Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, February 14, 2011

FABREGAS dan FAZLEY YANG COOL...

Assalamualaikum....

Dulu, ada sorang kawan aku ni, selalu bercerita pasal Fabregas ni...
Apa saja yang berkaitan dengan Fabregas dia tau...
Kiranya dia ni fanatik tegar si kapten Arsenal ni la...

Lama-kelamaan aku pulak terminat kat si Fabregas ni...
Dan tersangkut pulak minat pasukan Arsenal...
Tapi aku tidaklah seperti kawan aku tu...
Aku hanya sekadar suka-suka je...

Kalau dah terlampau minat, nanti apa saja keburukan yang diperkatakan umum akan menjadi duri kat hati kita. Itu yang aku tak nak tu. Kadang-kadang tu aku terkritik jugak si Fabregas kesayangan dia ni... haha... Tapi, mujurlah dia boleh terima kritikan aku tu. Takpe, kita tak perlu bergaduh sampai keluar semua caci maki hanya kerana bola...


Cesc Fàbregas Soler
"semua bisa jadi macan" it took me 10 minuts to learn that! hehehe.

Aku suka dengan status Fabregas kat atas ni. Nampak macam dia seronok melayan peminatnya. Ayat "semua bisa jadi macam" tu adalah merupakan komen dari seorang peminat Indonesia.

Selain dari Fabregas, aku juga suka mengumpul kata-kata motivasi dari Fazley Yaakob kerana ianya sedikit sebanyak memberikan aku semangat...

Ahmad Fadzli Yaakob
Jika seorang teman itu sering membuat kita 'down' dan hilang semangat, maka dia bukan seorang teman yg baik. Move on! Cari teman baru!

Apa pendapat korang dengan dua status Twitter ni...? Bagi aku, mana-mana yang menyenangkan hati aku, aku follow je.. Apa kata kita cari kawan baru yang lebih menyenangkan jiwa dan minda. Keep move on...!

Aku kata: Kenapa agaknya ada segelintir manusia yang suka menjadikan Twitter atau FB sebagai jalan alternatif untuk menjaja cerita atau perang mulut. Lepas tu, semuanya main maki hamun bagai. Hebat ke kita kalau kita mengeluarkan ayat-ayat makian dan cacian ni..?? Marah sikit-sikit dah la kot... hehe...

Sunday, February 13, 2011

R-I-P: PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..

Assalamualaikum....

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...
YANG PATAH AKAN TUMBUH...
YANG HILANG AKAN BERGANTI...

Begitulah lumrah kehidupan...

Sepanjang minggu lepas, berderet-deret kucing aku mati. Daripada yang dah besar bujang trang tang-tang hinggalah kepada yang kecil macam si Neng tu. Aku tak tau apa punca kematian semua kucing-kucing ni tapi yang jelas dorang seperti hilang selera nak makan, macam orang demam. Peliknya, yang mati tu kebanyakkannya adalah kucing jantan. Menurut anak sedara aku, mungkin kucing-kucing tu terkena virus. Virus apa tu, entah la.. Jangan tanya kenapa aku tak bawak dorang pergi klinik...

Boleh dikatakan hampir separuh daripada semua kucing aku tu mati. Yang tinggal semuanya ibu kucing yang sedang bunting waktu tu kecuali Bubu yang mati lepas beranak hari tu. Kini kesemua ibu yang bunting tu sudahpun melahirkan anak masing-masing dan yang terkini adalah si Mimi yang baru je beranak empat tengahari semalam.. Tahniah Mimi... Harap-harap kesemua anak-anak kucing dan ibu masing-masing dipanjangkan umur sebab aku tengok si Tett dengan anaknya dah macam kelelong je.. Sedih aku tengok si Tett... Nangis aku wehh... huhuhu...

Mula-mula si mata biru ni yang mati. Sehari sebelum tu aku tengok dia dah melepek kat atas simen kat luar dapur. Itupun abang aku yang bagitau sebab dia nampak kucing ni dah lain macam je...

Si Comel..

Kemudian keesokannya si Olen dan si Tebes pulak mati. Dorang berdua ni lebih kurang serupa je kaler bulu dorang dan masa sakitpun pada hari yang sama jugak. Yang sadisnya, matipun sama-sama berdua kat bawah longkang kat depan rumah aku...

Ini Olen...

