Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, July 5, 2013

Penangan suntikan vaksin..

Assalamualaikum...

Penangan suntikan vaksin..


Semalam, seharian aku tak merempit.. Dari siang bawa ke malam aku dok jaga Momok yang sakit.. Gara-gara bawa dia pergi klinik untuk suntikan vaksin, terus dia longlai.. Malamnya aku bagi dia minum susu tepung manusia. Tak lama lepas tu, habis keluar segala isi perut dia.. Keluar serentak pulak tu, ikut mulut dan ikut montot...


Hari ni nampak dia macam dah sihat, dah boleh berjalan, dah boleh makan dah..  Alhamdulillah.. Tapi rupa dia sangat teruk.. Tak berani aku nak mandikan dia.. Lepas ni aku tak nak dah bagi dia kena injek.. Biar la bagi pil ataupun ubat air je.. Tak sanggup aku nak tengok dia melepek macam tu... huhu..




Masa dalam perjalanan pergi klinik tu, Momok tak nak duduk dalam sangkar dengan si Utih. Habis dia dok capai tudung aku. Bila aku dekatkan jari nak buka pintu sangkar tu, dia cakar jari aku.. Dapat dua calit. Sampai sekarang masih lagi pedih... adehh... So, sepanjang perjalanan  tu, aku dok riba je dia. Nampak macam tak larat sangat dah si Momok ni... huhu...





Dalam perjalanan balik, aku letakkan Momok dalam sangkar. Elok je dia duduk dalam tu sebab mungkin dia memang dah tak larat sangat dah.. Si Utih pulak maintain okay.. Mujurlah Utih tak melepek macam si Momok tu. Kalau dua-dua melepek, teruk jugak aku nak jaga..







Kesian sangat tengok si Momok tu. Kejap-kejap aku bagi dia minum air guna picagari. Suara dia langsung tak keluar. Mata dia macam dah mati, tak gerak-gerak. Statik. Aku dah lama tak menangis sebab kucing tapi bila tengok si Momok sakit, meleleh jugak la airmata aku.. huhuhu...




Bila dia dah okay sikit, dia nak makan. Masa tengok dia makan tu, sangat la kesian.. Dengan keadaan dia yang tak larat, dengan keadaan dia yang lapar tahap gaban sebab sehari semalam tak makan, dengan keadaan isi perut dia yang dah habis keluar, rasa sedih tu makin menjadi-jadi.. Terus aku terbayangkan macam mana la keadaan orang yang sakit, yang tak punya apa untuk dimakan, yang keseorangan tanpa siapa yang menjaga.. Takut sungguh jika akulah orang itu.. Aduhaaaaiiii...




Dalam keadaan terhoyong-hayang baru ada tenaga sikit tu, si Momok ni nak jugak mengendeng jagung rebus yang aku makan. Ya, Momok ni lain sikit selera dia. Apa yang kucing lain tak makan, dia makan. Mungkin sebab tu perut dia selalu sakit dan najis dia cair. 




Seumur hidup aku bela kucing, tak pernah aku masuk klinik haiwan.. Bab bagi makan, kadang-kadang mak aku dengan abang aku tolong. Sebenarnya 'kami' bukannya nak bela sangat kucing ni.. Tapi disebabkan 'kesian', maka bagi jugak la makan..


p/s: Tolong setakat yang mampu je... Namun nak berulang-alik ke klinik haiwan, tidak la... Tapi mungkin lepas ni kena beli segala jenis ubat untuk dorang.. 

Thursday, July 4, 2013

Bukan aku punya...

Assalamualaikum...

Bukan aku punya...


Bila masuk bulan Syaaban je, mula la masing-masing sibuk mencari dan membeli bahan untuk buat biskut raya termasuk la kakak ipar aku ni..


Baru-baru ni, dia balik Senawang, lepas tu pergi kedai jual barangan membuat kuih ni kat Sungai Buloh. Tempat tu dia dah biasa pergi dah.. Selalunya dia beli butter untuk buat stok sebab kat sini butter tersangatlah mahal.. Sebuku butter harganya hampir lima ringgit.. 




Kakak ipar aku memang dah lama menjual kuih raya.. Dia buat tiga jenis yang paling laris iaitu tart gulung, almond london dan juga chocolate rice.. Selain daripada itu, dia juga ambil tempahan untuk buat tapai pulut.. Masuk dua minggu puasa baru dia mulakan proses buat biskut raya.. 




Akupun kadang-kadang menempel jugak bila kakak ipar aku beli butter ni.. Dah alang-alang dia beli banyak, akupun kirim la sekali.. Aku takde la beria nak buat biskut raya ni.. Aku simpan stok butter sebab kadang-kadang aku nak buat kek, roti, kuih gunting dan sebagainya.. Jadi, bila dah ada stok ni, senang la sikit kerja aku.. Takde la nak tercari-cari kat sini.. Dah la kat sini harga dia mahal..


p/s: Siapa yang belum ganti puasa tu, sempat lagi kot nak ganti.. Punya la panjang masa, last minute juga nak ganti puasa tu ya.. Sabar je la... hmmmm... Mujurlah aku dah selesai ganti dah... Alhamdulillah..

