Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, April 29, 2011

Takde benda lain ke nak sebut..?

Assalamualaikum...

Ini adalah dialog kawan aku suatu masa dahulu...

Asal telefon je, duit.. Asal duit je, telefon..
Takde benda lain ke nak sebut kat dalam telefon tu selain dari duit.. duit.. duit...
Bukannya nak tanya khabar aku. Sihat ke aku ni.? Dah makan ke aku ni..?
Rimas nak dengar. Kadang-kadang rasa macam nak menyumpah je...

Kawan aku ni selalu sangat didatangi dengan panggilan telefon dari abang dia. Dia sendiri dah naik cemuih dah. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok kawan aku tu. Gaji kitorang yang jadi operator kilang ni bukannya besar macam gaji orang lulusan U. Berapa sen la sangat. Itupun terpaksa bajet ketat-ketat. Kalau lari bajet je, alamatnya kena korek la duit simpanan sedangkan duit simpanan tu pun bukannya beribu. Sekadar untuk mengisi waktu terdesak je.

Selalunya lepas je kawan aku tu dapat panggilan tu, dia akan mengadu kat aku. Ada masanya aduan tersebut bercampur-baur menjadi bebelan. Aku ni sebagai kawan, terima dan dengar aje la. Ada masanya marah jugak kat abang dia tu sebab saban bulan telefon nak pinjam duit kat adik dia tu. Pinjam selalu, bayarnya selang-selang.. Ikut rezeki la..

Abang kawan aku tu bekerja. Isteri diapun bekerja jugak. Anak pulak cuma seorang je dan masih sekolah tadika (masa tu la.). Itu yang buat kawan aku pelik. Gaji dua orang tu masih tak cukup lagi ke kalau nak bandingkan dengan gaji dia. Alasan abang dia, duit tak cukup untuk bayar ansuran rumah. Lagi melenting la kawan aku tu. Dia kata rumah teres yang murah ada, yang pergi beli kondominium tu nak buat apa. Berlagak macam orang kaya, bebel kawan aku tu. Sudahnya dia menyalahkan kakak ipar dia yang eksen dan nak jaga status dan menyalahkan abang dia yang terlalu ikutkan cakap isteri. Engkau yang berhutang, aku pulak yang nak kena bayar, apa hal..? Tu kata kawan aku ya, bukan aku yang kata...

Selalu jugak aku tengok kawan aku tu menangis. Memang la dia tak menangis kat depan aku, tapi bila tengok mata dia merah semacam je, aku tau la dia menangis. Dia pernah cakap kat aku dan kata aku ni beruntung sebab dapat simpan duit gaji, takde nak kirim kat kampung ataupun adik beradik tak meminta-minta. Tidak seperti dia yang terpaksa kirim ke kampung setiap bulan. 

Memang aku tak pernah kirim duit kat mak abah aku. Tapi, aku selalu balik dan bila balik je, aku akan pastikan ada sedikit duit untuk dihulurkan kepada mak aku. Bab adik beradik nak pinjam tu, rasanya tak payah la nak bagitau semua, ya tak.? Pandai-pandai la aku cover air muka ni bila dapat panggilan telefon macam tu. 

Kebiasaannya aku plan, jika nak balik kampung je, duit gaji bulan sebelumnya yang biasanya untuk disimpan, tidak akan aku usik untuk tujuan lain. Terpaksalah kuatkan hati jangan sampai tercuit duit tu. Aku bernasib baik jugak sebab tidak dikurniakan dengan perangai suka joli sana-sini. Bersyukur jugak sebab kawan-kawan rapat aku jenis yang suka duduk rumah dan keluar bila perlu je. Bukannya tak ada kawan yang kuat bershopping ni. Ada. Cuma aku kenalah jauhkan diri dari dorang. Tak termampu aku nak ikut lagak dan gaya dorang tu... huhuhu...

Kawan aku tu sekarang masih lagi bekerja walaupun dah bertukar syarikat. Aku pulak dah balik ke sini. Sesekali menelefon dia, masih ada lagi keluar cerita yang sama. Dah bertahun-tahun berlalu namun dia masih lagi dibebani dengan panggilan hangit nak pinjam duit tu. Bila la dorang nak biarkan hidup dia aman ehh... Bila call dia je, mesti dia minta maaf dulu kat aku sebab asyik aku je yang call. Aku cakap, tak apa la. Aku faham masalah dia tu. Lagipun bukannya selalu call.. Sebulan sekali atau dua bulan sekali je..

Mak aku dari dulu sampai sekarang, ada je dapat panggilan hangit. Kadang-kadang aku pulak yang hangin padahal bukannya duit akupun. Sesekali tu geram la jugak. Senang-senang je call mintak duit. Dapat pulak tu. Aku dulu tak pernah call mak abah aku semata-mata nak mintak duit. Pandai-pandai sendiri la berada jauh di perantauan... huhuhu...

p/s: Dulu, aku selalu merasakan yang aku ni macam anak tiri je.. Sebab aku sukar nak dapat apa yang aku nak berbanding dengan adik beradik yang lain.. Sedih sangat-sangat.. **Kesat air mata... ;)

Thursday, April 28, 2011

Kuda hitam aduhhh... kuda hitam...

