Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 22, 2010

KENDURI: Yang penting niat tu biarlah ikhlas...

Assalamualaikum...

Hari ni dari pagi sampai petang, aku duduk di dapur je. Menolong apa yang perlu sebab malamnya nak hantar juadah ke surau. Masa aku buat cerita ni, abang aku baru je balik dari surau bersama bekas-bekas nasi dan lauk-pauk serta cerek air yang dah kosong. Suka betul mak aku sebab tiada pembaziran yang berlaku... =D

Menurut abang aku, ramai jemaah yang datang. Syukur alhamdulillah. Sejak 3 tahun kebelakangan ni, mak aku akan hantar juadah ke surau sempena nak menyambut kedatangan Ramadhan. Masing-masing berebut nak ambil keberkatan malam Jumaat. Kitorang memang tak buat di rumah kerana orang kat sini memang susah sikit nak datang rumah, apatah lagi waktu malam begini. Kalau hantar kat surau, semua pinggan mangkuk dah sedia ada, lepas makan tu basuh la pinggan dan gelas masing-masing. Takpe, pakcik-pakcik kat sini semuanya bekas tentera, jadi dorang dah biasa buat kerja-kerja basuh pinggan ni... hehehe...

Menu untuk malam ni adalah seperti biasa iaitu kari ikan tenggiri, ayam masak merah dan goreng tempe campur tauhu dan kacang panjang. Kari tu seperti biasa juga dimasak oleh kawan baik mak yang aku panggil Mak Tok, orang jati Pulau Pinang. Memang mabeles la kari dia. Sampai sekarangpun aku tak pandai lagi nak masak kari ikut cara Mak Tok tu. Ayam masak merah pula kakak ipar aku yang masak dan memang dialah yang selalu masak menu ni. Aku masak apa..?? Hahahaha... Kerja aku adalah goreng sayur, buat air teh dan masak nasi, serta buat penyediaan bahan-bahan dan bekas.

Petang tadi letrik tiba-tiba je blackout. Aku baru je tekan punat rice cooker, tup-tup tengok lampu tak menyala. Ahh sudah.... Gelabah sekejap aku. Jam dah pukul 5.30 petang dah ni. Pukul 7 malam dah janji dengan jiran aku, mintak tolong dia bawakan juadah tu ke surau sebab kereta abang aku bawa pergi kursus. Kelam kabut aku letak periuk nasi tu atas dapur gas. Lepas tu, terus je aku telefon TNB bagitau bekalan letrik terputus. Aku cakap letrik dah 10 minit takde, padahal baru je seminit bekalan terputus. Aku cakap aku tengah kenduri dan memerlukan bekalan serta merta. Aku kawal nada suara aku sebab masa ni aku memang tengah hangenn sangat-sangat..!! Sudahnya, aku goreng sayur campur tempe tu berbekalkan lampu suluh... huhuhu.... sadis sungguh... Mujur tak hangit sayur aku tu... Kalau tidak, makin berasap la hati aku.. hohoho...

Kat sini aku senaraikan bahan-bahan yang dimasak tadi untuk lebih kurang 40 orang jemaah.

Ayam: 5 ekor... Potong ikut suka. Buat ayam masak merah.
Ikan tenggiri: 2 ekor saiz besar... Masak kari campur terung bulat.
Kelapa: 2 biji... santan pekat dan cair (untuk kari).
Tempe dalam plastik 10 bungkus + kacang panjang 5 ikat + tauhu 10 ketul = goreng sayur campur.

Bahan asas yang lain tu seperti bawang merah, halia, bawang putih, serai, serbuk dan daun kari, bawang besar, minyak masak, asam jawa, campuran halba, sos cili, cili kering kisar adalah seperti biasa. Agak-agaklah penggunaanya.

Aku tak dapat nak ambil gambar lauk pauk tu semua sebab letrik kan takde. Semuanya gelap, dengan hujan yang agak lebat lagi. Bekalan letrik datang sebaik je semua juadah tu sudah dihantar ke surau. Namun, aku sempat rakam video masa menumis untuk masak kari tu. Bukan apa, senang kalau aku nak buat rujukan... hehehe... Tapi, malas la nak tempek kat sini video tu, sebab ada termasuk suara aku yang sumbang mambang ni haa.... hahaha...