Wednesday, July 3, 2013

Jahit manik lagi..

Assalamualaikum...

Jahit manik lagi.. 


Hari tu aku ada tunjukkan satu cara jahit manik yang ringkas.. Kali ni, caranya lebih kurang sama je.. Kalau yang dulu tu, jahitan arah ke bawah tapi kali ni, jahitan arah ke atas..






Boleh rujuk kat video bisu kat bawah ni ya.. hehh... Lepas tu, kalau nak tambah lagi manik, boleh je tambah untuk menampakkan lagi ketebalan manik tu.. Tapi nanti lengan tu jadi berat la ya... 




p/s: Ini je untuk kali ni.. Maaf la jika apa yang dikongsi tidak memuaskan hati.. Saya orang tua yang baru merangkak-rangkak nak belajar bermain dengan manik... huhuhu..

Tuesday, July 2, 2013

Besar vs Godang...

Assalamualaikum...

Besar vs Godang...


Besar tak nenas ni...? Ke, godang..? Sama je... hehh..

Nenas ni kakak aku yang kat Nilai tu kirim kat kakak ipar yang balik Senawang minggu baru ni. Nenas ni tak masak lagi tapi nanti kalau dibiarkan kat pokok, takut ada pulak yang merembat.. Dah kebetulan kakak ipar balik, tu yang kakak aku kirim kat dia tu, suruh bagi kat Omak..




Aku takde la nak timbang berapa kilo nenas ni. Dulu pernah jugak makan yang dah masak. Manis sangat rasa dia.. Bak kata orang Negeri Sembilan, moloceh dek manih ehh.. haha.. Masa tu buah dia lagi besar daripada ni sampaikan kena sangga dengan batang kayu. Kalau tak disangga, nanti tangkai nenas tu patah dan sudahnya nanti masak layu macam tu je....




Pokok nenas ni abang ipar aku yang tanam.. Abang ipar aku tu memang rajin menanam.. Tapi tu la, kesihatan dia tak berapa nak sihat.. Itupun dia buat jugak kerja-kerja menanam ni sebab dia dah pencen.. 




Tu dia.. Siap gandingkan lagi dengan botol minyak masak Saji tu.. Konon-konon nak tengok mana lagi besar la tu, kan.. kehkehkeh.. Kalau rajin boleh buat jem untuk biskut tart gulung.. Masalahnya, aku tak rajin. Nak buat jem pun aku malas, inikan pula nak buat biskut tart gulung tu.. Alaaaaaaahaaaiiiiiiii je laa.. ehehh..


p/s: Kena peram dulu la nampak gayanya.. Kalau la aku takde gastrik, dah lama dah aku pulun nenas ni.. Ni terpaksa la tahan selera... huhuhu...

Sunday, June 30, 2013

Proses buat baju Omak...

Assalamualaikum...

Proses buat baju Omak...


Aku memang tak ambil tempahan untuk baju berfesyen ni kecuali jika ada yang bersungguh-sungguh minta tolong jahitkan, baru aku ambil. Dan itupun bergantung pada jenis kain. Untuk baju berfesyen, aku jahitkan baju Omak aku je iaitu maxi yang simple je. Sesekali aku jahitkan juga baju kakak aku..


Kat sini aku kongsikan sikit 'perjalanan' semasa membuat baju maxi Omak aku tu yang bermula dari mencantumkan lapik leher hinggalah kepada menambah sedikit manik yang juga simple..






Biasanya aku letak poket yang macam poket seluar tu tapi kali ni aku letak poket tampal macam poket baju kurung. Lagipun kain tu agak gelap, takde la nampak sangat warna benang jahitan poket tu..




Jahit baju maxi macam ni kalau diikutkan senang la jugak. Cuma agak cerewet kat bahagian leher tu la. Dan lagi satu, aku cukup malas nak melukis pola/dasar baju. Inipun aku gunakan pola/dasar baju yang lama, yang dah bertampal-tampal dah.. Lagi satu malasnya ialah nak kena gelek dengan kertas karbon untuk menandakan tempat jahitan kat baju tu. Kertas karbon aku cuma ada warna hitam je. Buatnya dapat kain yang warga gelap, dah tak nampak kesan gelekan tadi... Terkebil-kebil la biji mata ni haa nak cari mana la tanda tu..



Manik yang dah bersawang, dah lama tak digunakan...





Kat bawah ni aku tunjukkan sikit cara nak jahit manik seperti yang aku buat kat baju Omak aku tu. Video ni bisu, takde suara aku ya. Jangan pulak pergi kuatkan volume. Aku tau suara aku 'mengerikan', sebab tu aku buat video bisu je.. hehehe... Lagi satu, ni pertama kali aku buat video ajar cara jahit manik ni.. Maaf jika terdapat banyak kekurangan.. Sila fokus pada cara menjahit manik tu je.. Jangan fokus kat jari yang dah berkeduts ittew... huhuhu...




