Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

Apa lagi bang..!! Kita bako je deme tu...!!!

Assalamualaikum...

Kan dia dah naik angin dah. Awok jangan cari pasey. Kang tak pasey pasey awok kena bako. Awok tak takut ke kalau kena bako..? Eeiii..., kita takut la awok.. Kita kena api sikit je kat jari dah panggey bomba dah.. Apa lagi kalau nak kena bako habis-habisan.. Jangan la bako kita ya bang... Kang kita teriok kang, sape nak pujuk kita... huhuhu...

Jom baca kisah selanjutnya... =)

PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.

Sambungan cerita ada kat sini ya....

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.

p/s: Biasa la tu bang. Orang zaman sekarang ni semua nak ambil kesempatan je keroje-nye. Semua nak mudah je macam kempen login fesbuk dapat seratus tu. Kan dah ada orang yang kena remove dengan aku. Aku dah kata jangan main tag-tag benda macam tu tapi kome tak gheti bahasa. Apa lagi, aku bako je la... =))

Tuesday, April 12, 2011

Terkesima sepuluh saat..!!!

Assalamualaikum.....

Terkesima sepuluh saat...!!!
Jadi la, kang lama sangat terkesima, terberhenti pulak denyut nadi tu... hikk..

Untuk kali yang pertama, blog dapo aku mendapat kunjungan yang melebihi dua visitors dalam satu-satu masa. Terharu seketika. Terkesima sepuluh saat tatkala melihatnya. Selalunya hanya nombor 1 je yang terpampang kat sebelah kiri tu. Tapi semalam jumlah tu menjadi 19..


Rasa macam tak percaya je. Maklum la kan, blog dapo aku tu bukannya pemes macam blog masakan yang lain (malas nak bagi free backlink... ahakk...). Mana ada orang yang nak masuk sangat.. huhuhu... Kiranya ni dah pecah rekod la ni... Mana pernah dapat statistik macam kat bawah ni. Nak dapatkan 3 visitors seharipun semput den. Tambahan sekarang ni blog dapo aku tu dah lama tak berasap... hahaha...


Terima kasih la pada semua yang menjengah blog dapo aku tu ya walaupun cuma 5 orang nuffnangers je yang masuk. Mana datangnya UV yang banyak tu..? Tak kan 5 orang ni punya kerja..? Mungkin yang lain tu bukan nuffnangers ataupun bukannya bloggers. Mungkin dorang masuk blog dapo aku tu melalui satu webpage yang lain. Aku tau dorang tu datang dari webpage mana satu, tapi biar la rahsia... kehkehkeh..


Harap-harap lepas ni dapat la BE dari pihak Nuffnang. Dah lama tak dapat BE ni... Giler aiihh..!! Baru dapat visitors camtu dah bajet nak dapat BE macam blog bla... bla... bla... (sekali lagi malas nak bagi free backlink)... =)

p/s: Hari ni line asyik on and off je. Takpe la, mungkin dia demam lagi tu. Maklum la, sekarang ni cuaca tak menentu.. agagagaga...

Monday, April 11, 2011

1-2-3-4.. Tekan-tekan, tak dapat-dapat..

Assalamualaikum....

Jari-jemari aku yang dempak memulakan sessi mendail...

Tekan satu kosong kosong...

Selamat datang ke TM..

Untuk Bahasa Malaysia, tekan satu..
For English, press two..

Tett... Tekan satu...

Untuk melaporkan kerosakan, tekan satu..
Untuk pertanyaan bil dan bayaran, tekan dua..
Untuk produk dan perkhidmatan, tekan tiga..
Untuk perkhidmatan kad panggilan TM, tekan empat..
Untuk perkhidmatan telegram, tekan lima...

Tett... Tekan tiga...

Pelanggan yang dihormati, sekiranya anda mengalami gangguan perkhidmatan, sila semak bil terkini anda. Akaun anda mungkin digantung buat sementara... bla..bla..bla...

Tekan satu...

Kami akan menyambungkan panggilan ada dengan pegawai yang bertugas. Sila tunggu...

Okay, tunggu...

Semua pegawai yang bertugas sedang sibuk. Sila tunggu sebentar..

Takpe, tunggu lagi..

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar..

Fine, I can wait... =)

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu..

Nak tunggu ke tak ni...? Dah masuk kali ke-8 dah dia suruh tunggu...

Tunggu kejap lagi la...

Pegawai perkhidmatan kami masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar...

Tetttt..!!! Tekan button dan terus letak gagang telefon...

Tak kuasa dah nak menunggu. Menunggu nak tanya pasal line streamyx yang sengal je dah ambil masa. Belum lagi disoal-selidik macam-macam. Tanya daftar atas nama siapa la, tanya contact number la. Tanya guna modem apa la...

p/s: Baik aku tekan tubi. Untung-untung kempis gak perut.. Boleh la jadi model iklan macam kat tv tu.. "Lihat perutku..., rampingkannn...."...Huhuhu....

