Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 7, 2010

TAKDIR PENENTU SEGALANYA... Kita hanya mampu merancang...

Assalamualaikum...

Teringat masa duduk asrama dulu. Bukan asrama sekolah, apatah lagi asrama kolej. Ni adalah asrama merangkap rumah kedai yang syarikat sewakan untuk kami duduki. Ianya adalah rumah kedai tiga tingkat, bangunan bawahnya adalah kilang plastik dan di atas sekali juga asrama syarikat.

Rumah ni lebih menjurus seperti keadaan di dalam sebuah hospital kecil. Tiada ruang untuk bilik, hanyalah susunan katil dua tingkat sebanyak 9 buah yang bermaksud ada 18 buah katil keseluruhannya. Ini tidak bermakna ada 18 orang penghuni di dalam rumah tersebut. Sebaliknya jumlah ahli sebenarnya adalah 23 orang. Juga memberi maksud bahawa yang lagi 5 orang itu tidak berkatil. Pelik juga dengan dorang ni, ada asrama lain yang masih kosong dan selesa kerana tidak ramai isi di dalamnya, tapi rumah tempat aku tinggal itu juga yang dorang mahu duduki. Bila aku tanya kenapa nak duduk sini, kan dah penuh ni, nanti tak selesa, nak tidur mana, katil takde... Dorang akan menjawab: Takde katil takpe, boleh bawak "lembet" turun bawah, tidur atas lantai je, selesa je duduk sini sebab rumah ni "happening".... Hahahaha... happening katanya... Aku ni yang pening sebab nak kena jaga semua anak-anak dara orang ni.. Kalau jenis dengar kata takpe, ni jenis yang tak boleh di tegur, baran tak tentu pasal, tak ikut undang-undang asrama, cengelat bila tiba waktu bertugas membersihkan rumah yang seminggu sekali tu.

Separuh daripada penghuni tu datangnya dari Kelantan. Selebihnya dari Pahang(4), Negeri Sembilan(3), Terengganu(2) dan Johor(1). Maka, bermacam-macam bahasa la yang aku dapat. Bila aku cakap Kelantan, kawan aku yang sorang tu akan kata: Akak ni kecek doh supo ore siye dohh... Lepas tu, bila dia pulak cakap N9, aku pulak kata: Ko tak payah la cakap bahasa ni... abeh jahanam bahasa aku... hahahaha... Paling seronok bila dapat cakap bahasa Jawa. Kelakar sangat-sangat sampai gelak terbahak-bahak. Mujur budak Johor tu tak kecil hati, sabar melayan kerenah kitorang yang hap"pening" ni... hehehe.... Ayat yang selalu dorang cakap dan gunakan ialah: Siapa nak "jalak ambong..?" Mana yang nakal tu akan cepat-cepat menjawab: Aku nak, aku nak... ekekekeke.. Memang sah gatal la ko ni... kannnn.... hahaha....

Banyak juga insiden yang berlaku... yang pahit, yang manis, yang payau, serba lengkap. Teringat kala seorang kawan di timpa kemalangan ngeri. Dia cedera parah yang mengakibatkan kakinya menjadi cacat sedikit: Dia tempang..! Manakala teman lelakinya maut dan tercampak masuk ke longkang akibat kemalangan semasa menaiki motor berkuasa besar. Kuasa Allah tak siapa yang tahu. Sebelum kejadian, kawan yang seorang ni amatlah celupar mulut dia. Asal silap sikit je, habis semua orang dia marah. Tak boleh di tegur langsung. Mungkin kejutan budaya yang menyebabkan dia berubah mendadak. Aku jadi pemerhati je. Aku tegur, dan tegur dan tegur lagi mana-mana perlakuan dia yang kelihatan janggal di mata kami. Selepas 3 kali tegur dan masih tak mahu mendengar nasihat, terpulanglah. Dia okay sebenarnya, tapi perlu berlembut dalam menegur. Bukan semua orang boleh melayan kehendak kita... kannn....

