Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 12, 2014

Kawal sikit nafsu tu...

Assalamu'alaikum...

Kawal sikit nafsu tu...


Kadang-kadang, bila tengok orang makan macam-macam, rasa teringin jugak nak buat perkara yang sama iaitu makan ikut suka, makan ikut selera, makan ikut hati, makan tanpa peduli apa-apa... Yang penting hepi dapat makan macam-macam dan sedap pulak tu.. Burp..! Kenyang..! Alhamdulillah...


Namun,  apabila teringatkan deretan ubat yang mak aku kena telan setiap hari, rasa teringin nak makan macam-macam tadi tu sedikit demi sedikit beransur pergi.. Hilang terus selera nak melantak yang macam-macam tu.. ahahh.. *mak aku ada diabetes dan darah tinggi tapi dia punya ubat berderet-deret, bukan setakat ubat untuk dua jenis penyakit tu je..



Aku bukan jenis penakut makan ubat.. Aku takut jika sepanjang hidup terpaksa bergantung pada ubat-ubatan.. Rasa macam tak mampu nak disiplinkan diri untuk menelan ubat setiap hari.. Jadinya, untuk apa aku menyiksa diri.. Lebih baik aku cuba kawal nafsu makan itu..


Dan apabila tengok orang yang saiz badan dia terlalu besar tapi makan tanpa mengira had, aku pulak yang jadi takut.. Aku bukan takut gemuk.. Tak kisah la gemukpun.. Aku takut gemuk yang berpenyakit dan penyakit itu berangkai-rangkai.. 



Moga dijauhkan dari sebarang penyakit berbahaya lagi kritikal.. Tapi jika penyakit itu tetap datang, nak buat macam mana.. Redha dalam terpaksa je la... Itu namanya kun faya kun..



p/s: Apa-apapun, cegah sebelum parah; beringat sebelum kena; kawal selagi mampu.. 

ISU DENGKI..

Assalamu'alaikum...

ISU DENGKI..


Dengki ni ada dua kategori... Satu positif dan satu lagi negatif.. Ini menurut persepsi aku la ya..


Dengki yang positif ni ialah apabila kita tengok orang lain berjaya, bahagia dan sebagainya iaitu yang baik-baik sahaja, maka kita akan turut berazam serta berusaha untuk menjadi seperti dia.. Walaupun level antara dia dan kita mungkin tak sama, tapi tujuan ke arah menuju kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan itu yang penting.. Bersainglah secara sihat bukannya bersaing sambil mengumpat.. *wink


La Tahzan..


Dengki yang negatif pulak macam biasa la, dok buruk-burukkan nama kita dan sebagainya.. Alaa, macam yang selalu keluar dalam drama dan novel Melayu tu laa.. hehehe... *padahal banyak lagi yang positif boleh diikut namun yang negatif jugak yang dipilih.. 


Moga dijauhkan segala yang negatif dari jiwa dan minda serta kehidupan kita.. Amiinn... Jika ada rasa negatif tu, tukar kepada positif.. 


*Entri ini ditulis bila baca entri kat blog Ju dan inilah yang aku tulis kat ruangan komen entri tersebut.. *Cuma kat sini ada yang aku tambah sikit laa.. hehh..


p/s: Jauhkan diri dari menjadi pendengki yang negatif kerana dari dengki sebegitulah datangnya dendam.. *Peringatan untuk diri sendiri.. 

Eh tak nak la.. Aku tak minat...

Assalamu'alaikum...

Eh tak nak la.. Aku tak minat...


Ada satu pagi tu, aku terjumpa seorang kawan lama kat pejabat pos.. Aku nak pos novel dan kawan tu nak bayar bil.. Biarpun kami duduk dalam satu kawasan tapi kami memang jarang jumpa sampaikan kawan aku tu cakap; bukan senang nak jumpa kau ni.. ahahh... 


Sambil beratur menunggu giliran, kawan tu pun tanya aku.. 


Dia kata; "aku masukkan nama ko dalam geng whats app nak tak..? Bak sini nombor enpon ko.." 


Dan akupun jawab la; "ehh, tak nak laa.. Aku tak minat benda ni semua.."


Kawan tu pun sambung lagi; "alaaa, ni semua geng kelas kita dulu.. Semuanya perempuan.. Dua orang je geng dari kelas lain.."


Dan jawapan aku tetap sama; "tak nak la.. Malas aku nak join benda macam ni.. Rimas aku tengok orang berwasap-wasap ni.. Bising bunyi wasap tu.. Lagipun enpon aku cokia je.. Tak macam enpon orang lain yang serba canggih.."


Senyum-senyum kawan tu bila aku cakap macam tu seolah-olah tak percaya yang aku guna enpon cokia.. Betul apa, enpon aku Nokia E5 je.. Harap-harap panjang lagi la umur enpon cokia aku tu.. Tak rajin aku nak beli baru.. hehh..


Lepas tu, kawan tadipun cerita serba sikit pasal grup wasap dia.. Dia bagitau la siapa yang buat grup tu.. Dia kata dia pernah leave grup tu sebab boring bila ada geng yang mula 'menganjing'.. 


Akupun tanya la; "menganjing pasal apa.." 


