Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 8, 2009

SERBA SALAH....



Assalamualaikum......

Masih lagi berkisar sewaktu belajar menjahit dulu. Tapi kali ni berkenaan dengan seorang kawan seasrama. Dia ni dari Petaling Jaya. Masih lagi muda kerana dia sedang menunggu keputusan SPM waktu tu. Good looking gak la.... Hmmm....

Aku jarang bercakap dengan dia. Rasa2nya dalam tempoh 6 bulan tu aku cuma tegur dia 4 kali je kot. Mungkin sebab dia berlainan kursus dengan aku dan kami pula hanya berkongsi asrama yang sama. Dan lagi satu, dia ni seolah2 tak suka berkawan dengan orang yang lebih "tua" dari umur dia. Kalau boleh dia hanya nak berkawan dengan rakan sebaya je. Aku tak kisahpun sebab masih ada ramai lagi kat dalam asrama tu yang nak kawan dengan aku walaupun aku dah agak "kertu".... muahahahaha....

Ada satu hari tu, kawan2 yang lain ajak pergi jalan2 kat KL. Dia ikut sekali sebab konon2nya dia orang PJ, so dia tau la area mana dan jalan mana yang nak ikut. Hello... macam la aku ni tak pernah pergi tempat tu. Tapi takpe la, demi kerana kawan2 yang lain, aku ikut je rentak dia... hahahaha...

Akhirnya, semua merungut sebab dia ikut jalan yang agak jauh padahal punya la banyak jalan pintas nak ke tempat tu. Bukannya nak pergi manapun....cuma ronda2 kat sekitar Dataran Merdeka je, tu pun berpusing2 dia nak cari jalan... wakakakaka. Tu la, lain kali jangan la berlagak sangat. Tak pasal2 semua serik nak ikut dia lagi.... ekekekeke...

Satu je yang aku pelik dengan dia ni. Dia selalu pasang kaset Britney Spears atau Christina Aquelira dengan kuat betul2 masa azan maghrib tengah berkumandang kat radio. Masa tu orang sibuk nak solat, masa tu la dia sibuk dok nyanyi2 lagu2 tu. Pastu bila kitorang semua pandang2 dia, boleh lak dia senyum2 je. Ingat sedap sangat ke suara dia tu agaknya.

Selagi takde siapa yang suruh dia perlahankan suara kaset dia tu, selagi tu la dia memekak. Bayangkan, kat sebelah katil yang ni ada orang tengah solat... dan selang 1 buah katil lagi ada "setan" tengah sibuk bertendang. Susah betul tinggal bersama dengan "orang bandar" ni.... Aduhaiii......

p/s: Bila ditegur dia marah sambil cebik2 bibir. Kalau diamkan je makin menjadi2 pulak. Ditegur salah.... tak tegur salah.... jadi semua serba salah. (Aku juga banyak kekurangan, so tegurlah aku jika korang benar2 sayang kat aku..... sobbbsss.....)
.

Monday, August 3, 2009

SEHARI SEBAGAI BABY SITTER...huhuhu....

Assalamualaikum....

Hari ni aku jadi baby sitter. Bermula dari pukul 8 pagi hingga
1.30 tengahari. Waduhh, amat la membosankan..muahahaha.

Aku terpaksa menjaga anak2 cikgu kat rumah abang aku.
Kakak ipar aku ada appointment dengan doktor, so dia ter-
paksa la pergi hospital. Maka tinggal la aku dengan budak2
tu. Budak2 ni kalau dengan aku memang konpem dorang
diam je...tak banyak kerenah. Sebab apa tau....Sebab kalau
dorang banyak songeh, aku besarkan je biji mata aku ni,
pastu aku buat2 la muka garang....takut la dorang tu...
ekekekeke....

