Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Macehh ya/Email. Show all posts
Showing posts with label Macehh ya/Email. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Siapa tau resepi ni..?

Assalamualaikum...

Siapa tau resepi ni..?

Aku ni penggemar kuih bahulu tradisional, bukan bahulu jenis sekarang yang dah banyak dicampur-aduk-kan dengan pelbagai perisa..

Masa zaman aku budak-budak dulu, mak aku memang terer buat bahulu tradisi ni. Berpuluh biji telur yang dia pukul.. Kadang-kadang abah (kini arwah) aku yang pukul telur dengan gula tu sampai betul-betul kembang.. Penuh la satu pasu tu dengan bancuhan telur dan gula.. Dulu-dulu orang pukul bahulu ni dalam pasu, pastu pukul guna tangan je. Bukan la maksud dia kita guna tangan untuk kocak-kocak adunan tu.. adehh.. Ada la alat dia.. Akupun pernah jugak mencuba..  Naik lenguh ketiak weii... hahaha... Bukan macam sekarang, serba-serbi gunakan mesin..

Cuma sekarang ni aku rasa teringin pulak nak buat bahulu tradisi ni.. Bila aku tanya mak aku, macam mana resepi dia, mak aku jawab, ontah, ingat-ingat lupo dah.. huhuhu.. Terasa rugi sangat sebab tak ambil perhatian masa dorang buat bahulu tu dulu.. 

Then, tanya la kat kakak aku yang sorang ni.. Diapun masa zaman remaja memang selalu jadi tukang pukul bahulu ni.. Kalau kuih-kuih tradisi ni banyak yang dia tau.. Cumanya, bila dia dah sibuk bekerja, memang dia tak buat dah la segala macam kuih ni.. Kakak aku cakap sukatan untuk bahulu tradisi ni senang je.. Cuma perlukan telur, gula dan tepung gandum je.. Tak payah nak letak serbuk penaik semua tu.. Yang penting, tepung gandum tu kena jemur kat panas matahari sebelum diayak dan digunakan.. Kalau takpun, kena sangai dulu tepung tu supaya nanti bahulu tu lembut dan gebu..

Okay, tang tu aku faham la.. Ni tang sukatan bahan ni, cmno lak..? Mak aku cakap, kalau tak silap dia la, sukatan bahulu tradisi ni kalau gunakan mangkuk, satu mangkuk gula dan satu mangkuk telur dipukul sampai kembang.. Pastu bila nak bakar, ceduk sikit adunan tadi ke dalam mangkuk lain, kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya dan kacau sebati.. Kena pastikan bancuhan itu tidak terlalu berat atau padat, takut nanti bahulu bantat.. Kena pandai-pandai agak la.. Sebab tu takde sukatan untuk tepung disediakan.. Yang pasti, tepung tu kena banyak la bergantung pada banyaknya bancuhan gula dan telur tadi..

Cara-cara nak bakar tu aku rasa mudah je sebab sekarang ni semuanya bakar guna oven. Kalau nak bakar guna cara dulu-dulu tu, aku serender dulu la nak buat.. Cara nak pukulpun guna mesin jugak.. Kat rumah aku ni dah ada dah mesin besar tu.. Ni semua kakak aku la yang punya kerja.. Aku nak beli stand-mixer macam yang aku selalu tengok kat tv tu.. So, takde la lenguh tangan nanti sebab sekarang ni aku gunakan hand-mixer je.. Pastu kakak aku cakap, daripada ko beli mesin macam tu, baik ko beli je mesin besar terus.. Lagipun dia ada kawan yang boleh supply mesin jenis industri ni.. Maka, akupun ikut je la cakap dia..


Tak pernah guna lagi mesin ni.. Adik-adik aku dah bising dah tanya, bilo nak guno mesin ni.. Huhuhu...


