Assalamualaikum...
Cara nak menjahit manik berantai..
Kali ni aku nak kongsikan cara untuk menjahit manik berantai.. Cara ni mudah je.. Kalau guna ram, lagi mudah dan cepat.. hehh...
-1-
Seperti biasa, buatkan garisan lurus dan tandakan titik point.. Jarak setiap titik point adalah 1/2 inci.. Kalau boleh, jarak jangan terlalu panjang.. Takut nanti manik mudah tersangkut dan boleh putus..
-2-
Masukkan 9 biji manik bulat, rapatkan manik dan lipat dua barisan manik tadi agar sampai kepada titik point kedua.. Di sini, jumlah dan jenis manik ikut kesukaan masing-masing.. Yang penting, manik tadi sampai pada titik point dan tidak melebihi aras titik point..
-3-
Kemudian, masukkan jarum ke dalam lubang manik yang pertama dan terus cucukkan jarum ke bawah kain..
-4-
Ini rupanya manik tadi.. Dia akan terangkat macam tu tapi jangan panik dulu bila tengok macam ni... Rileks.. Rileks... hehe...
-5-
Lepas tu, keluarkan jarum dari bawah kain dan cucuk jarum pada titik point yang kedua. Kedudukan jarum berada di belakang manik.. Rujuk pada gambar..
-6-
Ulangi proses nombor 2, 3, 4 dan 5 sehingga habis satu barisan tu..
-7-
Beginilah rupa manik berantai yang dah siap.. Untuk matikan jahitan, cucuk jarum pada titik point di hadapan manik dan kemudian keluarkan jarum di belakang manik tadi.. Buat dua kali untuk kuatkan jahitan...
-8-
Rupa kat belakang/bawah kain..
-9-
Beginilah rupa jahitan manik berantai yang sudah siap.. Finishing tu seperti biasa, ikut kreativiti masing-masing.. Macam-macam boleh buat.. Yang ni aku cuma buat contoh sahaja..
Sila klik pada setiap gambar untuk pencerahan mata.. hehehe..
p/s: Selamat memanik ya kawan-kawan.. ☻♥☺
1 Tukang Tembak:
Nice..tq kongsi ilmu
Post a Comment