Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, May 10, 2013

Korek...

Assalamualaikum...

Korek...


Lupakan pasal entry dan artikel sebelum ni.. Takde faedahnya nak marah-marah ataupun hangin dengan artikel dan orang yang buat kajian tu.. Dah kerja dia mengkaji, biar je la dia nak kaji apapun.. hehh...


Ni ada satu benda aku nak cerita ni.. Ceh, macam la ada orang nak baca cerita ko, kan... hahaha... Tak kira la, nak cerita jugak.. wekkk... hihi...


Ada satu hari tu, masa tu aku dok tengah berdiri depan rak barang-barang nak buat kek dan roti kat dalam satu tempat ni.. Aku sebenarnya nak cari yis mauripan dengan dough softener sebab stok kedua-dua benda ni dah tinggal sikit kat dalam peti sejuk rumah aku tu...


Tengah dok belek-belek, datang la sorang makcik ni.. Diapun nak beli yis mauripan tu jugak. Maka akupun secara ramahnya menegur la makcik tu.. "Nak buat roti ke..?", tanya aku.. Pastu makcik tu pun jawab la, "tak, nak buat pau..".. Lepas tu senyap la sekejap... Kalau dalam bahasa novelnya, penulis selalu tulis perkataan jeda yang bermaksud senyap tanpa bicara.. Nak jugak bagitau tu.. hehehehe...


Lepas tu, makcik tadi sambung bersuara.. "Ni mauripan yang peket pendek ni tak berapa elok.. Hari tu makcik buat dah guna dia, tak berapa menjadi.. Yis dia tak naik macam biasa.."


Wahh, akupun apa lagi.. Korek la sikit, kan.. "Ada peket pendek ke mauripan ni...? Bukan semua sama ke..?" 


Makcik tu jawab lagi dalam loghat Pahang dia, "Ada.. Peket dia tu pendek sikit dari yang ni.. Yang ni panjang.."


Akupun jawab lagi, "agaknya dah tamat tempoh kot.. Tu yang yis tak naik tu..".. Pastu makcik tu kata memang peket jenis pendek tu dia punya yis tak berapa nak naik.. Akupun berjeda la... hehe...


Tak lama lepas tu, akupun tanya makcik tu.., "makcik nak buat roti ke..?"


Makck tu jawab, " tak la.. Nak buat pau.. Memang menjual pau.. Lama dah menjual pau ni.. Sekejap je dah habis.. Laris pau tu.."


Seronok tak bila dengar orang yang meniaga kuih cakap macam tu..? Opkos la seronok.. Maka, akupun tanya lagi, "buat pau ni sama je kan dengan buat roti..? Dia punya bancuhan tu sama je kan...? Ke, ada beza..?".. Dah start dah nak korek rahsia.. hahaha..


Makcik tu pun jawab, "sama je bahan dia.. Kalau pau ni dia letak minyak jagung nak bagi lembut. Lepas tu uli nak kena betul.."


Aku tanya lagi.. Akukan baru belajar nak buat roti. So, apa salahnya aku korek sikit tips dari makcik ni.. "Kalau buat roti, letak minyak apa pulak..? Ke letak planta..?"


Makcik tu jawab, "kalau roti letak planta.. Tapi jangan letak banyak.. Kalau letak banyak nanti tak menjadi.. Dia tak naik banyak.. Dia naik sikit je.. Letak dua sudu makan tu je.. Jangan letak lebih-lebih.."


Nah, tu dia yang aku cari.. Sebab apa tau, selama ni roti aku memang tak berapa nak naik dia punya doh.. Walaupun ada kawan-kawan blogger/fesbuk yang kata roti tu naik, namun sebenarnya roti tu tak begitu naik.. Aku memang gunakan dua sudu makan untuk planta tu tapi dia punya sukatan tu melambung.. Maksudnya, sukatan planta kat dalam sudu tu menggunung..


Masa adik beradik balik mengundi hari tu, akupun buat roti dengan sekilo tepung.. Masa nak mula menguli tu, aku teringat balik perbualan aku dengan makcik tu.. Maka akupun gunakan empat sudu makan planta dengan kadar biasa, tidak menggunung.. (Dua sudu makan planta untuk 500 gram tepung)


Dan hasilnya memang memuaskan aku la.. Anak buah aku yang pernah makan roti yang terdahulu tu pun kata, roti kali ni lembut sangat, tak macam roti yang hari tu, macam kasar sikit.. Baguskan ada tukang kritik yang ikhlas mengkritik.. hehe... Yang tak bagusnya bila ada si tukang kutuk.. haha..


