Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 26, 2010

SALAH TERJAH: SALAH SIAPA.....?? Huhuhu...

Assalamualaikum.....

Kredit enpon aku cuma tinggal rm1.85 je masa tu. Tiba2 enpon aku tu berbunyi. Ada sms yang masuk laa. Cepat2 aku pegi tengok. Mana la tau kot2 sms tu penting ataupun sms tu dari orang2 yang penting bagi aku... Tengok punya tengok, rupa2nya cuma sms dari ni haaa...

HOTLINK:
~> 01_90_____ has been successfully top up with RM7 on 25-01-2010 at 02:51PM. Ref no:1421______.

Ehh.... siapa pulak yang topapkan untuk aku ni? Macam tau2 je yang kredit aku tengah nazak. Kalau dah nazak camni, orang topapkan dua henggetpun aku sapu.... muahahaha.... (tak gamak wehhh nak amek...)

Mula la aku berfikir. Mungkin Hotlink bagi kredit percuma agaknya. Entah2 orang dalam Hotlink tu ada baca pasal post aku sebelum ni kot.... yang pasal peraduan CNY8888 tu. Giler pasan aku ni kan. Takde maknanya dorang nak baca blog ngko tu wehhhh..... sabo je la... huhuhu...

Lepas tu aku fikir lagi. Mungkin sebab hari tu aku dah topap sampai rm50 dengan tiga kali topap, tu sebab dorang bagi kredit percuma. Hmmm....fikir punya fikir, akupun naik letih. Sudahnya aku cakap dengan diri sendiri, biar je la haiiihhh. Tunggu dan lihat je dulu.

5 minit lepas tu, ada panggilan masuk. Aku terus je jawab padahal biasanya aku tengok dulu nombor kat skrin tu. Kalau nombor tu aku tak kenal, memang susah la aku nak jawab. Tapi kali ni aku terjawab la pulak. Rupa2nya ada orang yang sudah tersalah hantar topap. Dia nak masukkan topap tu kat nombor lain, tapi disebabkan nombor tu hampir sama dengan nombor enpon aku, maka jadilah topap tu milik aku.... muahahaha....

Dia: Hello....
Aku: Hello....
Dia: Tadi ada tak dapat topap dari Hotlink?
Aku: A'ah....ada. Pelik gak akak tetiba je dapat topap ni. Kenapa?
Dia: (Gelak2 dulu ni..). Tu laa, topap tu saya punya tu... Orang yang masukkan tu tersalah nombor. Dah la nombor tu dekat2 nak sama je...
Aku: Hehehe....abeh tu camner? Nak balik ke topap tu?
Dia: Ehh2.... Mesti la nak... hehehe.....
Aku: Camner nak bagi balik? Hehehe....(aku dok gelak2 je... Kelakar pulak tengok dia gelabah..)
Dia: Camner ekk... Camni la, kredit akak ada baper skang ni..?
Aku: Memang tengah takde kredit skang ni.....hehehe...(gelak lagi...)
Dia: Laa.... iye ke... hehe.. Abeh tu camner ehh.... hehe...
Aku: Mana la akak tau. Sedekah je la kat akak topap tu...hehehe....
Dia: Ehh... mana boleh. Sayapun tengah takde kredit ni.... hehe...
Aku: Ok la ehh... Ni kol ni kang abeh lak kredit tu.... hehe...
Dia: Ehh... Takde ok-ok. Topap tu pe citer... hehe...
Aku: Apa lak. Bukan salah akak pon kann. Sape soh salah hantar... hehehe...
Dia: Apa lak. Bukan salah saya gak. Orang kat kedai ni la yang salah... haha...
Aku: Bila nak balik topap tu?
Dia: Bila akak boleh bagi balik?
Aku: Akak ni jarang topap la.... hehehe...(saja nak kenakan dia...hua3)
Dia: Abeh tu, selama ni sape yang topapkan akak..? Hahaha...
Aku: Akak topap sebulan sekali je...hehehe...
Dia: Oo...ye ke.. adehh.. Abeh tu camner ni ehh. Saya nak la balik topap saya tu.. hehe....
Aku: Camni je la. Nanti2 je la akak pulangkan balik topap tu ehh. Nak masukkan kat mana. Kang salah masuk lak nanti... hehehe...
Dia: Hehehe... Masuk kat nombor ni je la. Nombor saya ni. Ehh, akak kat mana ni ekk.. hehe... (jengjengjeng...)
Aku: Hehehe....(aikkk...???). Kat mana2 je la.... Buat apa nak tau... hehehe..
Dia: Alaa... cakap je la. sayapun duduk Pahang gak ni... hehehe.. (nak ngorat aku ke haper budak ni...hak3..)
Aku: Takpe la ehh, nanti akak topapkan. Tapi tak tau la bila ehh... hehe..
Dia: Ok kak.... terima kasih kak ya... hehehe...
Aku: Ok takpe. Bye.... Assalamualaikum...
Dia: Waalaikumsalam kak... Bye....

