Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 30, 2013

Bawa ke rumah kakak...

Assalamualaikum...

Bawa ke rumah kakak...


Ni kisah sebelum aku pergi rumah kakak hari Jumaat minggu lepas.. Hari tu tak sempat nak buat entry pasal ni.. Ni yang buat sekarang ni.. hehh...


Sebelum ke Nilai hari tu, kakak aku ada call, dia cakap kat aku suruh aku bawak sekali resepi roti yang selalu aku dok tayang kat fesbuk tu.. Pastu dia tanya aku, apa bahan yang nak disediakan.. So, akupun bagitau la kat dia bahan-bahannya...


Perkakasan yang aku gunakan...


Doh yang dah naik.. Bila tumbuk je, terus mengecut... kehkehkeh..


Petang hari Khamis tu, aku buat dulu dua biji kek pisang yang biasa aku buat tu.. Lepas je masukkan kek pisang tu dalam oven, terus aku sediakan bancuhan yis untuk buat roti pulak.. Aku rasa memang tak sempat kalau nak buat roti kat rumah kakak aku nanti. Jadi, apa salahnya aku buat sendiri roti tu.. Lagi pulak semua bahan dah sedia ada kat dapur aku ni.. Takde alasan la kata tak nak buat, kan.. Malamnya pukul lapan malam, akupun mula la menggentel doh roti ni..











Pukul sembilan malam, akupun mulakan sesi pembakaran roti ni. Kali ni aku bakar guna oven letrik.. Sebelum ni aku bakar gunakan oven dapur gas.. Masa guna dapur gas tu, pembakaran jadi lambat. Roti pulak masak tak sekata.. Bahagian atas tak berapa masak dan bahagian bawah pulak kadang-kadang terhangus sedikit..


Tak pandai lagi nak ejas suhu dan masa... hehh..


Ni pertama kali aku bakar roti gunakan oven letrik ni. Kali ni aku gunakan api atas dan bawah. Aku sebenarnya tak berapa pandai nak ejas oven ni punya suhu dan timing.. So, aku dok main pulas-pulas je la dulu.. hehh.. Sambil tu aku dok pusing-pusingkan loyang pembakar tu untuk bagi masak sekata.. Teringat lak kata-kata sepupu aku yang jual biskut raya. Dia kata memang kena main tukar-tukar tempat loyang tu dan kena pusing-pusingkan dia.. So, aku ikutlah nasihat pakar... hehh..


Dan kat bawah ni adalah sebahagian dari hasil roti yang aku buat. Kali ni aku buat sekilo tepung gandum 1Malaysia tu dan aku uli gunakan mesin besar tu. Tapi bila nak menggentel doh tu, lenguh la jugak tangan aku sebab buat sorang-sorang. Tapi takpe, bila tengok anak-anak buah yang suka makan mini pizza tu, rasa penatpun hilang. Seronok tengok dorang makan sampai kena sorok sikit untuk family yang belum sampai kat rumah kakak aku tu, ehehh. Mini pizza kali ni siap letak keju mozarella lagi. Mahal giler keju tu tapi untuk makan sendiri sesama family, takpe la.. kehkehkeh...



Dalam ni ada sosej ayam...


Pizza aku tapi aku bakar sekali harung.. So, dia punya kulit takde la garing..



Anak buah aku kata ni bentuk jari padahal sebenarnya loyang tak cukup.. hehehe...


Dulang pembakar tak cukup.. So, aku main letak je rapat-rapat.. Hari tu masuk Jusco kat Seremban 2 tu nak cari loyang saiz besar sikit tapi takde pulak nampak.. adehh...


p/s: Memang seronok bakar roti guna oven letrik ni.. Tapi bila dapat bil letrik, gullppp..., telan air liur je la.. huahuahua... Resepi asas ada kat sini ya.. Gula tu boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan jika tak suka manis..

Rembau Most Wanted yawww...

Assalamualaikum...

Rembau Most Wanted yawww...