Hari ni aku cuma jaga 4 orang budak. Seorang kakak ipar
aku bawa sebab kuat gaduh. Tak padan dengan umur baru
je 2 tahun tapi dah pandai nak gocoh2. Pastu lagi seorang girl
tak datang sebab mak dia sakit mata, so dia duduk rumah je
dengan mak dia tu. Fuhhh lega la aku...Kalau ada semuanya,
mau pengsan aku nak melayan kerenah 6 orang budak yang
macam2 perangai. Yang bestnya, ada dua beradik ni tidur je
kerja dorang. Dari pagi, sampai aku nak balik dah tak
bangun2 lagi. Senang la sikit kerja aku sebab tak payah nak
mandikan dorang tu.....hehehe...

Tapi ada gak tak bestnya...huhuhu. Ada sorang budak tu kan,
dia 'beyak' kat dalam pampers dia. Pastu, bila aku nak mandi
kan dia, kena la bukak pampers tu kan. Huwaaa...'beyak' dia
punya la banyak melekat kat pampers tu. Naik semput aku
menahan nafas. Lepas tu pulak, ada lagi saki baki 'beyak' dia
melepet cantik je kat bontot dia. Ahh sudah...cmner aku nak
buat ni. Siyes aku cakap, aku geli la dengan benda2 ni huhu..

Aku dah takde cara lain dah, terus je aku sembur bontot dia
dengan getah paip dengan harapan 'beyak' tu jatuh la kan...
Tapi, benda tu tak mau jatuh la pulak. Akupun apa lagi, ambil
je seluar budak tu, terus lapik kat tangan aku dan lepas tu aku
mulakan kerja menggosok bontot dia sambil menahan rasa
nak bluwekkk. Selesai je kerja mencuci tu, aku terus sapu
sabun banyak2 kat bontot budak tu. Eeuuwwww....

Selepas siap mandikan dorang, aku buat pulak roti bakar dan
bancuhkan susu botol untuk dorang. Pukul 1.30 kakak ipar
akupun balik. Alangkah leganya rasa hatiku. Huahuahua.......

p/s: Aku boleh jadi baby sitter ni tapi bukan untuk jangka waktu yang panjang.
Kalau setakat sejam tu okay la. Ni kalau dah lebih dari 3 jam, mau meroyan aku.
Lain la kalau anak sendiri kan...kehkehkeh....
.
.

Sunday, August 2, 2009

RAHSIA MELALUI TULISAN

Pertama: Tekanan>

i. Tekanan yang kuat.
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
~> Sihat, cergas, pantas dan sedikit aggresif.

ii. Tekanan yang ringan.
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
~> Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua: Bentuk Tulisan>

i. Tulisan yang bulat2.
Semua huruf ditulis dengan bulat.
~> Emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

ii. Tulisan yang tajam2 atau leper2.
Tulisan yang angular dan sharp.
~> Rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

Ketiga: Kecondongan>

i. Condong ke kanan.
~> Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani dan pemurah.

ii. Condong ke kiri.
~> Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia pada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

iii. Tegak.
~> Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh2, suka ambil jalan tengah.

iv. Campur-campur.
~> Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).

Keempat: Kerapatan>

i. Jarang-jarang.
~> Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat.
~> Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z.
i. Ada ekor.
a) Besar, panjang dan sempurna.
~> Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kasihan pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tak sempurna.
~> Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t).

i. Tinggi.
~> Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah.
~> Mudah berpuas hati. Cita2 rendah.

iii. Tengah-tengah.
~> Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusan:
~> Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

p/s: Aku ambil ni dari http://www.fadzilahkamsah.com/ Lepas ni boleh la belek2 tulisan korang ehh, termasuk la aku. Muahahahaha. SELAMAT MEMBELEK..(bukan MENILIK tau..)

Saturday, August 1, 2009

MISI BERJAYA....yiiihaaaa...

Assalamualaikum.....

Semalam aku try buat karipap. Mula2 aku buat inti dia dulu. Pastu esoknya aku buat kulitnya pulak. Inilah kali pertama aku buat keseluruhan karipap ni. Alhamdulillah, abeh dorang makan. Aku dapat merasa 2 ketul je. Jadi la... huhuhu...