Ini je cerita yang aku nak bagitau.. Kadang-kadang kalau tanya benda sebegini kat fb, bukannya semua orang sudi nak berkongsi ilmu.. Jadi, bila terjumpa dengan makcik-makcik macam ni, jangan la nak berlagak sombong dan tarik muncung buat muka bosan.. Orang-orang tua ni tak hairan dengan muncung sedepa kita tu.. Kalau tak nak tegur, setakat senyum je dah memadai.. Ni kadang-kadang nak senyumpun tak nak.. Lebih-lebih lagi kalau orang tua tu pakaian dia kekampungan, tak vogue macam pakaian mak-mak datin.. 


p/s: Terima kasih makcik.. Moga rezeki makcik semakin melimpah ruah.. Moga kuih pau makcik menjadi semakin laris di pasaran... Amin..

Kajian apakah ini..?

Assalamualaikum...

Kajian apakah ini..?


Apa kata kawan-kawan blogger tentang tajuk artikel kat dalam gambar ni..? Aku cuma nak kata satu je... Pokok dek ekau la nak kata apa... ahakk...




Daripada aku upload gambar artis yang pakai baju tak cukup kain, kongsikan video lucah, letak gambar tak semenggah, lebih baik aku letak gambar makanan yang aku buat.. Dan akupun suka tengok gambar-gambar makanan yang kawan-kawan blogger aku masak.. Secara tak langsung ianya menarik minat aku untuk mencuba apa yang dorang masak tu dan bertukar-tukar pendapat tentang resepi makanan tadi.. 




Haaaa... Ni aku nak tunjukkan gambar makanan yang aku dan anak-anak buah cilik aku buat masa dorang balik sempena mengundi hari tu... Peduli la dengan apa kata kajian tu.. Yang penting hati aku senang dan perut kami kenyang.. Alhamdulillah... 




Oh ya, roti aku kali ni punya la mengembang dan lembut.. Seronok aku tengok.. Mini pizza tu paling cepat habis..


Anak-anak buah yang comel yang teruja jadi model... hehe..


p/s: Jangan kaji yang bukan-bukan.. Silap haribulan, sendiri yang gila dengan hasil kajian yang dibuat.. Berfikiran positif itu rasanya dah memadai.. Jadi, tak perlu nak kaji lebih-lebih.. Wallahu'alam...

**Ada orang yang berdekah-dekah ketawa bila baca artikel tu.. Konon-kononnya nak kenenkan dengan orang yang tertentu la, yang jenis suka upload gambar makanan ni.. Well, sebenarnyakan, awak tu yang mental.. Kesian... hehh...

Thursday, May 9, 2013

Apo hal lak ni..?

Assalamualaikum..

Apo hal lak ni..?


Tak tau la kenapa, tiba-tiba je aku tak boleh nak masuk kat fb guna lappy aku ni.. Dia dok loading je, pastu bila dah habis loading, skrin masih macam tu.. Adakah lappy aku ikut sama nak protes..?? Hahahaha.. Pokok dek ekau la, kan.. 




Mungkin tahap kelajuan line internet aku tak mencukupi untuk loading fb ni.. Nak kata browser yang buat hal, tak jugak kot sebab aku dah cuba guna Mozila tapi hasilnya sama je.. Sementelah sekarang ni kat fb makin ramai yang tengah panas, maka line pun ikut panas sampai tak boleh nak bukak fb tu.. haha.. Mujur hanya fb je yang tak boleh nak access.. Mujur masih boleh bukak web dan blog lain.. Jadi memang fb je yang bermasaalah, ya tak..


Mujur juga aku boleh guna enpon cabuk aku tu untuk jenguk cerita panas, cerita basi, cerita lawak dan macam-macam cerita kat fb tu.. Tengok aje la.. Tak kuasa nak share benda yang tak diyakini kesahihannya lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pilihanraya yang lepas ni..  Tak kuasa nak mengumpul saham.. Blogger lain kalau nak share semua tu, suka hati korang la.. 


Aku cuma nak share gambar kat bawah ni je.. Dah berapa hari dah ni tapi kesan dakwat tu masih ada lagi.. 




p/s: Sabun kat rumah aku ni tak cukup power agaknya.. Tu yang kesan dakwat tu lambat hilang.. hehh... Yang cepat hilang tu mungkin sebab dia selalu main korek-korek kot.. errr.... korek hidung la... :p

Wednesday, May 8, 2013

Sendiri buat, sendiri la yang tanggung.. huhu..

Assalamualaikum...

Sendiri buat, sendiri la yang tanggung.. huhu..


Bahu kiri dan kanan aku masih lagi sakit dan tegang gara-gara masuk angin.. Sakit kepala masih ada sikit lagi berdenyut-denyutan kat bahagian ubun-ubun.. Ni kalau ada yang jadi tukang picit kepala ni best jugak.. hehh... 


