Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2010

TEPUK AMAI-AMAI: Jom tepuk ramai-ramai... =)

Assalamualaikum....


Syawal dahpun berlalu tapi sekarang ni masih ramai lagi yang pergi jemputan ke rumah terbuka. Makan punya makan sampai dagupun dah jadi dua. Haaa.... camner tu..!!! Bukan senang tau nak dapatkan balik dagu pada keadaan asal. Setidak-tidaknyapun, dagu tu janganlah sampai berlapis-lapis macam leher ayam belanda. Errr.... sungguh kejam ayat2 ini.... Sorry... ;p

Ohh.... Tidakkkk....!!!


Okay, kat sini ada sedikit petua untuk mengurangkan tahap ketebalan lapisan dagu korang tu (dagu aku yang sebenarnya... huhu...) Korang cubalah ya, mana la tau kot-kot berhasil pulak... Akupun nak cuba jugak laa.. Untung-untung lepas ni dagu jadi lebih runcing dan tirus... =)))

Cara-caranya ialah:
Tepuk bahagian dagu yang berlapis tu dengan menggunakan belakang tapak tangan sekurang2nya 40 kali sehari terutama sekali selepas mandi dan sebelum tidur malam.... (tepuk-tepuk manja ya kawan-kawan.... Jangan ko pegi hempuk pulak dagu tu, bersepai nanti... ekekeke...)

Manakala untuk mengecilkan pipi yang tembam pula, korang hanya perlu mengurut pipi tu bermula dari bawah dagu dan mengarah ke atas dengan menggunakan hujung jari. Pastikan urutan itu dilakukan setiap hari sebelum tidur sekurang-kurangnya selama 10 minit. Sebelum tidur tau... Bukannya semasa baring nak tidur. Sambil duduk melangut depan tv tengok drama Asmarapun boleh buat aktiviti ni... =D

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalau korang malas nak buat, pergi je spa. Kat sana korang tinggal landing dan rileks je. Biar dorang yang profesional tu buat kerja. Tapi aku belum pernah masuk spa ni. Tengok SPA Q tu pernah la. Tu pun tengok tiga empat episod je... =))


Aku kata: Spa sekarang ni asyik kena serbu je. Kat luar tulis urut muka, tapi kat dalam urut lain la pulak. Daripada muka terselit masuk dalam Metro, baik korang tepuk sendiri je la dagu korang tu... huhuhu...

Monday, October 11, 2010

BAIK-BAIK SAYANG: Buat baik berpada-pada..

Assalamualaikum....

Pagi ni aku nak melayan lagu ni je...
Sebab tengah malam tadi aku menangis ... :'(
Banyak betul dugaan yang datang sejak akhir-akhir ni...
Pandai betul 'manusia' ni bersandiwara. Bijak sungguh 'dia' memutar kata...
Menjadikan aku 'bahan' umpatan...
Aku yang tak keluar rumah ni pun dikata dek orang..??
Bukannya aku menebeng kat simpang jalan. Apa lagi nak bertepuk tampar dengan jantan. Lainlah kalau aku kacau rumahtangga orang. Ataupun jadi batu api yang menaikkan marah orang. Aku duduk dalam rumah aje...!!!

Dari dulu lagi 'dia' ni macam ni. Ada aje yang tak kena di matanya...
Kalau boleh semua kisah keluarga aku nak dijajanya. Sampaikan baju yang kakak ipar aku pakaipun boleh dibuat cerita. Boleh pulak dia kata yang kakak ipar aku tu asyik pakai baju yang sama je. Walaupun ini kisah lama, namun sampai sekarang mak aku masih ingat lagi kata-kata tu. Tapi kami tak melawan. Biarlah dia nak kata apapun. Aku dan keluarga aku memang jenis yang malas nak berbalah. Lebih baik diamkan aje. Selagi aku boleh sabar, aku sabar...

