Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 6, 2015

Masak kari ikan tongkol bersama terung dan tomato...

Assalamu'alaikum...

Masak kari ikan tongkol bersama terung dan tomato...


Okay, balik semula ke alam realiti setelah dua entri berada di alam fantasi.. ahahh.. Alam realitinya adalah main masak-masak la.. Apa ke lagi yang menarik selain daripada menghilangkan stress dengan memasak.. hehh..


Semalam aku masak kari ikan tongkol ni.. Aku rencahkan dengan sebiji terung dan sebiji tomato.. Aku je yang makan terung dengan tomato ni.. Abang aku kat rumah ni dia makan ikan tu je.. 


Seperti selalu, moh la tengok gambar yang ada ni ya.. hehe... Ni kari versi aku la ya.. Aku bukan orang utara, makanya kari aku ni tidaklah semantap kari orang utara tu.. 


 Seekor ikan tongkol yang besar..


Air asam jawa dan bahan tumbuk - 5 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari..




Rempah ratus, serbuk kari, terung dan tomato..




Santan...


Okay, bahan-bahan dah sedia dah.. Sekarang masa untuk pegang senduk.. ahaha...


 Panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus hingga naik bau.. Apabila rempah ratus tu dah tak meletup-letup, tu kiranya dah okay la tu..


 Lepas tu, masukkan bahan tumbuk dan kacau-kacau.. Tumis hingga naik bau jugak..


 Lepas tu, masukkan pulak serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.. Tumis dan kacau hingga naik bau dan pecah minyak..


 Lepas tu, masukkan pulak air asam jawa.. Kacau dan biarkan mendidih sekejap..


Kemudian, masukkan pulak ikan tongkol.. Kacau supaya sebati dan biarkan mendidih lagi sekali..


 Lepas tu, masukkan pulak santan.. Kena kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.. Biarkan mendidih lagi dalam masa tiga empat minit..


 Kemudian, masukkan terung... Kacau sebati..


 Apabila terung nampak macam dah layu sedikit, barulah masukkan tomato dan garam.. Kacau sebati dan biarkan mendidih lagi sekali..


 Rasa dulu asam garamnya dan lepas tu terus je tutup api...


Dan inilah hasilnya kari ikan tongkol berencahkan terung dan tomato dari airtangan aku.. hehh


p/s: Hari ni lauk kari ni ada lagi.. Makanya, hari ni tak payah masak.. Makan je apa yang ada.. Jangan membazir.. Berbelanja ikut isi yang ada dalam dompet.. hehh..

Thursday, November 5, 2015

Corat-coret jari jemari/2...

Assalamu'alaikum...

Corat-coret jari jemari/2...


"Kau ni tak habis-habis dok bercerita fasal dia tu.. Kalau dia tau apa yang kau buat kat belakang dia, mesti dia kecik hati dengan kau.."


"Alah, dia takkan tau punya la... Diakan katak bawah tempurung.. Kampung..!"


"Kau ingat apabila kau mengumpat dia kat secret grup kat fesbuk, kat wasap tu, dia tak boleh rasa? Dia mungkin tak nampak apa yang kau buat tapi kau jangan lupa, Allah nampak segala-galanya dan Allah jugak boleh berikan 'rasa' tu kat dia.."


"Kecoh la kau ni..! Tak habis-habis nak membebel.. Kau dengan dia tu sama je dua kali lima.. Kolot..!"




p/s:  Normal la kan.. Apabila diberi nasihat, cepat aje nak melenting... hehh.. 

Wednesday, November 4, 2015

Corat-coret jari jemari/1

Assalamu'alaikum...

Corat-coret jari jemari/1



Mungkin tajuk corat-coret jari jemari ini akan menjadi salah satu tajuk entri untuk blog aku ni.. Mungkin akan ada beberapa bahagian mengikut kemampuan akal yang berfikir, jari jemari yang menaip serta kesihatan yang mengizinkan.. Mungkin akan terselit juga bab puisi atau karya ciptaan sendiri.. Mungkin sahaja.. Belum pasti lagi.. Bukan hendak bersaing tapi cuma untuk mengasah bakat yang dah lama terendam... hehh..


Sebagai permulaan, aku mulakan dengan perbualan di bawah ini.. 


