Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

APABILA ANAK HARIMAU MULA MENGAUM...

Assalamualaikum....


Auuummmmmmm....!!!
Auuuuummmmmmmmmm....!!!
Auuuuuummmmmmmmmmmmm.....!!!

Tiger Witch Pictures, Images and Photos

Tu bunyi anak harimau mengaum tau... ☺☺☺
Kuat bunyinya tu sebab walaupun masih lagi bergelar anak tapi sudah berjaya menangkap seekor burung yang sangat besar dan sombong...

Burung apa...??
Burung murai ke..??
Burung murai nak buat apa... Kecik sangat... Bukannya kenyangpun...
Makan burung murai nanti bebelnya macam murai jugak... ☻
Ni dapat tangkap dan makan burung BAIK PUNYA...
Burung apa lagi kalau bukan BURUNG GARUDA...
ha♫ha♫ha♫ha♫ha♫ha

TAHNIAH untuk pasukan MALAYSIA...
TAHNIAH untuk semua PEMAIN...
TAHNIAH untuk JURULATIH...
TAHNIAH untuk SEMUA yang terlibat...
Atas kemenangan itu, esok korang semua boleh cuti.....
Yabedabeduuuuuuuu.... ♥♡♥
TERIMA KASIH PM... LEB♥U laa...

Dan....
TAKZIAH berjuta-juta kali untuk pasukan INDONESIAL...
Suka-suka je tukar nama MALAYSIA jadi malingsia...
Kurang ajar punya manusia...!!!


Apa kata kita panggil ultraman kasi hentam sama dia.... hahaha...



TAHNIAH sekali lagi untuk semua...
Semoga tahun baru 2011 akan lebih menyerlah lagi dan lebih kuat lagi ngaumannya...
Jangan tidur lagi ya adik-adik... =D



Aku kata: Selamat menyambut tahun baru untuk seluruh rakyat MALAYSIA. Moga kita semua terus dilindungi Allah... Ya Allah, Kau jauhilah negaraku MALAYSIA ini dari segala ancaman jahat...Kau hapuskanlah semua musuh dalam selimut ini Ya Allah... Amin..

Monday, December 27, 2010

INIKAH TANDANYA C♥NTA...???

Assalamualaikum....

INIKAH TANDANYA C♥NTA...???

C♥NTA ohh C♥NTA....
C♥NTA itu sangat luas pengertiannya...
C♥NTA itu sangat besar pengorbanannya...
C♥NTA itu bisa membunuh...
C♥NTA juga amat membahagiakan... ♪♪♪

Dalam C♥NTA ada derita...
Dalam C♥NTA ada gembira...
Dalam C♥NTA ada pura-pura..
Dalam C♥NTA penuh tanda tanya serta prasangka...


dino love icon Pictures, Images and Photos


C♥NTA datang tanpa diundang...
C♥NTA pergi tanpa dipaksa...
C♥NTA sering beralih arah dan silih berganti...
C♥NTA sejati sukar dicari...

Semua makhluk Allah berhak untuk mempunyai rasa C♥NTA itu...
Semua makhluk Allah diberi peluang untuk melahirkan istilah C♥NTA tersebut...
Samada melalui perkataan, ungkapan ataupun perbuatan serta pemberian hadiah...
Serlahkan rasa C♥NTA itu jika ianya benar-benar jujur dan ikhlas...

Terlalu besar nilainya ungkapan C♥NTA itu...
Hingga tak tahu nak kata apa dah...
Terimalah lambang C♥NTA ini dariku untukmu...
☺☺☺
:-:
:-:
:-:
V
Nampak tak?? Tak jelas ehh...
Okay.. Kita zoom-in bagi jelas...
☺☺☺
:-:
:-:
:-:
V
Dah nampak dengan jelas? Lambang C♥NTA yang diukir itu? Serta sebutir permata hasil dari ikatan C♥NTA yang suci dipersembahkan oleh sang puteri ini...
☺☺☺
:-:
:-:
:-:
V
Inilah dia rupanya si puteri serama... Bertelur sebiji riuh sekampung. Kan dah kena kurung... ♫♫♫....


p/s: Ayampun pandai buat ukiran C♥NTA tu... Ni yang rasa tercabar ni... ☺☺☺

Saturday, December 25, 2010

TAHNIAH SEMUA... ☃☃☃

Assalamualaikum...

☎ Kringgg... kringgg ☎ ... Hellooooo...!!!
Bagi la orang yang sedara mara dia atau adik dia atau anak sedara dia yang dapat A lurus buat post dulu. Anak-anak sedara aku tak tau la samada A dorang tu lurus camni┃ataupun bengkok camni ╭ ... Tu sebab lambat sikit nak buat post tu..

Ni baru post untuk anak sedara aku...

