Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Pemes betul telur ni.. :D

Assalamualaikum...

Pemes betul telur ni.. :D


Satu soalan yang ditanya oleh salah seorang ahli grup masakan yang aku join kat fesbuk.. Soalan pasal telur rebus je tapi mendapat feedback yang baik dan pelbagai jawapan yang diberikan oleh para ahli yang prihatin, yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Boleh tengok komen tu kat bawah ni tapi aku cuma print screen sikit je la ya.. hehhh...


"Salam..siapa tahu kenapa telur ini di kupas jd begini..ade tak sesesiapa tahu petua utk kupas kulit telur supaya tidak melekat.."




Nama para pengomen tidak dipaparkan demi untuk menjaga privasi mereka.. :)


p/s: Siapa ada masalah macam ni, boleh la rujuk kat komen dan petua yang dorang bagi..

Banyak yang dah takde...

Assalamualaikum...

Banyak yang dah takde...


Benang aku banyak yang dah takde.. Mujurlah kebanyakan kain kastemer warnanya pelbagai. Jadi, boleh guna mana-mana warna yang sesuai.. Buatnya kain tu kain kosong, jenuh la nak kena beli benang lain yang sama warna dengan kain tu.. Takkan la kain tu warna pink tapi guna benang warna biru... Nak kena hamun boleh la buat camtu.. hehh...




Aku guna benang Rinata je. Dulu pernah jugak guna benang Astra tapi astra ni agak mahal sikit. Tak mampu la pulak nak guna benang yang mahal ni. Lain la kalau upah jahit tu mahal, maka boleh la guna benang mahal. Ni upah jahitnya alaaa....haiii... Benangpun dah mahal dah sekarang ni.. So, guna aje la mana yang ada... 


p/s: Ada jenis benang yang asyik nak putus je.. Hangin betul dibuatnya.. Pastu ada jugak jenis benang yang kerjanya asyik nak bersimpul je.. Lagi la hangin.. Mujur la Rinata ni tak rajin buat perangai macam tu. Sesekali tu adat la, kan... hehh...

Sunday, July 7, 2013

Biskut asam manis..

Assalamualaikum...

Biskut asam manis..


Masa ni aku tengah dok belek-belek buku resepi aku. Lama dah buku ni. Maklum la, masa zaman aku dulu internet ni takde lagi. Semua benda pakai tulis kat buku je. Rasanya banyak buku resepi yang aku buat samada yang aku lekatkan dengan resepi dari keratan yang ada dalam surat khabar ataupun yang aku tulis tangan. Tapi setakat ni, hanya satu ni je yang aku jumpa.. Yang lain-lain tu entah ke mana lesapnya..



Tarikh resepi ditulis ialah pada 31/10/98.. Tak ingat ambil resepi ni dari mana.. Masa ni tulisan tangan aku boleh dikira 'cantik' lagi la.. muahahaha...


Okay, itu mukaddimah dia.. Ni nak bagi resepi biskut asam manis ni pulak. Aku belum pernah cuba buat biskut ni. So, siapa yang rasa nak buat, silakanlah buat ya.. 


Bahan-bahan:

1 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu makan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung jagung
7 bungkus asam manis - diramas manja.. 
1 sudu teh esen vanilla 


Cara membuatnya:

1) Pukul butter dan gula hingga kembang.

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.

3) Masukkan pula susu pekat manis dan esen vanilla.

4) Kemudian, masukkan pula tepung jagung. Gaul rata.

5) Akhir sekali barulah dimasukkan asam manis yang diramas manja tadi. Gaul biar adunan sebati.

6) Bentukkan ikut suka dan bakar hingga masak.


Gunakan cawan yang sama untuk sukat bahan. Jangan pulak guna cawan A untuk sukat tepung, lepas tu guna pulak cawan B untuk sukat gula.. Nanti lain pulak jadinya... Aku biasa sukat guna cawan arcoroc lama yang jernih atau warna coklat tu je.. 2 cawan tu sama dengan 250 gram.. Tapi itu untuk sukatan bahan kering seperti tepung dan gula. Kalau untuk butter, 1 cawan arcoroc tu sama dengan 250 gram.. Aku dah pernah cairkan butter dan lepas tu masukkan butter cair tadi ke dalam cawan arcoroc tersebut.