Jadi, kepada kawan-kawan yang mak dia pernah buat atau tau resepi bahulu tradisional ni, boleh tak bagitau aku resepi tu.. Aku dah cuba gugel tapi macam tak kena je resepi yang aku jumpa tu.. Aku nak resepi yang pure tradisi.. Tolong ehh tanyakan kat mak-mak atau nenek korang pasal resepi ni.. 

p/s: Boleh tinggalkan resepi tu kat kotak komen.. Sebelum tu, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan jika ada yang sudi berkongsi resepi ni.. Kalau takde, apo nak kato, ye tak.. huhuhu...

Wednesday, July 14, 2010

KU TINGGALKAN CINTA KERANA DIA...

Cerita di bawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti... Amat menyayatkan hati?

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta, yang tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Aku kata: Sekarang ni ramai yang belum kawen secara sah tapi dah hidup seperti suami isteri. Sedikitpun takde rasa bersalah bila melakukan perbuatan ni. Bawa-bawalah bertaubat ya kawan-kawan...

Monday, March 29, 2010

APRIL FOOL: DON'T FOOLING AROUND...???

Assalamualaikum....

Sekadar berkongsi forwarded email sahaja.....

imagePerayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.Moga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

(Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......rawahu Tirmizi Illal Liqaq.
.

Saturday, February 13, 2010

WASPADA: 9 JENIS ANAK SYAITAN...

Assalamualaikum....

Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1) Zalituun.
~> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Kerjanya menggoda manusia supaya terus berbelanja lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu.

2) Wathiin.
~> Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan menghasut mereka supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3) A'awan.
~> Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat serta berseronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4) Haffaf.
~> Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat supaya terus lalai. Contoh: Disko, kelab malam dan tempat yang menyediakan minuman keras.

5) Murrah.
~> Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini akan terus tenggelam dalam keseronokan dan keglemeran.

6) Masuud.
~> Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang datangnya dari mulut.

7) Daasim (Berilah salam sebelum memasuki rumah).
~> Duduk bertenggek di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, Daasim akan bertindak agar berlakunya keruntuhan rumah tangga seperti suami isteri bercerai, suami bertindak ganas dengan memukul isteri, isteri hilang pertimbangan lalu bertindak menuntut cerai, penderaan terhadap anak2 serta pelbagai lagi bentuk keruntuhan rumah tangga.

8) Walahaan.
~> Menimbulkan rasa was2 dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat yang pastinya akan menjejaskan ibadat2 yang lain.

9) Lakhuus.
~> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah matahari/ api.

Dan yang paling teruk sekali ialah:

ISETAN ~> Membuat karnival jualan murah lalu melalaikan para pembeli sehingga mengabaikan waktu solat dan mengakibatkan pembeli membeli barangan yang tidak perlu. Orang yang suka dengan pem baziran ini sebenarnya tergolong di dalam keluarga SYAITAN...

p/s: Teruslah menjadi hamba ALLAH yang sejati dan bukannya terus menerus menjadi hamba SYAITAN yang dilaknati.

(anak setan yang selalu dekat dengan aku ialah nombor 5 dan 8. Yang nombor 6 tu kadang2 je datang kat aku.... ekekekeke... Camner lak dengan korang.... muahahaha....)

Wednesday, October 28, 2009

DUNIA DI MATA LEMBU

Assalamualaikum.....

Cuba perhatikan betul2. Nampak tak apa yang ada kat badan lembu tu. Siapa yang tak nampak memang sah la nak kena sondol dengan lembu tu nanti.... muehehehe.... Ingat ni matador ke apa..... Matador tu memanglah suka kena sondol2 ni. Mesti matador ni mantop gilerr, sampaikan lembupun ikut terkesima. Huahuahua.....



Kanda.....di mana kau berada.....hahakkk...

Agak2nya la kan, siapa yang duduk kat montot lembu tu ekk. Ehh.... maksud aku, negara mana la yang melekat kat tempat tu. Tapi untung gak duduk kat situ, sebab nanti ekor lembu tu boleh main kipas2 halau lalat..... kuikuikui....