TAHNIAH untuk dua orang anak sedara aku yang kedua-duanya dapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR yang lepas.
Seorang dapat B dalam Bahasa Malaysia manakala seorang lagi dapat B dalam Pengetahuan Agama Islam.
Macam mana la boleh dapat B untuk dua-dua matapelajaran tu.
Orang Melayu tapi Bahasa Malaysia tak dapat nak skor.
Orang Islam tapi subjek Agama tersasar.
Tak dapat skor BM dengan cemerlang bukan bermakna tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia... Betul tak?
Tersasar target dalam subjek Agama bukan bermakna tidak faham...
Itu maknanya takde rezeki... ☻

Ni rezeki masa anak sedara habis berpantang dari berkhatan hari tu...

Masih ada masa untuk perbaiki segala kelemahan kerana SPM bakal menyusul selepas ini. So, no more playing stupid games ya budak-budak. Sesekali main nak rilis tension tu takpe.. Jangan lak main game sampai tak hengat masa depan. Dalam SPM takde kuar soalan berkaitan game kat fb tu. Tak tau la kot-kot tahun depan keluar pulak... kan.. Who knows..?

Sebagai ganjarannya, mak aku bagi la sorang sikit habuan kat dorang. Jelez wehhh. Zaman aku sekolah dulu, cuma dapat sepuloh hengget je sebab lulus SRP. Tu pun abang long aku yang bagi. Untung ada yang nak bagi... kann... Sepuloh hengget masa dulu besar nilainya. Macam-macam boleh beli dan boleh kongsi dengan keluarga. Sepuloh hengget zaman sekarang? Boleh beli satay la..., dapat la 18 cucuk satay kajang pak malau kajang berlipat... Mahal giler satay skang ni...

Sumbangan dari mak aku untuk cucu-cucu dia yang nak sambung degree dan master serta yang dapat result PMR.


Aku kata: Tak tumbuh tak melata... Tak sungguh orang tak kata... Ingat nak mengata pasal anugerah skrin tapi malas lak haaiihh. Biarlah wartawan hiburan je yang buat kerja-kerja tu semua. Pastinya meletop nanti. Apapun aku suka suara Kak Dibah yang sangat nyaring dan garing tu..
◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►◄►

Siapa-siapa yang nak buat simbol-simbol bolehlah pergi kat sini:
:
:
V

Dan ini untuk nak dapatkan tutorial percuma:
:
:
V

Wednesday, December 22, 2010

HAPPY TOGETHER WITH HAPPY TREE...♥♥♥

Assalamualaikum...

Layan gambar aje la...
Nak bagi resepi malas la pulak...
Lain kali aje la ya.... =D

Resepinya lebih kurang sama je dengan resepi puding nenas mejik hari tu...
Bezanya kali ni aku gantikan nenas tu dengan coklat chip dan gunakan serbuk dadih perisa cappucino...

Brand Happy Tree... Konpem happy manjang lepas makan nanti... =))


Ikut sukatan cawan ni... Kali ni aku guna 13 cawan air...


Susunkan coklat chips... Konon-konon nak nampak cantik la kann... Tapi... **jengjengjeng...


Pelakon tambahan... Siap dengan aksi menjelir lidah. Ni kalau jadi hero miang sesuai sangat ni... hahaha...


Pandangan dari atas... Yang ni aku masukkan kat dalam loyang je sebab acuan tak mencukupi.


Cantik la sangat... **Tak berapa nak menjadi daaa.... :p


Lagi.... :-)


Aku kata: Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Apa tunggu lagi... Jemputlah makan pencuci mulut ni.. Biar manisssss je mulut tu nanti.... =)

Monday, December 20, 2010

BANYAKNYA HARTA KARUN DIA... =)))

Assalamualaikum...


Apsal la ngantuk sangat ni...
Huwaaarrrggghhhhhh....!!!
Asyik menguap je dari tadi...
Mungkin sebab malam tadi aku tak cukup tidur...
Semalaman memotong kain...
Sementara ada mood waktu tu, teruskan aje la buat kerja...

Hari ni pagi-pagi lagi anak sedara aku buat hal...
Dia berak dalam seluar lagi... huhuhu...
Padahal sebelum tu aku baru je lepas mandikan dia...
Kalau ikutkan dia memang tak nak mandi sebab air kolam tu tersangatlah sejuknya...
Tapi aku mandikan jugak, tak nak manjakan sangat budak tu...



Lepas mandi tu, aku ajak la dia sarapan...
Aku dah keluarkan nugget untuk digoreng...
Mak aku pulak dah siap buatkan lempeng gandum...
Rotipun dah sedia atas meja, dengan biskut marie...

Aku bagi seketul roti kat dia...
Dia makan sikit, pastu dia cakap "oti ni tak shedapp la..."
Aku suruh dia makan lagi...
Dia kata "adik nak aget (nugget)"
Okay la kalau camtu... Aku simpan balik roti dia tadi...
Tak lama lepas tu aku tengok dia mencangkung kat atas kerusi tu...
Aku suruh dia duduk balik sebab takut dia terjatuh nanti...
Lantai dapur tu licin, kerusi tu pun licin jugak...
Tapi dia tak nak duduk, terus je menyangkung...

