Assalamu'alaikum...
Selagi boleh dibaiki..
Ini satu lagi kerja yang aku buat masa takde letrik hari tu iaitu repair seluar.. Aku buat yang bawah ni dulu.. Tetas jahitan dan keluarkan getah yang dah loose tu.. Bila dah ada letrik, baru buat yang bawah tu.. Jahit tepi, jahit dan masukkan getah yang baru.. Masa jahit tepi tu banyak kali benang mesin jahit tepi tu terputus.. Sabar je la.. Kalau tak sabar memang tak berjahit tepi la seluar ni.. hehhh..
Ni asalnya seluar mak aku.. Ada dekat sepuluh helai kot.. Mak aku selalu pakai seluar ni jika dia pakai jubah atau maxi jika nak ke mana-mana.. Tapi sekarang ni mak aku tak berapa sihat.. Dia gantikan seluar ni dengan pakai kain batik.. Jadinya, dia tak pakai dah seluar ni.. Maka, aku pulak la yang pakai.. hahaha..
Sebelum ni aku tak muat nak pakai seluar ni.. Ketat semacam je.. Maklum la, saiz badan aku lebih besar dari saiz badan mak aku.. Walaupun seluar ni boleh memeri tapi aku tak selesa nak pakai yang ketat-ketat ni.. Sosak napeh den.. ahahh.. Cuma sekarang ni saiz badan aku dah kecik sikit.. Tu yang pakai tu.. Sikit je la keciknya.. Jadi la.. Ingat senang ke nak kecikkan saiz badan.. hehehe..
Disebabkan aku dah boleh pakai seluar ni, maka mana-mana seluar yang dah loose dia punya getah, aku bukak dan baiki.. Kalau tak, terbiar dan tersimpan macam tu je sedangkan seluar tu masih elok lagi dan boleh dipakai.. Jadinya, buat apa nak membazir begitu sahaja sedangkan kita boleh usahakan untuk memperbaikinya sendiri..? Jahitlah macam manapun.. Janji boleh pakai balik semula..
Seluar macam ni aku pakai kat rumah je.. Senang aku nak bersilat kat dapur ke, kat laman ke, kat belakang rumah ke.. Faham-faham je la kerja rumah banyak.. hehe.. Lagipun selamat sikit pakai seluar jika nak dibandingkan dengan pakai kain batik yang ada kalanya terselak ditiup angin.. Tak rela aiii... ahaha...
p/s: Bak kata kak Adibah Noor dalam satu iklan tv tu; boleh aje kalau nak jimat... Maka, berjimat-jimatlah kita.. hehe..
0 Tukang Tembak:
Post a Comment