Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Beraninya la haiihh....

Assalamualaikum...

Beraninya la haiihh....


Ada kalanya aku naik takut bila tengok kat sesetengah grup kat fb yang menawarkan perkhidmatan 'main kutu' samada ianya berupa wang ringgit ataupun barang keperluan.. Beraninya la haiihh dorang men-join-kan diri.. 


Macam mana kita boleh percaya untuk berurusan dengan orang yang kita tak kenal ehh.. Ye la, main kutu ni kan kena bayar setiap bulan.. Macam mana jika orang yang dah dapat bahagian dia, pastu dia lesap dan menghilang tanpa dapat dikesan..? Berbeza dengan membeli barangan online.. Once bayaran dah dibuat, baru barang dipos.. Itupun ramai jugak yang kena tipu dengan seller online yang tak jujur..


Lagi satu, aku pernah jugak terbaca komen-komen 'menuntut' bayaran kutu ni.. Siap cakap, jangan nak lari la, jangan menyorok la, jangan buat bodoh la, call tak dapat la dan macam-macam lagi berkaitan dengan bayaran kutu ni.. Benda ni dah pernah jadi isu hangat seketika dulu tapi entah la, masih ada lagi yang berani nak menanggung risiko..


Kenapa kita nak main kutu dengan kawan siber sedangkan kita boleh je berbuat begitu dengan orang yang kita kenal..? Macam kat sini, mak aku main kutu duit dengan kawan-kawan dia.. Habis je satu pusingan, terus sambung lagi tanpa berhenti walaupun sebulan.. Itupun ada jugak jenis yang cengelat.. Lupa nak bayar la, lambat bayar la dan blablabla.. Itu orang yang dikenali tu.. 


Daripada main kutu dengan kawan alam maya, baik la cuba menyimpan dan mengumpul sikit demi sikit.. Benda ni kena set in mind.. Jika kita nak beli satu-satu barang tu, set dalam fikiran nak simpan sekian jumlah untuk setiap bulan.. Kena berbalik pada pepatah dulu-dulu; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Yang penting kena yakin boleh dan percaya pada diri sendiri la... hehh..


Nak beranipun biarlah berpada-pada dan bertempat.... huuuu....


p/s: If you are not careful, you will end up living the illusions that others have created for you - Steven Readhead

Thursday, November 7, 2013

Dua tahun punya bil...

Assalamualaikum...


Dua tahun punya bil...


Tinggal lagi dua bulan untuk melengkapkan 'koleksi' bil kat rumah ni yang merangkumi bil air, letrik, streamyx + telefon dan juga bil asterok yang baru je naikkan caj untuk bulan ni.. Hampeh je.. hoho...


Buat masa ni, aku memang simpan bil untuk dua tahun ni.. Sebab sekarang ni mesti ada bil yang tak sampai ke rumah.. Kadang-kadang ada juga bil yang lambat sampai.. Alih-alih bulan berikutnya sampai bil yang baru, siap dengan tunggakannya sekali.. Sakit hati betul.. Ingat kita ni cop duit gamaknya.. Kalau cop duit, senang cerita la, duit sentiasa ada.. 


Lagi satu, kalau nak bayar bil yang tertunggak tu secara ansuran, kena pergi pejabat yang berkaitan.. Pekerja kat pejabat pos tak nak terima bayaran yang tak penuh.. Lepas tu, kalau dah bayar tapi masih ada tulis tunggakan kat bil yang baru, kena sertakan sekali bil yang dah dibayar tadi.. Tu yang kena simpan bil yang lepas-lepas tu.. Kalau tak simpan, masak la nak mencari.. 




Mujurlah enpon aku guna kad tambah nilai.. So, takde la bil yang sampai ke rumah.. Kredit masih ada baki lagi. SMS percumapun masih banyak lagi tapi tarikh pembatalan servis adalah pada 30/12/2013.. Jangan sampai terlupa tarikh tu dah la.. Kang habis burn semua tu macam tu je... Rugi je.. hehh..