Aku nampak dah aku kat mana. Mesti la aku ada kat tempat yang paling best..!! Kat mana agaknya tu..?? Opkos la kat gear box.... hakhakhak.... (sambil buat hentakan kaki.... gambate... gambate... gambate....)

p/s: Dunia sudahpun ada di badan lembu seolah2 ingin memberi gambaran bahawa dunia sekarang ini sedang dikuasai oleh lembu2 yang petah berkata2.... Oooppsssss.....!!! (sambil menampar mulut sendiri padahal jari yang menaip..!!)

Monday, October 26, 2009

8C: SEBAB SUAMI MEMBENCI ISTERI

Assalamualaikum...
C1=CABAR.
Lelaki mempunyai ego mereka sendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami, mulalah berkata.. "Kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain!!" Dr. Fadzilah kata, JANGAN CABAR SUAMI!! Nanti suami buat betul2, isteri juga yang putih mata.

C2=CABUL.
Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehinggakan seseorang wanita itu langsung tidak tahu malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata2 yang tidak baik kepada mertua.

C3=CELUPAR.
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuatkan suami jauh hati.

C4=COMOT.
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak tanduk nya. Contohnya isteri bila nak keluar rumah, barulah nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula kat tempat kerja asyik nampak yang comel2 je. Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi kat rumah tak pernah nak praktik pun.

C5=CEMBURU.
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlalu cemburu se hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah pada per hubungan mereka. Ini akan membuatkan lelaki merasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas jika isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja , kita dah tanya macam2. Suami balik lewat overtime, kita dah syak yang bukan2.

C6=CEREWET.
Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlulah mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya, kalau suami bawa makan luar, isteri nak restoran yang kelas2 dan ada "air-cond" aje.

C7=CINCAI.
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr. Fadzilah kata suami paling benci bila isteri jaga anak cincai. Anak dah masuk longkang tapi mak masih dok lepak depan tv/pc lagi.

C8=CUAI.
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai, terutama apabila ianya melibatkan masa. Misalnya apabila suami kata nak keluar pukul 3, tapi isteri masih belum siap2 lagi. Lelaki benci/bosan untuk menunggu lama2.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi, kita insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sikap suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C itu.

p/s: Renung2kanlah dan selamat beramal... (yang belum kawen dan yang tengah teruja nak kawenpun bolehlah merenung bersama2...)

Saturday, September 5, 2009

BREAK n BRAKE....WATCH OUT...!!!

Assalamualaikum.....

Cerita ini hanya sesuai dibaca oleh orang yang TIDAK PUASA sahaja. Kepada sesiapa yang sedang berpuasa, anda dilarang sama sekali untuk membacanya.. Huahuahua..



Ini kisah seorang anak lelaki yang diberi peluang untuk pergi belajar ke Amerika untuk dapatkan "degree". Namun, selepas 15 tahun berlalu, dia tak pernah lulus. Oleh kerana sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung kos pembelajaran, ayahnya terpaksa la membawa dia balik semula ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari "airport" ke rumah, ayahnya diam je...(marah la tuu...).

Si anak mula rasa tak selesa. Diapun mulalah berbual dan bagitau kat ayahnya yang Amerika sedang pesat membangun.

ANAK~> Ayah tau tak, kat Amerika tu sekarang ni dia punya teknologi canggih giler. Kalau nak buat sosej, tak payah dah nak sembelih lembu bagai. Masuk je lembu tu dalam mesin, terus keluar jadi sosej.

AYAH~> Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi "advance". Aku, 32 tahun dulu masukkan aje sosej dah kuar sekor lembu. Dah tu menyusahkan aku pulak lembu tu.

ANAK~> Masuk sosej kuar lembu? (Aku ni sosej ke lembu??)

p/s: Aku dah kata jangan baca. Kan dah basah sosej tu. Wakakakaka...

Tuesday, September 1, 2009

RAYA......RAYA.....RAYA.....

Assalamualaikum.....

Takde cerita best. Hanya sekadar letak gambar je. Maklumlah, bulan puasa ni mana boleh merapu sangat....muehehehehe....


Sepasang kain pemberian dari Ween. Macehh banyak2 ya...
(tapi belum sempat buat baju lagi....hehehe...)



Kain pemberian kakak aku. Simple je manik yang aku jahit tu..
(baju raya aku tahun ni....dah lama aku siapkan....ekekeke....)



