
Ayatul Kursi..
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ
Search This Blog
Sunday, February 20, 2011
WOW...!!! GEMPAK GILER..!!!

Friday, February 18, 2011
SEPAK PERUT ISTERI HAMIL..??
Sepak perut isteri hamil
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.
Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini. Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang mengandung tiga bulan terpaksa menahan kesakitan selepas dikasari suaminya.
“Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa yang berusia 23 tahun meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak,” katanya.
Manoharan berkata, berikutan tidak dapat menahan sakit dan menyedari berlaku pendarahan, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, petang Selasa lalu. Katanya, doktor mengesahkan mangsa mengalami keguguran dan tertekan dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat laporan di Pondok Polis HSNZ pada jam 11 malam hari sama. Kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Mangsa kini stabil dan menjalani rawatan akibat keguguran di hospital berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga sehingga 20 tahun dan denda. Manoharan berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini kerana suspek berada di luar daerah disebabkan bekerja di pelantar minyak berkenaan.
Cerita asal ada kat sini... Klik la kalau tak percaya... =)
Ooo... Patut la dia mengamuk macam orang minyak. Kerja kat pelantar minyak rupanya... =D
Aku kata: Kesian.. Tu je yang mampu aku luahkan...
BLUWEKKK...!!! NAK MUNTAH AKU...!!!

yang keluar dari bangkai anak kucing yang mati kat dalam lapisan tilam tu... Tu la masalahnya bila ibu kucing tu asyik berpindah-randah je.. Konon-konon nak selamatkan anak tu, alih-alih mati lemas kat situ... Mak aku suruh kirai tilam tu tapi aku tak nak. Sudahnya dia suruh abang aku bakar je tilam tu... Habis cerita haha...BREAKING NEWS FROM...??
Hai para Nuffnanger!
Buat pengetahuan anda semua, kali ini Nuffnang ada satu lagi program yang sangat menarik untuk dikongsi bersama anda semua! Okay, agak-agak anda semua, bilakah kali terakhir anda keluar dan meluangkan masa bersama famili anda? Sebab kalau anda masih belum ada rancangan untuk famili anda dan inginkan aktiviti untuk mengisi hari minggu anda, apa kata kita ramai-ramai menghebohkan Karnival Hore Hore yang bakal menemukan anda dengan bintang tanahair kita yang tersohor – Aznil Hj Nawawi – di Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi, tidak lama lagi!