Aku harap dia sedar tentang perbuatannya menjadi talam dua muka tu...
Allah dah bagi dia musibah. Mungkin dia tak sedar lagi. Atau mungkin juga dia sedar, tapi dek kerana egonya yang tinggi, dia seolah-olah merelakan musibah itu..
Mungkin juga dengan mencipta cerita tentang aku akan melencongkan persoalan tentang musibah yang menimpa anak dia tu, sekaligus dia terselamat dari soalan sinis dari jiran tetangga yang lain. Hebat sungguh 'manusia' ini. Sangat-sangat hebat...!!

Lupakan tentang ini. Aku tak mahu menjadi seperti dia. Manis di mulut, tapi di hati penuh dengan prasangka dan sandiwara... Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya... Biarkan... Biarkan...

Baik aku layan lagu ni.. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan aku semangat bahawa aku masih ada DIA dan kepada DIA aku mengadu...






Aku kata: Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan. Sebaliknya sabar itu melambangkan ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung ~ Dr. HM Tuah Iskandar.

Thursday, October 7, 2010

APSAL LAA KO NI KEDEKUT SANGAT..??

Assalamualaikum....


Tika dan waktu ini aku sedang mendengar radio online iaitu THR Capsules...
Bagus jugak ada radio online ni kan...
Tak perlu nak pasang soket banyak-banyak kat rumah....
Jimat dah kat situ... =D
Nampak gayanya tiga ketol radio kat rumah aku ni makin bersawang laa...
Rasa membazir lak beli radio ni... (^__^)
Tapi dulu mana ada radio online ni.... kannn...
Sekarang ni je semuanya ONLINE....
So, rembat je la apa yang ON tu...
Sebelum kita atau dia OFF.... =)))

Topik pagi ni kat THR adalah KEDEKUT...
Hahahaha.... Aku suka topik ni...
Macam-macam cerita yang keluar dari pendengar...
Agak-agaknya yang follow dan skodeng blog aku ni ada tak termasuk dalam kategori kedekut ni ehh... kehkehkeh...
Kedekut tu boleh, bergantung pada sebab musababnya laa...
Tapi jangan la kedekut macam Haji Bakhil... huhuhu...

DJ Nasa kata senang je nak kenal orang yang kedekut ni...
Macam mana nak kenal dorang tu..??
Nasa kata orang yang kedekut ni kalau kita ajak dia pergi makan kat luar, lepas tu kalau kita tanya dia nak makan apa, dia akan cakap "apa-apa aje la... tak kisahpun..""
Sebabnya, dia takut kalau dia pesan makanan yang mahal, pastu nanti tetiba je kawan tadi bertukar fikiran dan suruh dia bayar sendiri makanan tu... baru naya...
Kedekut la katakan...
Kalau boleh semuanya nak FREE.... huhuhu...

Aku banyak jugak kisah berkawan/berjiran/bersaudara dengan orang yang kedekut ni...
Parah wehhh... hahaha...
Kalau kedekut duit tu biasa la kita dengar...
Ni ada yang kedekut ilmu dan tenaga...

Aku selalu cakap kat anak-anak sedara aku yang agak malas nak menolong buat kerja rumah...
Tu kira kedekut tenaga la tu kann...
Aku cakap, tenaga korangpun korang kedekut nak keluarkan...
Buatnya esok lusa Allah tarik 'kudrat' korang tu, baru la masa tu korang cakap 'tak dapat nak tolong buat kerja'...
Dan selalunya lepas aku cakap macam tu, dorang akan bangkit dan menolong apa yang patut...
Tau takutttt.... hahahaha....
Kadang-kadang, dengan budak-budak ni kita kena pandai 'main saiko' sikit... ;p

Ada orang yang kedekut nak belanja orang makan...
Tapi bila dia dibelanja, bukan main rakus lagi dia bedal semua makanan tu...
Dari makan bertukar menjadi mentekedarah... ahakkk...

Ada orang kedekut nak pinjamkan barang-barang dia...
Kalau boleh, nak sentuh barang-barang tu pun dia tak bagi...
Tapi barang orang, boleh pulak dia buat muka tak malu, main redah je...
Pastu buat macam kepunyaan sendiri... huhuhu....