Hahaha.... amacam? Pernah kena camni tak? Nasib baik suara mamat ni sedap + macho.... ekekeke... Dari gaya suara dia, aku dapat agak yang mamat ni masih muda belia lagi.... ala2 anak ikan gitewww..... huahuahua... Mujur aku tidak mudah terpedaya dengan suara2 sebegini.... ahakk...

p/s: Insyaallah, pagi/petang nanti aku pulangkan balik topap dia tu. Kat sini memang takde jual topap RM7, yang ada RM10 ke atas je. Takpe la, yang lebih tu kira sedekah je la kat dia.... Kesian lak aku bila dengar dia cakap yang dia takde duit..... Lepas ni kalau ada siapa2 yang tersalah hantar topap kat aku, aku buat vudus je ehh... I'm sorry....
-------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE:
Aku baru je balik dari kedai. Aku pulangkan balik topap budak tu. Pastu aku kol dia, bgtau yang aku dah masukkan topap rm10. Dia masih dalam bilik kuliah. Hmmm..... budak U rupanya.... Dan dia ucapkan terima kasih. Sama2 dikkk.... hehehe.... (lepas tu terus je aku delete nombor dia. Buat apa nak simpan kalau dah tak "terhutang" lagi kann.... haha..)
.

Wednesday, January 20, 2010

MAAF: AKU TAKDE MOOD...!!!

Assalamualaikum....

Aku takde mood dan idea nak buat posting. Harap maaf ya. Sebagai meng'update' blog ni, aku post je forwarded email dari kawan2 aku. Jika anda nak baca dan komen, silakan. Dan, kalau anda nak abaikan aje post ni, pun dipersilakan....

Aku tidak mahu lagi bersedih seperti tahun2 yang lalu. Aku mahu belajar dari kesilapan dan bukannya terus-menerus meletakkan kesalahan pada orang lain. Kita bukannya manusia yang sempurna, namun kita boleh berubah untuk menaikkan ranking kesempurnaan itu dengan sedikit usaha juga bantuan dari orang di sekeliling kita. Jangan la hanya pentingkan ranking nuffnang aje ya....

Untuk semua kawan2 yang aku sayangi....


FRIEND FOREVER
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama setangkai bunga ros, dipandang cantik, terkena durinya sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus-menerus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ....

kata saudara,
KAWAN tu macam makanan, kawan makan kawan...!!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saja apa dikata.........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap di makan.....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ada sekejap takde........

kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah macam manapun..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap KAWAN aku....
tau tak sebab apa???
sekali aku dah KAWAN dengan dia, selamanya dia tetap KAWAN aku....
itu cara aku BERKAWAN..!!!


walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
TEMAN tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yang banyak,
TEMAN tetap paling berharga.

p/s: Hargailah kawan anda jika anda benar2 sayangkan ikatan persahabatan anda itu...
.

Saturday, January 16, 2010

KELETIHAN MELAMPAU

Assalamualaikum....

