Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Minyak Masak. Show all posts
Showing posts with label Minyak Masak. Show all posts

Sunday, September 3, 2017

DIY: Cat feeder from a plastic bottle.

Assalamu'alaikum.

DIY: Cat feeder from a plastic bottle.


Amboi..! Tajuk entri tak nak mengalah tu. Bukan main lagi letak tajuk dalam Bahasa Inggeris. Ehh, biarlah! Bukan selalupun aku buat tajuk 'cerdik' macam ni. Ahak.


Sebenarnya, aku tertengok satu video yang orang share kat Youtube. Lepas tengok video tu, terus je la aku buat. Kebetulan botol terpakai minyak masak 5 kg masih ada stok lagi. Laju je la aku proceed projek diy aku ni. Haha. Benda dah ada depan mata, buat apa nak tangguh-tangguh lagi, kan? 


Bahagian dalam botol minyak masak tu kenalah cuci bersih-bersih dulu. Aku cuci dengan glo. Kalau nak hilangkan bau minyak tu, goncang dengan esen dan air. Ikut la nak guna esen apa. Aku gunakan esen strawberry sebab esen tu dah tinggal sikit. 








Gunakan botol air mineral untuk tuangkan makanan ke dalam botol minyak. Jangan tuang sekali banyak sebab nanti makanan tu sangkut dan tak boleh nak keluar. Kena tuang secara perlahan-lahan.




Kucing aku kat rumah ni, takdenya aku nak sediakan bekas makan masing-masing. Pandai-pandailah berkongsi tempat makan. Jangan nak berlagak tuan sangat aiihh.!





Ni la video yang aku tengok tu. Orang tu buat untuk anjing dia tapi aku buat untuk kucing aku la. Ikut kita la nak adjust macam mana nak buat. Kita yang diy sendiri, kan? Video ni sebagai panduan je.






Jika rajin, boleh la semburkan cat pada botol tu. Aku ni malas nak sembur cat. Nanti kena keluar modal beli cat pulak. Aku kan nak berjimat. Haha.


p/s: Apa-apa yang orang share kat laman sosial ni, kita kena tengok betul-betul dan fikir ikut logik akal. Janganlah main terjah je ikut tanpa berfikir kesan dan akibatnya. Kang tak memasal ada yang buang daging dalam tong sampah gara-gara ikut petua masukkan gula-gula hacks untuk lembutkan daging. Ehh..!!

Monday, March 6, 2017

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.

Assalamu'alaikum.

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.


Ni la dia mini kebun aku. Ni yang sebelah sini yang dekat dengan dapur. Kat sebelah sana dan kat depan ada lagi pokok lain pulak. Guna aje la mana-mana ruang yang ada. Sementara badan tak sakit ni, buat aje la apa yang patut. Pastinya buatlah perkara yang memberi manfa'at kepada diri kita. Jangan pulak masa badan sihat, kita buat perkara yang merosakkan tubuh badan. Buat rugi diri sendiri je. Kan?



Hari ni aku petik sawi kerinting ni. Satu pokok je yang elok. Lain-lain tu habis tak hidup. Ada la lima enam pokok yang baru keluar daun. Buat ulam je la sawi kerinting ni. Ontah apo ghaso ehh, denpun tak tau sobab tak ponah makan sawi kerinting ni.






Hari ni jugak aku buat lagi projek mini nutripot ni. Kali ni pesen lain pulak. Haha. Saja la nak mencuba. Aku ni kan jenis suka try and error. Heh. 


 Tandakan dengan marker pen bahagian yang hendak dipotong nanti. Masa memotong/gunting botol tu, kena lebihkan sikit la. Biar besar sikit supaya bahagian bawah cawan plastik tu boleh masuk. Jangan buat lubang besar sangat nanti cawan plastik tu bolos!


 Isikan tanah dan anak pokok sawi ke dalam cawan plastik dan siram macam biasa. Lepas dah masukkan ke dalam bekas air baja nanti, tak payah siram dah.


^
Ni la dia baja AB yang sedang galak diperkatakan. Satu botol tu harga dia RM5. Sepasang AB harga dia RM10. Kena guna dua-dua jenis baja. Sukatan dia 5ml untuk setiap jenis baja dan dicampurkan dengan 1.5L air. 
v



 ^
Curahkan air baja AB tadi ke dalam botol mineral yang telah ditebuk tadi. Letakkan cawan plastik yang berisi anak pokok sawi tadi ke dalam lubang yang dibuat. Disebabkan botol ni tak rata, kenalah sendalkan dia kat pasu supaya dia tak senget.
v


Sepatutnya lagi elok jika gunakan botol minyak masak terpakai yang 5kg tu sebab botol tu besar dan boleh dibaringkan. Tapi disebabkan aku takde lagi stok botol minyak masak tu, aku guna aje la dulu bolot air mineral 1.5L ni. Katanya nak buat try and error. Guna aje la apa yang ada, kan?


Daripada apa yang aku tahu dan apa yang tuan punya nurseri bagitahu, baja AB ni sebenarnya sesuai untuk pokok yang berbuah macam pokok cili besar dan pokok terung. Tapi sebab ramai yang gunakan untuk sayur berdaun macam sawi ni, akupun nak jugak la mencuba. 


p/s: Tak cuba, tak tau. Kan?

Wednesday, February 3, 2016

Pelita minyak goreng ikan? Hah! Biar betul!

Assalamu'alaikum.

Pelita minyak goreng ikan? Hah! Biar betul!


Hah! Tak percaya ke? Betul la ni! 


Ahaha. Silalah percaya ya. Pelita ni dinyalakan dengan menggunakan lebihan minyak goreng ikan. Kadang-kadang campur sekali dengan lebihan minyak goreng ayam.





Memandangkan susah sangat nak jumpa minyak tanah, maka aku gunakanlah minyak lebihan menggoreng ikan atau ayam ni untuk hidupkan pelita ni. Sekurang-kurangnya takde la minyak tu terbuang macam tu je. Dia punya baupun takde la sekuat bau minyak tanah yang menusuk ke lubang hidung tu. Boleh la letakkan pelita tu kat area taman mini aku ni ha. 




Ada lagi dua buah pelita yang belum digunakan. Mungkin aku akan letakkan juga di taman mini aku ni. Nanti masa raya, boleh la anak-anak buah main bunga api tapi kena pantau la sebab kawasan taman mini ni sangat terhad. Biasanya dorang main bunga api kat jalan raya depan rumah je. Luas sikit kawasan kat situ tapi banyak kereta yang parking kat bahu jalan.




Selain dari menyalakan sumbu pelita, lebihan minyak goreng ikan ni boleh juga dijadikan sebagai ubat kurap untuk kucing terutama sekali telinga kucing. Lumurkan sahaja minyak tu dan biarkan kucing tu handle bahagian selebihnya. Pandai-pandai dia la kalau nak cantik. Hehe. Tapi nak lumurpun, berpada-padalah ya. Jangan pulak kucing tu nanti jadi macam orang minyak pulak. Kesian kat dia nanti tak selesa. 


Lebihan minyak goreng ikan ini juga boleh digunakan untuk membakar sampah. Cubalah. Aku dah cuba dah. 


p/s: Jangan buang lebihan minyak masak dalam sinki. Nanti sinki tersumbat dengan lemak tepu. 

Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)