Akupun tengok la... Cakap kat dia kenapa dia tak nak duduk...
Tup-tup aku nampak seluar dia basah...
Ada air kat atas kerusi tu..
"Laaa... Apsal adik kencing atas kusi ni.."
Dia diam je...
Pastu aku suruh dia turun sambil tarik tangan dia...
Dia macam tak nak bergerak...
Akupun mula la nak angkat dia...
Tup-tup aku bau semacam je...

"Waaaaa.... Ya Allah dikkk... Adik beyak ke..?"
Dia diam lagi sambil tangan sebelah menekup bontot...
Mak aku dah mula bising...
"Dah bosapun beghak dalam suar... Eeeiii..., apo la nak jadi dongan kau ni dikk.."
Aku tarik dia supaya turun...
Rupa-rupanya dah banyak "harta karun" yang terkumpul kat dalam seluar dia tu...
Aku pimpin tangan dia, bawak dia pergi bilik mandi kat luar...
Tak jadi masuk situ, bawak pulak dia masuk jamban...
Sampai tercicir-cicir "harta karun" tu kat depan pintu bilik mandi tu...
Huhuhuhu...
Nasib baik bilik mandi tu kat luar...

Aku suruh dia teruskan misi meneran kat situ...
Sambil tu, aku siram dua baldi air kat "harta karun" yang tercicir tadi...
Tak sanggup den nak kutip harta ittewww.... **yuck...
Selesai tugas tu, aku tenguk pulak dia kat dalam jamban tu...
Aku selesaikan seluar dia yang "berharta" tu... **LOL
Sampai nak termuntah aku dibuatnya...
Punya la busyukkkk...
Lagi busyuk dari beyak si Popok... =))

Tergendala misi aku nak goreng nugget...
Mujurlah mak aku tolong gorengkan...
Selesai je semua kerja, aku ajak balik semula budak tu bersarapan...
Dan diapun makan la nugget tu dengan rasa gembira... =D

Aku kata: Eeeiiii... Tak mayuuuu...!!! Beyakk dalam syuarr.... hahaha....

DAPAT BE LAGI: Tenkiu sayang.. =))

Assalamualaikum....


Yiiihhaaaa...!!!
Aku dapat BE lagi dari Nuffnang...
Tenkiu berimashmellow wahai Nuffnang yang baik hati... **wink-wink..
Walaupun BE aku tak sehebat BE korang yang dapat berbelas-belas BE tu, tapi aku hepi jugak laa... Hepi sangat-sangat ni tau sampai terharu lalu menyebabkan hujan gerimis turun kat luar rumah sekarang ni... hehehe...



Tak tau nak tulis apa dah ni...
Terkedu kejap sebab aii tak sangka akan dapat BE dari Nuffnang ni lagi tau...
Sebab tu takde prepare apa-apa ucapanpun...**perasantan betul la... lol...
Baru je malam tadi aku tengok page Nuffnang ni, takdepun BE tu...
Tup-tup senja nan redup ni, ada la pulak...
Kiranya rezeki aku la tu.. kannn...
Tenkiu again Nuffnang... :)

Sikit je kan jumlah yang aku dapat...
Tu la, dah korang tak nak tolong klik...
Malas la tu... **tak baik tau buat aii macam ni... huhuhu...
Tak pun sebab aku ni tak cantik tertarik lagi de vouge macam model yang ittew, sebab tu takde siapa yang sudi nak klik... sobbbss...
Kalau korang rajin klik, dapat la banyak sikit earning tu...
Boleh la aku pergi makeover...
Konpem meletus lepas make over tu...
Apa yang meletus tu..??
Jerawat batu daaa...
Hahahaha...

Dengan rasa bangganya aku pamerkan BE dan ME yang aku dapat...
Jangan jelezzzzzz tauu.... ngehngehngeh...
::
::
V

Buffered Earnings

Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends
CAMPAIGN NAMEBLOGCTR
BONUS
CURRENT EARNINGCTR
CIMB Clicks Pay and Win SSLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...+RM 0.27RM 1.073.4%
City Chain Titus Xmas LRLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...+RM 0.08RM 0.316.25%

Metered Earnings

CAMPAIGN NAMEBLOGSTART DATECTR
BONUS
AMOUNTCTR
Celcom Bold 3 SSLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...24 Nov 2010+0.271.081.89%
BVI Rapunzel LRLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...15 Nov 2010+0.52.020.60%



Aku kata: Hulurkan tangan, ringankan jari. Sila la klik lagi dan lagi dan lagi... Nanti aku belanja puding jagung ajaib tu ehh... Belanja tengok gambar dan vc aje la... (^__^)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)