Keladi ni tak gatal kott...

Assalamualaikum...

Keladi ni tak gatal kott... 


Aku tak pasti samada pokok ni spesis keladi ataupun bukan. Tapi kat sini, rata-rata orang panggil keladi. Tak kira la jenis daun tu macam mana, totap dipanggil keladi jugak.. Layankan aje la sebab dah namanya masing-masing tak tau... ehehh...


Bila aku tanya atok google, ini jawapan untuk keladi ni..  Mereka semua ni termasuk dalam kategori aglaonema.. Takde kena-mengena dengan keladi tapi untuk entry ni, aku teruskan aje la sebut keladi.. hikhikhik... 




Aglaonema boleh menyerap pollutant di udara, bermakna boleh purify the air.. Jadi, siapa yang kat rumah dia ada perokok tegar, eloklah tanam banyak-banyak pokok macam ni.. Biar pokok tu sedut racun rokok tu.. huhuhu...




Tak pasti pulak samada keladi ni jenis berbahaya ataupun tidak. Yang aku tau, ada satu keladi hutan tu yang dikatakan beracun getahnya. Haaa, keladi tu dah habis aku buang dah walaupun daunnya memang cantik. Risau jugak bila anak-anak buah balik sini sebab dorang rajin petik daun pokok bunga aku tu untuk buat sayur masa main masak-masak. Budak-budak perempuan la pulak, kan... Masa kecil rajin main masak-masak.. Bila dah besar, nak masak nasipun malas... ehehh...




Hari tu semua pokok keladi ni terbiar sebab aku malas nak jaga.. Lagi satu, aku hilang mood bila ada orang yang pergi angkat dan alih pokok aku ni kat tempat lain. Lepas tu letak kat tempat panas pulak tu. Lama aku buat tak tau kat pokok ni semua sebab marah dan geram. Aku memang tak suka bila ada orang yang 'kacau' kerja aku. 




Sekarang ni sejak aku join grup tanam pokok tu, aku kutip balik pokok aku ni dan bela semula.. Bila dah naik cantik macam ni, sayang pulak nak buat tak tau je.. So, setiap pagi atau petang, aku akan tengok-tengok dorang semua.. Harap-harap lepas ni jangan ada yang alih pokok aku ni kat tempat lain... 




Pokok keladi yang dalam dua pasu kat bawah ni baru je semai.. Baru je mintak kat jiran sebelah.. Dah lama dah dia nak bagi tapi disebabkan masa tu mood menanam takde, aku biar je dulu.. Tadi tu kiranya pergi tuntut balik la.. hehe.. Pokok diapun dah merimbun dah.. Tu yang dia bagi empat batang tu...




p/s: Gatal keladi boleh dicuci. Lama-lama nanti hilanglah gatal tu. Gatal manusia...? Entah, tak boleh nak komen banyak.. Takut terbalik kena kat diri sendiri.. Haru je nanti.. Lebih baik jaga lidah, jangan bagi gatal dok cakap yang bukan-bukan.. huhuhu...

Friday, July 5, 2013

Penangan suntikan vaksin..

Assalamualaikum...

Penangan suntikan vaksin..


Semalam, seharian aku tak merempit.. Dari siang bawa ke malam aku dok jaga Momok yang sakit.. Gara-gara bawa dia pergi klinik untuk suntikan vaksin, terus dia longlai.. Malamnya aku bagi dia minum susu tepung manusia. Tak lama lepas tu, habis keluar segala isi perut dia.. Keluar serentak pulak tu, ikut mulut dan ikut montot...


Hari ni nampak dia macam dah sihat, dah boleh berjalan, dah boleh makan dah..  Alhamdulillah.. Tapi rupa dia sangat teruk.. Tak berani aku nak mandikan dia.. Lepas ni aku tak nak dah bagi dia kena injek.. Biar la bagi pil ataupun ubat air je.. Tak sanggup aku nak tengok dia melepek macam tu... huhu..