Hari Ahad lepas (26/5), aku balik Rembau. Mak aku nak pergi kenduri kawen cucu kawan lama dia.. Bergerak dari rumah kakak kat Nilai dah pukul duabelas lebih, sampai kampung dalam pukul satu suku.. Mak aku bajet tau mana rumah pengantin tu tapi sebenarnya diapun tak ingat.. huhuhu...


Kitorang sebenarnya dah lalu kat kawasan rumah kenduri tu sebab tengok banyak kereta parking kat tepi jalan. Tapi disebabkan tak nampak rumah pengantin tu, kamipun patah balik dan pergi ke rumah makcik aku.. Kebetulan anak-anak makcik memang ada balik dan dorang dahpun balik dari kenduri tu.. Lepas tanya kat dorang mana rumah pengantin tu, barulah kami pergi lagi sekali.. Mujur la jumpa.. Kalau tak jumpa, harus balik macam tu je.. hehh...


Ni dalam perjalanan balik.. Berhenti kat traffic light... hehh...




p/s: Kojo tak kuek tapi nak idop sonang, baik poie mampuih dari susahkan semuo oghang.. huhuhu...

Wednesday, May 29, 2013

Perasan bagus...

Assalamualaikum...

Perasan bagus...


Orang yang PERASAN BAGUS akan sentiasa mencari kesalahan orang lain..


Orang yang PERASAN BAGUS memang susah untuk terima pendapat orang lain..


Orang yang PERASAN BAGUS tidak digemari oleh kawan-kawannya melainkan jika dia ada duit berkepok, kereta mewah dan harta melimpah..


Orang yang PERASAN BAGUS suka memperlekeh dan memandang rendah kewibawaan orang lain..


Orang yang PERASAN BAGUS, apabila ditegur, dia akan kata 'jeles la tuuuu.. (dan seumpamanya...)


Orang yang PERASAN BAGUS suka memperbodohkan orang lain.. Tak habis-habis nak kata orang bodoh.. Tak boleh silap sikit.. Asal silap je, terus dapat title bodoh...




Aku tujukan entry ni untuk diri aku sendiri sebagai peringatan agar tidak tersasar.. Moral of the story, janganlah kita nak PERASAN BAGUS sangat (perasan cantik, perasan kaya, perasan bijak, perasan hensem, perasan hebat dan pelbagai jenis perasan yang lain...)


p/s: Bersederhana itu adalah lebih baik dan digalakkan bersederhana dalam segala hal...

**Lama tak update blog sebab minggu lepas aku pergi rumah kakak kat Nilai.. Semalam baru balik sini.. :)

Thursday, May 23, 2013

Sebelum dan selepas sambung...

Assalamualaikum...

Sebelum dan selepas sambung...


Ni adalah kain telekung.. Kain telekung ni cantik bersulam tapi pendek.. Jadi, kastemer aku tu mintak aku panjangkan kain telekung tu sebab dia tinggi orangnya...


Sebelum sambung...


Aku ada jugak kain telekung yang pendek macam ni padahal telekung itu untuk saiz dewasa.. Abang aku beli masa dia pergi Bandung dulu.. Mungkin orang kat sana saiznya kecil-kecil dan rendang.. Tu yang telekungpun saiz macam budak sekolah rendah..


Selepas disambung..


p/s: Kain yang pendek dipanjangkan demi untuk menjaga keselamatan.. Kain yang panjang jangan pulak dipendekkan.. Nanti nampak pulak kepala lutut yang hitam dan kusam tu.. huhuhu...

Survey...

Assalamualaikum...

Survey...


Berapa upah potong kaki seluar jeans. slack atau seluar baju melayu untuk saiz dewasa dan kanak-kanak kat tempat korang ehh..? Potong kaki seluar tau, bukannya potong kaki orang... hehh..


Aku nak buat survey.. Mana tau kot-kot lepas ni aku nak ambil pulak upah potong kaki seluar ni..


