Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, June 15, 2011

Mengaji... Bukan menggaji...

Assalamualaikum...

Mengaji... Bukan menggaji...

Malam tadi aku 'ter'tengok TV1. Ehh, ada siaran langsung musabaqah peringkat kebangsaan laa. Rupanya dah malam kedua dah. Serius aku tak tau sebab aku dah jarang bukak TV1 sebab dah takde drama yang best untuk dilayan di waktu pagi. Malam memang aku tak tengok tv sangat. Aku bukak je tv tu, tapi aku cuma dengar je dan tak fokus sangat la. So, malam tadi aku tengok la siaran langsung tu sampai habis. Amin... 

Bila tengok musabaqah ni, teringat pulak aku masa aku masuk pertandingan begini di zaman aku sekolah dulu. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 13-14 tahun. Aku masuk musabaqah tu untuk kategori kanak-kanak. Semangat sebab dapat peluang masuk tu, tambahan pulak arwah abah akupun masuk jugak untuk kategori dewasa.

Ada seorang kawan aku yang masuk bertanding jugak. Kesian kat dia sebab masa dia tengah mengaji tu, tiba-tiba je mukasurat Al-Qur'an tu terselak sebab terkena tiupan angin kipas yang diletakkan betul-betul berhadapan dengan tempat duduk tu. Mula-mula sikit je mukasurat tu terselak. Namun, ianya menjadi celaru bila kawan aku agak menggelabah menyelak-nyelak mukasurat tu dan akhirnya dia tak dapat nak meneruskan pembacaan sebab masa dah tamat. Masa dia habis dengan mencari mukasurat surah yang dia nak baca tu tapi tak jumpa. Dah la malam tu dia tak pakai cermin mata dia, lagi la susah nak mencari... huhuhu..

Bila keputusan diumumkan, aku dapat la nombor dua manakala arwah abah aku dapat nombor tiga. Seronok sangat sebab masing-masing menang walaupun bukan tempat pertama. Aku dapat hadiah yang berupa set jag dan gelas enam biji dan arwah abah aku dapat apa tah, lupa dah aku. Sampai sekarang gelas dan jag tu masih lagi ada dalam almari rumah aku ni walaupun gelasnya dah pecah sebiji. Maklum la, nipis sangat gelas tu, jatuh sikit je dah terburai... 

Tak lama lepas tu, aku terpilih pulak untuk mewakili FELDA aku ni. Kiranya masuk peringkat daerah la tapi antara FELDA je. Aku terpilih sebab pemenang pertama tak dapat nak menghadiri pertandingan kali ni. Kiranya penarikan dia tu menjadi rezeki untuk aku la. 

Untuk pertandingan kali ni, aku belajar tajwid dan lagu dengan arwah pakcik ketua blok aku sebab diapun pernah beberapa kali masuk pertandingan musabaqah ni. Sebelum ni, aku mengaji dengan arwah abah aku je tapi arwah abah aku tak pandai sangat mengaji berlagu ni. Kalau setakat untuk bacaan sendiri tu boleh la. Yang mana panjang, yang mana pendek, yang mana satu harakat, yang mana dua harakat, yang mana idgham dan selebihnya tu aku tau la sikit-sikit dari arwah abah aku. 

Nak dijadikan cerita, secara tiba-tiba gigi aku sakit dan gusi berdenyut-denyut masa malam nak bertanding tu.  Aku dah mula menangis dah dan cakap kat mak aku yang aku tak nak masuk bertanding. Mak aku ikut sekali ke FELDA Lurah Bilut, tempat berlangsungnya pertandingan ni. Mak aku pujuk jugak aku. Mak cik jiran aku yang turut bertanding untuk kategori wanita dewasa jugak turut memujuk aku dan mencari ubat tahan sakit. Seboleh-bolehnya dorang nak aku masuk bertanding jugak.

