Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, March 12, 2017

Eksperimen: Sawi dan baja AB.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Sawi dan baja AB.


Aku buat eksperimen lagi berkaitan dengan sawi dan baja AB. Ni la kerja aku sekarang ni. Habis segala jenis botol kat rumah ni aku kerjakan. Botol plastik ke, botol kaca ke, semuanya aku balun semacam je. Haha.


Kali ni aku gunakan pula tin susu Ensure Omak aku tu. Hari tu kan ada yang kata tak elok tanam sayur gunakan tin sebab tin tu nanti akan berkarat. Makanya, kali ni aku lapikkan tin tu dengan plastik. Kalau ada plastik yang tebal sikit lagi bagus tapi aku takde plastik tebal tu. Jadi, aku gunakan plastik tu dua lapis.


Jom tengok gambar!


 Masukkan dua lapis plastik ke dalam tin.


 Potong penutup plastik tin mengikut saiz bekas yang berisi pokok sawi. Kita perlukan dua penutup untuk satu tin. Satu penutup untuk atas dan satu penutup untuk letak kat bawah. Potong cuma satu penutup sahaja.


 Lapikkan bawah tin dengan penutup supaya tin tu tidak berkarat jika kita letakkan di atas tembok.


 ^
Tutupkan tin dengan penutup yang sudah dipotong. Dan tuangkan baja AB ke dalam tin tadi. Sukatan baja AB adalah 5ml baja A dan 5ml baja B dicampurkan dengan 1.5L air. Goncang atau kacau dan barulah masukkan ke dalam tin.
v


 ^
Dan bolehlah masukkan bekas berisi pokok sawi ke dalam penutup yang berlubang tadi.
v


Sebelum tu, aku alihkan pokok sawi yang dalam botol air mineral tu ke dalam botol yang lebih elok. Aku gunakan botol syampoo badan ni, botol horlicks dan juga botol lady's choice.













Sejak tanam sawi ni, aku tak beli dah sawi kat pasar. Ada la dalam dua bulan tak beli sawi dan kangkung. Dapat jugak aku bagi sikit sawi ni kat jiran.


p/s: Saja suka-suka mengisi masa yang ada. Daripada berangan dan termenung tak buat apa, baiklah aku tanam sayur.

Tuesday, March 7, 2017

VIDEO: Cara manual untuk isi benang ke dalam gelendung mesin jahit.

Assalamu'alaikum.

VIDEO: Cara manual untuk isi benang ke dalam gelendung mesin jahit.


Jika alat mengisi benang kat mesin jahit kita tu dah rosak, boleh la cuba ikut cara ini. Gigih aku buat video ni tau. Kalau korang tak tengok, memang la korang ni menolak tuah. Ilmu jugak ni walaupun seco'et je videonya. Hahaha.




Boleh je gulung benang tu macam biasa tapi lambat la sikit dan benang tu tak padat. Boleh je gunakan apa-apa bahan untuk masukkan ke dalam lubang gelendung tu seperti pensil ataupun pen. Asalkan muat dan boleh berpusing, okay la tu.


Masa proses menggulung benang tu, tangan kiri kita tu kena pandai main-mainkan benang tadi. Kena tegangkan benang tu dan gerak-gerakkan dia. Dia macam kita main layang-layang la. Kena pandai kawal tali layang-layang tu. Macam tu la maksud aku. Boleh faham, kan?


p/s: Tengok cara nak gulung benang tu aje tau. Jangan jeling tengok benda lain. Ahak!

Monday, March 6, 2017

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.

Assalamu'alaikum.

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.


Ni la dia mini kebun aku. Ni yang sebelah sini yang dekat dengan dapur. Kat sebelah sana dan kat depan ada lagi pokok lain pulak. Guna aje la mana-mana ruang yang ada. Sementara badan tak sakit ni, buat aje la apa yang patut. Pastinya buatlah perkara yang memberi manfa'at kepada diri kita. Jangan pulak masa badan sihat, kita buat perkara yang merosakkan tubuh badan. Buat rugi diri sendiri je. Kan?



Hari ni aku petik sawi kerinting ni. Satu pokok je yang elok. Lain-lain tu habis tak hidup. Ada la lima enam pokok yang baru keluar daun. Buat ulam je la sawi kerinting ni. Ontah apo ghaso ehh, denpun tak tau sobab tak ponah makan sawi kerinting ni.






Hari ni jugak aku buat lagi projek mini nutripot ni. Kali ni pesen lain pulak. Haha. Saja la nak mencuba. Aku ni kan jenis suka try and error. Heh. 


 Tandakan dengan marker pen bahagian yang hendak dipotong nanti. Masa memotong/gunting botol tu, kena lebihkan sikit la. Biar besar sikit supaya bahagian bawah cawan plastik tu boleh masuk. Jangan buat lubang besar sangat nanti cawan plastik tu bolos!


 Isikan tanah dan anak pokok sawi ke dalam cawan plastik dan siram macam biasa. Lepas dah masukkan ke dalam bekas air baja nanti, tak payah siram dah.


