Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 17, 2013

Sana Menanti, Sini Merindu...

Assalamualaikum...

Sana Menanti, Sini Merindu...


Novel ni boleh dijadikan drama sebab jalan ceritanya banyak tertumpu kepada kehidupan masyarakat Melayu kita yang dikelilingi dengan rasa cemburu, dendam, menggoda, baran, tamak haloba, hasad dengki, main bomoh dan sebagainya..


Kisah mak mertua yang iri hati dengan menantu sendiri, kisah kakak ipar yang pandai bermuka-muka, kisah biras yang biang dan suka memeras ugut, juga kisah suami yang terlalu cemburu gara-gara terlalu sayangkan isteri sampai tak yakin dengan kejujuran dan kesetiaan si isteri..


Sana Menanti, Sini Merindu oleh Juriah Ishak..


Geram dengan watak heroin (Sharina) yang terlalu penyabar dan terlalu menyimpan rasa walaupun mentalnya sering didera oleh keluarga mertuanya..


Sikap metuanya lagi teruk sampaikan gelang emas yang Sharina pakaipun dia mintak. Alasannya, duit beli gelang tu duit anak dia.. Yang Sharina ni pulak, disebabkan malas nak bertekak dan bermasam muka, turutkan aje kehendak mak mertuanya yang sombong dan tamak tu.. 



Hampir habis barang kemas yang ada Sharina pajak demi untuk menunaikan kehendak melampau mak mertuanya, kakak iparnya dan suami kakak iparnya yang kaki judi, kali joli dan kaki perempuan.. Malahan, Sharina terpaksa membuat pinjaman kat bank kerana tidak cukup duit untuk diberikan pada mereka semua..


Namun disebabkan rasa cinta dan sayangnya pada si suami, Sharina masih mampu bersabar dan bertahan.. Segala apa yang diperlakukan kepadanya, disimpan rapi dari pengetahuan suaminya.. Sedikitpun dia tidak memburukkan keluarga suaminya itu..


Namun, sampai bilakah segala rahsia yang Sharina simpan dari pengetahuan suaminya kekal sebagai rahsia..? Mampukah Sharina terus bertahan dengan sikap melampaui batasan keluarga suaminya itu..? 



p/s: Nak tau lebih lanjut, seperti biasa, beli dan baca sendiri la ya.. 

Friday, August 16, 2013

Sekadar renungan..

Assalamualaikum...

Sekadar renungan..


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Bergaullah dengan wanita secara sebaik-baiknya, kerana ia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang berada di atas. Kerana jika engkau luruskan dengan paksaan... ia patah, dan jika engkau biarkan... ia tetap bengkok."- (Riwayat dari Bukhari dan Muslim)






p/s: Kalau dalam dramapun aku dah sakit hati tengok orang lelaki belasah perempuan.. Apatah lagi dalam dunia realiti walaupun cuma tengok dalam video je.. Eiiiii.....!!!
.

Thursday, August 15, 2013

Ask Tonton..

Assalamualaikum...

Ask Tonton..


Siapa ada akaun Tonton tapi tak boleh nak login..? Mesti geram je, kan...? Hehehe.. Sama la macam aku.. Aku dah lama ada akaun Tonton ni tapi tak aktif sebab masa tu takde cerita yang aku nak tengok kat situ. Ni baru aku aktifkan balik sebab aku nak tengok dua episod terakhir drama Hujan sebab hari tu aku dah terlepas nak tengok. Maklum la, masa tu kan dah nak raya. Memang sibuk la sampai terlupa langsung nak melepak depan tv.. Lagipun aku dah ikuti drama Hujan tu sedari episod pertama lagi. Tu yang tak puas hati sebab tak tau ending drama tu..