Beberapa hari selepas tu, berturut-turut kucing yang lain mengikuti jejak langkah saudara dorang sampai aku tak ingat siapa yang mati dulu. Dan ada ketikanya, abang aku terpaksa menanam 3 ekor kucing yang mati sekaligus. Mujurlah waktu tu musim hujan dan tanah lembut untuk dicangkul. Kalau tidak, kesian jugak kat abang aku tu...

Akhir sekali yang mati ialah si Neng ni. Masa dia mati, aku takde kat rumah sebab masih lagi berada di Labu. Bila balik je, aku tanyalah abang aku macam mana dengan kucing-kucing yang sakit tu. Dan abang aku cakap semua dah mati kecuali ibu-ibu yang sedang bunting tu...

Kini kat rumah aku dah takde baka kucing jantan. Yang ada ni masih kecil lagi dan sentiasa menjadi buruan si kucing jantan jalanan yang terus bertandang kat rumah ni. Mudah-mudahan para ibu iaitu Gapil, Mimi, Putih, Celet, Popok dan Tett menjaga anak dorang dengan sebaiknya. Aku sekadar bela dan bagi makan je sebab aku tak sampai hati nak buang kucing-kucing ni semua. Kalau dah tiba masanya dorang mati, biarlah mati tu bukan kerana aku buang. Aku bukanlah penyayang sangat kat kucing-kucing ni. Aku cuma kesian je..

Aku kata: Mana ada aku sentap dan marah-marah. Aku hanya berkongsi cerita je. Tolong jangan salah faham ya.. Cuma cara aku meletakkan ayat di ruangan Aku Kata ni kadang-kala agak kasar sedikit dan ada masanya ia kelihatan seakan-akan memberi sindiran sinis. Terpulanglah kepada pemahaman masing-masing untuk menilainya. Ianya adalah untuk peringatan kepada diri aku sendiri, atau mungkin juga untuk orang lain yang mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang aku tuliskan, cuma mereka tak terlahirkan aje perasaan mereka tu... PEACE-NO-WAR..

Friday, February 11, 2011

JANGAN MELENCONG DARI TUJUAN ASAL..

Assalamualaikum...

Tahun ni aku tak beli limau CNY yang dalam kotak tu. Hari tu masa pergi JJS2, aku nak beli dah sekotak tapi anak sedara aku cakap tak payah beli la. Dia kata tak elok makan banyak-banyak limau tu, nanti sakit tekak. Maka terbantutlah hasrat murni aku nak belanja kaum kerabat makan limau. Untung jugak sebab selamat bajet aku... hakhakhak... just kidding...


Jadi, malam tadi aku ke pasar malam. Tujuannya memang nak cari buah je pun. Selalunya aku beli ayam goreng tapi dah macam muak pulak asyik makan ayam je. Badanpun dah macam ayam daging terlebih dos dah ni... Makin berat dan lambat serta lembab... Huwaarrrgghhh...!!!

Untuk mengembalikan semula allignment badan yang semakin hari semakin lari, maka akupun beli la buah limau dengan apple merah ni. Macam la boleh jadi selim balik semula kan.... Dah tepu dah lelemak kat dalam badan tu.. hahaha.. Limau ni aku beli empat longgok manakala epal merah pulak aku beli dua longgok. Harga selonggok kedua jenis buah ni adalah 5 hengget. Ada lapan bijik untuk setiap longgok. Keseluruhannya ada berapa bijik ehh..?? 6 X 8 = ___?? Malas ahh nak kira... hikk... Mak aku dah bising-bising dah sebab aku beli banyak sangat buah ni sampai 30 hengget. Aku beli je pastu terus balik sebab hujan renyai-renyai dah mula turun...

See, kalau TUJUAN asalnya memang nak beli buah je, maka buah aje la yang akan dibawa pulang ke rumah. Tak reti aku nak meLENCONG-LENCONG ni tau... kehkehkeh... Dan inilah gambar buah-buahan luar negara yang aku beli tu. Limau dari Pakistan. Epal merah dari Australia. Tukang jual buah dari Indonesia. Manakala tukang belinya pula adalah dari Malaysia... Orang Malaysia kan tabiatnya memang suka membeli.. =D


Aku suka epal merah jenis kecik-kecik camni. Wangi je bau dia dan gebu. Aku kurang suka epal yang rangup tu sebab mudah tercekik masa nak telan. Limau ni jugak manis dan lembut je. Tak macam limau dalam peti kayu tu yang kadang-kadang tak berair, kesat semacam je dan sedikit pahit...

