Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 21, 2012

Aksi si bunting yang sedang tidur... ;)

Assalamualaikum...

Aksi si bunting sedang tidur... ;)

Buruk betul bila tengok aksi dorang ni.. Yang satu tu okay sikit aksi dia.. Cuma yang satu lagi ni haa, memang tak pernah ubah perangai. Dari kecik masa zaman anak lale sampai la dah jadi ibu, perangai tak pernah nak berubah.. Mesti nak tidur terkangkang.. adehh...

Aku memang suka kacau dorang tidur.. Geram je menengoknya.. Jelespun ya jugak... kehkehkeh.. Bila lapar, memekak minta makan.. Bila dah kenyang, membuta sampai tak hengat dunia.. Mestilah aku geram, kan.. hahaha...

Yang banyak gambar tu nama dia Tett-Tett... Kadang-kadang aku panggil dia Tettt je... Kadang-kadang aku panggil Tetettt.. Tapi kalau adik aku, dia panggil Tete*... Gulppp...!! Yang gambar sekeping tu nama dia Popok.. Popok ni ibu si Gemuk yang dah mati tu... sobsobsob.... Rindu Gemuk... 

Port baru dia... Kalau ada kucing lain yang tidur kat kerusi ni, dia akan bising dan kuis-kuis kucing tu sampai la kucing tu bangun dan pergi tempat lain... hahaha...






Bukan main lagi dia buat regangan otot.... ehehh...

Tak tau malu langsung.... huhuhu...

Hahahahaha.... Ooppppsss....!!!

video
Perhatikan ekor dia yang dok goyang-goyang tu.. Rasa macam nak tarik-tarik je.. hahaha...


Popok.... 


p/s: Fall In Love... Walaupun tak faham bahasa... :)

10 Tukang Tembak:

kyo_9 said...

tu baru anak kucing..
blom anak manusia lagi
:hoho

With Julia said...

Tett and popok yg comel...best tgk aksi2 haiwan peliharaan kita kan....rindu lak julia pada si OmeO (rabbit) uwaaaaa ada kt umah mak...sadis yer... :D kim slm pada popok ye.

Angah said...

kucing ni best buat kawan, peghibur kala sunyi, tapi lokasi macam flat angah ni susah nak bela kucing...

Acik Erna said...

mak ai..memang hebat aksi e azz.

Za said...

cute la kak azz! za pinjam leh x? :')

~ Cik Azz ~ said...

Kyo_9>

Kalau anak orang macam mana ehh...?

ehehh...

~ Cik Azz ~ said...

With Julia>

Actually, ada lagi kucing lain kat rumah ni.. Tapi yang dua ni yang akak sayang lebih sikit.. hehe..

Popok mana pandai nak jawab salam.. Dia tau meowwww je... hehe..

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Tu la kan.. Sebab tak kan nak biar je kucing tu berkurung dalam rumah... Lain la kalau bela kucing siam or parsi yang mahal2 tu..

Kucing kampung mana sesuai kena kurung... huhu...

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Hehehe... Aksi si kucing ni kadang2 boleh buek kito sonyum...

~ Cik Azz ~ said...

Za>

Kena la pinjam tuan kucing tu sekali.. Nak ke..?

Kehkehkeh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »