Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 25, 2011

Marhaban + Cukur Jambul..

Assalamualaikum...

Marhaban + Cukur Jambul..

Sabtu lepas aku menghadirkan diri ke majlis marhaban + cukur jambul kat rumah jiran aku ni. Seawal pagi lagi dah bangun dah. Konon-kononnya teruja sangat la nak pergi kenduri tu. Namun disebabkan cuaca pagi tu teramatlah sejuk, boleh pulak aku menyorok balik semula bawah selimut... haha.. Mujurlah tak lama lepas tu aku terbatuk-batuk dan menyebabkan aku tersedar..

Lepas tu mulalah terkejut macam ayam kena sergah.. Cepat-cepat bangun dan terus call jiran sebelah rumah tanya dia nak pergi pukul berapa. Nasib baik la diapun tak pergi lagi. Aku ni lain sikit perangainya. Kalau takde kawan, aku susah sikit nak pergi. Segan je rasa bila orang tengok aku jalan sorang-sorang. Baru la bersilang-silang kaki aku melangkah.. Maklum la, aku ni pemalu sikit... kehkehkeh..


Ni merupakan kali pertama aku menghadirkan diri untuk majlis cukur jambul ni. Kebiasaannya aku pergi majlis bacaan Yassin dan tahlil je. Merasalah jugak potong rambut baby tu. Aku bukannya tau apa yang kena buat dulu. Terus je aku ambil gunting dan potong sikit rambut dia. Mujurlah rambut dia dah panjang, so, senang sikit aku nak memotong. Itupun macam ketar-ketar je jari aku pegang gunting tu.. huhuhu.. Pastu, aku tepek apa tah kat dahi baby tu. Tang ni, ayah baby tu yang tunjukkan kat aku... *Malu weiii... huhuhu...

Gegurl ni sangat comel.. Muka macam anak orang Pakistan...

This is the baby. Yang kat dahi tu la yang kitorang renjis/ tepek.. hehe..

Lepas je selesai majlis cukur jambul ni, ada pulak nyanyian dia. Makin seronok la baby tu tidur. Dah la buaian tu betul-betul bawah kipas angin. Ehh, yang dok melangut duduk kat tepi dinding ni pun rasa macam nak tidur sama bila dengar lagu dodoi tu... **Aku la tu.. hahaha.. 

Usai je acara untuk kaum perempuan/wanita/ibu ni, kaum lelaki pulak ambil giliran untuk bacaan tahlil manakala kitorang pergi makan... Yeaaa... hehe... Lauk-pauk sedap sangat. Siap ada gulai rusa + pisang muda... Pergghh...!! Tapi aku tak makanpun lauk ni sebab dah banyak sangat pilihan. Antara lauk-pauknya ialah jelawat masak tempoyak, sambal udang, rendang kambing, ayam goreng berempah, ikan masin goreng dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.. 


Kalau ikut perancangan tuanrumah, lepas tu ada pulak majlis sambutan hari jadi untuk anak buah dia sekali. Namun, majlis tu dibatalkan atas sebab adik tuan rumah tercedera semasa nak masak lauk-pauk tu. Khabarnya, pisau terpelanting dan terkena betis adik dia tu. Terus bawa pergi klinik dan kena lima jahitan kat betis tu. Mujurlah klinik dekat je dengan rumah dia. Bak kata pepatah, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...

p/s: Esok, Selasa dan Sabtu ada lagi jemputan baca Yassin.. Aku tengah berkira-kira samada nak pergi ataupun tidak.. Kalau pagi, mungkin pergi la kot.. Tapi kalau petang tu, adehhh... faham-faham aje la kan... huhuhu...

Sunday, July 24, 2011

Aktiviti hari ni.. :-)

Assalamualaikum...

Aktiviti hari ni.. :-)

Pagi tadi masak sup ayam sahaja.. 

1/2 ekor ayam potong ikut suka + **8 ulas bawang merah + **3 ulas bawang putih + **1 inci halia + 10 biji cili padi di potong dua + sebungkus perencah sup tulang bunjut adabi + 2 sudu makan serbuk sup adabi + garam + secubit serbuk perisa.. Reneh sampai mendidih dan masukkan 4 biji kentang yang dibelah dua dan dipotong dua lagi..

**Kisar


Ini untuk makan tengahari.. :P

Ini pulak untuk dimakan begitu sahaja... Mana la tak buntal... kehkehkeh...