Aku dah cuba banyak kali nak login tapi tak lepas nak masuk. Dah banyak kali tukar password tapi tak jugak boleh login. Aku cuba jugak login guna akaun anak buah, pun tak lepas jugak. Lepas tu, cuba lagi login guna akaun adik aku, masih tak boleh masuk jugak. Tapi bila guna akaun dorang tu kat PC kat depan tu, boleh pulak lepas masuk. Cuma kat laptop aku je yang tak boleh. Dan aku pulak tak suka nak gunakan PC tu walaupun skrin PC tu lagi lebar dari skrin laptop aku..


Akhirnya, aku hantar email kat pihak Tonton dan bagitau dorang yang aku tak lepas nak login.. 





Tak lama lepas tu, akupun dapat balasan email dari pihak Tonton. Rupa-rupanya username yang aku gunakan salah. Aku ingatkan password aku yang salah.. haha.. Memang aku tak ingat sungguh username aku tu... hehh...


Emailkan pertanyaan kepada contactus@altmedia.my
Boleh juga ajukan permasalahan kat fesbuk Tonton dan twitter Tonton tu.. Nanti dorang akan guide..


Cuma masa tengah dok syok menonton tu, tiba-tiba je keluar iklan dan mesej macam kat dalam gambar kat bawah ni.. Terkejut gak sekejap.. hehehe..




Bila dah boleh tengok kat Tonton ni, tak payah dah dok tercongok depan tv pukul 7 petang tu.. Waktu tu dah boleh bersiap-sedia menuju kejayaan.. :)


p/s: Loading agak perlahan sebab line kat rumah aku ni slow sikit. Tapi masih boleh tengok dengan sabar.. hehe.. Cuma yang tak best tu kena bayar untuk tengok cerita tertentu.. huhuhu.. 

Oh my homemade slurpee/fanta... :D

Assalamualaikum...

Oh my homemade slurpee/fanta... :D


Siapa yang ada join grop masak-masak atau yang berkaitan dengannya, mesti selalu nampak geng grup yang share atau tempekkan resepi untuk buat air fanta sendiri ni.. Kiranya macam homemade fanta la.. Ada yang kata slurpee.. Ada yang kata fanta.. Ikut la mana yang sesuai.. Den tak kisah dohh... ahaha...


Aku dah lama perhatikan tapi setakat tengok gitu-gitu je la.. Masa tu belum ada keinginan nak mencuba.. Entah macam mana, baru sekejap tadi aku teringin pulak nak mencuba padahal aku bukannya peminat minuman bernama fanta tu.. Malahan, rasa air fanta tu sendiri aku tak tau macam mana.. Kiranya kalau homemade fanta aku ni menjadi atau tak menjadi, aku anggap menjadi je la.. hahahaha...


Okay, mari kita tengok bahan yang diperlukan.. Gula pasir takde dalam gambar ya.. Terlupa nak enterframe-kan gula pasir tu.. heeeeeee...


Sukatannya adalah 3 kilo gula pasir, 2 liter air, 300 ml pati sunquick, setengah botol esen pisang brand Star dan setengah botol pewarna hijau.. Aku gunakan botol Peel n Fresh tu untuk sukat air. Senang sebab isian dia memang 2 liter. Jika ikut resepi asal, dorang kata gunakan sunquick oren dalam botol kecil tapi disebabkan sunquick oren tu dah kehabisan masa raya hari tu, maka aku gunakan sahaja sunquick mandarin ni. Hentam saja la, janji sunquick.. haha.. Lepas tu pewarna hijau tu aku cuma gunakan suku botol je sebab dah itu je yang tinggal.. Tu pun kuat jugak kaler hijau dia.. Yang lain-lain tu, aku ikut seperti dalam resepi lah.. ^___^




Mula-mula masakkan gula bersama air hingga gula larut dan mendidih..




Kemudian, masukkan pewarna hijau dan pati sunquick tadi. Kacau lagi dan tunggu hingga mendidih lagi.. Biarkan mendidih agak lama sedikit supaya air tu benar-benar masak dengan sempurna. Pastikan api jangan terlalu besar dan jangan sekali-kali tinggalkan periuk tu begitu sahaja sebab takut nanti air tu membuak. 




