Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 18, 2010

CAKAP TAK SERUPA BIKIN: Macam mana nak hadapi..??

Assalamualaikum....

Korang pernah tak alami situasi begini..? Ataupun berhadapan dengan kawan atau keluarga yang bersikap cakap tak serupa bikin ni. Ni lebih kurang macam cakap berdegar-degar, tahi melekat kat gelegar. Pernah dengar ayat tu..? Itu adalah perumpamaan atau peribahasa yang membawa maksud cakap banyak, tapi satu apapun tak jadi. Aku cuba bagi contoh-contoh yang mungkin memudahkan untuk kita memahami maksud yang tersirat. Kalau tak samapun, mungkin sipi-sipi la... hehehe... Antaranya yang selalu kita dengar adalah:

1) Ko cakap ko kaya, tapi kenapa ko ada banyak hutang tertunggak sampai kena saman dan sebagainya. Mungkin masa ni ko akan gunakan alasan takde masa nak berurusan dengan bank. Tapi masa nak dapatkan loan, boleh pulak ada masa ko tu ehh...

2) Ko kata muka ko cantik mengalahkan ratu dunia, tapi kenapa ko masih lagi memerlukan alatan mekap untuk menutup kecantikan ko tu. Bukankah itu maknanya ko belum lagi cukup cantik sehingga terpaksa memerlukan bantuan pemalsuan....

3) Ko kata ko pandai serta bijak, ada degree lebih dari satu universiti, jadi pelajar cemerlang sehingga diangkat sebagai ikon, tapi kenapa ko selalu kena tipu. Kalau pandai takkan kena tipu kott.. Masa ni sangat sesuai untuk ko berikan alasan dah nak kena tipu, nak buat macam mana... hahaha...

4) Ko kata ko sayangkan suami/isteri ko, tapi ko ajak dia pergi ke tempat-tempat maksiat yang boleh mengundang dosa. Bukankah sepatutnya ko saling nasihat-menasihati dan sama-sama berusaha untuk menuju ke jalan syurga dan bukannya menyerah ke jalan neraka. Waktu ni ko pasti akan gunakan perkataan, muda hanya sekali maaaa... dah tua esok barulah bertaubat. Itupun kalau ko sempat tua la kannn... Buatnya ko mati masa tengah syiok sakan buat/tengok maksiat..??

5) Ko kata kerja ko bagus, dengan gaji yang beriban-riban, sampai matipun tak habis duit gaji ko tu. Tapi kenapa nak bayar duit muka beli keretapun ko pinjam duit mak bapak ko. Ko kata ko pinjam je tapi satu sen pon ko tak bayar balik. Bukankah sepatutnya ko yang bagi mereka duit tiap bulan..? Mana perginya gaji riban-riban yang ko canangkan tu...?

6) Ko kata rumah ko besar macam istana, mahal harganya sampai cecah setengah juta ringgit. Tapi tergamak ko biarkan mak bapak dan keluarga ko yang lain duduk dalam rumah yang lebih teruk dari reban ayam. Anak jenis apa ko ni..? Tanggang ke..??

7) Ko kata ko low-profile dan pemurah, suka beri sedekah dan derma kepada orang susah. Tapi kenapa ko selalu sebut dan ungkit setiap sen yang ko berikan tu, siap bagitau seisi dunia tentang 'sedekah' ko tu. Bukankah sepatutnya ko sorokkan sebaik mungkin tangan kanan yang memberi tu...

8) Ko kata ko takde musuh, tapi kenapa ko perlukan pengawal/orang untuk ikut ke mana je ko pergi. Kalau boleh kat dalam jambanpun ko nak dia ikut sekali. Tu maknanya ko tu penakut. Takut pada bayang-bayang ko sendiri...

9) Ko kata ko tu sangat sopan dan sangat baik. Tapi kenapa ko suruh kawan-kawan ko bekap ko bila ada orang mengata/menyerang ko. Kalau dah terlampau baik, opkos la ko tak pernah buat salah... kannn... Jangan hipokrit laa... Kalau kat belakang, gajahpun mati ko sepak...