Bila dicongak-congak semua bil dalam tempoh dua tahun ni, rasa tak tertelan air liur dibuatnya.. Banyak betul 'melabur' kat bil sahaja.. Air, api, telefon dan internet, memang diperlukan.. Tapi asterok..?? Pakkal je bil tu bukan atas nama aku.. Kalau tak, dah lama dah 'selamat jalan romeo'.. hehh...


Dah cuba sebaik mungkin nak berjimat.. Makin berjimat, makin naik bil.. hmmm... Ater, kalau aku sorang je yang bertungkus-lumus nak berjimat, mana nak jalan.. Kena la aku berjimat kat benda lain pulak... huhuhu..


p/s: Pening kepala dok membajet ni.. hehh...

Wednesday, November 6, 2013

Guna, jangan tak guna... hehh...

Assalamualaikum...

Guna, jangan tak guna... hehh...


Zaman sekarang ni, jika kita pergi kenduri kawen, pasti ada door gift yang disediakan oleh tuan rumah walaupun kadang-kadang door gift ni hanya diberikan kepada mereka yang menghulurkan 'salam kaut' sahaja.. Jika hulur 'salam kosong', maknanya pulang dengan tangan kosong jugak la.. Entah siapa la yang 'ajar' benda alah semua ni.. Rosak betul.. hehh..


Nak tanya jugak la, jika dapat door gift yang banyak dengan pelbagai rupa dan bentuk tu, kita guna atau kita simpan dalam almari..? Ataupun kita dok main campak ikut suka kita je..? Bukan apa, ada sesetengah orang ni bila dia tak dapat door gift ni, muka tu macam tak puas hati je.. Tapi bila dah dapat, dia tak ambil kisahpun nak 'hargai' door gift tadi.. 




Aku ni bab door gift ni takde la beria bebenau nak tarik muka kalau tak dapat.. Lagi-lagi jika ianya sekadar benda-benda kecil yang tak boleh nak digunakan.. Nak simpan dalam almari, almaripun dah penuh.. Malahan dah berhabuk dah sebab dah tak larat nak jaga.. Selebihnya, masuk dalam kotak dan simpan dalam stor.. Maaf la ya.. huhuhu...


Aku bukannya tak menghargai semua door gift tersebut tapi ruang menyimpan dah tak ada dah.. Tak sanggup pulak aku nak jadi hamba jadi tukang lap habuk kat bekas-bekas kecil tu.. Jika door gift tu berupa botol kecil yang diisikan dengan gula-gula tu, takpe la jugak sebab botol tu aku boleh gunakan untuk isi manik-manik yang ada dalam stok aku ni.. So, dah jimat bajet nak beli bekas lain.. heeeee...




Tapi bila dapat door gift macam bekas lilin ni, aku guna je la.. Dah la kat sini selalu sangat blackout.. Bila lagi nak guna, ya tak.. hehh.. Kalau nak ikutkan mak aku, dia memang sayang nak guna.. Entah sampai bila nak simpan, akupun tak tau la.. Ni pun aku guna yang aku dapat hari tu.. Tak ingat dah dapat kat kenduri rumah siapa.. ahahh...




p/s: Suka kalau dapat door gift berupa sebiji mug yang besar macam dalam gambar atas ni.. Ada jugak faedah dan kegunaannya.. Boleh bancuh air neskepi dalam tu.. hehe...

Macam comel je.... :D

Assalamualaikum...

Macam comel je.... :D


Comel tak beg ni..? Sekali tengok macam comel je... Dua kali tengok macam tak comel je.. hehehe... Ni la namanya takde kerja cari kerja.. Kan dah sengal.. Sama sengal macam line stimik kat rumah ni.. ahahah...






Kadang-kadang jemu jugak asyik menjahit baju je.. Nak jugak ada selingan buat benda lain.. Macam penyanyi jugak.. Kalau perform live tanpa selingan muzik instrumental, mau bernanah anak tekak dorang.. hehh..


p/s: Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony - Mahatma Gandhi

Tuesday, November 5, 2013

Projek hari ni..

