Assalamualaikum...
Tak malu ke sebut benda tu..?
Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang ni. Bila marah je, mula la nak menyebut benda tu. Malahan, dalam keadaan berguraupun nak jugak sebut benda tu. Apatah lagi kalau melatah, habis semua nak disebut. Okay, tang melatah ni boleh dimaafkan sebab dalam keadaan tanpa sedar..
Kenapa agaknya ehh...? Tak malu ke nak sebut perkataan macam tu..? Apsal tak sebut je benda sendiri. Masing-masingkan ada benda sendiri. So, sebut je la. Buat apa nak sebut benda orang. Pastu, kaum lelaki pulak yang suka sebut benda camni. Tua, muda sama je naik. Memang tabiat agaknya suka menyebut-nyebut benda tu. Ataupun mungkin desperate sangat dengan benda tu. Tu yang dok sebut selalu tu. Dah tu, 'mak' dia punya benda pulak yang disebut-sebut tu. Apa punya mentaliti tah laa..
Bukan nak kata aku tak pernah sebut. Ada masanya tersebut jugak benda tu bila setan menguasai fikiran. Akupun bukannya baik dan aku tak pernahpun kata diri aku baik. Tapi takde la aku nak sebut benda tu secara berleluasa. Aku cuma kurang selesa bila ada orang yang menjadikan benda ni sebagai satu medium untuk melepaskan geram ataupun bergurau. Aku cuma tak faham kenapa benda tu yang sering disebut-sebut. Kenapa dan kenapa. Itu sahaja. Ada yang nak bagi jawapan tak..?
Aku rasa ramai yang faham benda apa yang aku maksudkan. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham atau menjadi seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Kalau tak faham jugak, aku bagi clue sikit apakah benda tu. Benda tu adalah berupa carutan yang ada perkataan 'mak' di hujungnya.
p/s: Susah nak bagi orang faham. Lagi susah bila ada yang salah faham. Bertambah susah bila kefahaman masing-masing bertentangan dan bercanggah serta lari dari isu / topik / perbincangan / perbahasan. Kita nak suruh orang faham akan diri kita sedangkan kita sendiri tak faham dengan diri kita tu. Dalam versi lain, asyik I je yang nak kena faham dengan sikap dan perangai U tapi U langsung tak pernah nak faham hati I.. sobbss3... Okay, itu dialog yang selalu digunakan dalam drama/filem... :-)