Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

KENALI KAREKTOR ANDA MENERUSI...????

Assalamualaikum...


Kalau kita rajin jalan-jalan, maka dapatlah kita jumpa sesuatu yang baru. Mungkin benda tu baru bagi kita, tapi dah lapuk bagi orang lain. Pada aku samada baru atau lama, itu tak penting. Apa yang penting adalah aku kongsikan apa yang aku jumpa semasa berjalan-jalan malam tadi. Bukan jalan kaki, cuma jalankan jari je... ekekekeke...

Jom tengok apa yang aku jumpa. Lepas tu nilailah sendiri ya. Jangan takde yang nak mengaku dah la... kehkehkeh....

KENALI KAREKTOR ANDA MENERUSI KENTUT...!!!
Haaaaa...??? Hahahahaha....


ORANG YANG TAK JUJUR:
Orang yang terkentut tapi menyalahkan orang lain..
(Ko kentut ehhh... Padahal dia yang kentut...)

ORANG BANGANG:
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam...
(Dok uhhh... uhhh.. uhhh... je kerja dia..)

ORANG YANG BERWAWASAN LUAS:
Orang yang tahu bila harus keluarkan kentut..
(Tabik springgg la kat orang cmni... ;p)

ORANG SENGSARA:
Orang yang nak kentut tapi kentut tu tak nak keluar..
(Kesian ehh lak haaiiihhh... =D)

ORANG YANG PENUH MISTERI:
Orang yang terkentut tanpa diketahui oleh orang lain..
(Ni mesti jenis muka selamba je ni... ahakk..)

ORANG GELABAH/GUGUP:
Orang yang nak kentut, tapi tiba-tiba je dia tahan kentut dia tu..
(Konon-konon ternampak Lady Gaga la tu... terus kentut tu malu nak keluar....)

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI:
Orang yang selalu beranggapan bahawa kentutnya berbau harum..
(Kalau makan telur takde maknanya kentut tu nak wangi...)

ORANG SADIS:
Orang yang terkentut di atas katil tapi selepas tu dia kibaskan bau kentut tu kepada orang/katil sebelah...
(Hampehh je kann... kakakakaka...)

ORANG PEMALU:
Orang yang terkentut tanpa bunyi tapi lepas tu merasa malu sendiri...
(Spesis ya auuwww... auuwww... la ni... kannn.... )

ORANG YANG PANDAI MENYUSUN STRATEGI:
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar orang lain tak dengar bunyi kentut tu...
(Bau kentut tu ko nak sorok kat mana wehhh... hahaha...)

ORANG BODOH:
Orang yang terkentut tapi lepas tu menyedut bau kentutnya sendiri...
(Memang sah la bodoh piang...)

ORANG PELIK:
Orang yang kentut sambil menahan bunyi kentut tu...
(Keluar bunya treettt... tett... tettt...)

ORANG PERAMAH:
Orang yang tak kisah jika mencium bau kentut orang lain...

ORANG YANG TAK SUKA BERGAUL:
Orang yang kalau nak kentut secara sembunyi...

ORANG ATHLET:
Orang yang kentut dengan sepenuh hati...
(Siap meneran sampai keluar urat lagi...)

ORANG JUJUR:
Orang yang mengaku dia terkentut...
(Weiii korang... Aku terkentut laa... kehkehkeh...)

ORANG CERDIK:
Orang yang boleh meneka siapa yang terkentut melalui bau yang dikeluarkan..

ORANG MALANG:
Orang yang nak kentut tapi keluar taik....
Wakakakakakakakakaka.... Memang malang sungguh laa...


Nota Aku: Jangan bagitau orang lain apa yang korang makan. Nanti dia dapat detect bau kentut korang tu... muahahahaha...

Tuesday, September 28, 2010

TIPS MURAH DAN MUDAH UNTUK SAKIT MATA...

Assalamualaikum....


Korang ada bela anak kucing tak..?
Mata dia okay ke..?
Maksud aku, anak kucing tu takde terkena sakit mata ke..?
Selalunya anak kucing yang berumur bawah sebulan ni sering terkena jangkitan sakit mata..
Kadang-kadang tu sampai tak boleh nak buka mata...
Pastu kalau kita yang tolong bukakan mata dia, maka akan terpancut la cecair kotor tu dari mata anak kucing tu kan...
Pernah tak berlaku kat korang situasi macam ni..?


Dah makin kurang dah taik mata dia. Kalau tak, nak bukak matapun tak boleh...