10) Ko kata ko ensem giler, siapa-siapa yang tengok ko konpem pengsan punya la, sebab ensem sangat la kannn... tapi.... tapi... tapiii... kenapa ko boleh terjebak dalam dunia gay... huhuhu...

11) Ko kata ko gagah, kuat dan berani hadapi apa saja, tapi bila je ko nampak lipas terus ko menjerit-jerit ketakutan macam kena serangan histeria, siap badan ko gigil-gigil lagi seolah-olah ko kena sawan bab*... Piiirrahhh... banyak la ko punya gagah...

12) Ko kata ko sangat-sangat sayang dan cintakan awek/pakwe ko, tapi kenapa ko kawen dengan orang lain. Sian awek/pakwe ko tu nangeh guling-guling sampai jatoh katil..... wakakakakakakaka...

p/s: Cukuplah 12 je kot... Kalau ada yang nak tambah, dipersilakan la ya... Cakap banyakpun tak guna, baik duduk je diam-diam macam ubi... ngehngehngeh... **entry kosong je ni.. :)

Thursday, June 17, 2010

NASIB SI IKAN KALOI..

Assalamualaikum....

Nak cerita pasal ikan kaloi jap. Korang kenal ke ikan ni..? Pernah tengok tak..? Pernah makan ke..? Secara jujurnya aku tak pernah tengok secara 'live' ikan kaloi ni. Aku cuma pernah tengok ikan ni kat dalam filem Bawang Putih Bawang Merah je. Ingat lagi tak adegan ikan kaloi tu..? Alaaa... ikan yang konon-kononnya jadi ibu si Bawang Merah tu.. Pastu, ikan tu kena bunuh, pastu kena goreng, pastu tulangnya ditanam, pastu teruslah tumbuh pokok beringin... Konpem sampai sekarang korang ingat lagi cerita dongeng tu kannn... Sama la dengan aku... hahaha...

Beberapa tahun lepas jiran aku ada bagi mak aku dua ekor (sepasang) ikan kaloi peliharaannya. Memandangkan kolam jiran aku tu kecil je, maka ikan tu dipindahkan ke dalam kolam ikan kat rumah aku ni. Maka bersahabatlah si kaloi dua ekor tu dengan si keli yang berekor-ekor di dalam kolam yang agak besar dan selesa... Kalau ikan-ikan tu nak buat pertunjukan lompat-melompat pun boleh maaa... hehe... Masa ni la baru aku tengok rupa ikan kaloi secara dekat. Ya.. ikan kaloi tu sangat comel. Tambahan pula kaloi ni dah besar. Kalau letak dalam dulang air, konpem penuh dulang tu untuk seekor kaloi je. Seekor kaloi tu berwarna merah jambu (mungkin gegurl kot....) dan yang seekor lagi berwarna hitam (konpem boboy ni...) hahaha...

Aku suka si kaloi merah jambu tu la. Kalau bagi makan, dia akan naik kat permukaan kolam dengan jendol kat dahi dia, pastu dengan mulut dia yang soooo cuteee.... Sekali pandang ikan tu, dah macam tengok muka baby berumur 2/3 bulan. Siyesss bebbb.... Memang sangat cute rupa kaloi gegurl tu... Kaloi hitam tu aku tak berapa suka sangat.... wakakakakaka... Tapi, bagi jugak la dia makan... Takde la kejam sangat aku ni nak biarkan si hitam tu kebuluran... hehe...

Satu hari tu, entah di mana silapnya, air kolam tu surut. Mungkin salur pvc kat dalam kolam tu kena langgar, dan terus jatuh lalu menyebabkan air keluar. Tau-tau esok paginya tengok air dah kering je. Ikan keli konpem la tahan kalau takde air ni, sebab nyawa keli kan liat. Berbeza dengan si kaloi yang dah tercungap-cungap, memang nyawa-nyawa ikan la masa tu. Cepat-cepat aku masukkan kaloi tu ke dalam air lain, nak bagi dia berenang balik semula la. Namun usaha aku tu sia-sia je. Aku nampak mata ikan kaloi tu berkelip-kelip je, mulut dia lak kejap bukak, kejap tutup seolah-olah sedang mengambil nafas. Akhirnya, kedua-dua kaloi ni mati jugak.. Aku tak sampai hati nak siang. Mak akupun suruh kakak ipar aku melakukan pembedahan tu. Kakak ipar aku cakap punya la keras dan licin nak menyiangnya. Ya la, mana tak keras dan licin... dah bertahun dia duduk kat dalam kolam jiran aku tu, pastu duduk lagi kat kolam rumah aku... konpem la dah tua ikan tu kan... huhuhu...