Ini cerita yang berlaku pada hari Khamis dan Jumaat. Gara2 inilah aku masih lagi dilanda keletihan yang teramat sangat. Hilang selera nak buat post, apa lagi nak blog walking. Hanya sempat jalan2 kat beberapa buah blog je. Maaf la ya kawan2. Bukan aku taknak klik3 ataupun komen, tapi kerana kelembapan streamyx juga kelemahan jari aku nak menaip.... ekekeke....

Makcik ni siap cakap, amek gambar bubur je, jangan amek gambar dia hehe.... Lenguh bebb tangan aku mengacau. Lebih2 lagi bila bubur ni dah mula memekat.....


Hari Khamis, pagi2 lagi dah ke pasar temankan mak aku. Balik je dari pasar, terus sediakan kelengkapan untuk buat bubur asyura. Memang tiap2 tahun mak aku akan berkongsi dengan 2 lagi kawan dia buat bubur ni. Cuma kali ni dah sampai ke penghujung bulan Muharram baru nak buat. Maklumlah, minggu2 yang lalu penuh dengan agenda kenduri kawen. Biasanya dorang ni buat bubur asyura versi utara je sebab versi pantai timur punya bubur asyura kitorang tak makan..... huhuhu.....


Dapat 3 dulang lebih. Agih2kan kat jiran dan sedekah kat surau sikit....

Jumaatnya pulak aku keluar bandar. Seperti biasa la kan, tolak troli beli barangan dapur. Lepas tu singgah kedai perabut. Sangkut pulak kat situ. Lain yang aku nak, lain pulak yang aku beli. Aku nak cari almari baju berpintu cermin lutsinar untuk aku letakkan baju2 kastemer kat dalam tu, tapi takde... nak kena tempah dulu. Sudahnya aku beli kerusi kayu 2 biji. Selamattttttt...... hahaha....


Sempat jugak snap pic utk sambut raya cina. Sempoi je... maklum la, pekan koboi la pulak..... hehe...


Pergi bandar dah tengahari, opkos la balikpun dah malam. Punggah2 barang, susun kat dalam kabinet pastu lepak luruskan pinggang. Dan, aku sememangnya sangat2 penat. Aku nak berehat...

p/s: Tapi hari ni kena jugak la bukak mesin jahit. Kang lari lak regular kastemer aku. Tak dapat pulak aku nak saving for my future nanti. Jadi, tolong fahami situasi aku. Banyak lagi benda2 penting yang aku nak fikir walaupun kadang2 ada orang yang membuat telahan seolah2 yang aku ni macam tak pernah berfikir untuk masa depan....
.

Thursday, January 14, 2010

SAJA JE NAK CERITA....hikk3..

Assalamualaikum....

Semalam aku sibuk mengemas bilik. Entah kat mana silapnya, almari baju aku diserang hendap oleh segerombolan semut hitam. Habis semua suku sakat dia bawa masuk dalam almari tu. Pastu dorang siap buat projek pulak tu... Punyalah banyak telur2 dia melekat kat dinding almari baju tu. Ada pulak yang cerdik sikit, buat projek dalam beg kertas aku yang penuh dengan novel2 cinta. Cissss.... konon2 nak cover malu la tu kan.... muahahaha...


Stok kain batik mak aku. Kalau jualpun okay gak ni... hehe... Dan juga semut2 hitam yang dah kena sembur... Padan muka...hohh....

Kemas punya kemas, jumpalah beberapa benda yang akupun dah hampir lupa kat mana aku simpan. Antaranya ialah.... jengjengjeng... tengok je la gambar2 ni ya.... ekekekeke....




Ujian memandu aku pada September 2000. Dapat markah 17/20 sebab ada 3 kesalahan. Lepas dapat lesen langsung tak bawa kereta dah. Punyalah penakut... huhuhu...



Kamera adik aku. Dia ni jenis yang suka buang2 duit dengan benda2 macam ni. Aku simpan je la sebab aku tak pandai nak guna yang Canon tu... muahahaha.....(Ricoh tu aku tau la guna...)