Tak pernah..?
Hmmm.... Kasihan kucing-kucing tu...
Korang tau tak, kalau sakit mata tu dibiarkan berpanjangan, anak kucing tu boleh mati...
Sebab lama-kelamaan ianya akan menyebabkan hidung kucing tu berair...
Kiranya macam selsema laa...
Bila hidung dorang dah kena jangkitan selsema ni, macam mana kucing tu nak menghidu makanan... Kepalapun sentiasa panas je...
Sama juga macam kita kena selsema... Kepala berat je kan...
Pastu mesti hidung kita tu tersumbat....
Nak bernafaspun susah...
Betul tak..???
Dan selera nak makanpun berkurangan...
Asyik meleleh je, nak makanpun susah... Kang tak pasal-pasal ada pulak perisa tambahan... ekekekeke....

Sebab tu ada orang kata, kalau kita nak cepat sembuh dari selsema, kenalah selalu mandi dan basahkan kepala tu sekali.. Macam mandi hadas besar laa.... ahakkk...
Bukannya biarkan kepala tu berkerak dengan daki dan kelemumur...=D

Begitu juga halnya dengan anak kucing tu nanti...
Kalau dah takde selera nak makan...
Badan diapun akan lemah... lesu... tak bermaya...
Kadang-kadang nak jalanpun tak larat..

DULU, aku selalu perhatikan kucing yang terkena sakit mata ni...
Tapi masa tu aku tak tau nak buat apa...
Sekadar main lap je mata dia dengan tisu atau kain basah...
Sebab aku tak mampu nak bawa dorang pergi klinik...
NAMUN cara sebegitu kurang berkesan...
Akibatnya, banyak anak-anak kucing aku yang mati...
Yang mati tu comel-comel pulak tu... :'(
Kalau hodoh tu takde la aku kecewa sangat... ;p
Ehhh... Anak kucing memang selalunya comel.... kannn...
Hehehe...

Alololo... Cejuk ehh... Takpe, kejap je tu...



SEKARANG, aku selalu basahkan kepala anak kucing yang terkena jangkitan sakit mata ni...
Kiranya macam mandikan kepala dia aje laa...
Macam mandi style P.Ramlee... kihkihkih....
Nak mandikan seluruh badan dia, kesian pulak... nanti menggigil kesejukan...
Sedangkan mandikan kepala dia je pun, dia dah gelabah... hahaha...

Caranya: (Dah macam resepi lak haiihhh.... hahaha)
Mula-mula tu kena la buang dulu taik mata yang berselepet kat mata anak kucing tu...
Basuh muka dia dulu, biar senang nak korek taik mata tu....
Lepas tu basahkan kepala dia dengan sedikit air...
Jangan lupa, kelepetkan dulu cuping telinga kucing tu...
Kang masuk air lak telinga dia... dah jadi kes lain pulak nanti.... ;p
Kena basahkan selalu kepala dorang...
Asal ada je taik mata, korang terus mandikan kepala dorang tu..
Jangan tangguh-tangguh lagi...

Kan cantik mata tu tanpa taik mata... =)



ALHAMDULILLAH, sejak aku praktikkan cara ni, takde la lagi anak kucing aku yang mati sebanyak dulu...
Tapi kalau dah sampai ajal dia, mati juga la kan....
Namun, usaha itu perlu...
Tanpa usaha, bagaimana kita nak tau hasilnya...
Betul tak..??


TAPI, jika mata kucing tu masih sakit lagi, masih ada lagi taik mata, eloklah bawa dia pergi klinik haiwan. Takpun, beli je ubat secara online. Kat tempat aku ni, klinik haiwan jauh. Tu yang aku cuba cari jalan alternatif. Nak beli ubat online, takut tersalah beli pulak. Kang makin teruk jadinya. 


p/s: Usaha itu tangga kejayaan. Namun jangan sesekali kita lupa, SIAPAKAH yang berada di balik setiap kejayaan kita itu.. TIDAK akan ada orang yang berjaya TANPA ada orang lain di sisinya walaupun cuma seorang.. Tak percaya..?? Percayalah.... :-)
.

Sunday, September 26, 2010

SKODENG..!!! Seronok ke jadi penskodeng ni ehh..??

Assalamualaikum....