Assalamualaikum...

Kuda hitam aduuhhhh kuda hitam....
Tak dihitung namun berbahaya...
Lari tenang aduuhhh pelan-pelan...
Tau-tau bisa nyampai duluan...


Kalaulah naik kuda hitam...
Lari kencang, nafaspun panjang..
Kalaulah punya pacar hitam..
Walau hari panas, senyum senangggggg...

Jangan marah aduuhhh abang-abang..
Hati-hati hidup di dunia...
Jangan pandang remeh, pandang ringan...
Aku nyanyi bukan sembarangan...

Mungkin ada yang berkata ini hanyalah sekadar lagu sahaja. Dan mungkin jugak ada yang berkata aku ni tak habis-habis dengan lagu. Tak kisah la apapun tanggapan orang tentang ni. Aku suka mengambil contoh melalui lirik lagu kerana bagi aku banyak yang tersirat di sebalik lirik tersebut. 
=============================
Pada Selasa, pihak berkuasa New Zealand telah menahan lapan lelaki dan dua wanita dari Malaysia yang menyamar sebagai pelancong berkumpulan selepas menemui hampir 1 kg syabu yang disembunyikan di dalam kasut mereka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland. Nilai dadah tersebut di jalanan adalah dianggarkan RM2.4 juta sekilo. Ahad lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dipetik sebagai berkata, hampir separuh daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah melibatkan kes percubaan menyeludup masuk dadah. 

Sebahagian besar daripada mangsa-mangsa ini dijadikan keldai dadah selepas berkawan dengan agen sindiket dadah melalui rangkaian sosial Facebook. 

Berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa. Jangan la terlalu ramah dengan menerima semua request dari orang luar yang tidak dikenali walaupun mereka sekadar ingin berborak kosong ataupun menjadi rakan game kat fesbuk tu. Jangan terlalu seronok berborak secara tersembunyi atau chat online kerana kita mungkin akan alpa seketika. Dalam kealpaan itulah kita tergoda dan memberikan segala butiran peribadi tanpa disedari. Pengalaman mengajar aku agar tidak terus melayan chat online.
p/s: Baru lepas tengok rancangan 999 mengenai warga Afrika yang pandai menggoda dengan ayat-ayat power mereka. Risau dengan anak-anak buah yang gemar sangat chat online dan semakin terdedah dengan semua gejala tak sihat ini. Lindungilah kami dan keluarga kami dari segala mara bahaya ini Ya Allah... 

Nafsu Pak Pandir...

Assalamualaikum....

Entri ini sekadar pandangan dari mata aku yang kelabu kerana aku tidak sepandai kamu untuk memberikan pandangan yang terang, bernas lagi jelas... =)

Betul la kata orang, manusia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada. Selagi nafsu tidak dapat dikawal, selagi itulah ianya berleluasa dan membuka kotak fikiran untuk terus melakukan pembaziran. Semuanya hanyalah kerana tidak pernah puas.

Ada beberapa contoh yang boleh aku beri yang aku sendiri tak dapat nak bezakan samada mereka ini jenis manusia yang dikuasai oleh nafsu ataupun jenis seperti Pak Pandir. Antaranya:

1- Ada orang yang membuat rumah dan telah siap dengan sempurna rumah tersebut, lengkap dengan tembok pagar yang cantik. Kiranya style terbaru punya design la. Tup-tup ada pulak jiran sebelah rumah dia yang buat tembok pagar lagi canggih walaupun rumah jiran tu hanyalah rumah kayu dan bukannya rumah batu. Maka, diapun segera memanggil tukang untuk merobohkan tembok batu rumah dia tu dan bina pulak tembok baru padahal tembok yang dirobohkan tu baru je siap. Tak ke pandir namanya tu. Dah la pandir, membazir pulak tu.. huhuhu...

2- Ada juga orang yang pada awalnya menanam pokok sawit di ladang. Kemudian, dia mendengar perkhabaran bahawa harga getah lagi mahal dari harga sawit. Maka, diapun segera menebang pokok sawit tadi dan digantikan dengan pokok getah. Selang beberapa tahun selepas tu, harga sawit pulak melambung naik. Mencanak-canak naiknya macam roket. Boleh pulak dia pergi tebang pokok getah tadi dan digantikan semula dengan pokok sawit. Mujurlah ada yang bagi nasihat agar dia tidak terus-menerus buat kerja pandir tu. Kalau asyik tanam pastu tebang, bila nak dapat hasilnya. Serupa jugak dengan orang yang asyik tukar-tukar kerja je.. huhuhu...