Ada orang kedekut nak keluarkan belanja dalam membeli barangan dapur...
Kes macam ni selalunya berlaku di rumah sewa laa...
Bila duduk ramai-ramai menyewa, mula la masing-masing buat hal sendiri...
Sepatutnya, masa duduk berkongsi ni la kita harus berkongsi...
Kongsi tenaga.... pendapat... bajet untuk rumah sewa tu juga...

Ada orang yang kedekut dia lagi teruk...
Beli makanan/kudapan/buah pastu simpan dalam loker atau bawah katil...
Pastu makan sikit-sikit, perlahan-lahan jangan bagi orang perasan dia tengah makan...
Bila dengar je bunyi tapak kaki, mula la dia kelam kabut...
Cepat-cepat tolak/simpan makanan tu kat bawah katil/loker balik semula...
Pastu buat-buat baca buku atau apa-apa aje la...
Janji takde orang tau yang dia tengah makan...
Takut agaknya kalau orang mengecek/minta makanan dia tu....
Ayoyoyo.... Sadis dan peliknya la perangai...

Ada orang tu, masa bercinta langsung tak pernah nak berkira...
Baik masa, tenaga apa lagi wang ringgit ni...
Semuanya dihamburkan dengan rela...
Bukan kat gf/bf tu je, malahan kawan-kawan dorangpun dapat imbuhan...
Walaupun dalam hati tu macam tak ikhlas je... :p
Tapi bila dah kawen, 5 sen pun dia berkira...
Masa ni la baru keluar perangai sebenar...
Maka bermulalah episod ungkit-mengungkit... bangkit-membangkit...

Ada juga orang yang tidak kedekut langsung dengan kawan-kawan dia...
Tapi dengan keluarga sendiri, malahan kadang-kadang dengan ibu bapa masing-masingpun dorang berkira...
Padahal bila dia ditimpa kesusahan, siapa yang pertama dia cari...?
Siapa yang pertama bersedia untuk menghulurkan bantuan..??
Bukankah ibu bapa dan keluarga tu jugak yang membantu dan memberi sokongan..??
Kawan-kawan...??
Mungkin ada yang kata nak bantu...
Mungkin ada seorang dua yang benar-benar ikhlas...
Selebihnya, cuma 'bantu' di mulut aje laa... Sekadar pemanis kata...

Macam-macam jenis penyakit kedekut ni...
Dan macam-macam pulak perangai orang yang kedekut ni...
Susah nak diterjemahkan apa sebenarnya yang bermain di minda orang sebegini...
Korang kedekut tak...??
Kalau nak kongsi ilmupun korang kedekut, maknanya memang sah la korang ni KEDEKUT TEGAR.... kehkehkeh...


Aku kata: Kalau kedekut tu boleh jadi kaya ke..? Nak jadi kedekut jugak laa camni.... =)

Wednesday, October 6, 2010

TANDA INGATAN: Terima kasih teman... =(

Assalamualaikum...

Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, ingin aku memaparkan beberapa SMS yang aku terima dari kawan aku samada kawan nyata ataupun kawan siber sebelum dan selepas Ramadhan hari tu... Sengaja aku paparkan di sini sebagai kenang-kenangan dan penghargaan untuk mereka... =)

Sesungguhnya aku amat menghargai segala kiriman SMS tersebut biarpun aku tahu ada diantaranya adalah merupakan forwarded SMS. Apa yang penting adalah tanda ingatan mereka pada aku yang jauh ni.. huhuhu...

Antara SMS2 tersebut adalah:

SMS dari CT: (Kawan masa belajar menjahit dulu).
Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andainya Ramadhan ini yang terakhir, moga ia yang terbaik di sisiNYA...