Aku kata: Maaf la ya kawan-kawan. Buat masa sekarang ni aku takde mood nak berfesbuk. Terima kasih pada yang jenguk wall aku dan tinggalkan pesanan kat situ, juga yang hantar private message. Aku okay-okay saja, cuma sedikit JEMU dengan KAMU... KAMU = FB... dan... bla... bla... bla... Nanti bila JEMU tu dah takde, aku meroyan balik semula kat sana yaa... =))

Wednesday, July 21, 2010

REZEKI JANGAN DITOLAK: Musuh jangan dicari...

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari gotong-royong bersihkan kaki lima jalan kat belakang rumah ni. Rutin biasa kalau ada orang besar nak datang melawat kawasan. Kadang-kadang dorang bukannya masukpun kat kawasan ni. Tapi dah disuruh supaya pergi gotong-royong ni, maka kenalah pergi. Kang kalau tak ikut serta, kena pulau dek jiran-jiran pulak. Lagipun ramai yang buat kerja ni, sekejap je kerja tu dah siap. Mataharipun tak sempat nak jengukkan muka, kitorang dah balik ke rumah dah... hahaha...

Makcik-makcik ni ada yang bawa makanan dan minuman. Aku cuma minum sikit je, sebagai ambil hati dorang je. Lagipun aku dah suruh abang aku belikan sarapan nasi lemak. Usai je kerja tu, akupun balik la nak makan nasi lemak tu. Kecewa sangat-sangat sebab nasi lemak tu macam basi je. Dah la lembik semacam je, tak macam selalu. Putus selera aku. Mujur mak aku dah siap masak nasi, jadinya aku makan je nasi tu dengan sambal nasi lemak tadi. Sambalnya sedap macam biasa, cuma nasi je yang ada masalah...

Rezeki ayam la nampak gayanya... Mujur mak aku ada bela ayam...


Aku cuba buat apam coklat pisang ni malam tadi tapi tak berapa nak menjadi. Mungkin lepas ni aku cuba bakar dalam oven pulak, sebab yang ni aku ikut resepi tu kata suruh kukus. Rezeki ayam jugak la ni sebab takde siapa yang nak makan.... hahaha...


Haaaa... Sekarang ni musim durian. Mak aku hari-hari beli durian kat jiran aku. Ni semua durian jenis baik punya iaitu D24... Satu ikat tu 10 hengget (5biji)


Ni dia isinya. Konpem akan dibuat tempoyak. Mana nak larat makan durian selalu...


Persediaan untuk bulan puasa nanti sebagai pembuka selera... hehehe...


Aku kata: Malas aku nak layan kerenah orang yang suka mencari kesalahan orang lain. Betulkan dulu diri kita, barulah boleh betulkan diri orang....

Monday, July 19, 2010

WAA KENA BEBB:Terkena juga akhirnya... huhuhu..

Assalamualaikum....

Pernah kena tipu..? Opkos la pernah, kan... Pernah menipu..? Selalu sangat, ya tak... hahaha... Pernah 'ter'tipu..? Lagi laa pernah, betul tak... hehehe....

Ni yang jadi kat aku baru-baru ni. Entah macam mana la aku boleh terkena ni, akupun kurang faham. Kalau nak diikutkan, aku memang jenis yang cukup berhati-hati dalam hal sebegini. Agaknya hari tu aku lupa nak baca ayat kursi kot, tu yang terkena tu.. Mungkin lepas ni aku kena tampal ayat kursi kat sudut laptop aku ni. Bukan apa, sebagai peringatan je...

Hari tu memang aku rasa serba tak kena. Dah la line internet selalu putus-putus je. Sedikit sebanyak membuatkan aku rasa jengkel dan cemuih yang teramat sangat. Asal nak komen je kat blog kawan-kawan, line putus. Lepas tu ada balik, dan lepas tu putus lagi. Begitulah seterusnya sampai malam dan pagi esoknya. Tension den... Setiap kali aku buka satu-satu laman web, mesti keluar iklan macam kat bawah ni haa...



