Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, December 9, 2011

Jangan marah haa... hikk....

Assalamualaikum...

Jangan marah haa... hikk....

Kali ni nak tepek balik semula gambar makanan.. Sebenarnya ada sedikit cerita mengenai makanan ni.. hehe..

Cerita pertama... ecehhh... ahahaha... 

Sehari sebelum kakak aku balik dari mengerjakan haji hari tu, aku dapat satu panggilan daripada makcik aku. Dia bagitau yang petang nanti, sorang lagi makcik aku bersama dengan anak dan cucunya nak datang ke rumah kakak aku ni. Dia tau kakak aku belum balik lagi dari Mekah, tapi dia nak datang juga sebab nak jumpa mak aku.. Kebetulan masa tu makcik aku tu sedang berada kat kawasan berdekatan, tu yang dia nak menjenguk tu..

Maka, akupun terpinga-pinga la sekejap sebab tak tau nak buat kuih apa untuk dijamu kat dorang nanti. Tak kan la nak bagi biskut kering je, kan.. Tambah-tambah lagi dorang dah bagitau nak datang. Lain la kalau dorang datang mengejut. Kalau kat rumah sendiri, senang sikit aku nak prepare sebab barang-barang kalau takde, kedai dekat je nak pergi beli. Ni kat rumah kakak aku, buntu la sekejap jadinya... Bukan apa, kadang-kadang aku segan juga nak gunakan barang sesuka hati kat rumah ni walaupun ni rumah kakak aku sendiri.. Sebenarnya kakak aku tak kisahpun, cuma aku je yang segan.. ehehh...


Kena makan gunakan sudu... hihihi...

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk buat puding jagung je memandangkan semua bahan ada. Tapi...Tapi... Tapi... Telur pula yang tak ada...!!! Ahh, sudah... !! Camno aku nak buat ni sedangkan resepi puding tu memerlukan dua biji telur. Ni sebijipun takde... Adehh, rosak program. Memula tu ingat memang tak jadi nak buat dah, kiranya macam givap la sebab bahan tak cukup syarat. Namun, aku teruskan jugak buat puding tu tanpa menggunakan telur.. hahahaha.. Nasib la, kalau jadi, jadi la.. Kalau tak jadi, tak jadi la.. Dalam hati tetap berdoa agar puding tak bertelur ni menjadi..


Lembik dan tidak kenyal seperti biasa sebab tak letak telur... :P

Belumpun sempat aku masukkan puding tu dalam peti sejuk, makcik aku tu pun sampai. Adehhh, lagi la gelabah campur malu aku dibuatnya. Tapi, aku hidangkan jugak puding tadi, siap dengan bekasnya sekali sebab puding tu tak mahu keluar. Kalau paksa keluar jugak, puding tu akan jadi sempong macam dalam gambar kat atas tu haa.. Sempong sana sini.. hohoho... Maka, makan la dorang puding tu dengan sudu sebab puding tu tak kenyal, susah nak pegang dengan jari. Rasa puding tu okay je, cuma lembik je la sebab takde telur... Mujurlah dorang suka.. Banyak juga yang dorang makan.. Alhamdulillah... Takde la kena campak bagi kat ayam... hihihi...

Cerita kedua lak... hohoho...



Tiga hari selepas kakak aku balik, abang aku dari JB lak datang dengan isteri dia. Dia bawak sekali otak-otak Kempas ni. Banyak pula yang dibawanya tu. Ada la dalam tiga bungkus. Mungkin sekitar 50 keping dalam satu bungkusan tu kott... Lepas tu, kitorangpun apa lagi. Bakar terus otak-otak ni sebab kebetulan belum di masukkan ke dalam freezer lagi. Berasap la jugak ketiak nak menghabiskan membakar satu bungkusan tu... kehkehkeh..


Luaran je nampak macam hangus, tapi isi kat dalam tak rentungpun... Sodaaapppp...!!!


Itu je kot cerita yang tertunggak dalam bab makanan ni.. Ehh..., lauk sotong campur ni baru je aku masak sekejap tadi. Ingatkan malas nak masak sebab takut membazir je, takde orang nak makan. Tapi bila memikirkan ada dua orang anak buah kat sini, masak la jugak sikit.. Sekurang-kurangnya jika dorang lapar, lauk dah sedia ada dah. Tapi simple je la lauk tu.. Jadi la, ya tak.. Rezeki juga tu, kan... :)


Masak cincai-cincai je.. Maklum la, aku bukan pakar dalam bab masak memasak ni...  


p/s: Kalau rasa entry ni memboringkan, tak payah la komen ya.. Segan lak aku haiihhh... hikkkk...