SMS dari Fatimah: (Kawan masa kerja dulu).
Perkataan yang cantik... ALLAH...
Lagu yang merdu... AZAN...
Novel yang menarik... AL-QUR'AN...
Senaman yang baik... SOLAT...
Diet yang mujarab... PUASA...
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

SMS dari Amer: (Kawan siber/chatting @15).
Jika semua harta adalah racun, maka ZAKATlah penawarnya... Jika keseluruhan umur adalah dosa, maka TAUBATlah ubatnya... Dan jika seluruh bulan adalah noda, maka RAMADHANlah pemutihnya. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

SMS dari Emma: (Kawan siber).
Bismillahhirrohmannirrohiim...
Ya ALLAH... YA RAHMAN... YA RAHIM...
Muliakan saudaraku ini...
Ampunkan dosanya...
Bahagiakan keluarganya..
Sembuhkan penyakitnya...
Pulihkan kesakitannya...
Atasi penderitaannya...
Permudahkan rezekinya...
Teguhkan imannya...
Kuatkan kesabarannya...
Beri kenikmatan ibadahnya...
Jauhkan dia dari fitnah...
Hindarkan dia dari musuh...
Dan Lindungilah dia dari hasutan dan gangguan syaitan serta iblis...
Aminnn...
Selamat Menyambut Hari Raya Puasa 1431H, Maaf Zahir Batin....

SMS dari Anis: (Kawan sekerja).
Salam Lebaran Dari Kami Sekeluarga...

SMS dari CT: ( Rajin dia ni hantar sms).
Walau langkah tak bertemu...
Tangan tak berjabat...
Ucap tak bertatap...
Tapi izinkan hati memohon maaf...
Zahir dan batin...
Selamat hari raya aidil fitri daripada CT dan....

SMS dari Hanum: (Kawan sesama belajar menjahit).
Pelita diletak di atas para...
Nak dinyala di tepi perigi...
SMS dihantar pengganti kad raya...
Tanda ingatan aidil fitri...
Selamat hari raya, maaf zahir batin...

SMS dari Misran/Ina: (Tak faham weyyyy.... hahaha..)
Nyimpan jenang nang jero tin...
Arek digowo mareng suro...
Keluputan kulo lahir batin...
Salah silap nyalok ngapuro...

Bocah cilik mangan sego...
Sego dipangan karo gulo...
Wes suwi orak ngomong jowo...
Dino royo njaluk ngapuro...

Buko poso lawuh e gereh...
Njegor sunge dicaplok boyo...
Keluputanku sing akeh-akeh...
Kito 0-0 lah yo?
Selamat hari raya maaf zahir batin. Dari kami sekeluarga...

SMS dari Kak Ara:
Biar renggang di fana dunia...
Biar hina di mata manusia...
Biar semangat semakin tua...
Biar harta semakin tiada...
Biar akal semakin berusia...
Biar jauh kedudukan kita...
Biar jurang pangkat kita...
Jangan tergadai silaturrahim antara kita...
Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin ikhlas daripada....

SMS dari Amer: (Lagi...)
Senyap tak bererti hilang...
Diam tak bererti lupa...
Jauh tak bererti putus...
Walau di mana kita berada...
Kita tetap sama...
Sejauh mana kita pergi...
Kita tetap junjung langit yang sama...
Maaf jika ada khilaf dan salah...
Selamat hari raya...
Maaf zahir batin...

SMS dari..???
Ketenangan ada dalam IMAN...
Bahagia ada dalam REDHA...
Sihat ada dalam SOLAT...
Damai ada dalam ZIKRULLAH...
Maka harmonilah JIWA...


Aku kata: Terima kasih TEMAN... Moga ikatan persaudaraan kita terus utuh... Amin...

Tuesday, October 5, 2010

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR... Sila sambung...=)

Assalamualaikum...

Takde cerita...
Hanya nak tempek gambar-gambar je...
Maklum la... aku ni baru je nak belajar jahit manik...
Ada yang mencebik ke..??
Tak baik wooo cebik-cebik ni..... =)





Aku sukakan manik yang simple...
Tak berapa suka yang sarat sangat...
Yang sarat tu cantik... tapi berat....
Macam ibu mengandung...
Cantik... tapi tak larat nak bawa perut...
kehkehkeh....