Selepas kejadian tu, aku tak berani nak makan kaloi yang disiang tadi. Adik beradik aku cakap daging ikan tu sedap sebab manis. Aku cuba gak nak rasa sikit, tapi bila nak ambil je, mula la terbayang wajah comel kaloi gegurl tu... Terus tak jadi aku nak bedal... Sedihpun ada gak. Ya la, dah aku yang bagi dia makan tiap-tiap hari, tetiba aku lak nak makan dia... Mana boleh terima, kannn...

Sekarang ni aku dah mula beranikan diri makan daging kaloi ni. Sesekali tu teringat gak kat kaloi gegurl aku tu, tapi bila fikir balik yang dia dah mati, aku telan je la kaloi yang mak aku masak tu. Lagipun mak aku beli kaloi yang dah siap disiang. Jadi, takde la aku nampak muka kaloi tu. Tapi memang betul laaa..... Daging kaloi ni manis... ada lemak sikit-sikit... Mak aku selalu masak lemak cili padi campur dengan peria katak ataupun kambeh (peria besar tu...). Terangkat woooo... muahahahaha...

Nota bernas campur sengal: Aku bising kat mak aku sebab dia bela ayam, pastu taik ayam tu bersepah-sepah. Pastu mak aku bising lak kat aku camni...

"Bolo ayam buleh yoo makan... Yang ekau tu bolo kucing, poie la makan kucing-kucing tu... Tak pun makan yoo taik kucing yang bosepah tu...."... Waduhhhh... hahaha...

Sunday, June 6, 2010

APO NAK DIKATO....

Assalamualaikum...

Petang Jumaat hari tu aku balik ke Nilai lagi. Kalau ikutkan hati, aku malas nak balik sebab baru je bulan lepas dah balik. Tapi, disebabkan mak aku beria-ia sangat nak menghadiri majlis per- kahwinan cucu-cucu arwah kawan karib dia, maka aku terpaksalah ikut. Tinggallah kucing-kucing aku kat rumah di bawah jagaan abang aku.. Rindu kat dorang.... huhuhu...

Hari Sabtu kitorangpun bertolak dari Nilai ke Rembau. Konvoi tiga buah kereta. Aku sepatutnya naik kereta anak buah aku, tapi dia lambat sikit sebab pergi bengkel dulu. Maka kitorangpun naik la kereta Abang Long aku yang kebetulan hanya dia seorang je yang balik. Sebenarnya ada dua kenduri kat kampung ni. Kitorang pergi kenduri rumah sedara sebelah arwah abah dulu, lepas tu baru balik kampung mak pulak.

Aku ambil gambar dari luar pagar je.. Malas nak masuk kat dalam kawasan rumah pusaka ni... Tanggo pun dah takdo.. huhuhu... Sodihhh dennn....

Mak aku punya la seronok dapat jumpa kawan-kawan lama dia dan sedara-mara yang datang sama ke majlis tu. Aku pulak dapat gak jumpa kawan-kawan sekelas masa zaman Sumiha dulu. Ada dua orang kawan yang aku jumpa. Yang sorang lagi tak sempat nak jumpa sebab dia dah balik dulu... Dalam pada tu, sempat la jugak aku ambil gambar rumah pusaka mak aku yang kian menyembah bumi. Sedihnya laa haiii... Mak aku jangan cakap la kann... Dia lagi la sedih sebab itu la satu-satunya rumah pusaka yang dia ada..

