Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 19, 2012

Po.... Pi.... Aaaa........ :-)

Assalamualaikum...

Po.... Pi.... Aaaa........ :-)

Malam tadi aku buat popia ni dengan anak buah aku.. Mula-mula masakkan dia punya inti dulu.. Lepas tu kena la tunggu sejuk dulu, kan.. So, sementara nak tunggu dia sejuk tu, aku layan dulu episod akhir drama Bukan Bidadari.. Alaaa.... Drama pasal suami gila tu laa... Hensem tapi gila.. huhuhu.. Biar buruk rupa asalkan tidak buruk perangai.. ehehh...

Popia ni aku buat untuk kenduri Sabtu ni... Buat nambah-nambah mana yang kurang... Nak jamu jiran yang datang merewang... Nanti kakak aku bawa balik karipap dengan kuih kacang.. All frozen made by mak datin kat Labu tu... :-)

So, kat bawah ni dia punya gambar.. Layankan aje la ya... Tak tau nak cerita apa dah... Tetiba je jadi pemalu... Kehkehkeh....



Kulit popia ni melekat.. Kuku aku lak pendek.. So, guna pisau untuk tarik kulit tu..


Dah tinggal sikit dah inti dia.. Mula-mula tadi penuh satu tapis tu.. Aku buat inti sayur je dulu sebagai permulaan.. :-)


Cara-cara melipat oleh anak buah aku.. Dia punya lipatan elok je cantik sama panjang.. Aku punya lipatan ada panjang, ada pendek.. Nampak bebenau tangan takde seni.. hahaha...


Ni la dia hasil lipatan anak buah aku tadi...


Aku tukang masukkan dalam plastik... hehehe... 


p/s: Nak test market je dulu ni.. Kalau ada komplen dari orang yang makan tu nanti, boleh la diperbaiki dari masa ke semasa... Komplen takpe.. Kutuk jangan.. ehehh...

Tuesday, September 18, 2012

Ini bukannya majlis kawen aku.. :P

Assalamualaikum...

Ini bukannya majlis kawen aku.. :P

Pagi Sabtu hari tu (15 September 2012), aku, mak aku dan abang aku ke Gombak untuk menghadiri pernikahan anak buah merangkap cucu sulung mak aku.. Tarikh nikah bersamaan dengan tarik lahir dia sendiri.. Dia dapat orang Gombak.. Sebelum tu kami singgah kat rumah sepupu di Taman Melawati sebab semua berkumpul kat sana sebelum majlis akad nikah lepas Zohor..

Seterusnya, kami berkonvoi ke masjid simpang tiga berhampiran Taman Greenwood tu untuk solat Zohor. Masa ni hujan punya la lebat.. Risau jugak ni.. Mujur la pukul dua tu hujan dah mula berhenti dan kamipun mula bergerak menuju destinasi.. 

Majlis berjalan dengan lancar.. Sekali lafaz je, sah jadi laki orang dah.. haha.. Aku duduk kat luar je sebab ruang tamu rumah pengantin perempuan tu dah penuh dengan orang. So, aku tak tengokpun masa akad nikah dijalankan.. Boleh je nak tengok, tapi aku malas.. Lebih-lebih lagi lepas tu ada adegan airmata.. Lagi la aku malas nak tengok.. Letih la asyik nangeh je.. ehehh... Aku cuma ambil sekeping je gambar masa nikah tu.. Itupun ambil dari jauh je.. Lagipun dorang dah ada photographer sendiri.. 

Semalam majlis resepsi.. Usai je majlis, kamipun terus balik sini.. Perjalanan jauh, kena la bergerak awal.. Lagipun yang bawa kereta tu abang aku.. Ni la first time dia drive jauh.. Selalunya drive sekitar bandar kat sini je.. Nanti kalau balik lewat, takut sampai malam pulak.. So, sampai sini dalam pukul lima setengah petang.. Alhamdulillah, selamat sampai..