Seluar untuk anak buah aku. Ada bunga2 lak tu....hehe
(mak aku cakap kain baju melayu ni macam baju artis....kilat2 gitu...)



Rajin aku jahit manik sampai bawah bajupun aku jahit...hehe..



Baju raya aku tahun lepas. Dua2 kain pemberian kazen yang
sangat baik hati...Maceh Pak Tam...(ayat ngampu ni ekekeke...)
(Tahun ni pun Pak Tam bagi kain 3 pasang, tapi aku buat baju mak dgn baju
anak buah. Baju aku belum buat lagi....Jangan marah ya Pak Tam....hekkk...)

p/s: Syukur alhamdulillah atas rezeki ini ya Allah. Terima kasih semua....

Saturday, August 15, 2009

APA ITU H1N1...

Assalamualaikum...

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus
avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi
@ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatut
nya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah
evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang
lebih tinggi di dalam rantaian makanan/manusia. Dan semasa
di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia
menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada
manusia.

JANGKA HAYAT VIRUS.

Oleh kerana ia adalah virus 'air born', ia hanya boleh bertahan
di udara selama 2-8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut
ia tidak mendapat perumah atau 'host' (badan manusia), ia
akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan
"air ventilation" (pengudara) yang baik, akan bersih dari virus
tersebut.

APA YANG PERLU ANDA TAHU? ASAL VIRUS INI...

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadinya
outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO.
Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahukan ia
tercetus di Mexico.

VIROLOGI VIRUS H1N1...

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat
1-4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia
setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan
simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya
hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun
kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit
adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan
seperti demam selsema biasa dan batuk.

CARA SERANGAN..

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin & percakapan.
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema
burung dan SARS). Peringkat awal, ia hanya pada "trakea" jika
tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan
boleh menyebabkan kematian akibat "lung collapse" @ koma.
Ia amat berbahaya pada golongan yang berisiko tinggi.

SIAPA YANG BERISIKO...

1- Orang yang ada masalah obesiti @ gemuk.
2- Wanita yang mengandung.
3- Orang yang ada asthmatic/lelah.
4- Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi
(menjalani operation yang besar, kanak2 yang belum cukup
suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti e.g.
HIV etc).

SIMPTOM2...

Hari 1: Rasa kurang sihat, tidak bermaya.
Hari 2: Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak
turun walaupun telah makan ubat demam).
Hari 3: Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
Hari 4: Sakit dada yang teruk (jumpa doktor dengan segera).
Hari 5 dan ke atas: "lung collapse" atau koma.

LANGKAH2 KAWALAN...

1) Golongan2 yang berisiko elakkan daripada kesesakan
(kawasan yang padat dengan orang ramai).
2) Menjaga kebersihan diri. Basuh tangan selalu dan dengan
betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3) Elakkan diri jika terdapat orang 'batuk, bersin dan kurang
sihat.'
4) Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan
berkumpulan).
5) Jika kurang sihat dan ada ILI (Influenza Light Illness @
selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai.
Jika terpaksa pakai 'mask'.
6) Untuk orang yang SIHAT, elakkan dari kawasan yang padat.
7) Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk
pemeriksaan dan rawatan.
8) Jika SIHAT, JANGAN ke hospital atau klinik untuk check-
up kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9) Tidak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza..!!!
Jika sihat dan mengambilnya akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat2 untuk rawatan jika terkena jangkitan.
Ini kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran
badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10) Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan
hanya untuk "frontliner" sahaja. Dan untuk awam selewat2
nya pada 2010.
11) Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2
makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk
"run test" kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan yang
mereka boleh jalankan ujian, itu adalah tidak betul. Tak perlu
ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12) Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu
untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita ber
doa kepada ALLAH s.w.t. agar bala ini cepat berlalu. Amin..

p/s: Ini adalah sumber taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan
penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di
Pan Pacific KLIA pada 1/8/2009. Moga semua dapat iktibar..
,

Tuesday, June 9, 2009

"PANDEY" vs PANDIR.....