"Kau tau tak kuih talam tu macam mana..?"


"Tau.. Kuih tu sedap..."

"Kau tau tak talam dua muka tu macam mana..?"

"Macam mana..?"

"Macam kau la...!"


p/s: Saja nak ubah 'wajah' blog ni.. Asyik tepek gambar makanan je, boring jugak, kan.. hehh..

Friday, October 30, 2015

Deko taman mini lagi... hehh...

Assalamu'alaikum...

Deko taman mini lagi... hehh...


Dulu aku ada buat entri pasal deko taman kecil aku ni.. Entri tu kat sini.. Gambarnya kat bawah ni.. Ini yang dulu la..




Taman mini macam ni, apabila lepas men-deko, nampak la bersih dan elok sebab rumput rampai dah kena buang.. Tapi apabila dah lama, rumputpun dah tak mampu lagi nak dipandang.. Kalau pandang, pasti mata dan hati jadi sakit sebab rumput tu cepat je panjang.. Tanam sayur takde pulak cepat nak tumbuh dan besar tapi rumput ni cepat je tumbuh meliar.. adehh...


Maka, akupun ubah lagi taman mini aku ni untuk kali yang ke berapa, akupun dah tak ingat dah.. Aku ni ikut angin jugak nak buat benda macam ni.. Kalau mata aku dah betul-betul tak mampu nak pandang, memang laju la sikit aku buat ubah suai tu.. hehe..


Dan beginilah hasilnya taman mini aku yang seco'et tu.. Aku tutup tanah tu dengan segala jenis plastik yang ada supaya rumput tu tak tumbuh lagi.. Plastik beraspun aku tibai gunakan.. ahaha.. Jadi la untuk sementara waktu.. Kalau susah sangat, nanti aku beli tikar getah terus.. hehe..





Harap taman mini aku ni bertahan lama sikit la.. hehe..


p/s: Alhamdulillah, jerebu sudah beransur hilang dengan turunnya hujan dalam beberapa hari ni.. Hari ni nampak langit membiru dengan cantiknya.. 

Thursday, October 29, 2015

Jem mangga telur buatan sendiri...

Assalamu'alaikum...

Jem mangga telur buatan sendiri...


Kat rumah aku banyak sangat buah mangga telur ni.. Tapi sekarang ni dah reda dah.. Dah nak habis dah pun.. Tinggal sikit-sikit je lagi kat hujung dahan.. 




Disebabkan akupun dah tak larat nak mengutip, dah tak larat nak bawak pergi ke rumah jiran, maka untuk buah mangga telur yang dah sampai penghujung ni aku buat la jem.. Dua kali aku buat jem ni sebab sayangkan buah mangga telur tu.. Homemade jem mangga telur gitu.. hehh...


Sekali lagi, jom tengok gambar jom.. hehehe... Ni jem mangga telur yang kali pertama buat.. Jenuh aku dok kelensetkan kulit buah mangga tu.. Lepas tu nak sagat lagi.. Resepi ni adalah resepi sendirian berhad dan aku takde sukatan yang khusus.. Semuanya main agak-agak je dan ikut pada lidah yang merasa... 



^
Basuh dulu buah mangga telur tu.. Kemudian, ambil pisau dan belah sikit kat hujung kulit buah mangga telur tu dan terus je siatkan kulit dia..
v


Kemudian, parutkan atau gesek-gesekkan buah mangga telur tu pada bahagian sagat yang berlubang tu..  Nanti isi mangga tu akan jatuh ikut lubang tu.. Bukan parut kat mata pisau tu ya.. Bahaya.. Sagat ni aku terbalikkan.. 


 Lepas tu boleh la dimasak atas dapur.. Aku tak letak air langsung sebab air mangga tu pun dah banyak dah... Apabila dah mendidih, masukkan gula, jus limau kasturi dan sedikit air bancuhan tepung jagung.. 


 Apabila dah hampir masak dan sedikit pekat, masukkan sedikit garam.. Kacau sebati dalam dua tiga minit dan terus matikan api dapur.. Biarkan sejuk dahulu baru masukkan ke dalam bekas..


Inilah hasilnya untuk percubaan yang pertama.. Alhamdulillah.. Dapat bagi jiran sorang satu bekas.. 