Kemudian, tutup api dapur dan curahkan perlahan-lahan esen pisang. Sambil curah, sambil kacau. Maknanya dua-dua tangan kena bekerjasama la ya.. Jangan main curah macam tu je sebab nanti air tu akan membuak-buak. 




Member kat grup dah ada yang terkena dah.. Dia tinggalkan periuk atas dapur untuk buat kerja lain, lepas tu bila masuk je ke dapur, tengok air tu dah melimpah ruah atas lantai.. Dah jadi satu kerja pulak nak mencuci dapur dan lantai dapur tu.. Banyak yang terbuang dari yang masuk dalam botol.. 


Dan inilah hasil homemade fanta aku tu.. Masa ni memang ada keluar buih-buih halus macam air ber-gas tu. Untuk satu mug air macam dalam gambar ni, aku cuma perlukan dua sudu makan pati fanta tu je.. Itu bermakna pati ni sangatlah manis.. Aku tak letak ais sebab kat rumah aku memang takde buat ais ketul.. Harap maklum.. hehe..


Tak boleh minum selalu.. Kalau nak minum jugak, jangan letak banyak sangat pati fanta tu.. Buat yang nipis-nipis je...


Lepas ni tak payah dah beli pati syrup kat kedai.. Buat je sendiri.. Jimat ooo jimat... hehehe.. 


p/s: Bila google je, melampuh keluar pasal air fanta ni.. Macam-macam versi ada.. Pilih je sukatan mana yang kita nak buat..

UPDATE
__________

Tadaaaaaa.....!!!
Ni la hasilnya..
Dapat dua botol pati dan dua botol yang sudah dibancuh...
Slurpeeeee...!!!
Hehe....


Air yang dah siap bancuh dalam botol kecil tu dah aku bagi kat akak sebelah rumah.. Rezeki, apa salahnya dikongsi.. kan... :)

Wednesday, August 14, 2013

Minah enterframe... hehh..

Assalamualaikum...

Minah enterframe... hehh..

Minah enterframe ni suka sangat ikut mana aku pergi.. Malahan kalau dia nampak aku keluar nak ke tandaspun dia ikut jugak.. Elok jugak dia ikut mana aku pergi.. Sekurang-kurangnya dia boleh jadi mata-mata untuk aku.. Mana la tau kot-kot ada ular ke, lipan ke, kala jengking ke yang lalu, boleh la dia bagi warning kat aku dulu.. So, takde la aku nak terkujat.. hehh.. Spesis kampungan macam dorang ni kan jenis mudah alert atau peka dengan keadaan sekeliling..


Siyes aku tak perasan minah enterframe ni ada kat situ.. Masa nak masukkan gambar ni kat entry ni baru aku nampak dia tu..


Puas aku tunggu dia blah tapi tak jugak blah.. So, snap je la.. Dah namanya minah enterframe, kan... ehehh..


Aku pergi kat sinipun, dia ikut jugak.. Memang dasar minah enterframe sungguh la si Utih ni.. haha...


Apa la si minah enterframe ni buat agaknya ya.. Over betul la ko ni.. 


Nasib baik la mak angkat minah enterframe ni takde perangai suka enterframe macam dia.. ehehh... Sekali sekala enterframe tu takpe la kot.. Nampak comel je, kan.. kan.. kan... *sila muntah kat tempat lain ya.. muahahaha... tettttttt........


p/s: Entry ni mengenai kucing aku yang suka enterframe.. Ya... K-U-C-I-N-G....

Jodoh Itu Milik Kita: Dari novel ke drama adaptasi..

Assalamualaikum...

Jodoh Itu Milik Kita: Dari novel ke drama adaptasi..


Jodoh Itu Milik Kita atau JIMK ini merupakan novel pertama Sara Aisha. Ianya mengisahkan perkenalan di antara Dahlia dan Marina yang kemudiannya membawa Dahlia  kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina iaitu Syafiq. Atas rasa hormatkan Marina dan simpati atas Marina yang menghidap kanser perut, Dahlia setuju untuk menerima Syafiq walaupun dia tidak pernah bercinta dengan lelaki tersebut.