Sejurus selepas kemalangan tu, seorang lagi rakan yang turut serta dalam konvoi motor besar tu terus menelefon kami, memberitahu berita sedih tu. Masing-masing membisu. Tak tau nak buat apa. Nak pergi ziarah dia, tak tau kat hospital mana dia dibawa. Kawan yang mula-mula menelefon tadi pula menguruskan kawan yang meninggal tu. Talian putus camtu je sebab dulu takde enpon macam sekarang ni. Akhirnya, aku terpaksa menelefon beberapa balai polis dan hospital. Bermula dari balai polis Air Hitam, sebab kejadian berlaku di kawasan tu, kemudian balai polis Kulai dan akhirnya balai polis dan hospital Johor Bahru. Bayangkan aku yang tak pernah menelefon tempat-tempat ni, menjadi sedikit kaku dan gigil bila berhadapan dengan situasi begini. Selepas dapat pengesahan yang dia dirawat di wad sekian, maka kamipun datanglah ziarah... Muka dia yang cengkung, sebab dia kurus, menjadi kembang membengkak. Dah takde rupa dia dah masa tu.. Seminggu lepas tu barulah bengkak tu surut sedikit demi sedikit..

Selepas dia keluar dari hospital, dia datang menziarahi kami di asrama tu. Masa ni dia dah berhenti kerja dah. Dan dia dah kawen dengan adik teman lelakinya tu walhal sebelum ni dia selalu je kutuk mamat tu. Dia kawen kerana dia rasa bersalah di atas kematian teman lelakinya dulu. Dia minta maaf dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kami dulu. Dan sebagai ketua asrama, merangkap seorang kakak, aku nasihatkan dia agar berubah sikap kerana dia kini sudah menjadi seorang isteri. Belajarlah untuk menyintai dan menyayangi suaminya itu. Dan dia sedar atas kelantangan suaranya dulu dan kata: Inilah balasan yang Tuhan bagi,. Tu laa, mulut jahat sangat... Masih lagi sempat bergurau tu.... Namun, ada genangan airmata yang mula bertakung, baik aku mahupun dia...

Di kejauhan ini, aku doakan agar rumahtangganya terus kekal bahagia. Bukan untuk dia je, malahan untuk semua kawan-kawan se"asrama" aku dulu. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan segalanya...



Sesungguhnya, takdir penentu segala... Bahagia yang dicipta hanya sedetik jaraknya...

Sunday, July 4, 2010

RAYA DATANG LAGI: Mari... mari... mariiii... Siapa cepat dia yang dapat....

Assalamualaikum....

Mari... mari... mari.... Rapat lagi wehhh.... Sila tengok betul-betul. Cantik tak..? Opkos la cantik... kannnn... Siapa pakai baju-baju ni konpem cun melecun macam artis. Artis mana yang cun tu..? Sudah semestinya artis yang cun laa... hahahaha... Tak mahal manapun harga baju/jubah ni. Daripada korang beli kasut sampai dua tiga ratus hengget sepasang, baik beli jubah ni. Hadiah kan kat emak ke.... tunang ke.... girl friend ke... emak mertua ke... ipar duai ke.... gerenti dorang suka punya la. Malah makin bertambah-tambah sayang mereka kat korang nanti. I tell U.... hahaha...

Uiishhh.... Dah macam baju Datok CT pon ada gak ni... Tapi harga yang ni jauh lebih murah wooo....


Bayangkan korang pakai jubah ni.... Dah macam artis terkenal dah rupa korang nanti.... Apa lagi, rembat la cepat....


Bang, belikan la saya baju ni bang... Nanti kalau saya cantik, abang jugak yang suka... (ayat makwe/isteri pujuk pakwe/suami ni...)


Siapa yang lambat rembat, konpem menyesal punya la...

Saiz S = Bahu 35 cm (13.7 inci) --- Labuh 135cm (53 inci)
Saiz M = Bahu 38 cm (15 inci) ---- Labuh 140 cm (55 inci)
Saiz L = Bahu 40 cm (15.7 inci) --- Labuh 140 cm (55 inci)
Saiz XL = Bahu 42 cm (16.5 inci) --- Labuh 145 cm (57 inci)

Nota bernas campur sengal: Siapa yang berminat, boleh la segera buat pesanan ya. Korang boleh juga pergi kat blog jubah ni. Kat atas blog aku ni ada alamat blog tu. Just click on the picture... Waahhhh.... spiking London lagi.. hehehe... Kalau malas nak naik atas balik, klik je kat sini.:

.

Thursday, July 1, 2010

PIALA DUNIA: Samada untung, rugi atau satu keajaiban...

Assalamualaikum...

Sekarang ni semua sibuk dok bercakap pasal bola Piala Dunia je kann... Naik jemu lak aku aiihh... Dah la aku memang tak layan game ni. Aku cuma layan BPL je. Itupun tengok team yang aku suka je... Tapi masa perlawanan akhir BPL hari tu aku tak tengokpun... sebab team aku lawan dengan team baju biru tu... Tak suka that team... hahaha...