Thursday, December 8, 2011

Antara kelapa, limau kasturi dan markisa...

Assalamualaikum....

Antara kelapa, limau kasturi dan markisa...


~ Kelapa ~



~ Limau kasturi ~



~ Markisa dan kawan-kawannya ~

~ Akar pokok orkid yang sama-sama menumpang atas pergola ~


~ Kacang botol(r) dan pokok anggur juga turut menumpang ~


~ Bunga markisa, Sangat cantik tatkala berkembang ~


Jeles betul aku tengok orang yang ambil gambar yang cantik dan terang dengan kamera dorang yang canggih dan gempak macam Kak Pah, Gadis BungaCikgu EQ dan Lynda ni.. Tu yang aku tepek gambar dari kamera enpon cap ayam aku ni... huhuhu...

Takpe, azam nak membeli tu masih ada lagi.. Cuma semangat untuk mengumpul dana tu yang selow sangat jalannya... Asal terkumpul sikit je, aku pergi beli novel.. Dah banyak kali dah macam ni... kihkihkih...

Kalau pinjam kat TEKUN boleh tak ehh... hikkk... Tak tergamak pulak aku nak meminjam ke sana sini semata-mata nak beli kamera... Membeli dengan duit sendiri, hasil titik peluh sendiri lagi puas rasanya...  :-)

p/s: Antara kelapa, limau kasturi dan markisa ~> Kesemua buahnya boleh dijadikan minuman ataupun jus.. Sedapppppp.... ;)

Wednesday, December 7, 2011

Buang lemak di Taman Awam Nilai.. :P

Assalamualaikum...

Buang lemak di Taman Awam Nilai.. :P

Petang kelmarin aku pergi ke Taman Awam Nilai ni dengan mak, kakak dan dua orang anak buah aku. Mulanya segan nak pergi sebab kakak aku tak ikut. Lepas tu, dia kata dia nak pergi sebab nak temankan anak dia yang nak berjogging kat situ. Tu yang aku ajak mak dengan anak sedara aku yang sorang lagi tu join sekali.. ;)



Taman Awam Nilai ni letaknya bertentangan dengan Pasar Awam Bandar Baru Nilai.. Nak kata betul-betul berhadapan tu, takde la sangat.. Kiranya sipi-sipi je kedua tempat ni bertentangan.. Orang yang duduk kat Nilai tentu tau tempat ni kot.. Kalau tak tau jugak, sila pindah pergi tempat lain... hahahaha...


Parking yang agak luas dan seekor penunggu yang buat aku terloncat-loncat dek kekejutan... hahaha..


Kemudahan seperti tandas yang selesa ada disediakan. Selesa sebab aku tengok dari luar macam luas je tandas tu.. Tahap kebersihan tandas ni aku tak pasti sebab aku tak sempat nak masuk.. kehkehkeh... Surau tu aku tak pasti ada ke tidak. Kalau ada tu, memang thumbs-up la kan.. Tapi kalau takde tu, kena la di-adakan jugak.. ADUN Nilai, sila ambil perhatian..  :-)




Aku pergi bukannya untuk berjogging pun. Bukannya aku ada kasut sukan. Kalau ada, boleh jugak aku asah skill pecutan aku yang dah berkarat sepuluh inci ni haa... hahaha... Maklum la kan, dulu pernah jadi sprinter 100 meter.. ehehh... So, aku dengan anak buah yang sorang ni just jalan-jalan pusing keliling sambil ambil gambar je.. Orang lain sibuk berkejaran berjogging sesama mereka, aku pulak sibuk dok klik sana, klik sini... kehkehkeh..


Last round... Mau penuh setengah baldi dengan peluh untuk menghabiskan satu pusingan... hikhikhik...