Balik sini dah ada tugas menanti.. Mujurlah sorang anak buah aku dah habis belajar.. So, dia tengah cuti sekarang ni.. Tu yang aku ajak dia balik sini sekali tu.. Ada jugak orang yang boleh tolong aku kat rumah ni untuk majlis pada Sabtu ni.. 

Kat bawah ni sebahagian dari apa yang telah kami kerjakan.. Oh ya, gambar pengantin aku tak kongsi kat sini ya.. Kena la jaga privasi orang... Mana boleh main tayang je... :-)


Mula-mula buat kotak... Mujur la tak banyak... Dan mujur la ada dua orang anak buah ikut membantu...


Isi marshmallow dalam plastik.. Masing-masing ada tugas sendiri... 


Menunggu giliran untuk disepit...


Nasib baik ada benda alah ni.. Kalau tak, jenuh la dok bakar plastik tu guna lilin..


Mengira berapa yang dapat... Takde la banyak manapun.. Just buat syarat je... :-)


Bilik aku yang dipenuhi dengan barang... Tumpang sekejap je.. 
Telur belum masuk dalam sarung lagi tu.. huhu...
Telur impot dari JB iaitu telur pindang buatan kakak ipar aku... 


p/s: Aku tak jemput sesiapapun dari kalangan kawan-kawan aku untuk majlis hari Sabtu ni.. Minta maaf ya.. Lagipun ini bukannya majlis kawen aku... kehkehkeh...

Thursday, September 13, 2012

Dah bersawang dah...

Assalamualaikum...

Dah bersawang dah...

Ni mesin jahit aku.. Dah lama beli.. Dah lama jugak tak digunakan... Tu yang penuh sawang tu... Sian dia dianaktirikan.. Huhuhu...




Mesin ni aku beli masa aku kerja kat KL dulu.. Aku beli tapi mak aku yang bayar... RM700 cash... Mana aku nak cekau duit sebanyak itu, kan.. Dah la kerja kat kedai jahit tu gaji dia ciput ya amat... RM250 sebulan.. Cukup ke hidup kat KL dengan gaji macam tu..? Nak makanpun kena keluarkan duit saving... Itupun mujur ada saving masa kerja kilang dulu.. Buatnya takde, makan sawang je la gamaknya.. ehehh... *boleh je beli guna duit sendiri yang ada kat dalam saving tu, tapi sayang nak keluarkan.. ehehh... Duit tu untuk kecemasan..




Ada sebuah lagi mesin macam ni kat rumah.. Aku sayang mesin tu.. Itulah mesin pertama yang aku guna.. Aku jaga elok-elok.. Yang tu dah boleh masuk kategori antik dah tu.. Mak aku kata mesin tu sebaya umur kakak aku.. Aku suka jahit guna mesin tu sebab bunyi dia tak bising dan dia smooth je.. Tapi mesin tu dah rosak.. Tak tau apa masalah dia.. Mungkin sebab tali yang dah loose.. 

p/s: Mesin bersawang, takpe, boleh cuci kasi bersih.. Otak bersawang, makan tahun la nak berkilat balik... adehh...

Wednesday, September 12, 2012

Orang perempuan, jangan nak manja sangat, okay...

Assalamualaikum...

Orang perempuan, jangan nak manja sangat, okay...


Orang perempuan ni kadang-kadang manja dia tak bertempat.. *aku tak manja, aku brutal.. Tak tau la samada manja ataupun mengada-ngada. Kadang-kadang bila ada benda yang rosak kat rumah dan dia boleh buat benda tu, tapi dia kata dia tak boleh buat.. Tak bagus amalkan sikap macam tu.. Kena belajar buat sikit-sikit sebab kita tinggal dalam rumah.. Lain la kalau tinggal atas pokok, cuma perlu belajar memanjat sampai puncak je... *puncak ke pucuk ehh... eheh...


Kalau ada kunci pintu yang rosak atau spoil macam kat bawah ni, boleh la cuba repair atau ganti sendiri.. Tak perlulah nak panggil tukang untuk buat semua tu.. Ataupun tak perlulah nak bebel-bebel kat suami suruh suami tu repair.. Suami ni pun ada jugak jenis yang malas nak ambil kisah sangat.. Leka la dok ngadap game daripada tengok apa yang dibebelkan dek isteri tu.. Semua nak harapkan si isteri jugak yang buat.. hohoho..