Lepas tu, petangnya pulak aku buat cupcakes strawberry. Resepi ikut resepi kakak aku tapi aku ubah sikit mengikut kesesuaian. Aku kurangkan telur sebiji dan 30 gm gula sebab aku nak tambah 50 gm tepung gandum, 40 gm jem strawberry dan 125 ml susu segar. Dan aku tambahkan juga sedikit garam dan coklat chips..






Memang gebu habis la.. Tak percaya, cuba la buat... :-)

p/s: Seperti biasa, kalau nak resepi tu kena la masuk kat blog dapo aku tu ya.. :P

Meeting dan Makan... :-)

Assalamualaikum...

Meeting dan Makan... :-)

Biasa la tu kan.. Lepas meeting, mesti la ada makan-makan sikit.. Tak kisah la makan apapun, janji makan... kehkehkeh... Nanti kalau takde makan free, takde pulak orang yang nak attend meeting tu.. Betul tak.? Hahahaha... Itu korang la, bukan aku... :P

Kadang-kadang tu ada jugak jenis manusia yang jenis mulut celupar, dah bagi makanpun masih lagi nak memekak kat belakang. Suka sangat dok ngumpat-ngumpat ni gamaknya ehh.. Dah la tak pernah nak menyumbang samada dari segi tenaga ataupun wang ringgit. Manjang nak membangkit je kerja dia... huhuhu...

Restoran ni baru je bukak. Ada la dalam 3 bulan beroperasi..

Pagi Jumaat hari tu, telah diadakan sessi perjumpaan kat restoran francais Nasi Ayam Gemas ni. Sebenarnya dah berkurun takde perjumpaan sebegini. Ye la, kalau dah takde masalah berbangkit, apa yang nak dibincangkan sangat. Kalau setakat nak berjumpa dengan ahli-ahli yang lain tu, masa kenduri-kendara boleh jumpa. Kalau diikutkan, nak jumpa selalupun boleh. Tapi apa hal pulak kalau selalu bertandang kat rumah orang, ya tak..?

Antara generasi pertama yang masih ada. Moga Allah panjangkan usia mereka untuk memimpin generasi kedua dan ketiga yang kurang penyabar ni... :D


Yang bagusnya, masa perjumpaan kali ni, dapatlah aku berjumpa dengan jiran dan kawan yang dah lama tak duduk kat sini. Kiranya dorang dah menetap kat luar perkampungan ni la. Seronok bila dapat bertemu dengan jiran/kawan lama ni walaupun sekejap. Dapat tanya khabarpun jadi la. Tanya khabar je, bukan korek rahsia.. =))


Antara mesej yang disampaikan adalah:

* Kalau demam, cepat-cepat pergi klinik sebab ditakuti terkena jangkitan kuman malaria yang disebarkan oleh berok-kera-monyet yang semakin banyak masuk kat sini.. ggrrr....

*Berhati-hati semasa berada di rumah kerana kumpulan samun bersenjata sudah mulai menular... huhuhu...

*Kalau ada orang jual barang datang ke rumah, jangan dilayan. Cakap je taknak dan jangan buka pintu..

Perjumpaan ni sekejap je. Ianya lebih kurang macam mengumpulkan ahli korum je. Dan yang bestnya, boleh makan main order je. Ikut la nak order menu apapun.. Semuanya free of charge.. Tu la gunanya menabung kat dalam tabung blok... hikk...

Aku order nasi ayam berempah dengan air carrot susu.. Yummyyyy.... Sedap sangat... :-)

Licinnnn.... hahaha.. Lepas makan tu, susun-susun la pinggan mangkuk tu.. Jangan la main tinggal camtu je walaupun makan free.. Kalau makan kat kedaipun kena jugak buat macam ni walaupun makan berbayar.. Jangan biasakan makan sepah-sepah ya... *wink2...

Kepada sesiapa yang nak cuba makan kat sini, sudi-sudikan la singgah ya. Macam-macam menu ada, bukan terhad kepada nasi ayam sahaja. Kalau nak pergi Cameron Highlands tu, silakan masuk dan makan kenyang-kenyang kat sini dulu. Lepas tu barulah teruskan perjalanan. Ohh ya, restoran ni letaknya hanya bersebelahan dengan stesen minyak Mobil. Lepas isi minyak, isi la perut sekali... ngehngehngeh...

p/s: Kalau bukan ahli yang tolong buat promosi, siapa lagi..? Apa yang penting, kerjasama.. Wonderpets.. :D

Saturday, July 23, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 6

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 6

Hari ni masuk hari keempat kami berada di Johor Jaya. Namun, apa yang diidam-idamkan tidak lagi dijumpai.. Esok pagi dah nak bertolak balik ke Nilai balik semula. Aku betul-betul rasa tak sedap hati. Macam-macam yang aku fikirkan kalau tak dapat jugak kupang tu. Manakala abang ngah aku pulak sibuk dok mencari-cari jugak kalau-kalau terserempak dengan si penjual kupang..