KARIPAP

Bahan2 untuk inti:

5 biji kentang bersaiz besar (dipotong dadu)
3 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
10 biji cili api (dikisar)
1 genggam udang kering@ikan bilis (dikisar)
1 mangkuk daging@isi ayam (dipotong kecil2)
1 peket kecil serbuk kari
1 senduk minyak masak untuk menumis
sedikit daun kari
garam secukup rasa

Cara2 buat inti:

1) Panaskan minyak dengan api yang sederhana besar.

2) Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi.

3) Kacau sehingga naik bau.

4) Masukkan pula daun dan serbuk kari. Kacau lagi.

5) Masukkan daging@ayam. Kacau seketika.

6) Masukkan kentang dan sedikit air.

7) Masukkan garam secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering dan kentang empuk.

Bahan2 untuk kulit dan cara membuatnya:

1) Panaskan 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan minyak masak.

2) Curah ke dalam 1/2 kilo tepung gandum + sedikit garam. Gaul rata.

3) Masukkan sedikit demi sedikit air untuk menguli doh.

4) Jika doh melekat, uli dengan menambah sedikit marjerin.

5) Canai nipis doh dan terap dengan cawan. Buat la bentuk yang disukai.

p/s: Nampak macam rumit je kan, tapi sebenarnya amat mudah sekali. Cuma untuk kelim tu je yang lambat sikit. Saya dah cuba, anda bila lagi....???

Tuesday, July 28, 2009

SIAPA NAK KAYA...???

Assalamualaikum...


Siapa yang taknak Kaya kan. Semua orang nak Kaya. Kalau boleh Kaya serba serbi bermula dari A hingga Z. Kat sini aku ada resepi untuk menjadi Kaya.... muehehehehe....


JEM KAYA


Bahan-bahan:

1 biji kelapa (jadikan 4 cawan santan)
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 helai daun pandan/1 sudu makan perisa pandan


Cara-cara:

1) Pukul telur dengan gula hingga kembang.


2) Kemudian masukkan santan. Kacau biar sebati.


3) Kacau/masak di dalam kuali dengan api yang sederhana.


4) Masukkan daun pandan/perisa pandan. Biarkan men-
didih seketika.


5) Masukkan pula bancuhan tepung jagung (sambil masuk
tu, tangan yang sebelah lagi teruskan mengacau supaya
Kaya tak bergentil).


6) Teruskan mengacau sehingga Kaya mendidih dan pekat.


7) Bila Kaya sudah agak pekat, bolehlah matikan api dapur.


p/s: Jika kurang manis, boleh la di tambah sedikit gula lagi. Boleh juga letak pewarna yang disukai. SELAMAT MENGACAU..!!

Monday, July 27, 2009

BABUN CURI SELUAR DALAM...

Assalamualaikum...

Utusan Malaysia>Khamis>23 Julai 2009 (sedikit paparan).

Pihak pengurusan Knowsley Safary Park, Merseyside, United Kingdom memberi amaran kepada pemandu kereta agar berhati2 dengan babun yang terdapat di taman tersebut apabila menyedari haiwan itu tahu membuka beg pakaian dan mencuri barangan seperti seluar dalam.

Satu dozen babun menyasarkan kereta2 yang membawa kotak pakaian di atas bumbung kereta serta akan menerkam dan meninggalkan mangsa terpinga2 menyaksikan bagaimana barangan mereka dipunggah.


Daddy....kita nak curi seluar dalam siapa lepas ni...(jawab la, anak tanya tu..)

Menurut Pengurus Besar taman itu, David Ross, bila kejadian pertama berlaku, pihaknya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia adalah satu kemalangan.

....bayangkan kalau babun buat aksi camni......uhukkk....

"Kenyataannya, siapa yang mahu melihat babun2 tersebut berlari memanjat pokok dengan membawa baju dan seluar dalam para pengunjung," katanya.

Buat masa kini terdapat lebih daripada 140 ekor babun di taman tersebut.-Agensi.

p/s: Babunpun nak seksi macam Halle Berry gak. Mana la tau kot2 boleh jadi heroin terbaru Bond007. Muahahaha...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)