So, orang perempuan jangan risau.. Marilah kita sama-sama belajar menjadi minahgyver.. hehe.. Jimat duit kita.. Pengalamanpun dapat jugak.., kan.. :)


Mula-mula kena la bukak skru...


Bukak for both side.. Batang besi tu jangan pulak dibuang ya..



Hasil yang dapat.. adehh....



Lepas tu, bukak pulak skru kat bahagian ini.. Then, tarik keluar...



Dah melopong dah... Kasi cuci sikit kawasan ni..



Gantikan dengan set yang baru...



Pasang balik... Masukkan dan skru semula..



Pasang juga pemegang tadi.. Jangan lupa untuk masukkan semula batang besi tadi mengikut bentuk yang sedia ada..



Yang lama jangan terus dibuang.. Bukak dan periksa kat dalam tu.. Kalau boleh, letakkan minyak pelincir.. Mungkin stuck sebab minyak dah kering.. Ataupun mungkin spring kat dalam tu yang kering..


Yang lama ni mula-mula aku ingatkan rosak.. Pastu aku check semula.. Tengok okay la pulak.. Pastu, aku pasang kat pintu besi kat dapur aku tu sebab pemegang kat pintu tu cuma ada sebelah je.. Kan dah jimat dah kat situ.. ehehh...


Aku lebih suka buat kerja ni sendiri daripada suruh orang lain.. Itu kalau aku tau buat la, kan.. Kalau aku tak tau buat atau tak berani nak buat, memang aku mintak tolong orang lain la jugak.. Kalau sinki tersumbatpun, aku yang jadi tukang buang lelemak kat dalam saluran pvc tu.. Buat apa nak geli.. Itu semua hasil dari apa yang kita masak..


p/s: Selagi boleh buat sendiri, baiklah buat.. 

Tuesday, September 11, 2012

Alasan dia, tak nak duduk asrama... adehh...

Assalamualaikum...

Alasan dia, tak nak duduk asrama... adehh...

Selamat menempuh peperiksaan untuk semua adik-adik dan anak-anak yang menduduki UPSR.. Semoga tenang menghadapi soalan yang terpampang di depan mata.. 

Anak buah aku ada dua orang yang ambil UPSR tahun ni.. Kedua-duanya lelaki dan sangat kamceng antara satu sama lain terutama sekali bila main game... muahahaha...

Kedua-duanya juga sangat penakut sampaikan nak pergi jamban waktu malampun nak berteman.. Budak lelaki zaman sekarang ni memang penakut agaknya.. Budak perempuan agak berani sikit.. hehh...

Aku dah banyak kali ingatkan kat budak dua orang ni pasal UPSR. Dari awal tahun lagi aku dah bagi warning kat dorang dengan harapan supaya dorang bersedia.. Nak tau dorang jawap apa..? Dorang kata lambat lagi la nak periksa tu, bulan sembilan nanti.. Nah, sekarang dah bulan sembilan dahpun.. Hambek kau.. haha...

Betul la tu.. Kalau dari awal tahun kita dah warning dorang, mestilah dorang kata lambat lagi sebab masih lagi syok main game yang entah apa-apa tu. Pastu bila trial UPSR hari tu, masing-masing buat muka kelat bila aku tanya dapat berapa A.. Macam takut-takut je nak jawab.. Haaa, tau pun takut.. Itu baru tanya je tu.. Belum kena piyat perut, piyat telinga lagi..

Budak dua orang ni cerdik sebenarnya.. Tapi malas nak belajar.. Alasan dorang ialah kalau dapat keputusan yang bagus, nanti kena duduk asrama.. Bila dah duduk asrama, mana boleh dorang nak main-main game lagi, kan... Tu yang buat kitorang hangin tu.. Alasan tak masuk dek akal... Mak masing-masing punya la pujuk, kalau tak nak duduk asramapun takpe la.. Belajar je la biar dapat A.. Nanti boleh masuk kelas pandai.. Pastu dorang menjawab lagi.., huhh, budak-budak kelas pandai tu semuanya berlagak.. Dah la perangai macam samseng.., entah apa-apa je... Yang sorang menjawab, yang sorang lagi jadi tukang bekap.. Macam tu la selalunya.. Banyak betul alasan yang dorang bagi.. adehh...

