Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, July 13, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hafiz Awan Nano...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hafiz Awan Nano...


Suka tengok budak Hafiz ni. Comel je muka dia.. Makin tembam pipi dia.. hehe.. Untuk peminat Hafiz AF yang tak berkesempatan menyaksikan dia memasak, boleh la tengok kat video bawah ni.. Enjoy.. heeee...





Kali ni Hafiz masak Ayam Masak Coke. Dah namanya budak-budak, mesti tak lari daripada minuman bergas tu... huhu.. Apapun, ni dia resepinya..

Bahan-bahannya:

1 botol air coke
1 ekor ayam - dipotong 21 dan buang kulit
1 ketul kiub ayam
2 ketul halia - anggaran sebesar dua ibu jari dewasa
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1-2 keping asam keping
1/2 sudu besar/makan lada hitam - dikisar
Sedikit serbuk perasa
Sedikit garam
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:

1) Kisarkan halia, bawang merah dan bawang putih.

2) Perapkan ayam bersama bahan kisar tadi. Perap selama 20 minit.

3) Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau sebati dan tunggu hingga ayam separuh masak/empuk/lembut.

4) Masukkan kiub ayam dan lada hitam. Kacau rata.

5) Masukkan air coke dan asam keping.

6) Kacau rata dan tunggu hingga kuah mendidih dan ayam benar-benar masak..


p/s: Apa la rasanya ayam berkuahkan air coke ni agaknya ya.. Ada yang berani nak mencuba ke..? Kalau berani, silalah buat... Den macam tak sanggup je nak masak camni.. huhuhu...

Friday, July 12, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Farah Fauzana..

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Farah Fauzana..


Siapa yang terlepas nak tengok aksi Farah Fauzana atau Fafau bersama Sheila Rusly dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan sekejap tadi, boleh la tengok kat video klip kat bawah ni.. 




Resepi yang Fafau masak ialah Sambal Udang Galah Pedas...

Bahan-bahannya:

1 kg udang galah
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar - dihiris membulat
10 biji cili padi
20 biji petai
6 sudu besar/makan cili kisar
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan


Cara membuatnya:

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan..

2) Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.

3) Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

4) Setelah semua bahan nampak macam dah pecah minyak, masukkan pula udang galah. Kacau sebati.

5) Akhir sekali, masukkan petai dan hirisan bawang besar.


p/s: Masa terhad, jadi dorang masak semuanya dengan cepat.. Tapi kalau kat rumah, kena la masak betul-betul.. Takut nanti sakit perut pulak makan makanan yang tak berapa masak.. Lagi satu, biasanya petai tu masukkan dulu sebab jika masuk kemudian, nanti petai tu tak empuk..

Perihal puasa...

Assalamualaikum...

Perihal puasa...


Sudah tertulis di dalam surah Al-Baqarah.. Kat sini aku cuma letakkan ayat 183-185 sahaja.. Selebihnya bolehlah dengar dan rujuk secara online kat sini..  



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)



أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬‌ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)



شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)



Cantik sungguh pemandangan sawah padi dalam video klip bawah ni...
Subhanallah.. 




p/s: Bulan lepas pertama kali bayar fidyah untuk mak aku atas puasa yang tertinggal tahun lepas..

Thursday, July 11, 2013

Tempat kau kat sini tau... heh...

Assalamualaikum...

Tempat kau kat sini tau... heh...


Haaa.... Kau sepatutnya bersyukur sebab mak aku dah sediakan tempat untuk kau dan kaum kerabat kau. Ingat murah ke nak sediakan tempat ni. Lantai siap bersimen lagi tu walaupun simen tu sekarang dah penuh dengan najis kau.. 




Ini tak, kau masih lagi suka merayau-rayau sampai ke laman depan padahal laman tu pun bersimen jugak. Bukannya kau boleh kais-kais nak cari cacing gelang ke, cacing kerawit ke.. Kat belakang reban kau tu banyak tanah, lembap lagi tanah tu, mesti gemuk-gemuk cacing gelang kat situ.. Pergilah kais sesuka hatimu.. Tiada siapa yang akan melarang.. ecehhhh... haha..


Kalau setakat merayau kosong tu takpe la jugak.. Ni siap dok crettt sana, crettt sini sampai naik pening kepala aku dok bau kau punya crettt tu.. Eiii... 


p/s: Ada orang pergi kutip tayam untuk letak kat pokok bunga atau pokok sayur.. Aku takde la nak buat camtu.. Tak sanggup den.. huhuhu.. *tayam = taik ayam..