Ramai juga orang yang datang petang-petang macam ni.. Kalau hujung minggu atau cuti umum, mungkin ramai lagi kot yang datang. Macam-macam permainan boleh dilakukan. Untuk kanak-kanak, ada disediakan gelongsor dan kaum kerabatnya.. Kalau nak main bolapun boleh sebab padang disediakan. Nak main sepak takrawpun boleh sebab ada je yang main. Nak main badmintonpun boleh dan nak main bola keranjang atau bola jaring atau seangkatan dengannyapun boleh. Pokok pangkalnya kita je la.. Kalau badan berat atau malas nak bergerak, apapun tak boleh.. hahaha...




Teringin nak masuk dalam gelongsor tu.. Kalau nak kena pam keluar, sila la masuk... ahahaha...


Prasarana (ecehhh.. ayat tak boleh blah.. hahaha...) kat sinipun cantik jugak. Cuma ada beberapa tempat tu dipenuhi lalang. Mungkin tak sempat nak mesin lagi kot.. Kalau ada banyak lagi bunga yang berwarna-warni di sekitar trek berjogging tu, aku rasa lagi ceria taman ni. Dah namanya wanita Melayu, mana mungkin boleh lari dari bunga-bungaan segar.. ngeeeeeeee.......



Macam dah kurus sikit kaki tu, kan... ahakkk....


Tepat pukul 7 petang kitorang mula bergerak balik. Sebelum tu, aku dengan model aku tu pekena aiskrim dulu. Konon-kononnya nak cover balik peluh yang terbuang tadi tu la.. Kalau macam ni, sampai bila-bilapun lemak tak surut.. ekekekeke...


Punya la tekun buat kerja... :P


p/s: Jom lumba lari jom... Orang Nilai mesti terer bab lari-lari ni, ya tak..? Konpem aku tertinggal kat belakang sekali... hahahahaha... 

Tuesday, December 6, 2011

Terasa sangat dihargai.. :-)

Assalamualaikum...

Terasa sangat dihargai.. :-)

Terasa sangat dihargai apabila seorang penulis novel yang sedang meletup ini datang menjenguk dan meninggalkan komen kat entry aku sebelum ini.. Bertambah terharu apabila beliau meng-add aku kat fesbuk... Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada novelis Melur Jelita yang sudi singgah kat blog buruk aku ni.. Aku sangat-sangat menghargainya... ^___*

Sebelum ni, aku pernah juga buat promosi tentang novel atau buku yang aku baca. Namun, takde pula penulis tu datang menyinggah.. Kiranya novelis Melur Jelita ni benar-benar menghargai para pembaca/pembeli novel beliau... Malahan, Melur Jelita ni peramah orangnya tatkala aku berkesempatan berborak dengan beliau kat fesbuk.. :)

Lagi terharu dan terasa sangat dihargai bila Melur Jelita panggil aku adik jelita... Rasa macam nak pitam sepuluh saat.. kihkihkih...


p/s: Bertambah-tambah terharu bila kawan-kawan blogger yang lain turut sudi meninggalkan komen kat mana-mana entry kat blog aku ni. Terima kasih banyak-banyak kepada semua... Terasa sangat dihargai... Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.. :-)


***************

Mujur Dhia hidup balik... hikhikhik... 

Monday, December 5, 2011

Awak suka saya tak..?? Kalau awak suka, sayapun suka jugak... hehehe..

Assalamualaikum...

Awak suka saya tak..??
Kalau awak suka, sayapun suka jugak... hehehe..


Rasa macam dah lama je aku tak hapdet blog buruk aku ni.. Begitulah, bila kemalasan dan kelemauan mula melanda serta ideapun takde, satu apapun tak menjadi... Semuanya bersatu menjadi satu iaitu MALAS... MALAS yang teramat sangat.... kehkehkeh....


Sebenarnya ada juga benda yang nak diceritakan seperti rasa tertipu semasa membeli Tutti Frutti hari tu dan beberapa kejadian lain. Kena tunggu mood mencanak naik la baru nak buat entry pasal semua tu kot.. hehe..


Kali ni aku nak buat promosi pasal sebuah novel yang aku beli kat kedai buku Popular, kat Jaya Jusco Seremban 2, semalam. Sebenarnya aku beli empat buah novel. Yang tiga lagi tu aku beli kat MPH Store, kat Jaya Jusco tu juga. Ranap juga la duit aku dalam seratus lebih... huhuhu... 