Hahaha... Aku selalu mendengus kalau benda alah ni keluar. Mengganggu mata aku betul laa. Oleh kerana ketidakstabilan fikiran aku masa tu, akupun cubalah mengklik iklan tu. Masa ni dah teruja sikit dah, apatah lagi tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Seterusnya akupun ikut la apa yang disuruh menggunakan enpon tanpa ada rasa cuak sedikitpun huhuhu...

Mula-mula tu aku tak perasan berapa ringgit yang kena potong dari kredit enpon aku. Dek kerana godaan setan bertanduk, aku teruskan lagi send dan send sehinggalah aku terima mesej yang bagitau kredit aku tak cukup untuk langkah seterusnya. Masa ni la aku terkejut, apsal lak kredit aku cepat sangat habis, padahal masih ada lagi 13 hengget kat dalam tu. Lepas tu barulah aku check balik semula mesej kat inbox dan tengok berapa yang dipotong untuk sekali send mesej. Rupa-rupanya sekali send kena caj 4 hengget daaa..., dan bukannya 40 sen seperti yang mula-mula aku tengok. Macam mana la aku boleh tersalah pandang ni, kan dah rugi 12 hengget... Dah tinggal sehengget je kedit aku huhuhu.... (macam la banyak sangat 12 hengget tu kann... ahakks..)

Mujurlah kredit enpon aku pakai topap je. Buatnya aku pakai bil, mau tak sedar diri aku dok layan iklan tu. Korang jangan sekali-kali cuba klik iklan sebegini dan seumpamanya. Jika mahukan sesuatu, kenalah usaha lebih sikit. Tiada yang mudah di dunia ni. Nak tidurpun kadang-kadang susah nak lelap walaupun tidur tu perkara paling senang nak dilakukan... hehehe...

Aku kata: Kalau korang jujur dengan aku, tolonglah klik iklan nuffnang aku tu ya... Klik laa semua sekali kalau semuanya keluar... Mekasih... ekekekeke...

Thursday, July 15, 2010

BERBUDI SELAGI DAYA

Assalamualaikum...

Semalam aku pergi belakang rumah. Sejak abang aku duduk kat rumah ni, dah lama aku tak jenguk belakang tu. Kalau dulu selalu jugak aku pergi sebab nak buang dan bakar sampah. Kini tugas tu abang aku yang ambil alih. Sesuai la kerja-kerja tu dibuat oleh orang lelaki kannn... Lagipun banyak nyamuk laa... Mana mungkin puteri lilin ni biarkan badannya digigit nyamuk... ahakkkzzz....

Tak payah nak bebel panjang lebar la yaa. Kang ada pulak yang cemuihh... hahaha. Tengok aje la gambar-gambar yang sempat aku ambil ni haa. Sambil sibuk klik sana klik sini, sibuk jugak la aku menampar nyamuk-nyamuk yang dok hinggap di lengan gebus aku ni... Jahat tau nyamuk ni... *senyum...*

Gemuk giler pokok kesum ni. Keladipun ada jugak...


Pokok kantan yang rimbun bersama 6 tangkai bunga...


Ini adalah buah manggis yang masih muda, bukannya buah dader anak dara. Harap maklum... Ahakkk...

Tujuan aku pergi belakang rumah tu adalah untuk mengambil daun kesum dan bunga kantan untuk buat kuah laksa ni haa... Jadi, apa tunggu lagi. Mulakan berkebun supaya senang nak ambil dan guna bila-bila masa sahaja. Takde tempat nak tanam..? Tanam aje la kat kaki lima depan atau belakang rumah korang tu. Kalau takpun, tanam je dalam pasu yang besar. Tiada alasan untuk berkata TIDAK... ngehngehngeh...

Laksa ni aku buat sendiri. Sangat sedap okay... ekekekeke... *perasan...*

Aku kata: Berkebun kat fesbuk dapat apa yaa... Kawan atau kepuasan..??

Wednesday, July 14, 2010

KU TINGGALKAN CINTA KERANA DIA...