Akhirnya, aku dapat jugak membaca surah walaupun dengan keadaan sakit gigi dan tak selesa selepas diberi makan pil tahan sakit tu. Dan keputusannya aku dapat nombor tiga. Alhamdulillah, takde la aku sedih sangat... hehehe.. Hadiahnya apa ehh, aku lupa lagi... hahaha...

Kalau dulu aku boleh habiskan satu ayat dengan satu nafas je, kini satu nafas tu dah menjadi tiga nafas. Nampak sangat banyak lemak terkumpul kat perut. Tu yang buat nafas tersekat-sekat tu huhuhu. Kalau dulu bacaan laju dan lancar je, namun kini bacaan merangkak-rangkak dan tersasul-sasul menunjukkan bahawa dah lama tak baca Qur'an melainkan baca surah Yasin di malam Jumaat je. Sadis sungguh...

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan aku makan,
Suruh mengaji aku tak tau... huhuhu...

p/s: Mudah-mudahan tahun ni aku dapat khatam lagi sekali setelah sekian lama tak mengaji. Alhamdulillah, sekarang dah mula nak lancar balik bacaan aku walaupun bacaan aku dah tak berlagu dah.. 

Tuesday, June 14, 2011

25 Things that you should learned from your father..

Assalamualaikum...

Ini adalah entry copy paste. Kalau nak baca, silakan. Kalau tak nak baca, tak mengapa.. :P

25 Things that you should learned from your father..
(Tajuk asal adalah 25 Things I learned from my father..)

1-Never waste water. (Termasuk air liur yang bermaksud jangan banyak cakap benda tak berfaedah.. :P)

2- Listen to good music, especially jazz. (Aku tak suka jazz, tapi aku suka dengar muzik campur-campur asalkan ianya boleh buat aku gembira. Dengar lagu sedih tak bermakna aku juga tengah sedih, tapi sedang menghayati.. hahaha....)

3-  Ella Fitzgerald was a great artist and a nice lady. Duke Ellington was a great artist and an elegant, articulate man. Miles Davis was a great artist but kind of a cuckoo clock. Stan Getz played a sweet sax, Illinois Jacquet played a driving sax, Coleman Hawkins played a rich, warm sax, Flip Phillips played an energetic sax, Lester Young played a delicate sax, and Charlie Parker played the saxophone like God.

4- Admire people who are not only good at what they do, but who love doing it. (Jangan suka perlekehkan orang lain sebagaimana 'orang tu' yang perlekehkan kerja aku..)

5- Respect your roots. (Bukan Power Roots ya.. hehe...)

6- Never waste foods. (Membazir itu adalah amalan sitan..)

7- Mechanical things are as much art as science. They express beauty as well as order. Therefore, regularly check the fluid levels in your car.

8- Your body is a beautiful machine. Eat right and exercise. (Rajin makan tapi malas nak exercise.. ngehngehngeh..)

9- Never waste money. (Sukahati la siapa yang suka buang duit ni. Tapi bila dah takde duit tu, jangan pulak menyusahkan orang lain. Aku sepak kang... haha..)

10- Be kind to children and animals. (Jangan suka buang kucing. Kalau kucing tu berak dalam rumah, buang aje taik tu dengan senang hati.. kehkehkeh.. Jangan pulak kucing tu yang dibuang.. huhuhu...)

11- Be a good friend. (Kawan yang baik ialah kawan yang berani menegur kesalahan/kesilapan/kelancangan kita serta menyimpan rapat-rapat rahsia kita. Ada ke..?? Hahaha..)

12- Never waste anything. (Kerana semuanya adalah berharga dan mempunyai nilai-nilai tertentu).

13- When you’re watching a nature show on television, don’t feel too bad when the lion kills the gazelle because the lion has to eat, too. ( Mana boleh, kesian tau tengok rusa tu kena baham dengan singa tu.. huhuhu..)

14- How to make good Pasta Fazul. (Aku tak makan pasta pasta ni... haha..)

15- How to change a flat tire. 

16- There’s always something. (Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu..)