Assalamualaikum...

Projek hari ni..


Projek hari ni ada dua.. Satu bakar ayam dan satu lagi bakar kek.. Kedua-dua projek ni sama je macam projek semalam.. Bezanya, ayam yang dibakar ni aku bekalkan kat adik untuk bawa balik ke rumah dia.. Anak dia ada sorang yang tak balik sini.. So, aku kirim la untuk dia dan sorang lagi anak buah yang tinggal kat situ.. 


Ayam ni kecil je.. Pandai-pandai korang la nak berebut macam mana.. Bak kata pepatah dedulu, hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.. Jangan amalkan sikap pat-pat siku lipat, siapa cepat dia yang dapat.. Tak baik woooo.... heeeeeeee...


Ayam ni kakak aku beli kat Peladang sebab dia kerja dengan LPP.. Dah siap merinate dah.. Aku cuma topap beberapa bahan sampingan je.. Sonang kojo den... haha..


Baru sekejap tadi kek butter cheese aku dah masak dah.. Semalam punya kek dah habis.. Alhamdulillah.. Tapi kek ni tak dapat aku bekalkan kat dorang sebab aku terlupa nak keluarkan cheese dari freezer.. So, aku buat kek ni untuk kita-kita aje yang kat rumah ni.. hehh.. Kali ni aku gunakan 4 biji telur gred A..




Kek ni still merekah macam semalam.. Biar la haiihhh.... Namapun baru belajar, kan.. 





p/s: Okay, ini je untuk kali ni... Salam Ma'al Hijrah 1435 untuk semua umat Islam walau di mana anda berada.. Moga kita semua sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, dirahmati dan diberkati Allah selalu.. Amin...

Buruk rupa vs buruk perangai...

Assalamualaikum...

Buruk rupa vs buruk perangai...


Biar berkawan dengan orang yang buruk rupa daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai.. Orang yang buruk perangai ni, pergi mana-manapun dia dok ikut perangai dia je.. 


Jika perangai suka berak bersepah-sepah, pergi manapun tetap berak bersepah jugak.. Lepas tu tinggal macam tu je.. Takde langsung rasa bersalah.. Selamba badak je buat muka suci bersih keluar dari tandas..


Jika perangai suka buang pampers/pad/tisu merata-rata, walaupun ada tong sampah disediakan, dia tetap akan buang merata-rata.. Pakat tinggal je benda alah tu kat dalam tandas atau bilik air.. Tak reti langsung nak bawak keluar dan masukkan dalam tong sampah..


Ada orang suka memasak macam-macam.. Lepas tu, pakat dok tinggal je dapur macam tu.. Tak reti nak lap dapur masak tu.. Perkakasan memasak semua dilonggok dalam sinki.. Nak mop lantai lagi laa..


Jika perangai suka guna barang orang, walaupun dia ada barang yang sama dengan orang tu, dia tetap akan gunakan barang orang jugak.. Buruk perangai sungguh..




Dan banyak lagi contoh lain lebih-lebih lagi jika duduk di asrama ataupun menyewa dengan kawan-kawan.. Pengalaman yang sangat menyakitkan jika tinggal dengan orang yang buruk perangai ni.. Siapa tak sabar, memang perang mulut la jawabnya..


Kadang-kadang macam tak percaya je bila tengok muka dan dress up, punya la menarik.. Tapi bila tengok perangai, aduhaii... Perangai buruk tu kalau tak menyusahkan orang lain takpe la.. Ikut suka hati kau la nak buat apa.. Tapi bila dah membabitkan orang lain, sesekali tu 'ter-mengaum' jugak... haha... Auuummmm....!!!


p/s: Teringat kisah dulu-dulu masa tinggal beramai-ramai dalam satu rumah/asrama... Geleng kepala dibuatnya.. hehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)