Tapi takpe, novel yang aku nak promotkan ni memang berbaloi sangat sebab isi ceritanya yang sangat-sangat best dan sesuai dengan jiwa aku . Terima kasih kepada penulisnya iaitu Melur Jelita yang begitu pandai menyusun kata-kata untuk dijadikan satu garapan yang menarik. Membaca novel Awak Suka Saya Tak..?? ini seakan membaca karya sendiri je sebab cara penulisan dalam novel ni macam cara penulisan aku..!! Perasan sekejap.... muahahaha.... Cuma, jalan cerita novel ni tak sama langsung dengan jalan cerita hidup aku.. Kalaulah ada persamaan sikit-sikit, lagi la melonjak keperasanan aku tu... hahahahaha...


Untung siapa yang ada member card.. Aku je yang takde member card ni.. 


So, bermula daripada pukul sepuluh malam tadi, akupun memulakan sesi membaca novel setebal lebih kurang dua inci ni. Ada 1056 mukasurat yang perlu dibaca dan setakat ini aku dah baca sampai muka surat yang ke 840 sehingga pukul empat pagi...!!! Sepanjang membaca novel ni, airmata aku asyik mengalir je.. Sekejap aku ketawa, sekejap lagi aku menyeka airmata.. huhuhu... Tak tau berapa kali aku menangis.. Sadis woooo....


Dalam menangispun, aku tetap teruskan pembacaan sebab nak tau kisah seterusnya. Menyelak dari satu bab ke satu bab tanpa jemu... hahahaha.. Punyalah teruja dengan jalan ceritanya sampaikan terasa sayang nak berhenti membaca. Tapi, terpaksa juga la berhenti sebab matapun dah berat.. Kang tak faham lak apa yang dibacakan.. Bila dah tak faham, macam mana nak ada feel, ya tak..? Hikkk.....


Tak sia-sia melabur RM35 untuk sebuah bacaan yang sempoi...


Bangun pagi ni tengok novel tu takde kat sebelah aku...! Kelam kabut aku mencari.. hehehe... Rupanya kakak aku yang baca sebab diapun kaki novel jugak.. Konpem lepas ni dia akan beli novel ni untuk dijadikan koleksi novel kat rumah dia ni... Konpem punya la.... ahaha...


Salah satu lagu yang ada kat dalam novel ASST ni.. Kredit kat aku sendiri... ;)


Kepada Lynda dan Kak Erna yang suka membaca novel, bolehlah pergi cari buku ni kat kedai buku Popular kat Jaya Jusco Seremban 2 tu sebelum kehabisan stok. Semalam masih banyak lagi buku ni. Esok lusa rasanya sold out dah kot... Cepat rembat sebelum terlambat... hehe..


Jangan tanya aku sinopsis novel Awak Suka Saya Tak..?? ni.. Kalau tanya juga, jawapan aku ialah beli je terus.. Novel Ombak Rindu banyak juga tapi tak tau la kenapa aku tak teruja untuk merembatnya... Tak teringin pula nak baca buku tu.. Mungkin lain kali kot... :P


Salah satu lagu yang ada dalam novel ASST ini... Cair sekejap, dua kejap, tiga kejap, kejap-kejap tengok Hilman Yong ni... ehehh...


p/s: Awak suka saya tak..?? Please la suka... kehkehkeh...

Friday, December 2, 2011

Jangan hidup seperti lalang..

Assalamualaikum...

Jangan hidup seperti lalang..



Ramai di antara kita yang suka sangat mengikut telunjuk orang lain seolah-olah tidak tahu untuk membuat keputusan sendiri. Tidak salah jika bertanyakan pendapat mereka kerana jika ada pelbagai pendapat serta pandangan dari mereka, peluang untuk kita memilih dan membuat keputusan itu menjadi semakin luas. 

Namun begitu, kita kenalah pandai untuk memilih pandangan yang menepati kehendak kita sendiri, kerana jika tersalah pilih, yang luas tadi akan bertukar menjadi sempit dan berkemungkinan juga menjadi semakin menyulitkan... Sebab itulah kita dianjurkan untuk mengerjakan solat sunat istikharah jika tersepit dalam membuat pilihan.. 

Tersepit jari, terasa sakit di jari itu sendiri.. Tersepit hati, seluruh jiwa seakan pergi... 

p/s: Semoga hidup kita tidak menjadi seperti lalang... :-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)