Cerita di bawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti... Amat menyayatkan hati?

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta, yang tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Aku kata: Sekarang ni ramai yang belum kawen secara sah tapi dah hidup seperti suami isteri. Sedikitpun takde rasa bersalah bila melakukan perbuatan ni. Bawa-bawalah bertaubat ya kawan-kawan...

Monday, July 12, 2010

VIVA ESPANA: Meowwww...meoowww... meoowww....

Assalamualaikum...

Piala Dunia dah berakhir. Seperti yang aku jangkakan (aku bukan SOTONG ehh...), Sepanyol menjadi juara. Walaupun aku tak beria-ia menonton perlawanan Piala Dunia ni, aku tetap sokong Sepanyol sebab salah seorang pemainnya adalah Fabregas. Awal pagi tadi aku sempat tengok separuh masa pertama je. Hajat hati nak tengok aksi Fabregas, tapi bila aku tak nampak kelibat dia, mata akupun mula la mengantuk balik semula. Punya la semangat nak tengok perlawanan akhir (nak tengok Fabregas yang sebetulnya), siap set alarm kat enpon pukul dua pagi. Sebelum alarm tu berbunyi, aku dah bangun dulu dah... hahahaha... Akhirnya, pagi-pagi lagi aku buka fesbuk, tengok kat status masing-masing yang kata Sepanyol juara sebab aku dah tidur dulu sebelum perlawanan tamat.... ahakkkzz.... Kesian kat kawan-kawan aku yang bersungguh-sungguh mengutuk Sepanyol... Cuba lagi karang ayat yang lebih power empat tahun akan datang ni ya... heeeeeee....

Sebelum tu, petang semalam kucing aku beranak lagi. Baru je beranak beberapa bulan lepas (tak ingat daa..), dah beranak lagi sekali. Asyik beranak je la kerja dia. Nak buat macam mana, nak tunggu tuan dia beranak, tak jugak beranak... muahahahaha... Ampesshhh je kann.... Aku tunggu saat kelahiran kucing tu. Siap urut-urut perut dia lagi. Macam selalu la kann, aku kan bidan terjun... hehehe... Rasa geli jugak bila tengok kucing tu mula keluarkan lendir... Tapi tahankan aje laa... Kesian aku tengok kucing tu tak cukup nafas. Mengah-mengah perut dia meneran. Terkangkang sana, terkangkang sini. Macam tu la agaknya masa korang diperanakkan dulu ekk... Korang ke aku..? Sama je la haiihhh... hahaha... Lepas keluar sekor anak, dia stop dulu. Dia jilat-jilat dulu badan anak dia yang basah dek lendir tu. Proses menjilat ni je dah ambil masa beberapa minit. Tu baru masa untuk jilat sekor anak tu. Buatnya anak dia ada lima enam ekor, mahu sejam agaknya dia menjilat. Dan mungkin sebab ni la kucing sayangkan anak-anak dia. Jadi, apa kata korang yang baru lepas beranak tu, jilat-jilat anak korang tu ehh. Baru la takde rasa nak buang anak tu merata-rata nanti.. Ni tak, bapaknya korang jilat, anaknya korang buang... Ooopppppssss...!!! Melalut lak aiihhh... ngehngehngeh...

Okaylah... Jom kita tengok saat-saat anak kucing yang pertama tu keluar. Para bapa sila fokus ya. Jangan tau buat anak je tau. Biasa dia tu....!!! Kehkehkeh...

Kucing yang dah sampai masa nak beranak, dia akan memerlukan seekor kucing lain untuk temankan dia. Tu sebabnya aku masukkan sekor kucing kecik kat dalam bakul tu. Sebab si ibu ni dah mula nak gonggong dia ikut masuk sekali dalam bakul..


Ni bukan anak ibu kucing yang baru beranak tu ehh... Ni anak sedara dia, kiranya sepupu la dengan baby yang baru keluar tu... ekekekekeke...


Nota bernas campur sengal: Masa nak buat anak, macam-macam aksi ko buat. Bila anak dah keluar, macam-macam helah ko buat. Apakah ko ni jenis yang pandai BUAT je ehh...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)