Dia kata; "macam-macam la.. Pasal kecantikan la, pasal barang-barang branded la.. Boring aku.."


Dan akupun cakap la; "tu yang aku tak suka tu.. Kang tak pasal-pasal bergaduh.. Baik tak payah ada wasap semua ni.. Aku ada fb je.. Tu pun malas nak layan..." 


Entah, buat masa ni aku rasa macam takde faedah je untuk aku berwasap-wasap ni.. Mungkin belum tiba masanya untuk aku menceceh kat situ... 


p/s: Aku ada dua fb.. Satu untuk geng siber dan satu lagi untuk geng familiar... Dan aku memang susah nak approve orang yang aku tak kenal.. :p

Tuesday, November 11, 2014

Nak melaburpun tak senang.. haiishhh...

Assalamu'alaikum...

Nak melaburpun tak senang.. haiishhh...


Dah kenapa nak melaburpun tak senang..? Ada orang kacau ke..? Ada orang potong jalan ke..? Ada orang marah ke..? Nak melabur apa tu..?


Ehh.. Takde.. Semua tu takde kena mengena dengan sesiapapun.. Nak tau kenapa, cuba tengok dulu gambar kat bawah ni.. hehh...





Sekarang ni musim hujan.. Mana dengan angin ributnya.. Mana dengan puting beliungnya.. Macam-macam la.. Semuanya menimbulkan pelbagai rasa dalam perut..


Jadinya, bila angin kuat tu datang, rasa sakit perut nak membuang terpaksa la kena tahan dulu.. Bukan apa.. Buatnya pergi jugak masuk dalam tandas tu, hati jadi tak senang bila dok fikirkan pokok kelapa yang tinggi tu.. Buatnya pokok kelapa tu tumbang, aduhaiii, tak dapat nak bayangkan.. Moga dijauhkan dari segala bencana..


Dulu ada sepokok yang tinggi kat belakang tandas tu.. Yang tu dah kena tebang dah sebab kedudukannya dekat sangat dengan tandas dan batang kelapa tu pulak condong ke arah tandas tu.. Ni ada sepokok lagi.. Dah bagitau kat mak, cakap kat dia suruh orang tebang pokok kelapa ni.. Tapi tu la, mak macam tak setuju je.. Tambahan pulak bila tengok buah kelapa tu ada banyak kat atas tu..


p/s: Doakan hati mak aku terbuka nak tebang pokok kelapa ni ya.. Risau betul aku menengok pokok tu.. 

Monday, November 10, 2014

Secret adalah rahsia..

Assalamu'alaikum...

Secret adalah rahsia..


Everyone has secrets. It's just a matter of finding out what they are - Stieg Larsson..







Secret adalah rahsia.. Rahsia adalah secret.. Fahami betul-betul.. Fahamkan secara mendalam.. Tak faham, duduk diam-diam.. Tak perlu nak tanya lebih-lebih.. Tak perlu nak korek bagai.. Jadi, takde timbul istilah secret adalah rahsia sebab tak tau apa-apa.. 


p/s: Nak sangat korek rahsia tapi tak pandai nak simpan rahsia.. Yang pandai, sebarkan dan bocorkan rahsia.. Secret la sangat....! huhhh...!!

Sunday, November 9, 2014

Kongsi bubur asyura....

Assalamu'alaikum...

Kongsi bubur asyura....


Pagi Jumaat yang lalu, aku tolong buat bubur asyura versi utara.. Kongsi dengan empat lagi jiran yang terdiri daripada mak cik-mak cik otai kat sini.. Dorang yang sediakan semua bahan.. Aku tukang kacau bubur asyura tu je.. 


Letih weii.. Dalam tiga jam jugak la mengacau sebab guna api perlahan.. Tapi gilir-gilir la.. Pengsan pulak kalau mengacau direct.. Mula-mula tu okay la.. Bila dah pekat, phewww....!!! ahaha... Mujurlah ada dua tiga jiran yang turut sama membantu biarpun mereka tak masuk share.. Alhamdulillah.. 






Kami buat enam bungkus tepung beras.. Sepatutnya lima bungkus tepung beras je tapi yang lagi sebungkus tu makcik-makcik tu kata nak sedekahkan kat majlis orang.. Seorang dapat satu dulang.. Makcik tu pun dah siap pesan suruh siap-siap bawak dulang dari rumah.. Memang selalu macam ni pun.. hehh...


Satu dulang bubur asyura tu kalau makan sorang, memang la tak habis.. Kebetulan dua orang kakak aku ada balik, jadinya aku bagi la kat dorang sikit.. Pastu bagi kat kakak ipar dan jiran sebelah rumah.. Bakinya dapat la sepinggan untuk makan sendiri.. 


p/s: Kakakpun ada jugak gotong-royong buat bubur asyura kat tempat dia tapi dia punya versi berempah.. Dia ada bawak balik sikit untuk kitorang kat sini.. Tapi maaf la, aku memang tak boleh makan versi yang berempah ni.. huuu... 


------------

Update...

Kos untuk seorang adalah RM11.. Makcik yang jadi leader tu dah bagitau dah.. Maksudnya satu dulang tu harga dia RM11..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)