^
Ni la dia baja AB yang sedang galak diperkatakan. Satu botol tu harga dia RM5. Sepasang AB harga dia RM10. Kena guna dua-dua jenis baja. Sukatan dia 5ml untuk setiap jenis baja dan dicampurkan dengan 1.5L air. 
v



 ^
Curahkan air baja AB tadi ke dalam botol mineral yang telah ditebuk tadi. Letakkan cawan plastik yang berisi anak pokok sawi tadi ke dalam lubang yang dibuat. Disebabkan botol ni tak rata, kenalah sendalkan dia kat pasu supaya dia tak senget.
v


Sepatutnya lagi elok jika gunakan botol minyak masak terpakai yang 5kg tu sebab botol tu besar dan boleh dibaringkan. Tapi disebabkan aku takde lagi stok botol minyak masak tu, aku guna aje la dulu bolot air mineral 1.5L ni. Katanya nak buat try and error. Guna aje la apa yang ada, kan?


Daripada apa yang aku tahu dan apa yang tuan punya nurseri bagitahu, baja AB ni sebenarnya sesuai untuk pokok yang berbuah macam pokok cili besar dan pokok terung. Tapi sebab ramai yang gunakan untuk sayur berdaun macam sawi ni, akupun nak jugak la mencuba. 


p/s: Tak cuba, tak tau. Kan?

Friday, March 3, 2017

Semalam punya cerita.

Assalamu'alaikum.

Semalam punya cerita.

Semalam, hari Khamis, aku berpuasa. Entah semangat apa yang datang, tiba-tiba rajin pulak aku buat pajeri nenas dan buat kuih kaswi bersantan ni. Okay la tu sebab rajin yang ada kebaikan. Tak gitu? Heh.


Aku letak gambar yang ada kaitan dengan pajeri nenas dulu la ya. Dan aku sertakan sekali resepi dan cara aku buat pajeri nenas ni. Jangan dok pertikaikan resepi aku tau. Lain orang, lain cara mereka. Itu yang kita kena respect sebab kreativiti dan citarasa masing-masing tak sama. 


 ^
Lapan sudu makan serbuk kari ikan yang dibancuh dengan air, satu batang kulit kayu manis, enam tangkai bunga cengkih, empat biji buah pelaga, dua kuntum bunga lawang, dua tangkai daun kari, dua biji kelapa dan serbuk ketumbar.
v


 ^
Dua labu bawang besar, tiga biji bawang merah, enam biji bawang putih, dua inci halia dan dua sudu makan penuh udang kering. Semua bahan ni dikisar. Potong la dulu bawang dan halia tu. Kang tak berpusing pulak blender kalau masuk sekali besar macam tu. Haha.
v


 ^
Dua biji nenas. Kupas dan bersihkan. 
v


 Gula merah ni aku gunakan satu sudu makan je sebagai ganti untuk gula putih.


Okay, sekarang masa untuk memasak pajeri nenas ni pulak. Jom tengok gambar dan kenalah baca penerangannya sekali. Haha.


 Mula-mula, panaskan minyak secukupnya. Minyak kena lebih sikit la ya. Lepas tu, masukkan bahan empat serangkai tadi berserta daun kari. Tumis sampai naik bau harum. 


 Lepas tu, tuangkan bahan kisar tadi. Tumis lagi sampai keluar lagi bau harum semerbak. Haha.


 Kemudian, masukkan pula bancuhan serbuk kari tadi. Kacau-kacau sebati dan masak hingga pecah minyak.


 Lepas tu, masukkan pula nenas. Kacau rata.


Kemudian, masukkan pula dua sudu makan serbuk ketumbar dan kacau sebati. Masak hingga nenas kelihatan kecut sedikit.
v


Lepas tu, masukkan pula santan. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan garam dan gula merah. Kacau rata dan masak sehingga kuah sedikit pekat. 
v


 ^
Akhirnya, siap sudah pajeri nenas aku. Boleh la aku frozen-kan.
v


Amboi, siap rakam video lagi tu. Haha. Tapi gambar video kurang cun. Masa ni kat luar hujan punya la lebat. Tu yang gambar gelap sikit tu walaupun dah pasang dua-dua lampu kat dapur.





Okay, sekarang kita beralih pada kuih kaswi bersantan ni pula. Kuih ni aku tak tau nak letak nama apa tapi aku gunakan resepi kuih kaswi. Cumanya aku letakkan santan untuk gantikan air. Tak sedap la makan kuih kukus yang takde santan ni. Heh.





Mudah je buat kuih kaswi bersantan ni. Sekejap je dah siap bancuh bahan tapi kenalah pastikan semua bahan dah sedia ada kat dapur kita. Cuma masa mengukus tu je la yang ambil masa sikit.


Ni resepi kuih kaswi bersantan aku.

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan gula pasir - Bergantung pada tahap kemanisan yang disukai.
1 sudu makan (penuh) tepung jagung
1 sudu makan (penuh) tepung beras
1/4 sudu teh garam halus - anggaran secubit
1 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna merah Rose - Nak gantikan dengan pandanpun boleh tapi kena kisar daun pandan dengan santan.

Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Jika masih ada tepung yang bergentel, boleh masukkan ke dalam blender dan kisar. Lepas tu tapis dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 40 minit atau sehingga kuih masak. 






Rasa kuih kaswi bersantan aku ni dah macam rasa kuih lapis. Hentam aje la labu. Hahaha.


p/s: Siap dah dua menu. Selamat mencuba. Ehh, ada ke yang nak cuba buat? Ahahahaha.

Thursday, March 2, 2017

Berebut rezeki dengan tupai.

Assalamu'alaikum.

Berebut rezeki dengan tupai.


Iya, rezeki itu wajar dikongsi kerana rezeki itu Allah yang beri. Makanya, janganlah kedekut sangat untuk berkongsi rezeki. 


Dan ini adalah rezeki untuk sang tupai. Jadi rezeki mereka sebab tuan punya buah leka dan terlupa. Padan muka! Kan dah tak merasa buah durian belanda tu. Hahaha. Habis sekali dua buah dorang kokak. Sedih la jugak. Hehe.





Disebabkan takut kecewa lagi sekali, maka akupun petik la buah durian belanda ni walaupun buah dia belum cukup matang. Takpe la. Nak tunggu dia matang, takut nanti kena kokak dek tupai lagi. Berapa kali mahu kecewa daaa... Sakit woo kecewa ni. Hehe.




Aku bungkus buah durian belanda tadi dengan surat khabar dan aku peram dalam bekas beras ni. Aku tak tau la samada relevan atau tidak peram dalam tong beras ni tapi masa zaman kanak-kanak dulu, aku selalu tolong Omak peram buah ciku atau buah mangga epal dalam tong beras. Kitorang timbuskan buah-buah tu dengan beras. Selamat takde orang jumpa kecuali siapa yang rajin masak nasi. Hahahaha.




Kat atas pokok, masih ada lagi beberapa biji buah durian belanda ni. Harapnya tupai baik hati dan tinggalkan untuk kami. Banyak lagi buah lain yang korang boleh makan tupai ooiii... Janganlah makan buah durian belanda ni. Korang tak rasa masam ke? Kang sakit perut kang, siapa nak tolong? Hehe.





p/s: Jangan bersungut atau marah-marah apabila tupai makan buah yang kita tanam. Anggap aje la itu bukan rezeki kita. Kalau kita marah sekalipun, buah yang dah kena makan dek tupai tu bukannya boleh jadi seperti asal, kan?

Tuesday, February 28, 2017

Jom buat sendiri wet food untuk kucing kita!

Assalamu'alaikum.

Jom buat sendiri wet food untuk kucing kita!

Pagi tadi aku ke pekan sehari. Beli la ikan selayang sekilo RM10. Carrot dua biji RM2. Bayam satu ikat RM1. Agar-agar satu bungkus RM4. Semua ni adalah bahan nak buat wet food untuk geng bulus kat rumah aku ni. 




 ^
Ikan tu buang perut dia dan cuci bersih. Lepas tu rebus dalam kuali sampai ikan tu masak. Tak payah letak asam keping atau garam. Kau ingat nak buat kuah laksa? Haha.
v


 ^
Biarkan ikan tu sejuk atau suam. Lepas tu, ambil ikan dan kisar halus. Kisar je semua sekali dengan kepala dan tulang dia tu. Air rebusan tu jangan dibuang. Gunakan untuk mengisar. Kaut habis saki baki ikan yang ada dalam kuali tu. Takut ada tulang kasar je kat dalam tu. Kot la tercicir, kan? Haha.
v


Sayur bayam tadi dipotong. Carrot potong kecil-kecil la ya supaya senang nak kisar. Agar-agar tu guna separuh je.
v


 ^
Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan sekali agar-agar tadi. Masak hingga agar-agar larut. Kalau air tu sikit sangat, boleh la tambah lagi.
v


 ^
Apabila agar-agar dah larut dan dah agak pekat, boleh la masukkan ke dalam bekas. Ikutlah nak masukkan dalam bekas apa.
v


^
Aku masukkan dalam bekas macam ni. Nanti senang nak keluarkan. Kita masukkan satu bekas je dalam peti ais biasa manakala yang selebihnya boleh la kita bekukan. Nak guna nanti, barulah kita keluarkan dan defrost dulu sebelum bagi makan kat geng bulus.
v


 ^
Ni sebahagian daripada kucing yang ada kat rumah aku. Setakat ni ada dalam sepuluh ekor. Hari tu banyak yang dah mati sebab virus. 
v


Kucing aku kucing kampung. Makanya, aku gaulkan wet food tadi dengan nasi. Kalau bagi wet food tu je, memang tak cukup la jawabnya. Nak beli selalu makanan kering tu memang aku dah tak mampu dah. 


p/s: Makan aje la apa yang ada nak oiii...! Janganlah nak demand tinggi sangat. Mak angkat korang ni bukannya orang kaya. Sedar-sedarlah diri tu sikit!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)