17- Everything’s fate. (Kena redha dengan setiap yang berlaku dan bukan menyalahkan takdir semata-mata..)

18- Don’t scuff your shoes. (Orang kata siapa yang suka berjalan menyeret kasut ni termasuk dalam kategori pemalas sebab malas nak angkat kaki masa berjalan, tu sebab jalan seret je tu..)

19- Anticipate what could go wrong—something always goes wrong—and try to prevent it from happening. If it happens anyway, learn from it.

20- Act a little cocky. (Mana boleh berlagak sombong, nanti orang benci.. huhuhu...)

21- There’s only one way to do things: the right way. Corollary: If you need a stone wall, hire an Italian mason.

22- When you’re screwing something in, make sure it’s on good and tight, but don’t overdo it, or you’ll strip the screw.

23- Don’t take the little sticker off the peach until you’re ready to eat it because the sticker will rip the skin and make it go bad faster.

24- Listen to people. Listen to their stories. Listen deeply. That’s how you learn things. (Jangan main hentam je tanpa usul periksa. Nanti diri sendiri yang malu..)

25- Love your family. They’re for always. (Jangan lupa diri... Jangan lupa daratan bila berada di puncak yang tinggi..)
 
p/s: Malas nak buat entri sendiri, tu yang main copy paste je tu.. hahaha...

Sunday, June 12, 2011

TBC for the next honeymoon.. ♥♥♥

Assalamualaikum...

TBC for the next honeymoon.. ♥♥♥
TBC is to be continue... =)

Ni kuih terakhir yang aku buat sebelum budak-budak kat rumah ni balik ke tempat masing-masing. Cuti honeymoon untuk dorang dah habis dah. Lepas ni kena mengadap buku balik semula. Selama dua minggu bercuti, selama itu la buku sekolah tak berusik.. huhuhu... Itupun dah ada yang mengira untuk cuti yang akan datang. Seronok agaknya honeymoon ni.. Jom kita pergi honeymoon.. ♥♥♥

Ehh, malam tadi aku gorengkan kentang fringg tu untuk dorang. Lepas tu aku buatkan berger untuk makan malam dan bekalkan berger tu untuk dorang makan semasa dalam perjalanan serta buatkan dua botol air stroberi. Gambar takde, malas nak pegang enpon dengan tangan berminyak.. heeeee... Yang ada gambar muffin pisang ni je...



Muffin pisang untuk kali kedua ni aku buat dua adunan sebab kalau satu adunan tu dapat sikit je. Kalau dua adunan tu, maknanya kena gandakan dua la semua bahan yang digunakan, ya tak? Tapi aku kurangkan sikit gula sebab gula dah mahal.. kehkehkeh... Takde la, aku kurangkan gula sebab manis sangat. Dah kurangkan gulapun masih manis lagi muffin pisang ni. Mungkin sebab pisang tu sendiri dah manis ataupun orang yang membuat muffin tu yang manis.. muahahahaha... Sila pitam sekarang.. hehehe...


Untuk muffin ni, aku letakkan sedikit coklat chips. Tu yang nampak hitam-hitam tu bukan biji pisang tau. Tu coklat chips la tu. Kang ada pulak yang kata tu biji pisang. Pisang apa yang ada biji ehh..? Lupa dah.. hehe..


Paling seronok, dua ronok, tiga ronok ialah bila adik aku yang selalu komen pasal masakan aku memuji dan kata muffin pisang ni sedap dan rasanya sama macam yang dibeli kat kedai. Kombang kompih idong den sokojap hehe.. Tak la, aku biasa-biasa je bila dapat pujian ni. Seronok sebab apa yang kita masak tu habis dimakan... :-)

p/s: Aku ni memang jenis manusia yang susah nak memuji. Kalau aku puji tu maknanya aku ikhlas la tu. Segala puji-pujian hanyalah untukMU.. ♥♥♥

Friday, June 10, 2011

Kenapa ada paku kat sini..??