Ini pulak percubaan buat jem mangga telur untuk kali yang kedua.. Kali ni lain pulak caranya.. Kita kena rajin try and error.. Macam buat eksperimen gitu.. hehe.. Kali ni aku gunakan periuk yang lebar sebab senang nak kacau.. Lagipun jem ni kalau dah mendidih, kuat dia punya percikan.. Sakit wooo kena tembak kat lengan sebab panas.. hehe..


 Masukkan sedikit air dan masak dengan api yang perlahan.. Sambil mengacau, sambil kita tekan dan tenyeh buah mangga telur tu dengan sudip yang berlubang.. Nanti isi buah mangga tu tanggal sikit demi sikit sebab isi tu dah lembik.. Lepas tu, keluarkan ketulan biji tadi dan masukkan ke dalam tapis atau raga yang dibawahnya ada periuk atau bekas.. Tenyeh-tenyehkan biji mangga tadi sebab masih ada lagi isi yang melekat.. Nanti isi tu akan keluar kat lubang raga/tapis tadi dan boleh la tuangkan isi tu ke dalam periuk..


 Biarkan kuah mendidih seketika.. Kemudian, barulah masukkan gula, satu sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan jus limau kasturi.. Boleh masak dengan api yang besar tapi kena rajin kacau sebab takut hangit.. Lagi satu, kena hati-hati sebab jem ni meletup-letup dan panas.. Jika nak selamat, guna je api yang sederhana tapi masih kena kacau selalu..


Apabila jem dah hampir masak dan pekat, masukkan satu sudu teh garam halus.. Kacau rata biar sebati.. Lepas tu barulah tutup api dapur.. Beginilah rupanya jem mangga telur yang telah siap dimasak..


 Apabila jem dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas.. Yang ni aku frozenkan sebab nak bagi kat adik-beradik jika dorang balik ke sini nanti.. 


Dan, boleh la disapukan atas roti.. Sedap... hehe...


Cara yang kedua tu pada aku lagi mudah dan jimat masa.. Cuma masa nak keluarkan ketulan biji mangga tu kena berhati-hati sikit masa mengaut..


p/s: Alhamdulillah.. Jimat bajet kalau boleh buat sendiri.. Rasanya..? Lebih kurang je dengan jem yang beli kat kedai tu..

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...

Assalamu'alaikum...

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...


Ini semalam punya cerita tapi baru sekarang aku nak bercerita.. hihi.. Ni la dia asam pedas ikan cencaru yang aku masak untuk tengahari semalam.. Aku lawankan asam pedas tu dengan bendi.. 


Jom layan gambar.. Aku memang suka entri bergambar ni.. Mujurlah takde kamera canggih manggih.. Kalau ada, mau dok kelek kamera je.. kehkehkeh...


 Ni watak utama.. hehe.. Siang dan bersihkan ikan cencaru.. Telur tu aku suka.. ahaha...



^
Bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumbuk je.. Nak jimat letrik punya pasal.. :p
v



^
Air asam jawa dan cili kering kisar sendiri...
v



^
Daun kesum dan bunga kantan ni jiran depan rumah punya.. Nak mintak daun kesum je tapi jiran tu offer sekali bunga kantan.. Alhamdulillah.. Dan juga bendi. Yang ni beli kat pekan sehari..
v



Okay, bahan-bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang moh la kita sinsing lengan menumis pulak.. hikhikhik...


 Mula-mula sekali, panaskan minyak... Lepas tu masukkan bahan tumbuk tadi.. Tumis dan kacau hingga naik bau...


 Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar.. Kacau dan tunggu hingga pecah minyak...


Ni dah pecah minyak dah.. Minyak dah bertakung kat atas..


 Kemudian, masukkan air asam jawa.. Kacau dan tunggu kuah mendidih..


 Lepas tu, masukkan ikan cencaru... Kacau sedikit biar ikan tenggelam..


Kemudian, masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.. Kacau sebati dan tunggu hingga kuah mendidih sedikit..


 Akhir sekali masukkan bendi dan garam secukup rasa.. Kacau-kacau sikit biar garam sekata...


Okay, dah siap dah... Mudah je, kan..? Dah boleh makan dah.. 


p/s: Alhamdulillah.. Licin satu periuk... hihi...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)