Ya betul! Penyampai radio, pelakon dan pengacara serba boleh ini (atau lebih dikenali sebagai Pak Nil) akan memanaskan lagi hari anda nanti dengan konsert sulungnya yang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa! Selain aksi spontannya, anda semua akan turut dihiburkan dengan nyanyian dan tarian Pak Nil yang akan diiringi dengan penari dan kumpulan poco-poco nya yang pastinya tidak akan membuat anda kering gusi! Bukan itu sahaja, beberapa artis popular juga akan turut diundang sebagai tetamu Aznil yang akan menyempurnakan petang untuk acara bersama keluarga itu.
Ramai yang mungkin bertanya, eh, boleh ke Uncle Aznil ni bernyanyi? Lagu apa yang bakal dinyanyikan nanti? Haa kalau nak tahu, kena la datang dan tengok sendiri! Konsert ini berkonsepkan kekeluargaan. Jadi, kalau anda rasa nak bawa anak-anak dan isteri beserta ibu bapa anda, konsert ini memang idea yang terbaik! Kalau nak bawa satu kampong pun lagi boleh!
Buat pengetahuan anda, konsert ini akan berlangsung pada:
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 10.00pm
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa
Dah catit dalam kalendar ke belum? Kalau dah, Nuffnang ada satu lagi kejutan buat anda semua! Sebagai rakan media online kepada Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi anjuran RYE Production, kami di Nuffnang akan memberikan 30 tiket Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi kepada 30 blogger yang terpilih!
Untuk memenangi tiket ini, senang saja. Anda semua cuma perlu tinggalkan komen anda di post ini dan lengkapkan slogan berikut, “Dalam banyak-banyak artis, Aznil berjaya mencuit hati saya kerana…”
30 komen terbaik akan memenangi sepasang tiket ekslusif ke Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi pada bulan hadapan!
Bukan itu sahaja, buat peminat setia Pak Nil yang ingin turut serta ke konsert ini tetapi tidak berpeluang untuk memenangi tiket-tiket ini melalui Nuffnang, jangan risau! Sebab anda juga boleh mendapatkan tiket tersebut dengan melayari www.ticket2u.biz untuk membuat tempahan tiket melalui Internet. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan tiket, anda juga boleh menghubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848. Jadi tunggu apa lagi? Jom pergi beramai-ramai dan tinggalkan komen anda sekarang!
Boleh check kat sini jugak ya kawan-kawan peminat Aznil..
Aku kata: Jom pakat-pakat serbu Taman Tasik Titiwangsa ni jom... Ni la breaking news from Nuffnang.... hehe...
Thursday, February 17, 2011
GULPPP.. !!! KENA SERBU KE..!!
![]() |
Seorang lelaki membetulkan kancing seluar dan pasangannya terkejut dalam operasi maksiat di Pulau Pinang, semalam. |
PULAU PINANG 15 Feb. - Seorang anggota polis menggigil ketakutan ketika ditahan bersama pasangannya dalam operasi cegah maksiat di sini, malam tadi.
Sambil terketar-ketar, lelaki berusia 40-an itu bertindak membetulkan kancing seluarnya ketika disoal Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Adegan itu turut disaksikan pasangannya berusia 20-an yang juga seorang anggota polis dan bekerja di tempat sama.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu pada mulanya berkeras enggan keluar dari kereta yang dinaiki mereka.
Bagaimanapun, katanya, setelah dipujuk beberapa kali, mereka akhirnya keluar dari kenderaan tersebut.
"Ketika disoal, lelaki tersebut yang telah berkahwin mengaku berasmara bersama pasangannya ketika mereka berdua-duaan dalam kereta," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pasangan tersebut merupakan antara 23 pasangan diperiksa oleh kakitangan JHEAIPP sepanjang operasi selama empat jam bermula pukul 11 malam itu yang tertumpu di sekitar Padang Kota Lama, Queensbay, Bayan Mutiara dan Batu Maung.
Menurut beliau, satu lagi pasangan berusia 20-an yang mengaku telah bertunang pula memberi alasan sibuk bekerja menyebabkan mereka bertemu pada waktu malam bagi membincangkan persiapan perkahwinan serta melepaskan rindu.
Katanya, semasa ditahan di satu kawasan lapang dekat Seagate, Bayan Baru di sini pasangan lelakinya terus keluar dari kereta sambil merayu kepada pegawai JHEAIPP manakala teman wanitanya menutup badan dengan jaket.
"Turut ditahan dan diberi notis ialah seorang gadis yang berdua-duaan dengan pasangan lelaki bukan Islam di kawasan letak kereta Queensbay," katanya.
Menurut beliau, ketiga-tiga pasangan tersebut telah diberi notis kerana berkhalwat.
Katanya, dalam operasi tersebut, JHEAIPP turut memberi amaran dan merekodkan maklumat 12 individu lain manakala lapan pasangan pula diberi kata nasihat kerana berkelakuan kurang sopan.
Sementara itu, Khairul Azman memberitahu, pasangan yang diberi notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 pula diminta hadir ke pejabat JHEAIPP dalam tempoh yang diberikan.
Katanya, kebanyakan yang diperiksa adalah muda-mudi berusia lingkungan 20-an hingga 40-an, antaranya pekerja kilang, penuntut institusi pengajian tinggi, berniaga sendiri dan juga penjawat awam.
Menurut beliau, operasi berkenaan bukan bertujuan mencari kesalahan tetapi lebih bersifat memantau lokasi-lokasi yang sering menjadi pasangan kekasih agar tidak berlaku perkara-perkara mungkar.