Kalau potong kaki seluar adik-beradik memang takde upah la gamaknya.. Nak kena sembur kalau mintak upah... sobsobsob... Kalau ada yang rela hati nak bagi tu, dapat la.. Kalau masing-masing buat derk je, apo nak dikato.. Dapek sakit pinggang yooo laaa.... Huhuhu...




Yang pasti, seluar siapa yang patahkan jarum mesin, akan dikenakan caj tambahan mengikut harga sebatang jarum. Ingat harga jarum mesin industri ni murah ke.. huhuhu... Kalau dua-dua jarum patah, iaitu jarum jahit tepi dan jarum mesin jahit biasa, akan dikenakan double caj tambahan. Aku guna jarum Singer.. Original punya.. 


p/s: Kalau semua benda nak free, nak murah, sampai bila-bilapun aku dok macam ni jugak.. Dah la ini je sumber pendapatan yang aku ada.. Kesian la sikit kat aku ni... huuuuu....

Wednesday, May 22, 2013

Penambahbaikan...

Assalamualaikum...

Penambahbaikan...


Setiap syarikat yang mengeluarkan produk, pasti akan berusaha untuk memajukan produk masing-masing.. Pelbagai penambahbaikan yang dilakukan demi menarik pelanggan untuk melabur dan membeli produk yang mereka keluarkan.. 


Contohnya ialah pek febreze ni.. Dulu kalau nak tuang pek isian semula ni, kita cuma perlu potong kat sudut atas pek tu dan terus je tuang... Kalau kita ni jenis yang tangan menggigil atau jenis yang tak berapa pandai nak buat kerja sebegitu, pasti akan tersasar dan mungkin  banyak isian yang tumpah daripada yang masuk ke dalam bekas atau botol tu...


Siap letakkan warna kuning untuk bagitau kat situ ada straw pendek..


Kini, segalanya jadi lebih mudah kerana kat sudut atas tu sudah disertakan sekali dengan straw pendek sebagai alat supaya isian itu tidak tertumpah lagi... Aku jarang beli febreze ni.. Mungkin dua bulan sekali baru aku beli bergantung kepada tahap penggunaannya.. Nak beli selalu tak mampu.. Bagi aku febreze ni agak mahal jugak la.. Sebab tu guna jika perlu je.. Takde nya nak main sembur-sembur angin macam tu je..




Jika dah ada penambahbaikan sebegini, rasanya harga diapun ikut naik jugak la.. Aku tak perasan pulak harga pek lama dengan harga pek baru ni.. Tapi aku yakin harganya akan ada perbezaan dan kenaikan.. Mungkin berbaloi sebab dengan pek baru ni, kita tak perlu risau isian itu tertumpah sebab dah ada corong yang disediakan.. Kalau tertumpah jugak, mungkin anda ada penyakit parkinson.. huhuhu...


Sama jugak dengan lebuhraya yang kita gunakan.. Nak guna hari-hari kena la bayar tol.. Malahan disediakan tempat rehat yang lengkap dengan tempat makan, tandas, tempat solat dan sebagainya.. Selesa ke kalau nak menggunakan jalanraya yang berlubang sana-sini..? Mesti la tak selesa, kan.. 


Macam susu pekat manis jugak.. Ada tin yang siap dengan penarik tu harga dia memang la mahal sikit daripada tin yang kita sendiri kena tebuk.. 


Aku rasa pengeluar minyak masak yang dalam peket plastik tu patut buat penambahbaikan macam febreze ni jugak.. Rugi jika banyak minyak yang tumpah walaupun minyak tu bukan dari jenis yang baik.. Lagipun bukan semua orang mampu nak beli minyak yang dalam botol tu.. Setitik minyak yang tumpah besar nilainya bagi golongan kurang berkemampuan... huhuhu...


p/s:  Ini bermaksud, setiap penambahbaikan pasti akan berlaku kenaikan kos.. Takkan itupun tak boleh nak fikir kot... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)