Sunday, April 10, 2011

Betul ke dengki khianat itu budaya kita..? Kenapa..?

Assalamualaikum...

Aku baru je selesai menonton siri akhir drama Trilogi Cinta. Okay la ending dia sebab hepi ending. Takde la nak biarkan ending tu tergantung camtu je. Malas nak fikir kalau tengok cerita yang tergantung ni. Tengok drama untuk santai bukannya untuk berfikir sampai kerut-kerut jendol..

Lupakan pasal drama tu. Dah tamat dahpun... ngehngehngeh..

****************************************

Seminggu lepas aku dapat sms dari seorang kawan aku. Disebabkan aku agak sibuk, aku terlupa untuk membalas sms tu. Semalam aku baru teringat pasal sms tu dan terus je aku call dia. Namun panggilan aku tu tak berjawab.

Petangnya, dia hantar sms dan minta maaf sebab tak jawab panggilan aku tu. Takpe la, aku sekadar nak bertanya khabar je. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia telah ditimpa musibah. Mungkin dia nak berkongsi akan kesedihan dia tu. Takpe la, aku sedia mendengar. Tak rugi apa-apapun jika menjadi pendengar setia akan permasalahan orang ni..

Dia bagitau yang perusahaan ternakan ikan keli dia bersama abang dia tu kena khianat. Habis semua ikan keli tu, baik yang sepanjang 5 inci hinggalah yang seekor sekilo tu mati. Terduduk abang dia bila tengok semua ikan tu terapung je.

Yang dia sedih sangat tu ialah pasaran untuk ikan keli dia tu dah stabil. Kiranya dia dah ada pembeli tetap la. Lagipun ramuan untuk makanan ikan tu dia yang cipta resepinya. Dia tak nak la menuduh sesiapa sebab tak tau siapa dalang di sebalik semua tu.

Menurut kawan aku tu, dalam tangki simpanan air untuk supply air ke kolam keli dia tu ada bangkai ular. Lepas tu saluran polypaip yang dorang pasang dari atas bukit tu kena cabut padahal kat situ ada lagi polypaip untuk ke kolam orang lain. Ditambah lagi dengan air kolam yang berwarna merah sedangkan air kolam orang lain cantik je macam biasa. Dan macam-macam lagi perkara lain yang menjadi kemusykilan.

Akupun tak tau nak kata apa la kan. Aku cuma sekadar menyabarkan dia. Moga dia dan abang dia tidak putus semangat. Tapak untuk kolam ikan tu dorang sewa. Lepas tu kolam tu dorang tengok waktu siang je. Kiranya waktu malam takde siapa yang jaga kolam tu. Lagipun dia duduk jauh dari situ, amat mustahil la kalau dia nak tengok kolam tu bila malam. Mungkin orang yang khianat tu buat kerja waktu malam la. Bukan la nak menuduh namun segalanya berkemungkinan.

Kawan aku tu sebut juga, mungkin orang dalam yang buat kerja tu. Tapi seperti yang aku kata tadi la, bukan nak menuduh. Kadang-kadang firasat hati kita ni betul juga. Cuma bukti je yang takde untuk dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Jika benar keli tu mati dek perbuatan khianat, moga si pengkhianat tu mendapat imbuhan yang sewajarnya. Hari ini kita aniaya orang, esok lusa orang pula akan aniaya kita. Tunggu dan lihat aje la pembalasan dari DIA. Hari ini ko boleh ketawa berdekah-dekah melihat kesedihan orang, namun esok lusa mungkin ko akan terus rebah menyembah bumi atas sumpahan dari mereka yang ko aniaya..

p/s: Mudah-mudahan golongan yang teraniaya ini akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang...

Aku pasti merindu mereka...

Assalamualaikum....

Aku pasti merindui mereka...

Setelah beberapa minggu kami bersama, kini sudah tiba masanya untuk kami berpisah. Sedih bila memikirkan ke mana arah tujuan aku selepas ini. Mungkinkah pengganti yang sudah sedia menunggu itu dapat memenuhi cita rasa aku. Entah la, akupun tak pasti. Namun, bila melihat wajah salah seorang dari mereka, hati aku merasa sedikit hambar. Ahhh... Hati ini mudah sangat membuat penilaian secara rambang sebelum mengenali kehalusan yang mungkin tersembunyi di sebalik gambaran kasar itu. Sabarlah duhai hati... Ku pujuk hati ini agar tidak terus berduka-lara...

Aku begitu teruja untuk mendekati mereka. Mengenali kehidupan mereka yang dipenuhi dugaan itu seperti memberikan aku seribu satu kekuatan. Jika kekuatan itu sudah dibawa pergi, bagaimana dengan aku..?? Mampukah aku untuk terus berdiri..? Aku yang sentiasa dibayangi sifat mudah putus semangat ini sememangnya amat memerlukan kekuatan untuk aku terus bertahan..