Makan ubat tak jalan.. Keadaan masih sama.. Jalannya ialah muntahkan semua yang dimakan.. Terpaksa cekik leher sendiri nak kasi keluar semua isi dalam perut.. Siksanya la haiihh.. Takpe, tahan je la.. Dugaan kecil je ni.. Sabar... 




Itu la, siapa suruh makan benda yang tak boleh dimakan.. Dah tau ada gastrik, jangan la makan nenas mentah.. Lepas tu makan pulak gulai rebung.. Akibatnya tanggung la sendiri.. Semua kerja tertangguh.. Segala jenis semangat semuanya hilang.. Kerjanya asyik tidur dan tidur je.. Mengerekot menahan sakit.. 




Pain makes people change.. Ye la, masa sihat semua dibedal.. Bila dah sakit mula la cakap serik dah, taubat dah, tak nak nak makan semua tu.. Macam orang bercinta jugak.. Masa happy, happy la.. Bila unhappy, mula la rasa putus nyawa, tak nak dah main cinta... Poodaahhhhhh...!! Hahaha...


p/s: Mudah-mudahan sakit ini segera berlalu pergi.. Amin.. *Oh ya, gambar takde kena-mengena dengan cerita tapi saja je nak letak.. hehh...

Tuesday, May 7, 2013

Dah selesai dah....

Assalamualaikum...

Dah selesai dah....


Dah selesai dah mengundi.. Dah tau dahpun keputusannya.. Namun masih ramai lagi yang tak habis-habis nak protes sana sini, nak pertikaikan itu ini, nak timbulkan isu begitu begini.. Suka hati korang la haiihh... Sakit kepala nak melayan karenah yang entah apa-apa ni.. Semak...


Salah satu isu yang diperkatakan ialah mengenai dakwat kekal.. Akupun tak faham kenapa isu ini diperbesar-besarkan.. Ada yang kata dakwat tu tak kekal.. Cuci dengan air paip je terus hilang. Secara logiknya, mana ada yang kekal.. Kalau setakat nak tahan lama sikit tu mungkin la kot... Ataupun mungkin ada yang fikir dakwat tu kekal sampai pilihanraya akan datang...??


Selepas balik dari mengundi.. 5/5/2013


Hari ini masih ada lagi sisa-sisa dakwat tu..  Akupun mandi jugak.. Akupun cuci pinggan mangkuk jugak.. Yang peliknya, macam mana ada orang tu sampai betul-betul bersih kuku dia, tak nampak kesan dakwat yang tinggal. Dia sental dengan apa ehh sampai bersih macam tu.. Ke, dia tak pergi mengundi.. Pakat main celup je jari tu dengan dakwat yang dia beli sendiri...?? Orang yang suka bertekak dan bertelagah ni akal dorang memang luar biasa sikit.. Sentiasa menjalar mencari idea... :p


Hari ni.. 7/5/2013


Mungkin lepas ni kena sapu kuku tu dengan air inai la pulak.. Inai kan tahan lama sikit.. So, pakat-pakat la tanam pokok inai.. Lima tahun lagi dah boleh kutip hasil.. hehh...


p/s: Dah la.. Malas dah nak melayan semua ni.. Kalau ada yang kata entry aku ni macam bangang ke, macam gampang ke, lantak korang la..

Friday, May 3, 2013

Penangan kiwi...

Assalamualaikum...

Penangan kiwi...


Semalam, masa kat pekan sehari tu, jalan-jalan la tengok buah-buahan.. Aku selalu beli buah limau sunkist untuk makan dan epal merah yang jenis kecil tu. Langok punya langok, ternampak la buah kiwi. Terdetik kat hati nak buat pavlova.. Hari tu dah buat sekali tapi buat kat rumah kakak..


Mula-mula tak perasan harga yang ada kat dalam kotak buah kiwi tu.. Tangan dah mula nak gerak dah ni.. Lepas tu, tengok lagi sekali harga dia.. Terus tertelan air liur sendiri.. Gulpp..!!!




Nak tau berapa harga untuk sebiji buah kiwi tu..? Harga dia ialah RM4..!! Sebiji empat hengget untuk buah yang saiz macam ciku..! Terus tak jadi aku nak beli. Mahal kedaruk..!! Kalau beli dua biji dah lapan hengget.. Takkan la nak beli sebiji je terkontang-kanting macam tu, kan... huhuhu..


p/s: Tak payah buat pavlova la.. Kita buat cekodok pisang je dah la... kehkehkeh...

--------------------------

Update...!!

Tak lama lepas post entry ni, mak bawak balik buah ciku ni haaa... hehehe... 
Banyak ni dengan harga enam hengget je...
Itupun dah luak 4 biji... hehh...




Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)