Assalamualaikum..

Kenapa ada paku kat sini..??
Baru nak update pasal gambar ni..

Beberapa hari lepas, sedang aku menyapu kat sudut laman, mata aku terpandang kat sekumpulan paku kat atas tanah ni. Mula-mula nampak tu, takde la aku nak ambil kisah sangat. Ingatkan nak biarkan aje paku tu kat situ sebab tempat tu jarang ada orang masuk melainkan aku. Lepas tu, akupun terfikir jugak, buatnya kalau paku ni terkena kat kaki mak aku, lagi bahaya. Then, akupun kutip la paku-paku tu..


Persoalan yang timbul, kenapa paku tu ada kat situ? Nak kata anak-anak buah aku yang letak, dorang takde pulak pergi main kat situ. Lagipun, kat situ bukannya ada papan atau kayu yang memerlukan paku ni. Yang ada hanyalah pasu pokok bunga je.. Malahan, sehari sebelum tu takde pulak aku nampak paku tu kat situ masa aku menyapu sudut laman tu.. Hairan jugak aku.. Kalau korang la, hairan tak ehh..? Hairan laa... Hairan laa... pelis... kehkehkeh...


Masa tu hari Khamis, mak aku takde kat rumah sebab dia pergi pekan sehari. Bila mak aku balik je, terus aku tunjukkan paku-paku tu kat dia. Akupun cakap la..

Aku: Mak, ado paku kek pasu tu haa... Omak yang lotak koo..?
Mak: Paku apo pulak..? Kek mano.?
Aku: Paku ni laa.. Kek pasu tu haa.. Macam ado oghang lotak yoo.. (sambil tunjukkan paku kat tapak tangan).
Mak: Jangan nak menuduh oghang la haaiihh.. Ambik simpan yoo la paku tu.. Sapo pulak yang nak buek kojo poie lotak paku tu kek situ..

Ada 10 batang semuanya.. huhuhu...

Akupun ambil dan simpan paku tu. Tapi dalam hati ni tetap jugak tertanya-tanya sebab musabab paku tu ada kat situ. Mula la otak aku fikir yang bukan-bukan. Fikir pasal santau la.. Fikir pasal buatan orang la... huhuhu... Mudah-mudahan kehadiran paku-paku ni tiada kaitan dengan sihir jahat ni.. Pastu teringat pulak kat entry Kak Pah pasal orang yang tak nampak tadika dia tu sedangkan orang tu betul-betul parking kereta dia kat depan tadika Kak Pah tu. Tapi bak kata mak aku tadi la, jangan menuduh orang sembarangan. Lagipun, aku bukan nak tuduh siapa punya angkara sebab setahu aku semua orang kat sini baik-baik belaka. Bersangka baik la dekat semua orang ya... :D

Antara doa dan amalan yang perlu diamalkan untuk menghindari dari terkena sihir..

�Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.
�Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.
�Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285 - 286 pada permulaan malam.
�Membaca doa: "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" – pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.
�Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.
  

Sumber dari sini... Tenkiu..


p/s: Beringat sebelum kena. Sekadar berjaga-jaga je. Semoga Allah lindungi kita semua dari segala mara bahaya.. Amin...

Thursday, June 9, 2011

Licin woooo...!!!

Assalamualaikum...

Licin woooo...!!!

Apa yang licin..?
Jalanraya ke..?
Ke kepala dah botak..?
Ke dompet dah kosong, sampaikan duit silingpun licin...?
Ataupun rumah dimasuki pencuri...?
Ohh tidak...!!! Huhuhu....

Semua tu takde kena-mengena ya..
Yang licin tu adalah dua jenis makanan yang aku buat semalam ni haa...

Pagi semalam aku buat dadih laici. Petangnya pulak, aku buat lagi roti bersosej tu untuk kali yang ketiga. Anak sedara aku yang sorang ni tak balik lagi masa aku buat untuk kali pertama dan kedua dulu tu. Kesian pulak kat dia sebab dia dah tengok gambar roti tu kat fb aku. Maka, akupun buatkan la untuk dia merasa. Kena la adil dan saksama untuk semua, kann...