Rajin pulak aku update blog ni kan... Takde benda nak buat, so layan aje laa blog sendiri.. huhuhu... Sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat, tapi MALAS ya amat... haiiihhhhh... Jangan tiru perangai aku yang MALAS ni ya... Tapi kalau nak tiru pun takpe, bukannya selalu mood MALAS ni datang.... sesekali je... ngehngehngeh.....

Sebelum tu aku nak bagitau dulu la ehh... Aku ni sebenarnya kurang minat nak JAGA akuarium ikan ni. Suka tengok ikan kat dalam tu, tapi tak suka nak hiaskan akuarium tu macam orang yang betul-betul minat bela ikan... Maka, kalau korang tengok ada sawang yang setebal 2 inci kat sekeliling akuarium ni, korang buat-buat tak nampak aje la ya... =D

Dulu aku rajin jugak bela ikan pelbagai jenis dan jaga akuarium tu sekali. Namun bila semuanya asyik kojol je, aku jadi malas la pulak. Dah la harga semua ikan tu mahal, lepas tu mati camtu je, rasa rugi lak haiihhh... Akhirnya aku bela ikan puyu je. Itupun mati jugak. Daripada 10 ekor, tinggal sekor je yang hidup sampai la sekarang.. Ralat jugak la bila sekor puyu tu, badan dia dah melengkung dah menandakan betapa lamanya dia duduk dalam akuarium tu mati. Bila dah mati, nak makanpun tak sampai hati. Sudahnya bagi kat kucing je. Masalahnya, kucing kat rumah ni pon tak nak makan ikan puyu tu... So how...???

Akuarium ni saiznya agak besar tapi penghuninya ciput je... Kalau takde haruan tu, tinggal puyu sekor je kat dalamnya bermaharajalela...


Sekarang, akuarium ni dihuni oleh 4 ekor ikan haruan bersama-sama sekor puyu tu. Seronok nampaknya puyu tu bila dapat kawan baru. Ikan haruan ni sebenarnya ada 5 ekor, tapi disebabkan yang sekor ni asyik melompat keluar je, maka mak akupun ambik la dan buat gulai lomak cili padi... hahaha... Kini tinggal la 4 ekor sahaja haruan hasil pancingan anak sedara aku..


Dan siang tadi, sempat la aku merakamkan aksi si Popok yang sedang menskodeng ikan-ikan tu. Leka sungguh dia skodeng. Seronok agaknya jadi penskodeng ni ehh... ;p



Ikan haruan...



Aku kata: Rasa macam nak berhenti je dari melayari internet ni.. Tapi boleh ke...?? Macam dah takde mood je aku ni.... Haaiiihhhh...

HOW TO REMOVE A TROJAN VIRUS FROM A LAPTOP..

Assalamualaikum....

Mata tak boleh nak lelap walaupun aku tidur tak sampai 3 jam. Ni semua gara-gara mimpi kena kejar dek hantu la ni. Ampeh punya hantu. Mungkin hantu Chelsea yang kejar aku tu kot sebab aku tersangat la sukanya bila pasukan 'blue' ni kalah di kaki Manchester City... Tapi takpe, lepas ni boleh tidur sampai tengahari... Jangan ada yang datang mengacau dah laa.. Kang tak pasal-pasal aku pulak yang jadi hantu... hahahaha...

Aku ada sedikit info yang aku jumpa masa aku jalan-jalankan jari tadi. Kalau korang rasa info ni berguna, praktikkan laa.. Kalau korang rasa info ni macam suwey je, just left it behind je la... Senang aje kan... Tak perlu ada konspirasi... =D

Aku copy paste je info ni. Nampak gayanya kena la keluarkan kamus.. Ni la padahnya kalau tak pandai dan tak faham Bahasa Inggeris. Baca tu boleh aje, tapi fahamnya.... hmmmm aje la... huhuhu...


Trojan viruses are one of the most harmful computer viruses that you can contract. There are a number of different ways to remove a virus; however, you do not want to give it any time to damage your computer -- you need to remove it as fast as possible.

1- Restart your computer in "Safe Mode." To do this, press "F8" from the beginning screen when your computer first starts to load.
  1. 2- Press the "Start" button from your computer's desktop.
  2. 3- Slide your mouse ove the "All Programs" tab, then the "Accessories" tab, and finally the "System Tools" tab.
  3. 4- Select "System Restore" from the list of options in the System Tools menu.
  4. 5- Make sure the "Restore my computer to a previous date" bubble is highlighted, and press "Next."
  5. 6- Select a date prior to contracting the trojan virus that you would like to restore your computer to, and press the "Next" button.
  6. 7- Restart your computer, and the virus will be gone as if it were never on your computer.