Malam ini adalah merupakan malam perhitungan. Perhitungan yang sentiasa aku nantikan dengan penuh gejolak debaran. Mampukah aku untuk menerima keputusan itu nanti..? Ya Allah, berilah aku kekuatan agar aku tidak jatuh pengsan tatkala menerima kejutan itu nanti. Kalau la ditakdirkan aku pengsan, siapa yang nak angkat aku..? Dah la aku ni gedebak gedebuk beratnya... huhuhu..

Kepada mereka yang seperti aku, yang sentiasa mengikuti siri drama Trilogi Cinta, nantikan episod terakhir drama ini di TV1 pada pukul 10 malam ini. Lupakan seketika bola BPL tu... hikhikhik... Bola tu kat Astro, nanti boleh tengok ulangan sedangkan drama kat TV1 ni susah sikit nak ada ulangan.. =))

Harap-harap malam ni bekalan letrik tidak terputus seperti semalam. Kalau blackout lagi, memang sah-sah awok nak suruh kiter bako awok la tu... Awok kata la soley soley banyak kalipun, kiter tetap akan bako awok... :P

p/s: Aku 'ter'suka pulak dengan pelakon yang bawa watak Badrul tu. Siapa nama dia ehh..?? Ada peluang untuk jadi Rosyam Nor junior mamat tu.. Keep up a good work... kehkehkeh...

Saturday, April 9, 2011

Rombongan ohh Rombongan.. Best ke..??

Assalamualaikum..

Hari ni ada rombongan ke Langkawi anjuran GPW kat sini. Sebenarnya dah banyak kali dah dorang buat rombongan pergi situ tapi sekalipun aku tak pernah ikut serta. Kumpulan ni memang rajin dan aktif buat rombongan. Sekejap pergi Langkawi, pastu ke Terengganu lak, pastu ke Johor. Rombongan ke Indonesiapun dorang pernah buat. Dengar cerita bulan Oktober nanti ada rombongan ke Beijing pulak. Siapa yang nak join, kena la kumpul dana dari sekarang.. =)

Sejak kecil lagi aku tak pernah ikut rombongan. Bila sekolah buat rombongan, aku nak ikut tapi mak aku tak bagi. Sampai sekolah menengahpun aku tak merasa untuk pergi rombongan ni. Takde peluang langsung untuk aku menggedikkan diri... hahaha.

Bila dah dewasa ni, dah takde nafsu dah nak pergi rombongan. Mak aku suruh jugak join rombongan ke Langkawi tu tapi aku kata aku malas. Kalau mak aku yang suruh, maknanya segala kos dia la yang tanggung tapi aku malas nak pergi bukan sebab kena keluarkan kos ke, apa ke. Sebabnya memang aku MALAS. Letih nak duduk dalam bas sepanjang hari.

Teringat masa aku kerja kat Johor dulu. Bila kompeni nak buat rombongan ke Langkawi, akulah yang paling teruja nak ikut. Tapi tak dapat sambutan yang menggalakkan dari pekerja yang lain. Dorang kata tambang mahal sebab gaji masing-masing ciput je. Sudahnya, tak merasa aku untuk ke sana.

Lepas tu, aku cakap kat mak aku yang aku nak ke Langkawi tu dengan dua tiga orang kawan. Mak aku tak bagi jugak. Dia kata nanti pergi Gurun, rumah adik aku dan boleh pergi dengan dia sekali sebab kebetulan masa tu adik aku duduk sana. Akupun tak pernah sampai Gurun tu, cmner la aku nak ikut ke Langkawi tu... Melepas lagi...

Akhirnya, sampai sekarang aku tak sampai-sampai ke Langkawi tu. Di tambah pulak bila ada yang kata Langkawi dah tak macam dulu, dah tak best dah, dah tak cantik dah, lagi la aku malas nak pergi.

Nasib baik la aku pernah belajar menjahit kat KL dulu. Dapat jugak aku berjalan dengan kawan-kawan pergi Genting Highlands. Itupun cuak jugak tu sebab aku pergi tak bagitau mak aku. Masa naik cabel car tu aku dah kecut perut dah. Buatnya jadi apa-apa masa tu, sian kat mak aku sebab dia tak tau. Sampai je kat puncak, terus aku call mak aku bagitau yang aku sedang berada kat Genting tu. Dia terkejut jugak. Tapi takde la dia nak marah. Dia cuma nasihat suruh jaga diri je. Lepas bagitau mak aku tu, barulah lega rasa hati. Takde lagi perasaan bersalah. Pergi Genting tu bukannya buat apapun. Sekadar nak merasa naik sana je. Dapat pergi sekalipun jadi la... Buat syarat je.. hehe...


Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang pergi rombongan ni. Asal pergi rombongan je, mesti nak beli periuk la, cadar la, vision la.. Padahal kat rumah dah ada dah benda tu semua. Nak buat pameran agaknya... hikk.. Susah betul nak kawal nafsu tu kan...

p/s: Nak pergi mana-mana tu kena la bagitau parents atau orang yang rapat dengan kita. Tak payah la nak berlagak hero/heroin dengan membelakangkan keluarga. Kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini, keluarga jugak yang akan dicari dulu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)