Bila perlawanan akhir Piala Dunia ni ehh..? Mungkin masa ni baru aku tengok kott... huhuhu... Sementara tu, apa kata korang layan dulu gambar yang aku ambil dari page fesbuk kawan aku ni... Jangan bimbang, aku dah minta izin dah kat dia, kata yang aku nak ambil gambar ni... Sambil-sambil tu, korang carilah yang mana satu si Ronaldo, Rooney, Gerrard dan yang seangkatan dengan mereka kat dalam gambar temulawak yang tak berapa nak lawak ni yaa... Pelbagai gaya dan rupa ada, seolah-olah melambangkan kekecewaan mereka untuk mara ke perlawanan akhir... terutama sekali muka yang tersembam kat celah-celah but tu.... ahakks...

Perhatikan betul-betul yaa... Ni temulawak sempena Piala Dunia ni...hahaha..


Nota bernas campur sengal: Sama ada menang ataupun kalah, tak kiralah dalam bentuk perjuangan apa sekalipun, hidup perlulah diteruskan. Think positive and keep moving. Jangan pandang belakang, kecuali jika ternampak bayang-bayang yang mencurigakan... Caabuuutttttt....!!!

Saturday, June 26, 2010

SHOPPING: Beza di antara berkira dan mengira...

Assalamualaikum...

Semalam aku keluar ke bandar. Macam selalu la, hujung bulan. Dan macam selalu jugak, pergi tempat yang biasa untuk membeli barangan keperluan. Salah satu barang keperluan aku adalah seperti gambar di bawah. Bukan sebotol, bukan dua botol, tapi tiga botol maaa... hahaha... Lagipun dah ada yang siap pack sekali tiga botol dengan pelbagai perasa, apa lagi rembat je la sebungkus. Tiga botol baru rm10.88... Kalau sebotol harga camtu, akupun tak hengen nak beli aiihhh... Baik aku minum air kosong je.... hahaha...


Selesai membayar, aku duduk kat luar kejap sementara menunggu emak dan kakak ipar aku yang masih ada kat dalam tempat menghabiskan duit tu... hehehe. Sambil-sambil tu, aku periksa la balik semula resit pembayaran tadi. Memula tu memang agak cuak jugak la sebab aku tengok barang takde la banyak sangat, tapi bila tengok jumlah yang kena bayar tu, rasa macam ada yang tak kena je ni....


Jadi, akupun mulakan la langah-langkah pengiraan. Mula-mula tak perasan lagi ni. Lama aku tenung kertas resit tu. Haaa, lepas tu barulah aku dapat detect mana silapnya. Rupa-rupanya air yogurt yang aku beli sebungkus tu telah dikira sebagai dua bungkus. Maknanya harga rm10.88 tu telah dikali dengan dua. Dah jadi berapa tu..?? Mana orang yang terer matematik ni, cepat kira... 10.88X2=??? Terus je aku pergi kat kaunter yang lain, dan beritahu pasal kesilapan tu. Mujurlah cashier tu okay, pastu dia suruh pakcik guard check barang-barang kat dalam troli aku, tengok betul ke cuma ada sebungkus je air yogurt tu. Pakcik tu pun kata memang ada sebungkus je. Maka dapatlah balik semula rm10.90 yang terlebih punch tadi. Walaupun cuma rm10.90, itu dah kira besar dah tu. Lepas la kalau nak neli topap seploh hengget, pastu beli kuih seketol dengan air suam segelas.... kann... hahaha...



Tak lama lepas tu, aku masuk balik semula untuk bayar sayur-sayur mak aku pulak. Kena la rm15.10. Aku bagi genap-genap rm15 dulu sementara aku nak cari duit seposen tu. Tak boleh ke kalau cashier tu cakap cmni je kann... "Takpe la 10sen tu, kira halal je laa.." Takde maknanya weyyy... Dia tetap akan tunggu sampai la ko jumpa 10 sen tu...

Nota bernas campur sengal: Berhati-hatilah dalam membeli-belah ni. Periksa betul-betul resit dan pastikan barang apa yang kita beli. Tak salah rasanya jika kita buang sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan sebelum memasukkan barang ke dalam kereta. Mungkin jika terkena sekali kita tak perasan dan tak kisah. Tapi bagaimana jika ianya berlaku berkali-kali tanpa kita sedari..?? Dan ini kali kedua berlaku kat aku, yang aku check resit la.. yang aku tak check tu aku tak tau la camner... kann.. Buat apa kita nak bazirkan duit kayakan tokey-tokey tu kann... 10sen pon kalau dikumpul, lama-lama membukit jugak, apa lagi seploh hengget... GOLAK BOSA DAN MAKIN BOSA LAA PERUT TOKEY-TOKEY TU... Camni dia gelak.... hahahahahahaha... *sambil tuang-menuang dia akan cakap, manyak BODOH itu olang... hinnsss3....*

Thursday, June 24, 2010

SOALNYA HATI... Kenapa dada yang ditepuk bila batuk...