Manik tu boleh je gantikan dengan manik lain yang disukai. Pastikan jahitan tak longgar atau tidak terlalu ketat.. Pastu masa jarum tu patah balik ke atas, pastikan tempat cucuk jarum tu sama paras dengan panjang manik yang pertama. Setiap kali nak jahit manik yang baru, jarum tu dicucukkan ke arah 45 darjah..


Yang bawah ni cara dia sama je dengan yang di atas. Bezanya ialah yang di atas tu cucuk jarum arah ke bawah manakala yang di bawah ni, cucuk jarum arah ke atas.. Sekali pandang macam jahitan manik crumble jugak.. hehh..


Ni baju aku.. :)


p/s: Setakat ni je yang aku boleh bantu. Kalau nak cuba buat tu, silakan buat dari sekarang. Nanti raya dah boleh pakai dah baju yang bermanik. 

Saturday, June 29, 2013

Biarkan Indah Berlalu

Assalamualaikum...

Biarkan Indah Berlalu


Selesai sudah membaca novel Biarkan Indah Berlalu karya Ramlah Rashid ni.. Sebuah kisah yang sangat tragis dan mengundang airmata apabila seorang abang sepupu menodai adik sepupunya sendiri.. Kisah hidup Indah yang dibuang ibu bapa sendiri kerana Indah tetap merahsiakan siapa yang menodainya.. Walaupun dipukul, disepak terajang oleh ayahnya yang merupakan bekas komando berpangkat Jeneral, namun Indah tetap mengunci mulutnya..

"Lebih baik cakap Indah, siapa buat kamu? Selagi kamu diam begini, tak ada siapa-siapa boleh tolong.."


Kisah Danial yang jatuh cinta dengan Indah dan sanggup menerima kekurangan Indah dan sayangkan anak Indah iaitu si Putri..

"Saya serius. Siapapun Indah dulu, bagaimana Indah melalui masa silam, itu dulu, sudah tidak penting lagi. Saya hanya nampak Indah sekarang dan nak sangat bersama Indah untuk ke masa depan, untuk selamanya selagi ada hayat dikandung badan.." - Danial


Indah pula semakin menjadi serba salah bila Danial mula menyatakan hasratnya untuk menjadikan Indah sebagai teman hidupnya..

"Indah dah tak suci lagi. Tidak ada apa-apa yang akan Danial dapat dari diri Indah. Danial akan menyesal nanti.." - Indah



Biarkan Indah Berlalu karya Ramlah Rashid


Tetapi dalam masa yang sama, abang Danial tidak menyukai Indah dan anaknya kerana kisah silam Indah yang dianggap akan merosakkan keturunan mereka sekeluarga. Beria-ia sungguh dia memasang 'spy' untuk mencari kesalahan Indah..


"Aku tahu anak kamu tak berdosa dan aku tak pernah menganggapnya hina. Tetapi untuk membentuk keluarga murni lagi sempurna, harus mengumpul ahli keluarga yang sempurna jugak. Anak luar nikah tak ada tempat kat dunia. Dia anak haram.." - Mukris


Banyak lagi kisah yang menarik tentang perjalanan hidup Indah sewaktu hamil dan sewaktu ingin melahirkan. Juga kisah Danial yang bersungguh-sungguh sukakan Indah serta kisah Azril yang merosakkan Indah kemudian melarikan diri ke luar negeri. Terkesan dengan kisah sepasang suami isteri tua yang sanggup menjaga Putri sedari kecil tatkala Indah hilang arah tujuan.. Juga kisah lucu sewaktu Danial dan Indah serta ibu Danial membawa Putri melawat zoo.. Masa ni gelak sorang-sorang baca.. hehe..


"Wah, tingginya tengkuk dia. Kepala kecik, badan besar.." - Putri


Aku suka baca novel ni.. Banyak pengajaran yang dapat diambil.. Gaya bahasa juga menarik.. Oh ya, penggunaan BI dalam novel ni hanyalah untuk dua tiga ayat yang pendek sehaja.. Langsung tidak mengganggu konsentrasi pembacaan..


Berjayakan Danial menjadikan Indah sebagai isterinya..? Berjayakah Azril memujuk Indah untuk menerimanya sebagai suami demi untuk menebus kesalahannya menodai Indah dahulu..? Segala-galanya akan terjawab jika anda membaca novel ni hingga tamat.. Jangan skip baca tau, nanti tak faham.. hehh..


p/s: Semua rencah ada dalam novel ni.. Cubalah baca.. Aku sukakannya.. Orang lain tu, aku tak tau la.. Pokok dek ekau la, kann.. kehkehkeh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)