Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 3, 2012

Dari Dapur Nyonya...

Assalamualaikum...

Dari Dapur Nyonya...

Aku suka tengok rancangan ni.. Suka tengok celoteh Chef Florence Tan tu... Seronok dengar dia bercakap dengan loghat Baba dan Nyonya dia tu.. Lain dari yang lain... Tapi tu la, aku ni selalu sangat lupa waktu siaran program ni.. huhuhu..

Dalam suka tu, ada jugak benda yang aku tak berapa suka nak tengok yang ada kat dalam program ni.. ehehh.. Biasa la kan.. As a viewer, mesti la kita nak tengok sesuatu yang tidak menyakitkan mata kita. Barulah mulut diam je dan fokus tengok dari mula sampai habis.. Sebenarnya, benda tu kecik je kot.. Tapi mata aku ni macam tak seronok je nak tengok.. huhuhu.. 

Nak tau apa ke bendanya tu..? Benda tu ialah kuku pengacara tu.. Kalau boleh, jangan la panjang sangat sebab diapun ada tolong-tolong masak dan pegang-pegang bahan masakan tu.. Kalau dia tak usik atau sentuh bahan masakan tu, tak kisah sangat.. Even kakak akupun, kalau kuku dia panjang, aku sound direct je.. Aku cakap kat dia, geli la nak makan kalau masak dengan kuku panjang ni.. Walaupun dia kata kuku dia bersih dan memang aku nampak bersih, tapi tetap tak boleh nak terima.. 

Dan lagi satu, rambut pengacara tu, tolong la kepit ataupun sepit sikit.. Biar la nampak kemas dan tidak terjurai-jurai ataupun terkuak-kuak rambut tu.. Yang lain-lain tu cantik dah, tip-top...

Itu je aku nak komen.. Jangan marah haaa... ehehh.. Kat bawah ni dua video yang sempat aku rakam.. Seperti yang aku bagitau mula-mula tadi iaitu terlupa waktu siarannya, maka video diapun aku tak berapa sempat nak rakam semua.. Rugi sebab tak dapat tengok dari awal.. Nak tengok kat tonton tu..? Tak kuasa la haiihh... Banyak sangat karenah kat situ.. Susah sangat nak lepas masuk.. Lebih senang masuk kat Maaduu lagi.. :D



For the next season, boleh tak sertakan resepi penuh untuk setiap masakan yang disiarkan di tv..? Tak best la kalau takde resepi yang lengkap, ya tak.. Tak mampu la kalau asyik nak kena beli buku resepi je... adehhh...



p/s: Bukan kutuk, tapi kritikan membina.. Kalau tak boleh nak terima kritikan, jangan jadi selebriti.. Jadi la selebet macam aku ni... huhuhu...

Monday, July 2, 2012

Grande equipo!!!! Ahora si que hemos hecho HISTORIS de verdad!!!!

Assalamualaikum...

Grande equipo!!!! Ahora si que hemos hecho HISTORIS de verdad!!!!

Entah, aku tak faham apa maksud tajuk entry aku kali ni.. 
Mungkin maksud dia final yang menjadi sejarah kottt...
Sebab dia highlight-kan perkataan historis tu..
Memandai je kan...
Hikhikhik...

Malas pulak nak tanya atok gugel apa makna keseluruhan ayat tu..
Kesian atok gugel tu penat...
Bagi la dia rehat.. ehehh...












Viva Espana.. Tahniah.. 4-0 tuuu...!!! Ek elehh, lebih sudu dari kuah la pulak... kehkehkeh... 


p/s: Betapa bangganya rakyat Spain atas kemenangan pasukan mereka, begitulah bangganya kita jika pasukan kita, Malaysia, menang mana-mana kejohanan besar yang disertai... 


I ♥ MALAYSIA

Jangan berlagak sombong...

Assalamualaikum...

Jangan berlagak sombong...



Jangan berlagak sombong...
Macam katak bawah tempurung...
Walau harta berkarung...
Budi bahasa juga dijunjung...

Jangan menyombong tinggi...
Tidak ada orang yang puji...
Akhir kita yang rugi...
Orang tidak memandang lagi...

Dari itu jaga budi bahasa...
Walau hidup pun hina...
Nama yang baik dikenang juga...

Jangan berlagak sombong...
Macam katak bawah tempurung...
Walau harta berkarung...
Budi bahasa juga dijunjung...



Tak payah nak sombong-sombong sangat la haiihhh.. Tanya sikitpun tak nak jawab... Bukannya tanya hal peribadi punnn.... huhuhu.... Lagipun, siapa la kita ni nak sombong-sombong sangat.. Kita ni hanyalah menumpang di bumi Allah.. Apa yang ada kat kita ni semuanya pinjaman semata.. Dah la meminjam, lepas tu nak berlagak sombong.. Macam pinjam duit PTPTN jugak la.. Dah beriban pinjam, lepas tu memekak tak nak bayar.. Memang tak malu betul, kan...?


p/s: Katak bawah tempurung tu bukannya sombong.. Tapi dia takut jadi mangsa si ular pembelit... Sebab tu la dia lebih suka menyembunyikan diri sebab dia sedar kemampuan dia tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan kemampuan ular tu.. Pendapat aku la.. ehehh...