 Dapat 51 cup...

 Aku letakkan buah laici potong kat dalam dadih ni.. Tu yang dorang suka sangat tu..


Ni pulak roti yang aku buat untuk kali yang ketiga. Kali ni takde dah nak masukkan kat dalam bekas aluminium tu sebab nak percepatkan proses pembakaran. Habis roti tu melimpah-ruah sebab papercup aku ni jenis lembik, so melepet la dia bila takde cover... haha..


Yang ni atas permintaan anak sedara pompuan yang sorang tu.. Dia tak suka letak sayur dengan keju...


 Tengah ngapp roti pilihan dia yang takde sayur + keju tu.. Si kecik kat belakang tu cakap 'good'.... :P

 Dia cari sosej kat dalam roti tu. Terpaksa makan roti tu dulu, baru dapat makan sosej.. Padan muka... =))

 Ini memang jenis pemakan... Membujur lalu melintang patah, semua jalan... hahaha...

p/s: Alhamdulillah, syukur atas rezekiMu ini Ya Allah... :-)

Wednesday, June 8, 2011

Tahniah orang USJ sebab dapat TOXO.. :)

Assalamualaikum..

Tahniah orang USJ sebab dapat TOXO.. :)

Kenapa pulak tahniah..?
Tetiba je kan...
hehe..

TOXO tu apa pulak...?
Takde kena-mengena dengan TOYO ya..
Huhuhu...

Aku tengok berita kat TV3 tadi..
Walaupun ada segelintir orang yang panggil TV3 suku.. (jahat mulut dorang tu..)

Berita tu kata taman perumahan, taman terbiar dan hutan kat USJ tu telah menerima pelepasan 200 ekor nyamuk jenis TOXO iaitu 100 ekor nyamuk jantan dan 100 ekor nyamuk betina. Ini menunjukkan bahawa kawasan USJ tu memang habitat pembiakan nyamuk aedes... Orang USJ jangan marah haa... huhuhu...

Menurut berita tu lagi, nyamuk TOXO dilepaskan adalah untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes sebab nyamuk TOXO ni akan memakan nyamuk aedes tu. Nyamuk TOXO ni jugak dikatakan tidak membahayakan manusia dan kita tidak perlu merasa bimbang jika terkena gigitan nyamuk TOXO ni. Masalahnya, macam mana kita nak kenal rupa nyamuk TOXO ni ya..? Kang tetiba tertampar pulak nyamuk TOXO ni, dah rugi dah sebab katanya kajian untuk menghasilkan TOXO ni agak mahal. Tambahan pulak jangka hayat nyamuk TOXO ni tak lama iaitu dalam lingkungan 28 hari je. Maaf la kalau salah info sebab aku dengar sekali lalu je berita tu tadi. Kalau nak tau lebih lanjut, kena la tengok berita malam nanti... :P

Kajian tentang nyamuk TOXO ni telah dilakukan di USM. Aku tak sempat pulak nak tengok nama orang yang bagi penerangan tentang TOXO tu tadi... huhuhu.. Aku tanya jugak pakcik google tentang TOXO ni, tapi takde yang bertepatan.. Cuma ini je yang boleh digunapakai.. agaknya laa... 

Kalau betul nyamuk TOXO ni berjaya mengawal pembiakan nyamuk aedes, boleh la lepaskan barang 300 ekor kat sini... hehehe... Walaubagaimanapun, aku doakan agar usaha mereka yang buat kajian tentang TOXO ni akan berhasil dengan jayanya. 

p/s:  Mana yang baik tu kita sokong. Mana yang buruk tu kita bako aje... kehkehkeh... Tak payah la beria-ia nak jadi batu api sebab kat sana nanti kita sendiri yang akan jadi bahan api tu.. 
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)