Namun, Syafiq tidak menghadirkan diri di hari pernikahan mereka kerana dia tidak dapat menerima jodoh pilihan ibunya. Dia hanya meninggalkan sepucuk surat sahaja. Demi untuk menjaga airmuka keluarga mereka, abang Syafiq iaitu Aariz Danial yang baru balik dari Melbourne terpaksa menggantikan adiknya dengan mengahwini Dahlia.


Buat Dahlia,

I'm so sorry. Saya ingat saya boleh meneruskan perkahwinan ini, for the sake of umi. Tapi saya gagal!!! Please forgive me....

Syafiq.




Pada mulanya Dahlia tidak bersetuju Aariz menggantikan Syafiq. Namun, setelah dipujuk oleh Marina yang terus-menerus menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku, maka Dahliapun bersetuju untuk meneruskan pernikahannya dengan Aariz.


"Please Lia. Tunaikan permintaan umi. Umi merayu pada Lia..."


Walaupun sudah berkahwin, Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan kerana masing-masing masih lagi merasa janggal atas pernikahan yang tidak dirancang. Lama kelamaan, tanpa mereka sedar, cinta mula berputik di hati mereka.


"Perempuan jenis apa saya ni..? Saya rasa macam... macam saya ni murah sangat. Boleh diambil, boleh dibuang macam tu aje..!!!"


Syafiq pula melarikan diri ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya iaitu Alya tanpa mengetahui bahawa Dahlia sudahpun menjadi isteri kepada Aariz. Bagaimanapun, hubungan Syafiq dengan Alya tidak seperti yang Syafiq harapkan. Alya sudah ada kekasih baru dan mahu putuskan hubungannya dengan Shafiq.



Syafiq kembali ke Malaysia setelah dipujuk oleh Aariz kerana ibu mereka sangat rindukan Syafiq. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan bencikan Aariz semakin membuak-buak. Syafiq berazam untuk merebut kembali Dahlia dari tangan Aariz dan memusnahkan kebahagiaan antara Aariz dan Dahlia.


Kenapa Syafiq begitu mendendami Aariz..? Berjayakah Syafiq merampas Dahlia daripada Aariz..? Adakah Dahlia akan kembali kepada bekas tunangnya itu dan meninggalkan suaminya, Aariz..? Adakah Aariz akan menceraikan Dahlia dan sekali lagi berkorban untuk Syafiq..? Semuanya akan terjawab jika baca novel Jodoh Itu Milik Kita ini.. *nak tunggu drama lambat sikit nak tau ending dia, kan.. hehh..


Drama Jodoh Itu Milik Kita ini akan mula bersiaran pada hari Isnin, 19 Ogos 2013 di Astro Mustika HD iaitu cenel 134.. Yang takde astro atau yang ada astro tapi tak melanggan cenel 134 tu, kita tengok je kat Dailymotion. Mana la tau kot-kot ada yang rajin upload kat situ.. *Akupun takde cenel 134 ni.. Tak mampu nak langgan.. huhuhu.. Watak Dahlia ialah Tiz Zakiah dan watak Aariz dipegang oleh Farid Kamil..


Aku suka novel JIMK ni.. Bab drama adaptasi ni, entah la.. Harap-harapnya menjadi la seperti apa yang ada dalam novel tu.. Jangan la banyak sangat ubah skrip. Jangan la pelakonnya kayu, keras dan kejung serta nampak kaku tanpa emosi... huhuhu.. *Masih lagi ralat dengan adaptasi Teduhan Kasih yang banyak diubah-suai..


p/s: Novel kedua Sara Aisha iaitu Chan Rak Ter  ni pun best jugak.. Cubalah beli dan baca.. Pasti akan teruja nak tau kesudahannya yang tidak diduga... hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)