Assalamualaikum...

Terasa nak luahkan sesuatu lak memalam buta ni. Hmmm, dah pukul 1.19 pagi dah ni, malam apanya haiihhh.... hahaha... Matapun tak nak lelap. Mungkin sebab siang tadi aku dah tidur. Dapat tidur sejam masa petang tu dah kira okay la kottt.. Boleh cover badan yang letih dan mata yang penat serta tangan kaki yang lenguh akibat dari kerja memotong kain kastemer. Aku baru selesai memotong kain kakak aku dan anak dia. Dua pasang seorang. Kakak akupun kira kastemer gak pe, sebab dia bayar macam orang lain jugak. Malahan kadang-kadang dia bayar lebih lagi. Kesian agak nya kat adik dia seorang ni. Lagipun dia yang hantar dulu kain-kain tu. Jadinya, aku kena la dahulukan mana yang dulu... kannn... Lepas ni barulah aku mula memotong kain kastemer yang lain pulak... Bersedia je la berdiri yaa... hahaha...

Sebenarnya apa yang aku nak luahkan ni..? Adehhh, macam sengal la pulak. Macam ni je la ehh... Aku ni kadang-kadang risau bila setiap entry/post aku disalah mengertikan oleh orang-orang tertentu. Asal aku buat entry je, mulalah ada yang terasa dengan tulisan aku ni. Padahal, aku hanya menulis berdasarkan dari apa yang terlintas di fikiran aku ni je. Dan selalunya aku mengambil kira dari apa yang aku alami, apa yang aku baca, apa yang orang-orang di sekeliling aku alami ataupun daripada pengalaman kawan-kawan realiti aku, kawan siber aku ataupun jiran-jiran aku yang selalu dan sangat rajin bercerita perihal masalah mereka dekat mak aku. Mungkin mereka menganggap mak aku sebagai kakak ataupun mak mereka juga, tempat kedua untuk mereka melepaskan gejolak di hati. Tak salah rasanya jika kita nak berkongsi masalah, asalkan kita pandai menyimpan rahsia mereka. Setuju..?? Tak setuju..?? Terpulanglah.... hahaha...

Aku berharap sangatlah ya, jangan pulak ada yang menganggap aku ni seorang yang ganas dan bermulut celupar tak hengatt dunia. Seperti yang pernah aku cakap dulu, aku sememangnya kurang suka bercampur dengan orang, apa lagi nak bersosial tak tentu pasal. Aku cuma nampak brutal kat alam siber ni je. Kalau kat alam realiti, aku jalan tunduk je tau... Asal dengar je bunyi derap kasut orang lalu, cepat-cepat aku menyorok kat belakang pokok. Itupun kalau ada pokok la.. Kalau takde pokok, aku menyorok je kat dalam semak tepi jalan tu... Percaya tak..?? Tak percaya..?? Tu mak aku laa, dia selalu cakap macam tu bila buat perbandingan antara sikap anak dara zaman dulu dengan sikap anak dara zaman sekarang. Dia kata anak dara zaman sekarang ni, asal dengar je bunyi derap kasut, cepat-cepat keluar mengintai. Mana yang lagi havoc tu, terus je berlari menuju ke muka pintu, siap dengan menyeringai lagi tu... camni... ngeeeeee....

Aku tahu ada diantara pembaca blog aku ni ataupun kenalan siber aku yang berfikiran negatif tentang aku, akibat daripada entry aku, gaya penulisan aku dan juga cara aku melayan mereka terutama sekali kat fesbuk tu. Bagi aku, terpulanglah pada diri masing-masing nak fikir apapun. Aku lebih suka sound direct daripada aku mengumpat kat belakang. Aku tau ada yang terluka bila kena sound direct ni. Tapi siapa tahu, mungkin selepas kena sound, orang tu berubah ke arah kebaikan. Dah dapat pahala kat situ walaupun pada awalnya kita dapat dosa sebab luka dan sakitkan hati dia, daripada kita mengumpat sampai bebilapun orang tu tak tahu. Dosa kita pulak makin bertambah. Nak ke tambah dosa..? Nak..?? Wallaaaa.... ada jugak orang camni ya.. Tak dapek den nak nolong ehh dohhh.... huhuhu...