Kawasan laman rumah ni telah dibersihkan oleh keluarga yang nak buat kenduri tu untuk dijadi- kan tempat letak kereta. Lepas ni mungkin laman tu akan jadi hutan kecil semula.. Lagi laa sedih sebab laman tu la tempat permainan aku dulu... sobbsss3...

Pandangan dari depan dengan laman yang luas tempat permainan aku dulu... Sobbsss3...



Nota bernas campur sengal: Jauh dikenang dekat disayang...Walaupun jauh, tetap diingat sampai bila-bila kerana itulah yang paling disayang..

Wednesday, May 26, 2010

PLEASE DON'T HURT ME....

Assalamualaikum.....

Kadang-kadang kita disakiti... Dan kadang-kadang kita juga menyakiti... Sama ada dengan niat ataupun tanpa sedar, ianya tetap SAKIT. Terimalah semua ini dengan redha dan sabar. Anggaplah KESAKITAN ini sebagai PERENCAH di dalam MASAKAN kita. Lagi banyak PERENCAH yang digunakan, lagi SEDAP masakan kita itu. Jika TERLEBIH atau TERSALAH perencah pula, ianya mungkin MEMUDARATKAN... Persoalannya, BERSEDIAKAH kita untuk menerima segala KESAKITAN ini...???

Malam tadi terLAYAN lak lagu ni... Berlaku sedikit banjir kilat walaupun tiada hujan yang turun.... haiisshhhh......





Nota bernas campur sengal: Kita mungkin boleh memaafkan. Tapi adakah kemaafan yang kita berikan itu benar-benar ikhlas. Jika ikhlas, kenapa kita tidak dapat melupakan segala kesakitan itu sedangkan kita tahu selagi kita terus mengingati, selagi itulah jiwa dan hati kita SAKIT....

Tuesday, May 25, 2010

AKU PALING TAK SUKA SITUASI BEGINI...

Assalamualaikum...

Petang tadi selepas aku balik dari satu tempat, aku lepak sekejap kat depan lappy aku ni sambil melepaskan lelah. Belum sampai 3 minit bersiaran, terdengar satu suara memberi salam...

Suara itu: Assalamualaikum...

Aku: (Dah nampak dah siapa yang datang tu.. Buat-buat tak dengar je..)

Suara itu: Assalamualaikum....

Aku: (Sedikit mendengus....) Waalaikumsalam... (sambil berjalan keluar...)

Suara itu: (Hulurkan tangan bersalam, dan aku sambut dengan wajah sedikit kelat..). Maaf dik yaa. Buleh dok akak masuk..? Bersih dehh kawase kapong ni... (dengan slang negeri dia... )

Aku: Masuk laa... (Agak cuak dan nada seakan-akan tak ikhlas...)

Suara itu: (Memulakan perbualan yang memang membosankan aku..). Gini dik, akak ni jua hok ubak-ubak ni... (dan mula mengeluarkan botol-botol ubat satu persatu dari begnya..).

Aku: Maaf la kak.. Saya tak pakai ubat-ubat camni... (dengan muka sedikit ketat dan buat-buat senyum...).

Suara itu: Bakponya tak paka..? Cubo laa... Baguh ubak ni dik... Ghama doh kastemer akak dok guno hok ni... (sambil tunjukkan botol pil kurangkan lemak...).

Aku: Tak pe la kak.. Saya tak berani nak makan ubat-ubat camni...( aku bagitau lagi sekali dengan harapan dia cepat angkat kaki..).

Suara itu: Adik elok benar cubo hok ni. Badan gemok tu...(ciiissssssss..... selamba je dia kata badan aku gemok... Lagi laa ketat muka aku... hohhh...).

Aku: (Cuba berbahasa dengan lembut..). Takpe la kak... Saya memang tak berani la...

Suara itu: Tok soh takuk la dikk.. Ubak ni takdok jadi ghapo kalau adik ado darah tinggi kooo... kencing manih koo... Adik tera la dulu duo boto, makey maso male... Esok pagi lemak tubik samo najih-najih kito tu..

