Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 23, 2015

Terus kensel...!

Assalamu'alaikum...

Terus kensel...!


Malam tadi, ternampaklah seorang geng post gambar food processor kat satu grup.. Terus la aku hantar mesej kat dia bertanyakan pasal food processor tu sebab aku sekarang memang tengah usha harga dan brand food processor.. 


Lepas tu, geng tu pun bagitau aku brand dan harga food processor yang dia gunakan tu... Dia suggest kat aku suruh tengok kat website Lazada sebab katanya sekarang food processor tu ada offer..


Akupun terus la jenguk kat fb Lazada Malaysia dulu sebelum aku jenguk website dia... Tup-tup aku ternampak la post dan komen yang ini walaupun post ini takde kaitan dengan food processor yang aku usha tu..





Lepas baca komen kat post tu, akupun scroll la lagi kat post yang lain.. Komen takde la banyak tapi sedikit sebanyak, beberapa komen tersebut berjaya mematikan selera aku untuk terus masuk kat website Lazada tu.. hehh...







Ada sesiapa dari kalangan rakan blogger yang pernah beli kat Lazada ni..? Okay tak harga barang dengan kualiti yang ada..? Puas hati tak dengan pembelian tersebut..? Boleh tak share pengalaman membeli kat Lazada tu..?


Bukan senang nak cari duit oiii...! Jadinya, janganlah sesenang hati bagi orang tipu kita.. Aku tak kata Lazada ni penipu tapi bila ada komen yang kata Lazada ni pembelit, opkos la aku cuak.. Ko tak cuak ke..? 


p/s: Takpe la.. Aku beli kat kedai je la nanti food processor tu.. Biarlah harga mahal sikit asalkan aku tau kedai tu kat mana dan aku nampak muka orang yang jual food processor tu.. hehh...

Friday, May 22, 2015

Muzik di hati..

Assalamu'alaikum...

Muzik di hati...


Muzik itu adalah bahasa yang ungkapannya tak perlukan kata-kata...
‪#‎Hlovate‬ 
‪#‎ContenganJalanan‬ 
#‎Fend‬ 


Muzik ada kalanya menjadi satu terapi jiwa serta minda bagi sesetengah orang yang perlukan ketenangan.. Tak perlu pertikaikan kenapa kerana masing-masing ada cara tersendiri untuk menyendiri.. Asalkan tidak terus tenggelam dan khayal dalam dunia ciptaan sendiri tersebut, it's okay..




Kitaro...


Klip instrumental dari Kitaro ni dia punya durasi hampir 6 jam..! Gigih sungguh orang yang buat klip ni.. 


p/s: Suka dengar muzik instrumental macam ni, lagi-lagi yang ada kaitan dengan piano... Kalau tambah elemen suara burung berkicau dan bunyi air lagi best.. Damai je rasa.. hehh...

Kat luar lain, kat dalampun lain.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Kat luar lain, kat dalampun lain.. hehh...


Omputih dah kata; don't judge a book by its cover... Aku pulak nak kata; jangan buang kotak merata-rata... ahaha..




Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka apa yang kita perlukan.. Bila dah jadi satu-satu perkara tu, barulah kita kelam kabut.. 


Macam kes aku ni la.. Disebabkan almari buku dah penuh walaupun dah ada buku yang kena jual balik, tapi ruang dalam almari tu masih lagi penuh.. Macam tak susut je.. hehh... Mananya nak susut kalau jual buku sebuah dua tapi lepas tu beli buku baru tiga empat buah.. ahaha..


Sudahnya, terpaksalah letakkan dulu buku yang baru beli tu dalam kotak limau ni haa.. Ni je kotak yang ada buat masa sekarang.. Mujurlah aku tak buang kotak ni dulu.. Ada tiga buah kotak limau ni yang aku simpan tapi baru sebuah ni yang aku gunakan.. hehh...






Dan yang ni pulak kotak set cawan yang kakak aku beli kat Langkawi.. Set cawan tu dia punya la tapi kotak ni aku siap mintak kat dia nak bawak balik sini.. Bising jugak la mak aku bila aku sumbatkan kotak ni dalam bonet kereta.. hehh...




Dalam kotak ni pun aku letak buku aku jugak.. Ada buku yang dah siap baca dan ada jugak yang masih berstatus pending.. Sampai koyak dah tepi penutup kotak tu aku kerjakan.. ahaaa...




Tak kisah la nak guna kotak apapun.. Asalkan sesuai dah la.. Asalkan nampak kemas dan tidak bersepah-sepah atas lantai, kira okay la tu.., kan..?


p/s: Malas nak keluarkan bajet untuk beli almari buku yang baru.. Sekarang ni fikir nak jimat je.. Jimat ruang, jimat bajet, jimat macam-macam la senang cerita.. 

Thursday, May 21, 2015

Bantu sahajalah...!

Assalamu'alaikum...

Bantu sahajalah...!


Bila ada je bantuan kemanusiaan negara untuk orang luar, maka adalah jugak suara-suara yang berbunyi: 

~> Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.. 
~> Rakyat sendiri merempat, sibuk nak bantu rakyat luar..
~> Utamakan bantuan untuk rakyat sendiri daripada sibuk bantu orang asing..
~> Dan macam-macam lagi ketidakpuasan..


Bantuan itu cuma sekali sekala bila ada musibah yang melanda.. Jika setiap masa nak kena bantu, itu bukan lagi namanya bantuan.. Itu sudah menjadi tanggungan.. Tapi jika suara-suara tadi mampu untuk membantu, bantu sahajalah.. Malahan jika mampu menanggung, silalah berbuat demikian.. 