Susahnya nak jumpa kupang kat Johor ni ehh.. Kalau masa aku kerja kat sana dulu, senang je nak dapatkan kupang tu. Tunggu je la kat pantai Lido tu. Nanti ada la nelayan yang berperahu mampir ke situ. Malahan, aku sendiri pernah melawat tempat penternakan kupang kat tengah-tengah laut pantai Lido tu dengan menaiki sampan dan tengok sendiri bagaimana kupang tu bergayut-gayutan kat tali yang besar tu.. Unik sungguh..

Anak-anak panah tu mengarah kepada tempat penternakan kupang..

Rupa-rupanya abang aku dah pesan kupang kat seorang nelayan kat Stulang Laut masa dia ke situ dua hari lepas. Namun, dia masih mencari jugak kat tempat lain sebab tak nak terlalu berharap kat nelayan tu. Maka, pagi-pagi lagi kitorang dah bersiap untuk ke sana. Abang aku takut lewat sampai sebab jika lewat nanti, risau orang tu jual pulak kupang yang telah dijanjikan tu. Seawal pukul 8 pagi kitorang dah ada kat situ dah dan bila sampai je kat Stulang Laut tu, kelihatan beberapa orang bangsa Cina juga sedang menunggu hasil tangkapan yang segar. Sayang sungguh sebab aku terlupa untuk membawa enpon aku yang sedang dicaj gara-gara nak cepat.. Rugi sangat rasanya sebab tak dapat merakamkan aktiviti nelayan-nelayan kecil ini yang rata-ratanya terdiri dari kaum pribumi..

Akhirnya, orang yang ditunggupun tiba dengan membawa seguni kupang yang dah matang. Abang aku suruh dia timbang dan kesemuanya adalah lebih kurang 20 kilo. Dan, kami membeli kesemua 20 kilo tu.. huhu.. Pakcik tu macam terkejut je sebab macam tak percaya.. Percayalah, hehehe.. Alaaa, bunyi je macam banyak 20 kilo tu sebab kulit kupang tu je dah berapa kilo dah.. Pakcik tu siap cakap lagi, kalau nak kupang, cari je dia kat Teluk Jawa. Cari je orang yang bernama Joe.. hehh.. Kalau macam ni, senang la sikit, kan... Tak perlu nak bersusah-payah mencari selama beberapa hari. Tuju je terus kat tempat yang disebut tu..

Lepas tu, mak aku beli lagi ikan siakap segar kat nelayan yang lain lak. Seronoknya tengok ikan-ikan segar ni... 

Rebus kupang ni tanpa air dan garam. Cuci bersih-bersih,  masukkan dalam kuali dan tutup kuali tu.. Rebus dalam masa 5-8 minit sahaja. Bila dah ada yang terbuka, tu kira dah masak la tu...

Sebelum balik ke rumah, abang aku bawak kitorang meronda kawasan Senibong. Aku selalu nampak kawan-kawan post gambar yang diambil di waktu malam kat Senibong ni kat fesbuk. Nampak macam cantik je la gambar-gambar tu sebab lampu-lampu yang bergemerlapan.. Maaf la cakap, Senibong di waktu siang sangat tidak memuaskan mata yang memandang dengan laluan untuk ke situ tercemar dengan bau-bau sampah yang berlonggok di tepi jalan. Mungkin abang aku ikut jalan yang salah, tapi jalan tu terus je sampai kat kawasan restoran kat situ..

Sessi mengopek kupang oleh anak buah aku. Jangan lupa buangkan sekali lebihan tali yang ada kat dalam 'perut' kupang ni bagi mengelakkan terkena cirit-birit..

Akhirnya, kupang yang dicari-cari telah dijumpai. Dan kami sungguh berpuashati dengan pencarian ini.. haha.. Esok pagi mulalah bergerak balik ke rumah kakak kat Nilai dengan muatan bertambah lagi seorang iaitu anak buah aku yang datang dengan bas tu..

p/s: Satu episod lagi untuk menghabiskan cerita trip-trap grip-grab ni... Tak sabar rasanya nak habiskan... hahahaha...