Aku: (Ya Allahhh... geramnya...). Takpe la kak... Saya tak berani laa.. Maaf ya kak..

Suara itu: Kalu tok sey hok tu, cubo tera hok ni.. Pencuci muko denge toner skali..

Aku: Saya tak pakai benda-benda ni kak...

Suara itu: Bakponya... Takpun adik tera toner sajo, ambik kapah pahtu sapu ke muko..

Aku: (Sudah mulai panassss....). Maaf kak... Saya memang tak suka pakai benda-benda ni semua. Saya tak rajin nak duduk lama-lama depan cermin. Sejak dari dulu lagi saya memang tak suka nak guna benda-benda ni... (hambekkk...).

Suara itu: Hmmm... Takpo la kalu gitu... Tokdok aroh doh laa kalu gitu.. Akak balik dulu la dehh.. Mintak mahap la yaa... Mok (mak) adik ado..??

Aku: (Terpaksa menipu... kang makin panjang lak jadinya..). Mak ada, dia tengah tido... (padahal mak aku tengah tengok vcd gusti... Hebat tak mak aku... hahaha..).

Suara itu: Kalu gitu takpo la dehh... Balik dulu ya... (sambil hulurkan tangan dan bagi salam..)

Aku: Maaf ya kak sebab saya tak beli barang akak ni... (sambil sambut tangan dia dan jawab salam.... Akhirnya....).

Suara itu: Ehh... takpo dehh.. Tu kigho takdok rezeki akak ke adik laa tu... Sunyi dehh kampung ni... Budok-budokpun dok napok... (sambil berjalan dengan penuh kekecewaan...).

Aku: Ha'ah... sini memang cmni.. Panas-panas camni budak-budak tak keluar... (ramah la pulak... kunun-kunun je tu...)

Suara itu: Budok-budok buke kigho.... Kalu keno hok jenih naka tu, panah-panah pon dio keluar... (dah sampai kat pintu pagar dah ni...).

Aku: (Senyum-senyum kambing je...)

Nota bernas campur sengal: Maaf ya... Aku memang tak makan segala pil-pil untuk kurus ni. Produk apapun aku tak berani nak cuba, tak kiralah siapa atau dari mana si penjual tu datang. Tak sanggup aku jadikan badan aku sebagai medan ujikaji.. Kalau aku rasa badan aku dah berat, barulah aku buat gelek ala-ala Shahir tu... tamaly ma'ak.... ahakkk.... Gelekkk jommmm.... muahahaha.... tettttttt......





Monday, May 24, 2010

JAWAPANNYA IALAH.....

Assalamualaikum....

Fuuhhh.... Berhabuk dah blog aku ni. Takde orang yang nak tolong sapu sawang ke.... ekekekeke... Maaf la ya kawan-kawan yang menjengah blog ni (ada ke... hahaha..). Okay la ehh, aku cuma nak bagi jawapan untuk teka-teki yang dah basi hari tu... hehehe... Mari kita tengok dan imbas balik macam mana soalan teka-teki tu...

Ada sepasang lipan sedang merayap-rayap di atas jalanraya. Bila sampai je kat satu simpang tiga, si lipan jantan tiba-tiba menjerit kesakitan. Manakala si lipan betina pula terus kehilangan dua batang kakinya....


Soalannya: Ke manakah hilangnya dua batang kaki lipan betina tersebut... dan kenapakah lipan jantan itu menjerit kesakitan...??

Jawapan:

Satu kaki lipan betina tu digunakan untuk menutup hidungnya manakala satu kaki lagi digunakan untuk mencubit bontot lipan jantan sebab lipan jantan tu terkentut punya la kuat. Dah la kuat, busuk lak kentut dia tu.. Sebab tu la dia menjerit kesakitan....

Moral of the teka-teki adalah JANGAN KENTUT BERSEPAH-SEPAH YA... DAN PASTIKAN KENTUT ANDA ITU BERBAU HARUM SEPANJANG IANYA BERSIARAN.... Tang-tang tutt keladi wa-wa.... Siapa terkentut.... (sila sambung sendiri.... muahahahaha...)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)