Sunday, July 1, 2012

Nak jugak catwalk.. ehehh...

Assalamualaikum...

Nak jugak catwalk.. ehehh...

Ye la..
Bagi chance la catwalk kat blog ni..
Kalau dah namanya cat, mesti la nak merasa jugak catwalk macam model, ya tak..?
Dah la guna nama cat, pastu tak bagi lak nak catwalk, pastu takde bagi royalti lak tu... 
Ini tidak adiiiiillllllllll.........!!!!
Saman kang baru tau...
Ehehh...





My name is Teteh...

Ni la namanya takdo kojo caghi kojo.. Ado kojo tocongang-congang.. Jahitan banyak lagi tak siap, masih ada masa nak main-main.. 

p/s: Sian Teteh jadi mangsa.. Rileks la, kannn.... kehkehkeh...

ehhh... ehhh... ehhhh..... 
Ada ladybird la dalam lappy ni... (^____^)

Saturday, June 30, 2012

Puding Karamel 2007...

Assalamualaikum...

Puding Karamel 2007...

Kenapa dinamakan begitu...?
Ada pulak 2007 kat belakang tu...
Nasib baik bukan 007...
Ahakkk...

Nak tau kenapa..?
Sebab resepi ni aku ambil dari sebuah majalah keluaran tahun 2007 tu la..
Tak payah susah-susah create nama resepi..
Dan tak perlu risau ada yang kecoh-kecoh sebab copy paste resepi blogger lain...
Kehkehkeh...

Pertama kali aku buat puding ni.. 
Alhamdulillah, menjadi walaupun pada awalnya agak kalut sikit..
Aku kurang menggemari puding ni...
Alhamdulillah, mak aku suka...
Itu yang penting... 

Sebenarnya dah agak lama aku buat puding ni..
Tapi baru sekarang ada kesempatan nak masukkan kat dalam blog...
Ngeeeeeeeeeeee.......









p/s: Okay, itu sahaja... Terima kasih kerana sudi mampir... :D

Nak resepi tak..?

Friday, June 29, 2012

Dok pehe suguh kawe... (Sekadar luahan perasaan...)

Assalamualaikum...

Dok pehe suguh kawe...
(Sekadar luahan perasaan...)

Ada individu yang buat fanpage dengan menggunakan nama ustaz-ustaz terkenal yang katanya untuk menyemarakkan lagi golongan muda dalam mendalami dan menyukai ilmu agama.. Alhamdulillah, bagus dan secara tak langsung, akupun boleh tumpang menimba ilmu walaupun aku tidak termasuk dalaam golongan muda tersebut.. Pendapat aku, tak salah jika berkongsi ilmu yang boleh memberi manafaat kepada insan lain apatah lagi ilmu berkaitan agama.. 

Masa mula-mula tu memang la page-page tertentu ni banyak post pasal ilmu-ilmuan ni.. Seronok aku baca sebab dari sehari ke sehari aku dapat sedikit ilmu percuma.. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu itu..

Cuma sejak akhir-akhir ni, lebih-lebih lagi dekat nak pilihanraya ni, kebanyakan dari page tu dah jadi macam medan melaga-lagakan orang la pulak gara-gara buat status ataupun post sesuatu yang berlawanan dengan konsep page itu sendiri. Kalau nak post pasal politik, tak perlu la nak gunakan nama ustaz-ustaz ni sebagai nama fanpage hanya semata-mata untuk mengaburi pembaca.. Ianya seolah-olah ada udang di sebalik megi.. Kesian kat nama-nama ustaz yang jadi mangsa.. 

Lagi satu, bila letak gambar macam-macam, gambar orang kena pukul la, gambar orang berdarah la, komen yang masukpun macam-macam jugak la.. Bila ada yang bertanya tentang kesahihan gambar yang di-post-kan tu, takde pulak pihak admin page tu menjawab.. Jangan la macam tu... Orang yang mengomen tu dah bergaduh sesama sendiri, memaki-hamun ikut sukahati, membinatangkan orang dengan lantang, tapi pihak admin dok diam je.. Itu namanya baling batu sembunyi tangan..

Tak baik la macam tu.. Sepatutnya bagi la sumber ataupun link yang berkaitan dengan gambar atau cerita yang disampaikan, tak kira la samada sumber tu dari pihak manapun, then boleh la orang kat situ tengok dan baca apa sebenarnya yang berlaku.. Ni takde satu apapun.. Betul-betul bermain dengan sentimen.. Seronok gamaknya baca komen-komen yang majoritinya penuh dengan maki-hamun tu.. Dok pehe suguh kawe... 


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" - Surah al-Baqarah: Ayat 214

Teringat satu ketika dulu bila ada orang yang post-kan resepi mencarut kat page pasal resepi dan masak-memasak ni, huru-hara page tu sekejap.. Tapi aku dah tak ingat apa bahan-bahan dalam resepi lucah yang dia post tu.. Memang gila la manusia macam ni.. Nau'zubillah...


p/s: Aku masak megi tak pernah letak udang.. Sebab tu takde jumpa udang di sebalik megi.. ehehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)