Punca dorang tak nak duduk asrama selain daripada tak dapat main game tu ialah takut kena ragging.. Anak buah aku ni dah la jenis tak suka bergaduh dengan orang luar.. Kalau bergaduh dengan adik-adik dorang tu selalu la.. Gaduh mulut la.. Kalau gaduh bertumbuk bagai tu belum lagi la.. Kalau ada, aku la yang bagi roti panjang kat dorang dulu.. Cuba la kalau berani..

Masa zaman sekolah dulu, aku teringin sangat nak duduk asrama, tapi tak dapat. Budak-budak sekarang dah dapat peluang duduk asrama tapi tak nak pulak.. Teruk sangat ke asrama sekarang ni ehh...??

p/s:  Apapun, aku doakan moga dorang berdua ni boleh menjawab soalan dengan baik.. Walaupun A bukan penentu segala-galanya.., namun itu adalah permulaan untuk terus melangkah menuju Z.. 

Monday, September 10, 2012

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Assalamualaikum...

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Masa bulan puasa hari tu ramai yang kongsikan info, gambar dan artikel mengenai penderitaan serta kekejaman yang berlaku kepada kaum etnik Rohingya di Myanmar kat fb masing-masing.. Akupun ikut sama berkongsi gambar.. 

Namun begitu, aku tidak ikut sama berkongsi sumbangan ataupun menderma atas sebab kurang percaya dengan segala nombor akaun yang disertakan.. Sekarang ni macam-macam penipuan berlaku dan ramai je orang yang mengambil kesempatan yang ada.. Itu yang buat aku keliru tu.. Berbelah-bagi samada nak menderma ataupun tidak.. Maafkan aku di atas kesangsian ini.. huhuhu..

Namun, baru sekejap tadi, bila aku belek-belek surat khabar, maka akupun ternampak la artikel yang berkaitan.. Kecik je artikel tu... Kalau tak belek bersungguh-sungguh, memang tak akan nampak punya la.. Lepas tu, terus je aku cari artikel tu kat Utusan online.. Alhamdulillah, ada.. Bolehlah aku kongsikan kat sini... Mana la tau kot-kot ada yang ingin menyumbang.. 

Cakap banyakpun tak guna jugak, ya tak.. Apa lagi, marilah kita sama-sama buktikan bahawa kita adalah dari kalangan masyarakat yang prihatin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dua wakil sukarelawan Malaysian Relief Agency (MRA) selamat tiba di Bandar Sittwe, Myanmar pada pukul 6.30 petang waktu tempatan semalam bagi menyalurkan bantuan hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran pertubuhan itu bersama Kumpulan Utusan.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, wakil MRA itu, Mohd. Shahrulazilan Said dan Johari Kan Abdullah juga berjaya memasuki Arakan iaitu kawasan utama pergolakan dengan kerjasama kerajaan Myanmar.

"Kejayaan kami memasuki Arakan merupakan kejayaan besar kerana berbanding misi bantuan lain, mereka hanya menyalurkan bantuan dari pintu masuk sempadan negara itu sahaja.

"Kami menyasarkan bantuan permulaan meliputi keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan garam bernilai RM80,000 disalur kepada pelarian Rohingya di Arakan pada Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tabung kemanusiaan itu yang dilancarkan pada 14 Ogos lalu kini berjaya mengumpul dana sebanyak RM104,857 yang akan disalurkan bagi meringankan kesengsaraan masyarakat Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu mangsa konflik etnik di Myanmar dengan menghulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank di nombor 5640-9820-6365 atas nama MRA - [Sumber]

p/s: Beringat sebelum kena.. Kalau dah terkena, menyesal tak berguna..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)