NAK 1000 DAYA: Jangan banyak sangat alasan boleh tak..??

Assalamualaikum....


Aku baru je selesai tengok bola.. Sambil tengok tu, aku kopek la ikan bilis. Macam tu la selalunya. Kadang-kadang aku lipat kain-baju.. Kadang-kadang aku kupas segala jenis bawang.. Semua ni cara aku untuk menjimatkan masa... ;p

Selalunya aktiviti begini aku buat waktu malam laa sebab waktu siangnya aku buat kerja lain.. Jadi, tak timbul soal tak cukup masa nak buat semua benda ni.. Kecuali la kalau dok ngadap je tv tu tak kelip-kelip mata, memang satu bendapun tak jalan. Ni tak, ada sesetengah orang tu kalau tengok cerekarama siap melangot tak bergerak-gerak dari depan tv tu. Ada yang sanggup tahan nak kencing tu...!!! Apa ke halnya.. Kan ke bagus sambil menonton tu ajak anak-anak sekali tolong lipat baju ke... buang taik bilis ke... Takde la nanti tergocoh-gocoh nak kena buat semua benda.. Lepas tu nanti mula la merungut, cakap semua kerja dia nak kena buat seorang padahal dia sendiri yang tak pandai nak curi-curi masa. Yang peliknya, tak cukup masa nak buat kerja rumah, tapi ada pulak masa nak mengadap fesbuk... siap main game lagi tu mengalahkan anak-anak dia lak... Isshhh... isshhhh... issshhhh.... isteri siapa la tu gamaknya yaa... =D

Seronok la mak aku ni.. Boleh main cekot je sesedap rasa... kehkehkeh...


Aku memang praktikkan benda ni dekat anak-anak sedara aku yang masih kecik ni terutamanya yang perempuan laa. Kalau dorang balik sini, aku akan ajak dorang buat benda-benda camni. Sambil-sambil tu aku bercerita la kisah apa-apa je, asalkan dorang tak berganjak dari situ. Kadang-kadang aku akan cakap siapa yang rajin tolong, nanti dapat aiskerim apa je yang dorang nak. Alaaa, berapa sangat la nak beli aiskerim tu kan.. Tak habispun 10hengget. Kadang-kadang 5hengget je dah cukup. Bukannya selalupun kopek bilis atau kupas bawang ni. Yang bagusnya, ada di antara anak-anak sedara aku ni lebih suka makan aiskerim yang murah berbanding yang mahal.. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak masuk dalam pinggan makcik dorang ni kannn... hikhikhik...

Sebenarnya aku takde idea nak tulis cerita apa. Cerita yang aku buat siang tadi hilang camtu je gara-gara line tenet yang kejap ada, kejap takde. Sudahnya, keluar la cerita yang entah apa-apa ni haa..... =D

***Macam la selama ni cerita aku ada apa-apa yang menarik.... huahuahua...


Aku kata: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (pintas.. ;p). Di mana ada tanda larangan, di situlah ramai yang bertandang.... Errrr.... =)))

Friday, September 24, 2010

BULI: Akupun boleh gak jadi pembuli... hahaha...

Assalamualaikum...

BULI: Akupun boleh gak jadi pembuli... hahaha...

Boring lak rasanya hari ni. Badan aku sengal semacam je. Dua tiga hari ni aku banyak menghabiskan masa dengan menternak lelemak je... huhuhu.... Ada yang jeles ke.... hikkk...

Untuk menghilangkan rasa boring ni, akupun apa lagi. Mulalah mencari mangsa untuk aku buli. Mangsa kali ni adalah si Popok... hahaha.. Abeh tu, dah dia ni asyik menyelit je kerjanya. Mana aku lepak, situ la dia menyelit. Pastu dok sondol-sondol muka aku dengan muncung dia tu. Dah la mulut tu busuk.. eeeiii... Rasa macam nak sembur ridsect je kat mulut dia tu...

Sedang berusaha untuk meloloskan kaki dari penyepit rambut tu... =)

Aku ni takde la buli yang teruk-teruk. Setakat buli-buli manja tu boleh la... kehkehkeh... Buktinya, takde sedikit calarpun kat Popok tu...

Alololo... Teringin nak pakai crown ke... ;p

Sian dia jadi mangsa buli... Muka toyer semacam je... hahaha....

p/s: Takde mood laa... Nak gelakpun malas... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)