Masa dalam perjalanan pergi klinik tu, Momok tak nak duduk dalam sangkar dengan si Utih. Habis dia dok capai tudung aku. Bila aku dekatkan jari nak buka pintu sangkar tu, dia cakar jari aku.. Dapat dua calit. Sampai sekarang masih lagi pedih... adehh... So, sepanjang perjalanan  tu, aku dok riba je dia. Nampak macam tak larat sangat dah si Momok ni... huhu...





Dalam perjalanan balik, aku letakkan Momok dalam sangkar. Elok je dia duduk dalam tu sebab mungkin dia memang dah tak larat sangat dah.. Si Utih pulak maintain okay.. Mujurlah Utih tak melepek macam si Momok tu. Kalau dua-dua melepek, teruk jugak aku nak jaga..







Kesian sangat tengok si Momok tu. Kejap-kejap aku bagi dia minum air guna picagari. Suara dia langsung tak keluar. Mata dia macam dah mati, tak gerak-gerak. Statik. Aku dah lama tak menangis sebab kucing tapi bila tengok si Momok sakit, meleleh jugak la airmata aku.. huhuhu...




Bila dia dah okay sikit, dia nak makan. Masa tengok dia makan tu, sangat la kesian.. Dengan keadaan dia yang tak larat, dengan keadaan dia yang lapar tahap gaban sebab sehari semalam tak makan, dengan keadaan isi perut dia yang dah habis keluar, rasa sedih tu makin menjadi-jadi.. Terus aku terbayangkan macam mana la keadaan orang yang sakit, yang tak punya apa untuk dimakan, yang keseorangan tanpa siapa yang menjaga.. Takut sungguh jika akulah orang itu.. Aduhaaaaiiii...




Dalam keadaan terhoyong-hayang baru ada tenaga sikit tu, si Momok ni nak jugak mengendeng jagung rebus yang aku makan. Ya, Momok ni lain sikit selera dia. Apa yang kucing lain tak makan, dia makan. Mungkin sebab tu perut dia selalu sakit dan najis dia cair. 




Seumur hidup aku bela kucing, tak pernah aku masuk klinik haiwan.. Bab bagi makan, kadang-kadang mak aku dengan abang aku tolong. Sebenarnya 'kami' bukannya nak bela sangat kucing ni.. Tapi disebabkan 'kesian', maka bagi jugak la makan..


p/s: Tolong setakat yang mampu je... Namun nak berulang-alik ke klinik haiwan, tidak la... Tapi mungkin lepas ni kena beli segala jenis ubat untuk dorang.. 

Thursday, July 4, 2013

Bukan aku punya...

Assalamualaikum...

Bukan aku punya...


Bila masuk bulan Syaaban je, mula la masing-masing sibuk mencari dan membeli bahan untuk buat biskut raya termasuk la kakak ipar aku ni..


Baru-baru ni, dia balik Senawang, lepas tu pergi kedai jual barangan membuat kuih ni kat Sungai Buloh. Tempat tu dia dah biasa pergi dah.. Selalunya dia beli butter untuk buat stok sebab kat sini butter tersangatlah mahal.. Sebuku butter harganya hampir lima ringgit.. 




Kakak ipar aku memang dah lama menjual kuih raya.. Dia buat tiga jenis yang paling laris iaitu tart gulung, almond london dan juga chocolate rice.. Selain daripada itu, dia juga ambil tempahan untuk buat tapai pulut.. Masuk dua minggu puasa baru dia mulakan proses buat biskut raya.. 




Akupun kadang-kadang menempel jugak bila kakak ipar aku beli butter ni.. Dah alang-alang dia beli banyak, akupun kirim la sekali.. Aku takde la beria nak buat biskut raya ni.. Aku simpan stok butter sebab kadang-kadang aku nak buat kek, roti, kuih gunting dan sebagainya.. Jadi, bila dah ada stok ni, senang la sikit kerja aku.. Takde la nak tercari-cari kat sini.. Dah la kat sini harga dia mahal..


p/s: Siapa yang belum ganti puasa tu, sempat lagi kot nak ganti.. Punya la panjang masa, last minute juga nak ganti puasa tu ya.. Sabar je la... hmmmm... Mujurlah aku dah selesai ganti dah... Alhamdulillah..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)