Friday, July 22, 2011

How to release your tension..?

Assalamualaikum...

How to release your tension..?

Try to release your tension with something that you like to do..

Let's start from:

You can draw even you do not know how to drawing..*Like me.. :-)

or

You can cook even you never cook in your life.. *Not me.. haha..

or

You can eat as much as you want to eat.. *It's me... huhu...
Errr.... Don't do this.. :P

And..
I'm doing this for about 40 minutes..
LOL...

Why do you look so sad..?

Don't yell at me, okay... huhuhu..

Senyum sokmolah... Caaiiittt...!!!

Sorry to say this.. You're not cute with this action.. So please stop it... :P

Buah cempedak di luar pagar..
Ambil galah, tolong jolokkan...
Saya orang tua yang baru nak belajar..
Kalau salah, janganlah gelakkan... 

p/s: Belajar dari kesilapan.. Jika tidak ditegur, mana mungkin kita tau yang kita telah melakukan kesilapan tersebut.. Sokong..?? Sokong laa... Sokong laa.. Sokong laa... Pelissss.... hahaha... 

Jappp...

Boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo....!!!!
Untuk Chelsea...
Hahahahaha...

MALAYSIA BOLEH...!!!
Auuuummmmmmm....!!!

Jappp...
Ada lagi ni....
Tenkiu Kak Pah bagi award ni....


Thursday, July 21, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 5

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 5

Misi mencari kupang diteruskan hinggalah sampai ke satu tempat yang cantik ni. Sampai-sampai je kat sini...


Waaaaaaaaahhhhh....!!!
Besttttnyaaaaa....!!!
Cantik la tempat ni.. 
Rugi tak plan awal-awal...

Cantik bagi aku la.. Bagi orang lain tu aku tak tau la.. Maklum la kan, aku ni jarang keluar. So, kiranya aku ni macam جاکون sikit la.. huhuhu...


Kat sini, dapat la beberapa ekor ikan siakap segar yang diberi oleh seorang pemuda. Mulanya, mak aku nak beli hasil tangkapan mamat tu tapi dia kata dia tak tau nak jual macam mana. Mungkin sebab dia suka-suka je memancing/menebar jala kat laut ni dan tak sangka ada pulak hasilnya. Sudahnya, dia beri je ikan-ikan yang telah mak aku pilih tu. Ada la dalam 5-6 ekor ikan siakap yang bersaiz takde la besar sangat... 


Kalau dari awal tau yang dia nak bagi free je ikan tu, mau agaknya sampai 10 ekor kitorang ambil.. kihkihkih... Takde la, gurau je... Takkan la sampai macam tu sekali kitorang ni, kan.. Tak baik tau... :P









Kat pantai ni, kebanyakan pasir dan batunya berwarna hitam...


Abang Ngah aku with our beloved omak.. :)


Cover perut... Wakakakakaka....


Tengah-tengah ambil gambar ni, abang aku yang tunggu kat dalam kereta tu sound.. Dia tunjuk sesuatu kat kawasan jalan kat belakang aku berdiri. Bila aku toleh je, huwaaaa... ada sekumpulan kera ke, monyet kat situ. Terus je cepat-cepat aku masuk dalam kereta... huhuhu....


Lepas je melepak dan makan ais krim kat Tanjung Balau ni, kitorangpun terus bergerak nak balik. Tup-tup tak jadi balik la pulak. Terus je meneruskan perjalanan ke Desaru. Dah dekat sangat dah antara kedua-dua tempat ni, adalah dalam 4 kilometer je. 


Kat Desaru ni kitorang just lalu je. Tak masukpun kat kawasan pantai tu. Tengok dari jauh. Macam dah tak meriah je Desaru ni. Macam suram je. Lepas tu, ada bangunan kat hujung tu yang sedang dirobohkan. Abang aku cakap tu kawasan hotel yang terkenal masa zaman 80an-90an dulu. Mungkin dah tak laku agaknya, tu yang dirobohkan tu.. Agaknya la.. Orang Johor yang ada info pasal ni, boleh la bagitau. Apa salahnya kongsi-kongsi cerita...


Setakat 3 hari pencarian, kupang masih belum dijumpai lagi.. Bersambung lagi kisah trip-trap grib-grab ni... adehh... Jemu ehh nak baca..? Takpe, biar aku sorang je yang baca... kehkehkeh...


p/s: Sekadar berkongsi pengalaman je... :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)