Siapa nak, sila la ambil sorang sebiji ya. Jangan tamak-tamak tau, tara baik punya perangai tamak-tamak ni...

Pastu, paginya pulak mak aku beli selonggok jambu batu yang menggerutu tu dengan dua longgok jagung mentah. Yang ni datangnya dari Malaysia dan kedua-duanya aku suka... yesszzaaa.... haha...

Aku kata: Tak payah berangan la nak jadi papan lapis... http://www.emocutez.com huhuhu....

Wednesday, February 9, 2011

NI LA NAMANYA REZEKI... kehkehkeh...

Assalamualaikum....

Okay, aku hanya nak buat pengumuman je ni iaitu....
Japp laa.. Nak lompat gembira jap ni....
Hoyeaaaaa....!!!


http://www.emocutez.com

Buat masa ni, ada empat ekor ibu kucing yang sedang berada di dalam pantang kat rumah aku ni. Empat ekor ibu kucing bersamaan dengan dua belas ekor anak kucing yang separuh daripadanya adalah versi negro... Caiiittt... Tak pandai betul dorang ni pilih pasangan. Aku kurang suka la dengan kucing warna hitam melengot ni. Kalau ada belang-belang atau tompok-tompok sikitpun takpe la jugak...

Ni si Popok. Dia beranak kat dalam almari masa aku takde kat rumah hari tu. Mujurlah dia tak beranak kat dalam periuk kat sebelah tu haa...Ada sekor budak hitam di sini... =D


Ni pulak si Gapil. Baru malam tadi beranak. Tak tau la pukul berapa dia beranak tu. Tapi sebelum tu aku dah siap gosok-gosok perut dia dah dan sediakan tempat untuk dia beranak. Tup-tup dia beranak kat atas almari yang sama dengan si Popok sampai aku jadi keliru sebab bila tengok kat bawah ada anak kucing, tengok kat ataspun ada anak kucing jugak...ekekeke... Pandai si Gapil pilih laki. Comel-comel anak dia.... hahaha...


Okay, yang ni pulak si Celet. Nama dia Celet sebab mata dia buta sebelah. Sepatutnya Celet ni dah boleh pencen dari beranak dah ni sebab dia dah tua. Celet ni beranak kat rumah jiran depan rumah aku ni. Jiran tu siap bagitau lagi yang Celet dah beranak. Tujuan dia nak suruh aku ambil bawak balik rumah la tu. Tapi aku cakap, biar aje la dia kat situ dulu. Nanti pandai la dia balik bawak anak-anak dia tu. Dan memang betulpun, sebab lepas sehari dia beranak, dia angkut semua anak dia balik kat rumah aku. Kucingpun tau mana tempat yang selamat untuk dia diami... kann...


Over lak dia haaiihh...
Ini pulak si Putih yang sangat tidak pandai memilih bapak untuk anak-anak dia. Kan dah dapat anak kembar negro. Terpaksa letakkan anak-anak dia kat atas badan Putih, baru nampak... kehkehkeh...


Dan yang ini pulak adalah anak si Tett yang tinggal sekor tu. Sian dia takde kawan nak main kejar-kejar sebab sepupu dia semuanya masih kecil lagi... Maka terpaksalah si 'bibik' ini menjadi kawan dia... huahuahua...


Aku kata: Patah tumbuh hilang berganti.. Apa yang hilang..? Apa yang berganti..? Nantilah aku cerita di lain episod... http://www.emocutez.com huhuhu....

Wednesday, February 2, 2011

TEMPAT LEPAK TERBARU DI..??

Assalamualaikum...

Ni port baru untuk aku lepak-lepak sambil baca novel. Baru je sampai petang semalam...
Ehh.. Bukan sampai laa... Lori bawak meja ni lalu kat depan rumah. Sebelum tu aku dah bagitau kat jiran depan rumah dah, kalau nampak lori bawak meja ni, bagitau kat aku sebab mak aku nak beli. Kebetulan petang semalam lori tu lalu, maka rembat la satu set...

http://www.emocutez.com

Ada dua jenis meja ni. Satu jenis lagi tu mahal sampai RM270. Kalau ikutkan mak aku, dia nak angkut yang mahal tu. Tapi aku bantah. Buat apa beli mahal-mahal kalau setakat nak melepak dan diletakkan kat luar. Bukankah yang mahal itu sewajarnya disorokkan... Apakah yang mahal tu agaknya ya.... **hins2...

