaca novel ni.. Sebuah novel yang penuh dengan pengisian ilmu.. Kisah seorang pelajar di luar negara yang mudah jatuh cinta bila berhadapan dengan lelaki yang dirasakan sesuai menjadi menantu soleh untuk ibunya. Namun, semua lelaki itu akhirnya mengecewakannya secara langsung dan tidak langsung di kala hatinya sudah berbunga riang.. Mujur juga dia mempunyai sahabat yang sering menjadi penyelamat di kala dia kesedihan.. Akhirnya dia berubah ke arah yang lebih baik dan seterusnya bertemu jodoh dengan orang yang dia tidak sangka-sangka...


Novel ni santai dan tiada dialog panas seperti kebanyakan novel yang ada di pasaran sekarang.. Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca novel yang 'bersih', boleh la mencari, membeli dan membacanya.. 


p/s: Novel ni boleh dijadikan koleksi aku.. Tapi kena beli dulu la sebab yang aku baca ni anak buah aku punya.. ehehh...

Monday, November 19, 2012

Marathon...

Assalamualaikum...

Marathon...

Aku masih lagi kat rumah kakak di Labu/Nilai.. Dah hampir seminggu aku kat sini.. Hari Jumaat aku pergi pejabat tanah atas urusan menukar nama. Lepas tu balik kampung jenguk makcik-makcik aku yang masih ada di situ.. Sambil-sambil tu, jenguk juga kawasan tapak tanah rumah kampung yang sudah penuh dengan semak samun.. 





Hari Sabtu, aku menghadirkan diri di majlis persandingan anak sepupu kat Lavender Heights, Senawang.. Hujan punya la lebat.. Dapatlah jumpa beberapa orang saudara-mara.. Lepas tu pulak, adik-beradik berkonvoi ke rumah abang yang baru je siap renovate rumah kat Seremban Jaya.. Lepas tu balik semula ke rumah kakak di Labu/Nilai ni.. 

Mujurlah kat sini banyak koleksi novel kepunyaan kakak aku dan anak-anak dia.. Kiranya dapatlah aku baca dulu beberapa buah novel yang ada dalam listing sebelum membelinya.. Penat marathon berjalan, sambung pulak dengan marathon membaca novel.. 

Kalau novel tu tak menarik minat aku, secara automatik ia terkeluar dari senarai.. Dan kalau novel tu best dan menepati citarasa aku, aku akan cari dan beli untuk dijadikan koleksi peribadi walaupun aku dah baca dan tahu jalan ceritanya..

Sebagai penulis novel, haruslah sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima segala kritikan dari pembaca.. Dan sebagai pembaca pula, kalau nak kritikpun, janganlah kaitkan isi cerita dalam novel tu dengan kehidupan peribadi si penulis tadi.. Itu serang hendap namanya... 

Aku lebih suka menghargai hasil karya seseorang itu daripada menyelongkar kisah peribadi mereka. Cukuplah sekadar tahu karya itu tulisan siapa... Sebab itu aku tak rajin nak belek profil penulis kat belakang muka surat sesebuah novel itu.. Aku lebih suka membaca apa yang disampaikan melalui sesebuah karya itu dan bukannya melihat siapa yang menyampaikannya.. 

p/s: You cannot open a book without learning something - Confucius...

Aku untukmu dan all cried out...

Assalamualaikum...

Aku untukmu dan all cried out...

Aku untukmu...

"Kalau tak ada hubungan, tak mungkin awak habiskan masa dengan dia lepas awak fitnah hubungan saya dengan Airil. Tak mungkin awak tinggalkan saya sendirian kat rumah dan bersuka ria dengan dia. Saya sanggup tunggu kepulangan awak sedangkan tak mungkin awak akan pulang untuk saya. Awak baliklah, saya tak mungkin kembali ke sana lagi. Saya dah letih. Awak tak pernah hargai saya dalam hidup awak. Awak buat saya macam layang-layang. Bila jauh, awak tarik, bila dekat, awak lepaskan. Tolonglah kasihankan saya, saya dah serik dengan semua tu. Antara kita dah selesai..." Ardini bersuara mengendur. Ada air yang mengalir di tubir matanya...

Nak tau kisah selanjutnya, sila dapatkan novel aku untukmu ini hasil karya tulip ungu.. Aku baru je selesai membaca novel ni.. 





All cried out...
(Salah satu lagu yang ada dalam novel ni..)

All alone on a Sunday morning...
Outside I see the rain is falling...
Oho.. ho....
Inside I'm slowly dying... 
But the rain will hide my crying, crying, crying...
And you...

Don't you know my tears will burn the pillow...
Set this place on fire... 
'Cause I'm tired of your lie...
All I needed was a simple "Hello"...
But the traffic was so noisy that you could not hear me cry...

I... I gave you my love in vain...
My body never knew such pleasure... 
My heart never knew such pain...
(And you) You leave me so confused...
Now I'm all cried out, over you...

Cryin' over you, yeah...

Never wanted to see things your way...
Had to go astray...
For why was I such a fool (Why was I such a fool)...
Now I see that the grass is greener...
Is it too late for me to find my way home...
How could I be so wrong?

Leaving me all alone...
Don't you know my tears will cause an inferno...
Romance up in flames...
Why should I take the blame?
You were the one who left me neglected (I'm so sorry baby)...
Apology not accepted...
Add me to the broken hearts you've collected...
I... I gave you all of me (Gave you all of me)...
How was I to know...
You would weaken so easily...
I... I don't know what to do (I don't know what to do)...
Now I'm all cried out (All cried out)...
Over you...

I... I gave you my love in vain...
My body never knew such pleasure...
My heart never knew such pain...
And you...

You left me so confused...

Now I'm all cried out...
Now I'm all cried out...
Over you...





p/s: Novel ni bagus kerana olahan serta susun atur ayatnya yang tersusun...  Merembes jugak la membacanya.. ehehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)