Aku sedang mencuba untuk 'melenturkan' jari...
Maklum la kan.... jari takde seni ni memang agak payah sikit la nak bentuk....
Jangan salahkan jari yang keras kejung tu...
Salahkan diri sendiri kerana lambat nak melenturnya....
Dah la lambat... lembab pulak tu...
Huhuhuhu.... sreeettttt....
Sampai hati....

Siap jugak akhirnya... Tak cantik takpe, janji belajar untuk mencuba... =)


Aku kata: Hari ni aku nak tekan pedal mesin jahit... Ada sesiapa yang nak jahit mulut dia tak..?? Free of charge je ni... hahaha...

Monday, October 4, 2010

KALAU DAH TEGAR TU, TEGAR LA JUGAK... =D

Assalamualaikum...

Hari ni harga rokok naik lagi 70 sen...
Padan muka korang....!!!
Hahaha....

Aku sebenarnya tak pernah ambil kisah pasal harga rokok ni...
Aku lebih berat kepada orang yang merokok tu je...
Terutama sekali kaum keluarga aku laa...
Sebab dorang paling rapat dengan aku...
Kalau dorang ditimpa masalah akibat dari rokok tu...
Aku turut merasa sakitnya...

Sekarang harga sekotak rokok yang berisi 20 batang sudah menjadi 10 hengget...
Fuuiiyyoooo....!!
10 hengget tu macam-macam boleh beli maaa...
Beli satay... Burrrppp..!!! Kenyang perut...
Beli topap.... Boleh call mak bapak kat kampung...
Tak pun buat call skendel... ahakkk...
Beli bilis 2 hengget, bawang merah singget, beras 2 kilo, cili kering singget...
Dah boleh jadi hidangan tengahari atau malam...
Walaupun sekadar sambal ikan bilis...
Yang penting satu keluarga boleh makan...
Alhamdulillah... Syukur...

Tapi beli rokok 10 hengget...
Pastu ko seorang yang telan...
Sedutt....
Hembusss....
Seduttt lagi....
Hembusss lagi...
Sampai tinggal puntung baru ko berhenti menyedut...
Kadang-kadang kalau nak tunjuk 'macho', belum sampai setengah batang ko sedut, ko dah buang rokok tu...
Konon-konon banyak duit la... kann...
Piiirrraaahhhh...!!!

Kalau ko kaya, jutawan macam.... jutawan laa... hahaha...
Boleh je ko nak buang 10 hengget tu...
Apa la sangat 10 hengget bagi seorang jutawan... kann...
Tapi ko bukannya jutawan...
Hartawanpun bukan...
Ko cuma kuli je...
Kerjapun ala kadar je...
Habis bulan. gajipun lesap...
Kadang-kadang bulan belum habis lagi, gaji ko dah habis dulu...
Macam tu pun ada hati lagi nak buang-buang duit hisap rokok...
Pastu rokok tak ngalah...
Nak yang 'branded' je...
Meluatnya laa aku dengan orang camni....

Apsal lak aku nak marah-marah ni..??
Hahahaha...
Sebab merokok tu takde faedahnya...
Apa kata duit beli rokok tu bagi kat aku ke... =D
Ehhh... Bagi kat keluarga ko laa...
Ringan sikit beban keluarga ko tu...
Boleh jugak mak ko main 'kutu'...
kehkehkeh....
Alahhh, takat main kutu 10 hengget seminggu, takde salahnya haiihhh...
Pastu main dengan 5 orang je...
Tak kan itupun tak boleh kot...
Tak sempatpun duit tu nak beranak...
Uhukkk....


p/s: Merokok membahayakan kesihatan.. Kalau dah tau bahaya, kenapa tak hapuskan je ladang/kebun tembakau tu. Musnahkan aje la kebun tu macam musnahkan ladang marijuana atau pokok ketum... Takut pekebun tembakau tu takde kerja..?? Banyak lagi benda lain yang boleh ditanam... ~ PEACE ~

Katakan TAK NAK..!!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)