3- Ada pulak jenis manusia yang mahu kawasan laman rumahnya sentiasa bersih, tidak ada daun-daun kering berguguran. Untuk merealisasikan impian tersebut, maka habis la semua pokok buah-buahan di sekeliling rumahnya ditebang. Jika ada daun-daun dari pokok jiran yang gugur masuk ke dalam kawasan rumah dia, punya la dia membebel. Alasannya penat nak menyapu daun-daun tu dan semak mata memandang. Namun bila musim buah tiba, terutamanya musim rambutan, pandai pulak dia meminta kat rumah jiran tadi. Alasannya kesian kat cucu yang dikatanya teringin nak makan buah tersebut. Menyapu daun gugur tak nak, buah nak la pulak... huhuhu...

4- Lagi best bila ada orang yang kata rumah dia tak cantik sebab pesen lama sedangkan rumah tu baru je tiga tahun dibina. Dia seolah-olah cemburu bila tengok rumah di kejiranannya yang pelbagai pesen. Malahan ada yang sanggup berhabis duit samada dengan meroboh atau menambah ruang untuk mencari kelainan pada kediaman tersebut. Kalau macam tu, tak payah la buat rumah sebab pesen rumah ni akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman... Sabar aje la dengan orang macam ni...

Begitulah jika diri sudah dikuasai oleh nafsu. Suatu perkara yang sukar untuk dipuaskan adalah nafsu itu sendiri apatah lagi jika ianya diiringi dengan perasaan cemburu dan iri hati. Nafsu untuk menguasai. Nafsu untuk memiliki. Nafsu untuk sentiasa berada di atas sehingga terlupa bahawa kita semua akan ke bawah jugak akhirnya..

p/s: Ikut hati, mati.. Ikut rasa, binasa.. Ikut nafsu, lesu.. Bawak-bawaklah bersyukur dan bertenang.. :D

Wednesday, April 27, 2011

Jawatan Kosong: Sila tampil dengan segera...

Assalamualaikum...

Kadang-kadang kesian bila tengok ramai yang takde kerja. Mungkin itu yang memaksa mereka untuk masuk mencuba bakat kat pertandingan realiti tv seperti Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak dan macam-macam lagi la. Sanggup berbaris panjang berjela-jela semata-mata untuk menunggu giliran. Sanggup terima cacian serta kutukan kerana mengganggap itu adalah adat resam kehidupan sebagai artis...

Ada juga yang mencuba bakat dok pungg pangg kat kejiranan atau simpang rumah masing-masing sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Konon-kononnya indie la tu, nak jadi seniman jalanan.. huhuhu...

Kat sini aku ada tempekkan papan iklan untuk sesiapa sahaja samada yang berbakat ataupun tidak bagi mengisi kekosongan jawatan. Daripada korang melalak tak ketahuan tu, baik korang apply jawatan kosong ni.. Berbaloi-baloi... 


p/s: Sharing is caring.. Entri ini sekadar untuk mengingatkan diri aku sendiri.. huhuhu...

Tuesday, April 26, 2011

Pontianak...!!! Kuntilanak...!!! Nek Nak... !!! Tak nak...!!!

Assalamualaikum...

Pontianak...
Jangan meradang...
Dengar dendang, tidurlah sayang..
Tetapi... Janganlah ganggu..
Biarkan kita hidup gembira...



PALEMBANG - Seorang penduduk mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan, lapor laman Berita8 semalam.
Dalam gambar itu, kuntilanak tersebut tidak menampakkan wajahnya tetapi rambut yang panjang mengurai.

GAMBAR kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi, Sumatera Selatan pada bulan lalu.

Di Indonesia, hantu kuntilanak dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia.
Gambar itu dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi Timur yang hanya dikenali sebagai Edi pada bulan lalu. - Agensi


p/s: Jangan kacau aku dah la ya... huhuhu...

Monday, April 25, 2011

Tiiingggg... !!! Toonggg..!!!

Assalamualaikum...

Dari semalam aku tak boleh nak bersiaran.gara-gara talian telefon kat rumah ni tak berfungsi. Terpaksa gunakan telefon jiran untuk melaporkan kerosakan. Jadi, hari ni ada la orang TM yang datang betulkan. Selesai satu masalah... **Konon-kononnya la...

Ingatkan bila talian dah okay boleh la gunakan internet seperti biasa. Tapi tak boleh jugak. Sangat menjengkelkan bila talian tak boleh nak connect. Baru malam ni boleh gunakan internet tapi tak boleh nak gunakan wireless. Nak kata modem ada masalah, takde la pulak sebab semua lampu okay je menyala. Ni pun line kejap ada, kejap lagi hilang balik... ggrrrr.... Apa la nak jadi...

Mungkin dalam seminggu ni aku tak dapat nak blogwalking meninggalkan komen kat blog yang biasa aku jengah. Mintak maaf banyak-banyak ya pada semua. Nak gunakan pc ni rasanya macam aku tak sanggup je. Dah la skrin dia kelabu. Maklum la pc zaman tok kadok... huhuhu.. Malas pulak nak angkut laptop aku letak kat sini...

p/s: Mudah-mudah cepat la setel masalah wireless ni... 
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)