Aku tak pandai nak berpura-pura. Kalau aku tak suka, aku akan tunjukkan yang aku tak suka, samada melalui memek muka ataupun melalui tulisan di blog atau di mana je yang aku rasa perlu. Aku cuma berpura-pura bila terpaksa je. Dengan siapa...?? Dengan korang laa, sebab korangpun pura-pura jugak dengan aku... kannn.... hahahaha... Aku terpaksa berpura-pura gumbira biarpun hati aku sakit dan ngilu sangat kerana itu merupakan satu motivasi untuk aku agar berfikiran lebih positif. Kalau aku fikirkan sangat apa yang orang kata, sudah tentu semua jadi tidak kena, seumpama seekor burung yang dikurung di dalam sangkar bersalut emas. Dan aku tidak suka jika fikiran aku dikongkong...!!!

Nota bernas campur sengal: Masih ada lagi orang yang menilai dengan hanya melihat luaran sahaja. Bila dah terhantuk, baru la nak mengadah. Jangan sampai membuak-buak darah yang keluar dah la... Yang kaya, tak akan kaya selamanya.. Yang hina, tak akan hina selamanya juga...

Akhir kata, mari kita layan lagu Dalam Kenangan ni... Aku macam kenal je gambar kat dalam vc ni... hinnsss3...

Wednesday, June 23, 2010

Jahit-menjahit...

Assalamualaikum....

Jahit-menjahit...

Hmmm.... Sekarang dah masuk bulan Rejab. Maka ramailah yang mengambil peluang untuk berpuasa sunat. Puasa sunat tu puasa sunat jugak... Puasa yang 'ter'tinggal tahun lepas dah habis ganti ke belum...?? Ahahaha...

Aku dah mula kembali kepada rutin biasa. Mulakan kerja-kerja memotong kain kastemer yang dah mula menghantar tempahan baju raya tahun ni. Pada dasarnya, aku cuma mengambil tempahan untuk baju kurung biasa je. Mudah sikit sebab tak perlu nak buat dasar dan menanda mana-mana bahagian yang perlu. Aku ni agak malas sikit nak buat benda-benda remeh temeh ni. 

Namun, jika ada yang request untuk buat baju kurung Pahang/Riau tu, aku buatkan la jugak tapi dengan syarat ada baju contoh yang dorang sertakan sekali. Tapi, kalau takde baju contohpun, aku buatkan jugak laaa. 

Lagipun untuk baju Riau/Pahang ni, upah dia lebih sikit dari upah membuat baju kurung biasa. Sikit je lebihnya pon, setakat lepas untuk upah penat lelah aku berfikir dan mencongak masa buat dasar baju dan kain tu. Biasanya kalau kurung Riau/Pahang ni, dorang nak kain jenis susun belakang ataupun lipat batik. Insyaallah, aku boleh buat.... tapi jangan la bersungut bila harga tu lebih sikit ya... Kerja lebih, upahpun kena la lebih maaa... Barulah adil... kannn.. (tang ni ramai kastemer yang buat-buat tak faham... huhuhu...)





Baju hijau ni adalah contoh baju kurung Riau/Pahang yang sudah aku siapkan untuk seorang kastemer yang baru nak mencuba pakai hasil jahitan aku. Nampak gayanya dia berpuas hati dan selesa masa datang fitting hari tu. Kastemer aku ni kebanyakannya terdiri dari jiran-jiran yang berdekatan je, jadi senang untuk dorang datang fitting bila aku memerlukan mereka berbuat begitu.


The pesak gantung. Yang ni la selalu buat aku cuak. Kalau tak betul-betul ambil ukuran, mahu pesak tu tergantung tak bertali... ekekekeke...


The leher.. Aku tak tau nak buat tulang belut or tulang dinosour... Leher camni je yang aku buat. Kalau nak leher tulang belut, sila makan belut.... hikk3...


Ni adalah baju raya aku untuk tahun ni. Belum siap sepenuhnya lagi ni... Aku suka hitam kerana hitam itu menawan... Citizen... (jam aku laa... hahaha..)


Ini..??? Baju pengantin semasa aku belajar menjahit dulu. Sengaja upload gambar ni untuk mengimbau kenangan semasa dulu.... huhuhu... (masa belajar tu laaa, jangan fikir lain maaa...)


p/s: Daripada dok merempan hari-hari, elok la belajar menjahit.. hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)