Assalamualaikum...

"PANDEY" vs PANDIR.....

KISAH PAK PANDIR DENGAN KEPANDAIANNYA...

Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak balik ke rumahnya. Entah macam mana di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke benda yang dia jumpa tadi tu benar2 taik...

Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat, Pak Pandirpun mengambil keputusan untuk mengkaji sampel najis tersebut. Pak Pandir mulalah melihat dengan lebih dekat taik tersebut lalu berkata.."Bentuk macam taik je ni..." Lepas tu Pak Pandir pegang pulak taik tu dan berkata..."Lembikpun macam taik.." Kemudian Pak Pandir mengambil sedikit taik tu lalu dihidunya. "Baupun macam taik je ni..."

Namun Pak Pandir masih lagi tidak puas hati dengan kajiannya tu. Oleh kerana masih lagi ragu2 Pak Pandir pun menjilat taik tersebut.......

Dengan tiba2 je Pak Pandir mula menjerit...

"MEMANG TAIK LA....NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK...!!!!"


p/s: wakakakakaka....memang "pandey" la Pak Pandir ni....adesss.....


(HARAP MAAF IJKA CERITA INI MEMATAHKAN SELERA ANDA)

Saturday, May 9, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Aduhhh.....duhhh...duhhh....

Assalamualaikum....

Hari ni aku sakit sangat..... teramat sakit.... Dari semalam badan aku macam tak seimbang.....
sengal2... rasa seolah2 bengkak satu badan... Ni la penangan gastrik.
Mungkin aku silap makan...atau makan lambat sampai dah masuk angin baru nak cari makanan. Aku tak tau mana punca yang sebenarnya...samada dari buah limau lokam, rendang daging atau sayur bayam yang aku makan. Makan sikit je tapi sakitnya sampai melarat ke hari ke-3 dah ni... Adoiii... laaa...
Malam tadi aku tidor awal.... pukul 8 dah lelap. Itupun selepas aku telan ubat demam. Bungkus badan dengan comforter konon nak bagi peluh keluar, tapi tak keluar jugakkk. Degil gak peluh ni.... dah akupun degil sama... hahakkk...
Pukul 3 pagi aku terjaga. Terkebil2 mata tengok jam. Bukak tv, tengok info... Ehhh, ada bola la pagi ni. Tapi mata dan badan tak larat nak teruskan niat tu. Pastu, aku pegi bukak laptop, carik lagu2 untuk blog aku ni... ada wishlist dari kawan2.. Badan masih lagi lemah. Tapi mungkin kerana semangat kawan2 aku teruskan jugak pencarian. Pukul 6.30 pagi aku stop dulu, jumpa DIA...
Lepas siap, aku cari lagi lagu2 tu.... akhirnya ada jugak walaupun agak sangkot. Sangkotpun sangkot laa.. janji ada hehehe....
Menjelang tengahari, badan aku rasa macam dah okay sikit tapi tengkuk masih sengal. Aku mintak tolong anak sedara picitkan kejap. Banyak angin yang kuar, tapi bukan angin pus-pus ye kekeke...
So, petang dalam pukul 2.30 petang aku mula memotong kain. Setelah agak lama aku biarkan kain customer tu tergantung atas kerusi.... Hmmmm.... kena buat jugak walaupun sakit.. sobbss.. Akhirnya dapat gak aku siapkan pemotongan aku tu walau dalam keadaan yang tak selesa... Aminn....
Lepas tu, aku masuk jengok blog aku ni dan aku biarkan kesakitan aku tu kat belakang. Yang penting dapat jumpa kawan2, dapat release tension dah cukup bagus bagi aku....
Aku takde harta untuk aku bagi kat kawan2 aku. Tapi aku sentiasa mendoakan agar korang semua sukses dan bahagia dunia akhirat.... Insyaallah...
Terima kasih teman. Sesungguhnya aku hargai setiap pertemuan ini walau hanya sekadar teman siber...
Cukup dulu setakat ini. Sampai jumpa lagi.... tata... titi.. tutu... hikkk...
Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)