Wednesday, July 10, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013...


Siapa yang terlepas nak tengok rancangan ni tengahari tadi, boleh la cuba tengok kat link bawah ni ya.. Akupun tak sempat tengok tadi.. Leka kat luar siram pokok bunga. Masuk rumah je, tengok dah separuh rancangan dah.. Aku memang suka tengok rancangan ni.. Kelakar dan sempoiiiiii.... hehe...


Klik kat gambar untuk tengok mana-mana rancangan yang disukai..


Tetamu jemputan Sheila Rusly untuk episod pertama hari ni ialah Wilma (alaaa..., yang jadi ibu Firash dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia kat TV3 hari tu.. hehe..)




Resepi yang Wilma masak ialah Ayam Odobor. Macam mana la rupa resepi tu ya. Meh kita tengok bahan dan cara membuatnya..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 18
10 ulas bawang putih - ditumbuk kasar bersama kulitnya sekali
5 helai bay leaves atau daun salam
1 genggam lada hitam - ditumbuk kasar
5 sudu besar/makan cuka makan
3 sudu besar/makan kicap cair
3 sudu besar/makan sos tiram
3 sudu besar/makan kicap pekat
Sedikit garam
Minyak
Sedikit air - ikut keperluan


Cara membuatnya:

1) Perap ayam bersama kicap pekat, kicap cair, sos tiram ,cuka dan lada hitam. Lumurkan pada sebati dan peram selama lebih kurang 10 minit.

2) Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.

3) Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan tunggu hingga air ayam tadi sedikit kering.

4) Masukkan bay leaves/daun salam. Kacau sebati.

5) Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan ayam benar-benar masak..


Dan ini pula resepi Spaghetti Ikan Masin yang dimasak oleh Sheila Rusly..

Bahan-bahannya:

1 paket spaghetti
4 potong ikan jeruk masin - dipotong dadu
Sedikit minyak zaitun
4 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1/2 sudu makan/besar oregano kering
1/2 sudu makan/besar daun pasley kering
6 keping cendawan hitam
1 ketul kiub ikan bilis
Air secukupnya


Cara-caranya:

1) Panaskan minyak zaiton dan goreng seketika ikan masin. Setelah masak, toskan dan ketepikan..

2) Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan kiub ikan bilis dan cili padi. Kacau rata.

3) Tambahkan sedikit air dan masukkan cendawan.

4) Taburkan oregano dan daun parsley kering.

5) Kemudian masukkan spaghetti. Gaul hingga sebati.

6) Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.

7) Gaul hingga kesemua bahan masak sebati.


[sumber resepi]

p/s: Dalam drama SSID, Wilma tu nampak kecil dan rendah je.. Tapi bila digandingkan dengan Sheila, ehh, nampak tinggi Wilma lagi daripada Sheila tu..

Salam Ramadhan 1434H...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1434H...


Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk seluruh umat Islam walau di mana anda berada terutama sekali untuk kaum keluarga, sahabat handai, sanak saudara, tak lupa juga kepada semua para blogger serta pembaca blog aku ni..


Seperti biasa, ampun dan maaf yang dipinta daripada semua di atas segala salah silap baik dari segi tutur kata, perbuatan mahupun tulisan. Jangan simpan segala rasa sakit hati itu berpanjangan. Bimbang nanti makin lama hati makin membengkak.. huhuhu...


Entry pertama aku untuk Ramadhan 2009..
Masa ni baru je beberapa bulan bergelar blogger.. Baru je kenal dunia IT.. Tengok balik entry tu, kedudukan ayat dan gambar tunggang-langgang.. So, aku betulkan sikit bagi balance.. huhuhu...


Entry sempena Ramadhan 2011..
Masa ni kira dah okay sikit dari segi susun atur gambar dan ayat.. Kiranya ada la sikit kemajuan sebagai blogger picisan yang terpingggir ni... hehh..


Entry sempena Ramadhan 2012..
Masa ni dah pandai bermain dengan copy and paste.. Opppsss...!!!


Errr... Tahun 2010 takde entry sambut puasa ke..? Tak jumpa pulak.. Yang jumpa menu berbuka puasa je.. haha..


Muhammad (SAW) said: "When Ramadan comes, the gates of Paradise are opened, the gates of Hell are closed, and the devils are chained up.."


p/s: Kurangkan tayang gambar makanan waktu siang ni ya.. Tak bagus untuk pandangan mata.. hehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)