Ni dia... Crosstich aku yang dah lama terbengkalai. Baru je siap separuh iaitu setengah meter kain tapi kos dah hampir mencecah rm300. Sekarang ni lagi la mahal harga benang tu. Sebiji benang yang sebesar jari manis mak aku tu pun harga dia dah dekat dua hengget. Kalau sebesar jari manis aku mau cecah empat hengget kottt.... hua3 (Apsal lak kata sebesar jari mak aku..?? Sebab...jari mak aku tu kecut sikit dari jari aku....kuang3..)

p/s: Letih la..... Sekian, terima kasih.... ekekekeke...
.

Tuesday, January 12, 2010

BABY SITTER: AGAIN...??? Huahuahua....

Assalamualaikum.....

Wahahaha.... Semalam aku jadi baby sitter lagi. Haaa...., korang tak percaya ke..? Percayalah..... Kasihku lama tersulam... Ehh, tu dah macam lagu Datok Siti la pulokkk... hikhikhik....

Semalam mak aku ada temujanji dengan doktor mata. Memandang- kan sessi persekolahan sudahpun bermula, maka aku tak dapatlah nak ikut temankan mak aku tu. Dan disebabkan itulah, aku ter- paksa menjadi baby sitter bidan terjun untuk menggantikan tugas kakak ipar aku yang sememangnya mengasuh budak2 ni..



Budak ni diam je masa aku ada. Balik je kakak ipar aku, barulah terserlah "kejantanannya".... ekekekeke....

Sebagai bukti, silalah tengok gambar budak2 ini ya. Gambar2 ni tidak termasuk lagi 3 orang yang sekolah tadika. Balik je budak bertiga tu dari sekolah, terus kepala aku jadi pening. Punya la kecoh mulut dorang. Aku ingatkan anak2 cikgu ni takde la kepoh sangat. Rupa2nya dorang ni lagi nakal dari aku masa aku kecik2 dulu. Nasib baik den tak pengsan tengok pe'el dorang... muahahahaha...


Ni paling cengeng. Pastu suka baling2 mainan. Aku suruh dia kutip balik mainan tu. Asal aku besarkan je biji mata, terus dia nanges.... Tapi dia comel laa.... hehehe...



Kalau dah pompuan tu pompuan la jugak.. Dia main baa baa cakk dengan baby kat dalam buaian tu... Aku suruh ketepipun dia buat dono je.. Grrrr.... degil betul..!!



Haaa.... ni la baby boy yang sangat baik. Aku bawa dia masuk dalam bilik, pastu kitorang golek sama2 main baa...baa...cakk...ekekekeke....



Haiiii..... saya ensem tak...?? Tah apa nama baby ni pun aku tak tau.... kakakaka....

p/s: Penat sebenarnya jadi baby sitter atau pengasuh budak2 ni. Dengan pelbagai kerenah yang nak dilayan. Nasihat aku kepada semua ibu bapa yang menghantar anak2 kat rumah orang tu, korang janganlah terlalu CEREWET dan KEDEKUT. Kalau banyak songeh, baik korang berhenti je kerja dan jagalah anak korang tu sendiri.... Ada faham...!!!
.

Sunday, January 3, 2010

AKSI SI KUCING: MAHU tapi MALU

Assalamualaikum.....

Kali ni tiada cerita atau bebelan yang nak dikongsikan. Cukuplah sekadar menempek gambar anak dara aku yang nakal ni... Anak dara..?? Muahahahaha.....

Tidur atas katil sape tu.....huhuhu..... Boleh pulak tak jatuh tu... adehhh....




Dah penat main kejar2, akhirnya terlelap atas tilam depan tv.....ekekekeke... Padan muka takde sape nak layan...



Sengaja je dia koyak2kan kertas surat khabar tu untuk tarik perhatian aku yang tengah ngadap laptop kat sebelah tu.....hohoho...



Wajah ibu dan anak... Seiras tak wajah kitorang berdua....wakakakakaka.....ngukkksss..!!


p/s: Adakalanya kucing lebih mengerti akan kesedihan yang menimpa diri tuannya. Alangkah indahnya jika kucing ini pandai berkata-kata, memujuk hati dikala duka.... Ada waktunya, aku terasa mahu menjadi seperti malu2 seekor kucing..... meooowwwwww..... :-)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)