Meja jenis ni harga dia RM150. Boleh la. Jiran-jiran kat sini dah lama beli dah meja ni. Aku je yang ketinggalan zaman.. haha. Buat apa la nak berebut-rebut, benda tu sentiasa ada. Stenbai aje la pitihnya, ya tak.. Sebab pitih tak selalu ada... hehe...

Yang bestnya, aku boleh ber-fb kat sini... kehkehkeh... Jangan pulak ada orang lain yang sengaja lepak kat sini semata-mata nak curi line kat rumah ni dah la... Kang tak pasal-pasal aku letak mangkuk kat atas meja tu. Pastu dalam mangkuk tu aku letak nota yang bertulis "Sejam 2 hengget.."... hehe.. .




p/s: Takpe ke tayang gambar ni..?? Ke nak kena bungkus dulu kerusi meja tu... =)


KONGSI... KONGSI... Laa.....

Assalamualaikum...

PERINGATAN:
Tolong jangan teruskan pembacaan jika tak suka dengan post ini. Sebarang kutuk-mengutuk tidak digalakkan di sini. Terima kasih..

ᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶔᶔᶔᶔᶔᶔᶔᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶓᶔᶔᶔᶔᶔᶔᶔ

Petang kelmarin, aku bukak la email aku yang satu lagi tu. Tup-tup mata aku terus je terpandang kat email yang satu ni haa.. Mula-mula tu aku rasa cuak jugak nak masukkan kat dalam blog ni. Ya la, takut jugak aku kalau-kalau terjadi macam kes hari tu tentang sms palsu tu. Kang tak pasal-pasal jadi isu lagi. Tapi bila je tengok berita kat TV3 malam tadi, terus aku yakin bahawa email ni sememangnya datang dari PM kita iaitu Dato' Sri Najib Razak.

Menurut berita tersebut, email ni dihantar kepada 1.5 juta penduduk secara rambang dan aku salah seorang daripada mereka. Terima kasih PM. Terharupun ada jugak ni.. Banggapun ada jugak sebab dalam jutaan rakyat Malaysia, email aku terpilih sama. Pemilihan secara rambang atau tidak, itu tak penting. Yang penting terpilih. Dapat email sebegini lebih baik daripada dapat email yang bukan-bukan dari orang yang bukan-bukan jugak..

Aku saja la letak status kat fesbuk aku tentang email ni. Tup-tup ada 3/4 orang kawan yang dapat email yang sama. Tak dapat la nak eksen kat dorang.... kehkehkeh...

Dan, sengaja jugak aku masukkan email ni kat dalam blog aku ni sebagai satu kenangan. Kepada sesiapa yang tak suka nak tengok tu, tak mengapa. COOL bebb...!!! Jangan la HOT tak tentu pasal ya intan payung... *sigh...

http://www.emocutez.com

Email not displaying correctly? Allow Display Images.

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga




Salam 1Malaysia!

Happy Chinese New Year to all Malaysians who celebrate this auspicious event.

Each year as the season draws near I am reminded of the excitement and merriment I experienced as a child during Chinese New Year. Mum and dad would visit our Chinese friends, and I would always tag along. I always look forward to savouring the many delicacies, favorites being kuih kapit, kuih bangkit, pineapple tarts and "ngaku" crackers, with Mandarin oranges always on top of the list. A wide smile would cross my face when I received "angpows" from my parents' friends. Today, the celebrations have grown to include sate, ais kacang, mi rebus and maruku even!

May the Year of the Rabbit bring blessings of much happiness, good health and prosperity always. With new beginnings comes new opportunities and as we usher in the Lunar New Year, it is my sincere hope that you achieve success and satisfaction in all your undertakings. Your accomplishments are reflective of our nation's triumphs, and may we always excel beyond expectations!

Gong Xi Fa Cai!


From
Najib Razak & Family
CONNECT WITH ME
Facebook Twitter Youtube Flickr RSS


QUICK LINKS
Copyright © 2011 1Malaysia.com.my. All rights reserved.


Aku kata: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung... Jangan sampai kita menjadi seorang manusia yang lupa daratan...http://www.emocutez.com kerana menyesal kemudian tiada gunanya... **Peringatan untuk aku...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)