Kita kena semat dalam jiwa dan minda bahawa bantuan itu tidak mengenal siapa.. Kita bantu orang dengan sekian sekian cara.. InsyaAllah, orang akan bantu kita dengan cara yang mungkin sama ataupun mungkin juga berbeza mengikut kemampuan yang mereka ada.. Tapi perlu ingat juga bahawa semua ini akan terjadi dengan izin Allah.. 


Jangan pula merungut bila apa yang kita bantu tidak mendapat balasan yang setimpal.. Itu dah tak ikhlas namanya.. Bila tak ikhlas, maka tak dapatlah pahala.. hehh..



Buat baik, dapat pahala..
Buat jahat, dapat dosa..
Tak buat apa-apa, tak dapat apa-apa jugaklah..! Jangan pulak demand lebih-lebih..!


Kita ni kalau bab bercakap, memanglah pandai tapi bila masuk bab merealisasikan apa yang kita cakap tu, sangatlah ketinggalan.. 


p/s: Tak sampai ke manapun jika asyik tuding-menuding.. 

Dah ambil, lepas tu kutuk..?

Assalamu'alaikum...

Dah ambil, lepas tu kutuk..?


Kita cedok ilmu yang orang kongsi tapi dalam masa yang sama, kita kutuk peribadi orang yang berkongsi ilmu tadi.. Contoh paling mudah adalah; kita kutuk Chef Wan tapi resepi dia, tips dia, info daripada dia, kita tiru jugak walaupun sedikit.. hehh...


Jangan menidakkan ataupun menafikan kerana ini memang sudah sinonim dengan kehidupan seharian kita.. Tak orang yang buat, kita sendiri yang buat.. Tak boleh nak kata kat orang sebab kadang-kadang kitapun melakukan perkara yang sama.. Eik..?


Satu lagi contoh yang paling mudah adalah; aku kongsi tutorial pasal jahitan.. Ko follow dan copy paste apa yang aku kongsi.. Dalam masa yang sama, ko kutuk aku macam-macam kat grup dan wasap.. Agak-agaknya, berkat tak ilmu yang ko ambil tu..? 


Contoh yang lain; orang dah bagi bantuan macam-macam kat kita, tapi kita kata dia macam-macam.. Kita kata orang tu tak ikhlas la, bagi barang tak elok la, orang tu cari nama la dan sebagainya.. Memang budaya kita macam ni agaknya kot.. Bagi atau tak bagi, kutuk tetap kutuk.. 


Bila difikirkan bahawa ni adalah salah satu budaya orang kita, maka abaikan sahajalah apa yang orang kutuk kat belakang kita.. Teruskan saja niat asal kita tadi iaitu untuk berkongsi ilmu dan membantu. Lantak pi la depa nak kutuk lagu manapun haiihh...!


p/s: Kita kutuk orang dalam hatipun Allah boleh tahu.. Inikan pulak kita kutuk orang kat grup dan wasap semua tu.. hehh... 

Wednesday, May 20, 2015

Terkedu hingga tak terkata...

Assalamu'alaikum...

Terkedu hingga tak terkata...


Tersebutlah satu kisah antara seorang makcik penjual kuih karipap dan seorang pembeli.. Pembeli dan mak cik ni saling mengenali sesama mereka.. Tinggal dalam kawasan yang sama.. Kiranya berjiran la walaupun rumah takde la dekat sangat..


Pembeli: Macam mana ya mak cik buat karipap ni.. Boleh bagi resepi tak..? Suka la makan karipap yang mak cik buat ni.. Kulit dia rangup je..


Penjual: Ehh..! Aku masih menjual lagi..! Mana boleh aku bagi resepi kat ngko.. Tunggulah esok-esok bila aku dah tak menjual.. Kot la esok-esok aku dah tak larat nak menjual.. Lepas tu boleh la aku bagi resepi tu kat ngko.. Itupun kalau aku nak bagi la, kan...


Pembeli: (Terkedu hingga tak terkata)...


Benda macam ni dah selalu kita dengar, kan..? Orang minta resepi tapi tidak dapat apa yang diminta.. Sebaliknya benda lain pulak yang dia dapat.. ahaha..


Kesimpulannya, kitapun kenalah berpada-pada dalam meminta apatah lagi nak minta ilmu percuma.. Bukan semua orang bersikap terbuka.. Bukan semua orang sedia menjawab setiap pertanyaan kita.. Pedih tu memang la pedih bila dapat jawapan macam tu.. Tapi janganlah berdendam.. Jangan patah semangat.. Tak semestinya bila kita kenal orang tu, kita boleh sesuka hati minta apa yang kita nak. Kita juga perlu ingat bahawa hati manusia ni lain-lain.. 


Kisah antara makcik dan pembeli tu kisah benar tapi bukan aku yang jadi pembeli tu.. Ni kisah yang orang ceritakan kat aku.. Aku cuma sampaikan untuk kita fikirkan bersama.. Wajar atau tidak kita bertanya..? Perlukah kita meminta-minta..? Wajarkah penjual memberi jawapan sedemikian rupa..? Ini yang perlu kita fikirkan..


p/s: Ini baru kisah minta resepi karipap.. Belum lagi kisah minta diskaun beli barang dan sebagainya.. Bila pembeli tak dapat seperti apa yang diminta, serta merta penjual dapat gelaran kedekut taik idong masin.. kehkehkeh.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)